Wednesday, 12 August 2015

PENYATUAN MELAYU: TANGGUNGJAWAB SIAPA ?

Sedih sangat Den fikirkan bila sentimen “ Melayu Mesti Bersatu”, demi untuk kepentingan Bangsa Melayu yang diguna pakai oleh para penyokong DSN untuk meraih sokongan orang –orang  Melayu  untuk terus berdiri dibelakang DSN dan UMNO . Ramai dari propagandist ini menyalahkan orang Melayu kerana tidak mahu bersatu, mengkritik kerajaan dan ada yang sampai peringkat  membuat kenyataan yang kononya orang Melayu telah percaya dan terpengaruh dengan propaganda parti pembangkang yang mahu memecah belahkan penyatuan Melayu.

Justeru itu pendekatan yang mereka ambil untuk menyatukan Melayu dan meraih sokongan Melayu kepada UMNO adalah dengan  menyebarkan cerita dan  pelbagai risalah yang kononya  “melibatkan kepentingan Melayu akan terhakis, kedaulatan raja raja akan terkikis yang bakal berlaku jika Bangsa lain menguasai Malaysia. Tidak cukup dengan itu , mereka cuba untuk membandingkan nasib Melayu di Malaysia dengan nasib bangsa Melayu di Singapura . Maka sejarah Singapura diulang acapkali,dan semua pemimpin bangsa lain yang dianggap sebagai ancaman kepada penyatuan Melayu akan diserang, dikritik dan dipersalahkan . Semuanya ini dilakukan  dengan harapan Melayu akan bersatu dan menjadi satu bangsa yang kuat  ditanah air sendiri.

Secara peribadi  Den berpendapat kaedah dan pendekatan propaganda dan perang saraf yang diguna pakai untuk menyatukan Melayu dan memberi sokongan kepada kepimpinan sekarang ini adalah satu usaha yang sia-sia. Pendekatan menakut-nakutkan bangsa Melayu jika Melayu hilang kuasa serta pendekatan memburukkan bangsa lain dengan pelbagai cara demi untuk menyeru semua bangsa Melayu bersatu adalah pendekatan  perang saraf yang tidak sesuai diguna pakai di Malaysia pada hari ini. Penggunaan sentimen sebegini bagi Den adalah pendekatan yang “kurang bijak “ dan tidak bermaruah dalam konteks negara  yang mempunyai berbilang kaum, pelbagai agama dan mengamalkan pelbagai adat resam. Malah ia sebenarnya lebih banyak memberi kesan negatif dan memberi “back blast effect” kepada matlamat yang hendak dicapai didalam perang saraf tersebut.

Sebenarnya Den berpendapat UMNO tidak perlu mengarahkan para propagandist mereka untuk meraih sokongan Melayu untuk  bersatu di bawah satu panji  seperti  UMNO  demi untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Bagi Den, kami semua bangsa Melayu yang merupakan rakyat marhean tidak perlu dipujuk, disogok atau di “brain wash” supaya bersatu di bawah UMNO.  Kami faham sangat dengan istilah BERSATU KITA TEGUH BERPECAH KITA ROBOH “. Pada hakikatnya ,kami tidak sepatutnya  dijadikan “target atau kumpulan sasar” dalam agenda untuk menyatukan Melayu . Kata orang kampong Den,c” you are barking at the wrong tress !”  Bagi Den geng propagandist UMNO “are shooting at the wrong target”.  Pada Den kalau UMNO benar benar nak melihat melayu bersatu dibawah satu bendera, sasaran yang utama anda adalah golongan pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri , baik dari  peringkat Cawangan, Bahagian hingga laa ke Peringkat Majlis Tertinggi.

Para pendukung penyatuan Melayu dan para pemimpin Melayu , seharusnya anda  melihat balik tentang bagaimana perpecahan Melayu ini berlaku . Kita imbas kembali , kita lihat bagaimana buat pertama kalinya bangsa Melayu boleh bersatu dibawah satu bendera dimasa awal penubuhan UMNO. Pada ketika itu semua pemimpin Melayu melihat perlunya Melayu bersatu untuk mempertahankan hak hak orang Melayu. Melayu bersatu kerana mereka ingin mempertahankan hak mereka. Para pemimpin Melayu pada ketika itu Berjaya menyatukan Melayu dan mendapat sokongan Melayu sebab keikhlasan  mereka sebagai  pemimpin yang benar benar ingin memperjuangkan nasib bangsa Melayu adalah jelas . Orang Melayu pada masa itu tidak perluk sogokan duit, kuasa , jawatan atau apa jua imbuhan  untuk terus berdiri di belakang UMNO. Sebaliknya ramai daripada mereka yang sanggup mengorbankan harta benda , tenaga demi untuk melihat Melayu bersatu dan menjaga kepentingan Melayu sendiri.

Tetapi situasi pada hari ini adalah berlainan, kaum yang bernama bangsa Melayu ini telah berubah . Pemimpin-pimimpin Melayu hari ini mengunakan kuasa, duit dan jawatan  untuk meraih sokongan . Keikhlasan untuk melihat bangsa Melayu benar-benar bersatu dibawah satu panji  telah tiada kerana disebabkan keboborokan  hawa nafsu yang sering mendambakan duit, kuasa dan jawatan.  Pada hari ini hanya mereka yang kaya dan berduit sahaja boleh memegang jawatan penting di peringkat Cawangan dan Bahagian UMNO dan seterusnya . Kriteria yang penting  dan utama yang ada pada setiap pemimpin  iaitu jujur,amanah,berilmu dan berhemah tidak penting lagi.

Perpecahan Melayu  selama ini adalah disebabkan kepincangan pemimpin pemimpin UMNO itu sendiri dan bukannya berpunca dari  tindakan bangsa lain, atau orang Melayu terpengaruh dengan dakyah bangsa lain yang kununnya melaga-lagakan pemimpin Melayu untuk melihat Melayu berpecah . Mereka terlalu tamak untuk berkuasa sehingga sanggup menabur wang ringgit  dan menjanjikan pelbagai imbuhan demi untuk meraih sokongan orang ramai. Bangsa Melayu telah diajar dan dimanjakan dengan imbuhan yang berbentuk materialistic dan kuasa dan jawatan demi untuk mendapatkan sokongan. Sebahagian dari mereka telah bertukar menjadi lalat dan langau, dimana ada kekotoran disitulah mereka akan mengerumuni. 

Hari ini ramai pemimpin Melayu yang integrity dirinya boleh dipersoalkan , mereka telah menjadi  pemimpin yang kotor. Sepatutnya sebagai seorang yang beragama Islam , Pemimpin pemimpin Melayu seharusnya  “bersih”. Kita perlu ingat bahawa pemimpin yang bersih adalah seperti bunga yang sedang kembang mewangi dimana banyak lebah  yang akan menghurunginya untuk mendapatkan madu dan akhirnya madu itu berguna untuk kebaikan manusia sejagat, manakala pemimpin yang kotor adalah ibarat selonggok najis, hanya lalat dan langau saja yang sudi  menghurunginya dan akhirnya lalat dan langau itu mendatangkan kemudaratan kepada kita semua. Pada hari ini sebahagian dari bangsa Melayu telah bertukar dan memiliki sifat langau dan lalat dan sebahagiannya telah bertukar menjadi lebah dan ada yang menjadi semut, kelulut dan nyamuk. Itu sebab Melayu berpecah, menjadi berpuak-puak, samada puak lalat,langau, lebat, kelulut dan semut.

Kalaulah pemimpin –pemimpin Melayu melaksanakan dan mengikut ajaran asas kepimpinan dalam Islam seperti  amanah, jujur, berilmu ,tidak tamakan kuasa, adil dan pelbagai lagi, Den yakin sudah tentu Melayu hari ini tidak berpecah dan berpuak-puak seperti sekarang. Kepada pro penyatuan Melayu yang asyik menyalahkan  bangsa Melayu kerana tidak bersatu, Den nasihatkan tuan tuan tarbiahkan dulu pemimpin-pemimpin Melayu agar menjadi pemimpin yang boleh dicontohi dan mengikut ajaran Islam yang sebenarnya . Dalam masa yang sama ingatkan kepada mereka jangan cuba meraih sokongan dengan menggunakan duit, kuasa dan jawatan . Ini adalah kerana sokongan yang diterima berdasarkan kepada unsur tersebut adalah tidak ikhlas dan tidak akan kekal  lama. Selain dari itu , ia pada satu ketika nanti pasti akan menyusahkan pemimpin itu sendiri , bila terpaksa meminta derma untuk memastikan kesinambungan sokongan yang diterimanya itu

Perpecahan bangsa Melayu ini adalah disebabkan oleh  pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri.  Ramai di antara pemimpin Melayu hari ini adalah terdiri dari mereka-mereka yang hanya gah dari segi akademik dan harta yang mereka miliki. Mereka menabur duit dan pelbagai sogokan lain demi untuk meraih sokongan. Mereka ada duit, mereka boleh beli pengaruh. Akibatnya mana-mana orang melayu yang mendambakan duit, jawatan dan kuasa serta pelbagai imbuhan lain, akan terus berdiri dan berikhtiar taat setia kepada pemimpin itu walapun pemimpin itu merupakan seorang tidak mempunyai criteria pemimpin yang baik serta sombong.

Sementara itu terdapat juga dari golongan Melayu yang mempunyai jati diri kukuh dan maruah serta harga diri akan menolak pemimpin-pemimpin sedemikian rupa dan mencari pemimpin alternative yang lain yang mereka rasa boleh diharap. Hasilnya dapatlah kita melihat perpecahan Melayu pada hari ini kepada beberapa puak. Justeru tidak perlulah kita salahkan pihak lain yang kununnya cuba memecahbelahkan Bangsa Melayu. Kalau kita betul betul mengkajinya kita akan dapati jawapan sebenarnya adalah disebabkan kepincangan pemimpin Melayu itu sendiri menyebabkan perpecahan bangsa Melayu . Perpecahan ini bukan disebabkan bangsa Melayu terpengaruh dengan dakyah bangsa asing untuk memecah belahkan Melayu.  I personally beliefs that “There are no bad soldiers only bad officers!”

Jadi kalau kita benar- benar ingat melihat Melayu bersatu, pertama kita mesti pastikan bahawa kita mempunyai pemimpin yang bersih, amanah, berintegriti , adil , bijaksana . Ianya bukan sukar untuk dicari jika semua pemimpin Melayu kembali kepada ajaran Islam dan menghayati konsep kepimpinan  didalam Islam. Ianya bukan sesuatu yang mustahil, kerana uniknya orang Melayu ini adalah kerana orang  Melayu adalah bangsa yang Beragama Islam justeru itu sudah pasti  tidak menjadi masalah kepada pemimpin Melayu untuk kemballi kepada corak pimpinan sebagaimana yang diajar didalam Islam. Dan jika kita mempunyai pemimpin Melayu yang  jati dirinya  sebagai seorang pemimpin Islam, Insya Allah usaha untuk menyatukan Bangsa Melayu adalah mudah dan kita tidak perlu takut dengan agenda propaganda bangsa lain yang cuba memecah belahkan bangsa Melayu.


Akhirkata, Pada pendapat Den Melayu hanya boleh bersatu jika mempunyai pemimpin yang mengamalkan konsep kepimpinan sepertimana yang diajarkan di dalam islam seperti  berhemah , berintegriti, amanah, berilmu, adil dan tidak menyalahgunakan kuasa dengan memberi jawatan, kuasa dan kewangan kepada para pengikutnya sebagai satu imbuhan tanda kesetiaan. Soalan tentang bagaimana penyatuan Melayu ini boleh dilaksanakan hendaklah ditujukan kepada pemimpin pemimpin Melayu dan bukannya kepada masyarakat Melayu. Pemimpinlah yang harus memperbetulkan diri dahulu sebelum mereka mencari jalan untuk menyatukan Melayu dan bukannya hanya sekadar menyeru supaya Melayu Bersatu. Leader to lead, follower to follow.

Monday, 10 August 2015

SIASATAN TERHADAP SPRM : SEGALANYA BERKEMUNGKINAN .

Den amat simpati dan rasa terkilan bila  mendapat tahu yang pihak PDRM telah menahan Pegawai SPRM, seorang DPP kalau tak silap Den  bagi membantu siasatan mengenai kebocoran maklumat yang berkaitan dengan siasatan mengenai 1MDB. Den pernah menjadi consultant selama 1 tahun 2 bulan di SPRM Puterajaya. Den kenal dengan mereka dan atas sebab itulah Den  merasa simpati terhadap apa yang menimpa mereka.  Tak cukup dengan tangkapan dan pengeledahan yang dibuat di pejabat pegawai tersebut, pihak polis telah mengeledah pula rumah beliau. Apalah kesalahan yang disyaki  dilakukan oleh beliau sehingga beliau disiasat sebegitu rupa.  Akhirnya persoalan terjawab bila pihak PDRM menyatakan bahawa siasatan itu dibuat berdasarkan kepada kebocoran kertas pertuduhan yang disebarkan oleh Sarawak Report . Den rasa ada macam sesuatu yang tak kena  aje.
 
Semasa mula tersebarnya kertas pertuduhan  mengenai  siasatan yang sedang dijalankan oleh Sarawak Report , para penyokong UMNO telah menyatakan bahawa ia merupakan satu kertas pertuduhan palsu dan ia sebenarnya tidak wujud. Katanye ia dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan PM. Maka semua rakyat yang tak berapa cerdik macam Den ini pun percayalah. Bagi Den , kes kertas pertuduhan itu telah selsesai  kerana ia telah di”sahkan” sebagai palsu. Tetapi bila polis menjalankan siasatan dan membuat tangkapan terhadap pegawai DPP SPRM,  mengenai isu  dokumen pertuduhan palsu , Den terfikir bahawa adakah terdapat kemungkinan  bahawa kertas pertuduhan yang dikatakan palsu itu sebenanrya TIDAK PALSU DAN MEMANG WUJUD !  Kalau tak kenapa PDRM bersusah payah membuat tangkapan dan pengeledahan keatas pegawai SPRM, dan tak  lama lepas itu dua pegawai kanan yang terlibat di dalam siasatan MDB itu di tukar keluar ?

Persepsi rakyat terhadap kepimpinan sekarang menjadi lebih buruk lagi bila  TPM kata pertukaran itu adalah “routine “ dan amalan biasa dalam perkhidmatan. Macamana pegawai tersebut boleh ditukar sedangkan siasatan masih belum  lagi selesai ? Dan situasi menjadi lebih buruk  bila PDRM menyatakan bahawa disiasatan  tangguh  kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam kes SPRM ini ? Maka janganlah salahkan rakyat jika membuat membuat pelbagai tanggapan dan andaian buruk terhadap pimpinan kerajaan sekarang kerana nampak sangat haru biru semenjak timbulnya isu 1MDB.

Dalam isu berkaitan siasatan terhadap SPRM ini banyak pertanyaan yang timbul dalam benak Den , berdasarkan dari tindakan polis menyiasat dan menahan pegawai SPRM yang kalau tak silap Den seorang DPP, dan pertukaran dua pegawai kanan SPRM , persoalan berikut timbul dalam kepala Den
1.                

    • Ada tak berkemungkinan bahawa  bahawa surat pertuduhan yang dikatakan palsu itu memang wujud dan mungkin kewujudannya hanya masih dalam bentuk draf ?
    • Ada tak kemungkinan , walaupun kewujudannya hanya dalam bentuk draft bermaksud terdapat kemungkinan ada ‘orang yang telah melakukan kesalahan”  berdasarkan kepada hasil siasatan dan berkemungkinan ia boleh di dakwa ?
    • Kalau tidak buat apa PDRM harus membuat siasatan terhadap sesuatu dokumen yang telah disahkan sebagai palsu dan tidak ada kerana ia sepatutnya tidak wujud sama sekali ? 
    • Ada tak Kemungkinan untuk pegawai SPRM itu duduk “saja saja buat buat draft pertuduhan” tanpa sebarang sebab?
    • Ada tak kemungkinan jika benarlah siasatan itu dibuat disebabkan kes kertas pertuduhan yang dikatakan disebarkan oleh Sarawak Report membuktikan bahawa apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report itu adalah benar, semuanya benar belaka dan tidak ada yang tidak benar ?
    • Ada tak kemungkinan yang  baru sekarang pihak PDRM menyedarinya kesan dari siasatan yang dijalankannya, maka sebab itulah siasatan terhadap pegawai SPRM itu di tangguhkan dan diberi alsan kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam? 
    • Kalau ya , siasatan terhadap pegawai SPRM itu di tangguhkan dan diberi alsan kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam , sejak bila pula sesuatu siasatan itu ditangguhkan atas dasar kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam menjadi amalan PDRM ?

7.            Yang Den tahu, kalau perkara itu dirujuk di mahkamah , ia tidak boleh dibincangkan secara umum Den  pernah dengarlaa, tapi kalau dalam kes ini, tak pulak pernah Den dengar. Walau bagaimanapun  disebabkan Den tidak berapa cerdik maka Den akur dan percaya ajelah. Mungkin ia merupakan satu dasar baru untuk menjaga keharmonian rakyat dan maruah orang yang sedang disiasat.

Walau pun Den tak berapa cerdik , Dalam hati Den bertanya  ada tak terdapat besar kemungkinan bahawa Pihak PDRM sekarang sebenarnya berada di dalam dilemma ?

Kalau dipertuduhkan pegawai tersebut, adakah ia membawa makna kewujudan kertas pertuduhan itu adalah benar ? 

Kalau tak dituduh, dikatakan kurang bijak kerana benda tu palsu dan dah tentu tak wujud kenapa masih nak mencarinya ?  

Jawapan daripada persoalan ini mungkin boleh memberi pencerahan kepada rakyat yang kurang bijak macam Den ini untuk merungkai misteri KENAPA SIASATAN TERHADAP 1MDB DITANGGUHKAN DAN AHLI YANG TERLIBAT ADA YANG DITANGKAP, ADA YANG  DITUKAR , ADA YANG NAIK STATUS TIMBALAN MENTERI !


YANG ANEHNYA MEREKA NAIK SATU KAPAL , BILA KARAM, ADA YANG DIBIARKAN KELEMASAN DAN ADA YANG DISELAMATKAN DAN BERI LAYANAN ISTIMEWA . ADAKAH INI YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI ANTARA DUA DARJAT ?

Sunday, 9 August 2015

PM : FIGTHING A LOOSING WAR

Kito semuo tahu yang kerajaan bawah  pimpinan DSN sekarang sedang menghadapi masalah persepsi yang amat serius di kacamata rakyat Malaysia. Malah tidak kerterlaluan kalau Den katokan bahawo ia jugo mendapat perhatian dari masyarakat dunio sekarang. Isu ini bermulo bilo TDM mulo persoalkan masalah pengurusan MDB yang dikatokan sedang menanggung hutang sebanyak 40 BN. Dari situ isu itu meleret sampai ke pasal sejumlah duit  yang KATONYO  sebanyak USD 700 juta  [lobih kurang 2.6 B.] yang masuk ke dalam akaun peribadi DSN dan yang pado mulonyo disangkal oleh DSN.

Ia semua berpunca bila DSN menjawab tentang isu hutang 40Bn MDB tu.  DSN yang kununnya ingin membuktikan bahawa tiada sebarang salah laku yang melibatkan pengurusan dana 1MDB telah menubuhkan satu Team Penyiasatan Khas . Belum sempat tim tersebut menghabiskan tugas yang diamanahkan, telah timbul isu mengenai kemasukan dana sebanyak 2.6 BN ke dalam acc peribadi  DSN . Disinilah segalanya mula  haru biru dan sebab yang mengundang persepsi yang buruk kepada kerajaan dibawah pimpinan DSN .

Den sebagai rakyat biaso yang duduk kek kampong dan tak tahu hujung pangka ini, dah ,mulo donga pelbagai cerito yang tak baik pasal DSN dan Menteri Menterinya. Keadaan menjadi lebih buruk apobilo kerajaan menukar cabinet menjelang harirayo. Kalau cabinet ghumahnyolah yang ditukar tak jadi masalah, ini mentori kabinet dengan melantik 4 ahli tim Penyiasatan Khas MDB kepada jawatan menteri/timb Menteri, TSMY di pecat dan yang paling Den terkojut akhirnya DSN membuat mengaku bahawa duit 2,6BN memang masuk ke dalam accnya dan  KATANYO ia tidak salah kerana ia adalah dana derma utk tujuan politik . Lopeh tu AG disuruh tukar, Pegawai Kanan SB ditukar, tak lamo pulak geng SPRM ditahan dan disiasat serta ado yg ditukar. Mako mulo persepsi rakyat terhadap kerajaan berubah..kepada buruk atau lebih buruk !

Dan selepas itu pelbagai sumber samada dari akhbar yang pro kerajaan dan juga di internet, semuanya begitu taksub, bersungguh dan beriyo-iyo bonar nak bagi rakyat faham dan nak menjustifikasikan pasal isu 2.6BN. Eh ado pulak secara terang-terang menyatakan ia tidak menjadi masalah dan tidak menjadi kesalahan dibawah perundangan.  Alasan tersebut, walaupun dicakap oleh mentori, ia tidak diterimo orang ramai kalau kito ikut apo yang diterjemahkan di dalam media internet. Tapi pado mulo DSN begitu yakin menyatokan rakyat telah faham dan telah mulo yakin dengan kepimpinan beliau. Perkaro ini disambut macam monang porang oleh blogger UMNO  dan dalam maso yg samo cuko buek diversion mengenai isu dana politik dan menyerang pembangkang .

Dan lebih memburukkan keadaan apabila jawapan, sebab, alasan dan justifikasi yang mereka berikan adalah berbaur kebodohan dari pembuat kenyataan dan seolah olah mengharapkan rakyat akan turut memperbodohkan diri untuk mempercayainya. Bagi Den kenyataan mereka yang nak menjustifikasi, menjawab segala persoalan yang timbul dari isu yang berbangkit adalah merupakan sesuatu yang  merupakan  “ an insult to  our intelligence as  human beings” . Dan yang sedihnya mereka sendiri merasakan  usaha mereka telah berjaya untuk memberi  pencerahan kepada rakyat mengenai isu yang berbangkit . Yang peliknya DSN dalam masa dua tiga hari selepas itu menyatakan yang kerajaan telah Berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, Den yang pada maso itu , tongah duduk berehat kek topi sungai kobun Den , tergolak bilo baco statement DSN .


Tapi realitinya tidak begitu, kalau tidak masakan pada hari ini DSN secara terang-terang meminta semua ahli UMNO yang hampir 3 juta itu samo-samo menyerang balik “serangan persepsi yang sedang dihadapi oleh DSN “.  Dari maklumat yang Den baco DSN KATONYO …."Kalau tak mampu nak jadi blogger , bukak acc twitter dan FB  pun dah memadai ! Begitulah  terdesaknya DSN untuk memulihkan persepsi buruk yang dihadapi oleh kerajaan dibawah pimpinannya.

Den baco “rayuan DSN  kepada semuo penyokongnya itu “  semasa  Den duduk kono kopi kek serambi ghumah Den sambil berghasap.  Soalan pertama terlintas dikepalo Den ..Dimano poeinyo Tim Strategik dan Gerak Saraf  yang begitu gah selamo ini diwar warkan oleh beberapa orang kuat UMNO . Kalau ado dan mereko benar benar berfungsi sebagaimana yang diceritokan kepado Den tentu DSN tidak perlu meminta sokongan secara terbuka dari semua ahli UMNO dan tak perlu memberi tanggungjawab  kepada SKMM secara terbuka untuk memulihkan persepsi rakyat.

Sebagai pesara yang pernah bekerja  dengan kerajaaan, Den tidak berniat nak menambah burukkan lagi persepsi kepada kerajaaan sedia ada. Den ghaso cukuplah dengan remarks, posting dan comments Den yang Den buek di FB. Kalau Den dipihak pembangkang  dah tontu Den persoalkan banyak lagi isu berkaitan IMDB yang boleh menghuru harokan lagi kerajaan dan memberi persepsi yang buruk kepada kerajaan. Den bukan menyebelahi pembangkang dan dalam maso yang samo Den tidak jugak menyokong sepenuhnya corak pimpinan UMNO sekarang ini. Dari pengalaman  Den bilo berjumpo dengan sepuloh orang UMNO 9.9 adolah mereko yang bongkah dan sombong macam mentori-mentori UMNO tu yang 0.1 tu adolah sifat baik sikit yang ado pado ketuo kampong Den yang jugak orang kuek UMNO. Nasib baik jugak sobab dio Ketuo kampong Den kalau tidak 10/10 Den tak percayo disebabkan kebongkahan mereko.  Apopun tak perlulah Den cerito panjang mereko, buek menghabihkan boreh ajo.

Disini Den nak komen pasal kegagalan tim propaganda UMNO dalam menangani Pengurusan Persepsi  rakyat terhadap kerajaan sekarang. Kepada pakar strategic dan propaganda UMNO  anda mungkin faham dalam konsep “concentrate, concerted and orchestrated efforts”  dalam propagranda dan physops. Anda pasti telah didedahkan dengan keperluan, konsep dan perlaksanan  “ Perception Management”  di mana    ia merupakan a strategic design and action agenda for turning passive reactions into proactive realities  . Inilah sepatutnya perlu dibuat oleh para pakar startegi dan propaganda serta perang saraf UMNO dan kerajaan bagi menangani isu yang terang –terang boleh member perspepsi negative kepada kerajaan. 

Mereka sepatutnya tahu untuk bertindak terutamanya bagi menghadapi situasi dan krisis boleh menjejaskan persepsi terhadap sesebuah agensi itu. [Dealing with perception-threatening events] dan juga mereka sepatutnya tahu  tentang bagaimana untuk melaksanakan Pengurusan Persepsi yang efisyen dab efektif bagi tujuan untuk penambahbaikan persepsi dan popularity di pandangan numum. [Dealing with perception-enhancing events]. Tentang bagaimana, pendekatan dan kaedah untuk melaksanakan pengurusan Persepsi ini, tak perlulah Den ceritakan lebih lanjut lagi kerana  “UMNO  memang ada kepakaran tersebut”. Den berghani cakap perkara ini , kerano inilah matlamat utamo dalam kursus Perception Management yang Den ajar kek anak murid Den.

Den berpendapat bahawa kerajaan hari ini menghadapi masalah pengurusan persepsi yang paling buruk dalam sejarah kewujudan Malaysia. Adalah tidak menjadi kejutan jika kerajaan hari ini gagal untuk menangani permasalah ini, ia akan memberi kesan yang buruk semasa PRU yang  akan datang. Situasi akan menjadi lebih buruk lagi bila “sumber-sumber propaganda tak  rasmi UMNO” dibiarkan terus bertindak untuk melaksanakan peperangan informasi  di media internet tanpa kawalan dari UMNO. Mereka ini sebenarnya akan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kerajaan, ini termasuk kepada pemimpin-pemimpin yang bertaraf menteri yang membuat komen secara terbuka tanpa ada kawalan dan menyebabkan rakyat semakin “menyampah “ kepada kerajaan. 

Sebenarnya kerajaan ada banyak “asset, sources dan human capitals” yang boleh diguna pakai untuk tujuan Pengurusan Persepsi  [Perception Management] kerajaan sekarang, Cuma mungkin mereka tak perasan, tak tahu atau saja tak nak menggunakkanya kerana terlalu gah dengan kewujudan War Rooms/Ops Room dan  Geng Strategik dan Propaganda mereka sedangkan rata-rata dari mereka hanya memahami PERCEPTION MANAGEMENT   dari bacaan akhbar dan juga sembang kat kedai kopi ajo. Pakar strategik dan phbysops UMNO dok banggo dengan legasi propaganda Briggs Plan, winning hearts and minds , dan sekarangnya dengan menggunakan medium "BENJAMIN"UNTUK MERAIH SOKONGAN RAKYAT!!!

Kalau ditanyo  bagaimano nak menangani permasalahan ini. Jawab Den agak susah,kerano “the damage has been done “. Nak repair to mungkin boleh tapi , kono masuk peringkat “ truth projection” dalam konsep Perception Management. itupun kalau kerajaan berghani buek laa. Tapi siapolah Den nak mengajar pakar-pakar startegik dan physops UMNO, Den belajar pun hanyo setakat Mastor dan major in Information Warfare dari USMC, Quantico, USA dan sekarang nei pun dah tak pakai lagi sobab dok sibuk jual cendol kat kampong.


 Apo pun secaro peribadi Den ghaso , banyak langkah perlu dibuek untuk mengambilkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan ianya mengambil masa dan bukan nya seminggu dua macam DSN percaya bahawa rakyat telah yakin dengan kepimpinannya hanya dengan pengakuannya mengenai wang 2.6BN.  Sebenarnya  banyak lagi isu yang tak terjawab dan masih menjadi pertanyaan  kepada rakyat. Kalau Den tuliskan kat sini, memang banyak dan akan buek orang marah..oleh itu biarkan mereka yang bertanggungjawab memikirkannya dan mencari jalan penyelesaiannya. Kalau pendekatan sekarang yang kerajaan ambil untuk membaik pulih persepsi rakyat terhadap kerajaan, osahlah mereka  sedang  .”FIGTHING A LOOSING WAR”.

Wednesday, 13 May 2015

CGSO : Hanya satu Legasi..Masih Hidup Tapi Gagal Berfungsi.

Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai keunikan tersendiri apabila menyentuh mengenai isu keselamatan Perlindungan Kerajaan. Banyak kes kes yang melibatkan pembocoran maklumat kerajaan, kerosakan  dan kehilangan hartabenda kerajaan serta isu-isu subersif yang merujuk kepada “loyalty to organizations” yang tidak dapat ditangani dengan sewajarnya.
Yang unik jika berlaku sebarang pembocoran maklumat rasmi kerajaan, siasatan hanya akan dijalankan oleh pihak PDRM dan itupun jika ada lapuran dibuat   dan jika tiada lapuran dibuat, maka biasanya kes begitu akan terlepas dan senyap begitu sahaja.

 Pihak Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan [CGSO - Chief Government Security Office] yang merupakan sebuah agensi yang kununnya diberi tanggungjawab sebagai “caretaker” mengenai isu-isu keselamatan kerajaan lebih berminat untuk menjaga “Sasaran Penting” dan juga membekalkan pengawal-pengawal keselamatan kepada agensi agensi kerajaan dan nak mewartakan lokasi kerajaan di bawah Kawasan Larangan dan Tempat Larangan sahaja. Selain dari itu anjurkan kursus pasal keselamatan dokumen dan maklumat untuk kakitangan kerajaan. Bulan berganti tahun, perkara yang sama berulang, kursus yang sama berulang hanya untuk mencapai KPI yang ditetapkan, yang berubah hanyo lokasi dan peserta yang hadir.
Sayangnya hanya bila berlaku kes-kes yang melibatkan kepentingan umum, barulah tindakan akan diambil dan itupun biasanya mungkin disebabkan oleh faktor politik dan bukannya faktor keselamatan. Seingatan Den dah banyak kes kes yang melibatkan pembocoran maklumat rasmi kerajaan, kehilangan dan kerosakan harta benda kerajaan dan juga  isu loyalty to organiztions  yang berunsur subversive di kalangan pegawai kanan kerajaan TIDAK DITANGANI DENGAN SEWAJARNYA. Pengurusan Keselamatan Sekarang gagal untuk mencapai prinsip asas keselamatan perlindung ,  To Deter , To Detect , To Delay and Response. 
Dari yang sekecil-kecilnya kes seperti ‘print screen ‘ KASTAM mengenai Cincin 24 juta, Itenneray Lawatan  TPM ke Negara Teluk, sehinggalah seperti pembocoran kertas soalan, Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Negeri, Kehilangan 10,000 keping Road TAX JPJ dan pelbagai lagi semuanya hanya kecoh semusim sahaja, abis musim cerita baru jadi tumpuan kes lama dilupakan dan diperdulikan. Semasa kes berlaku perlbagai statment mengerunkan dikeluarkan , " kita akan tangkap, kita akan hukum, kita akan siasat"........itulah kitaran isu yang melibatkan kes perlanggaran keselamtan perlindungan kerajaan. 
Selain dari itu terdapat banyak isu-isu yang membabitkan  ketaatsetiaan  pegawai Kanan Kerajaan yang selalu dipertikaian yang tidak ditangani dengan sewajarnya  dan mereka terus berkhidmat sehingga pencen dan bila pencen mereka akan "tembak dan kutuk" balik kerajaan. Mana perginya falsafah "loyalty to organizations"....nanti ada orang akan argue....kita akan loyal pada yang betul pada yang salah tak perlu laa kita nak taat. Soalan Den ...Kalau dah tahu tak betul mengapa tak bantah pada masa tersebut, berhenti atau letak jawatan ? Kenapa selepas tu baru nak tunjuk yg kununnya dirinya 'bermoral ? Ini menunjukkan ia tidak ikhlas dan jujur di dalam soal jati dan nilai moral dirinya.
Berbalik pada soalan utama Mengapa isu keselamatan Perlindungan [Physical Security] kerajaan adalah seolah-olah diabaikan dan tidak menjadi agenda utama kerajaan yang memerintah? Secara peribadi berdasarkan kepada Pengalaman Den, Den berani menyatakan disini Pengurusan Keselamatan Perlindungan Kerajaan [ Jangan salah tafsir dengan Isu KESELAMATAN NEGARA yang mana menjadi tanggung bersama yang utama oleh ATM dan PDRM] adalah amat rapuh dan tidak diberi keutamaan oleh kerajaan. 
Den  nak bertanya kepada pembaca-pembaca yang mungkin tahu mengenai fungsi dan tugas serta tanggungjawab Pegawai Keselamatan Jabatan yang dilantik di dalam setiap agensi/ jabatan  kerajaan. Apa sebenarnya tugas ddan tanggungjawab mereka?  Adakah mereka telah diberi latihan yang mencukupi untuk bertindak sebagai Pegawai Pengurus Keselamatan Jabatan ?. Setahu Den mereka hanya didedahkan dengan Akta OSA dan Arahan Keselamatan Negara yang telah berdekad lamanya tu.
Adakah Pegawai Keselamatan Jabatan ini pernah melihat satu arahan komprehensif  mengenai PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN sebagimana wujudnya Arahan Keselamatan ICT dan Arahan-Arahan Pentadbiran yang lain yang ada pada setiap jabatan ? Adakah ia digunakan sebagai guidelines di dalam melaksanakan pengurusan keselamatan disetiap jabatan ? Kalau mengikut pengiraan Den pada hari ini, mungkin agensi yang mempunyai arahan  PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN yang komprehensif dan agak tersusun adalah ATM, PDRM dan SPRM sahaja.  Dan kebanyakkan agensi yang lain hanya bergantung kepada… Arahan Keselamatan Negara yang berkulit hitam dan bertinta emas yang dikeluarkan oleh CGSO. Isi kandungan Arahan Keselamatan tu adalah apa yang terkandung sejak mula-mula ia dikeluarkan dahulu selepas merdeka.
It is a MUST ! Setiap Pegawai Keselamatan Jabatan sekurang-kurang hendaklah diberi latihan asas mengenai Pengurusan Keselamatanl Perlindungan selain dari pendedahan dan kefahaman mengenai aspek perundangan OSA dan Arahan Keselamatan. Mereka sekurang-kurang mesti mempunyai pengetahuan untuk
a.       Melaksanakan Analisa Risiko dan Ancaman.
b.       Merancang Pelan Keselamatan Perlindungan.
c.       Membuat dan menulis Arahan Keselamatan dan Perintah Operasi Standard.
d.       Melaksanakan Audit Keselamatan Perlindungan.
Secara peribadi Den berpendapat perkara ini harus  dipandang serius oleh pihak CGSO selaku agensi yang dipertanggunjawabkan untuk menjaga keselamatan Perlindungan Kerajaan. CGSO harus diberi peranan utama untuk men’transformasi”kan Pengurusan Keselamatan Perlindungan Kerajaan  demi untuk kepentingan kerajaan itu sendiri. CGSO harus diberi “kebebasan”  untuk bertindak sebagai sebuah agensi “bebas yang utama di dalam melindungi keselamatan fizikal kerajaan demi untuk kebaikan kerajaan”.
CGSO seharusnya sebaris dan setaraf dengan beberapa Suruhanjaya lain yang ditubuhkan secara esklusif dan bertindak demi untuk “Melindungi Keselamatan Kerajaan dari sebarang ancaman Espionage, Sabotage dan Subversive samada dari dalam kerajaan  atau pun sebarang ancaman luar yang ingin menjatuhkan kerajaan”.  
Peranan CGSO harus diperluaskan lagi dan bukan hanya tertumpu kepada Sasaran Penting dan Membekalkan Pengawal kepada agensi kerajaan sahaja. Mereka seharusnya diberi kuasa “policing in every aspects of government physical security issue.” Kalau Den senaraikan satu-persatu peranan yang boleh dimainkan  oleh CGSO, boleh jadi satu kertas kerja pulak…pendek kata..CGSO diberi peranan utama dalam perkara-perkara berikut:
a.       Memastikan Perlaksanaan Pengurusan Keselamatan Perlindungan di dalam Agensi Kerajaan pada tahap terbaik. Policy Maker and Enforcement Agency.
b.       Bertindak sebagai “Enforcement Agency” di dalam kes-kes yang melibatkan sebarang perlanggaran Arahan Keselamatan Perlindungan Kerajaan. Mereka sekurang-kurangnya mempunyai kuasa untuk “Menyiasat  dan Mengambil Tindakan Tatatertib Dalam dalam kes-kes yang tidak melibatkan Siasatan Jenayah oleh pihak PDRM”.
c.       Bertindak sebagai agensi utama di dalam melaksanakan Tapisan Keselamatan Halus/Kasar/Teperinci untuk setiap Kakitangan Kerajaan dan di bantu oleh agensi-agensi lain.. [Nanti Den akan huraikan dalam artikel berasing mengenai  “parasit didalam Kerajaan”}
Sebenarnya untuk melakukan transformasi ini, adalah amat mudah dan tidak memerlukan penstukturan semula secara total dan bajet yang besar. Kalau duduk minum kopi dongan Den pun  boleh selosai isu ini. Persoalannya adalah kerajaan benar-benar serius di dalam hal ini. Ia pun sepatutnya menjadi agenda yang utama kerajaan demi untuk memastikan imej , kredibiliti kerajaan disamping ia merupakan faktor utama di dalam menentukan kejayaaan di dalam setiap perlaksanaan polisi dan dasar kerajaan. Banyak sebab dan faedahnya yang kerajaan akan dapat jika perkara ini diberi keutamaan . Nak disenbaraikan panjang sangat.

Dan akhir sekali, Den ghaso Pengarah CGSO kono main peranan dalam hal ini. Takkan nak biarkan CGSO kat takuk lamo ajo. Sesuatu mesti buek demi untuk memastikan kewujudan CGSO adalah amat penting dan bukan sekadar sebuah agensi itu wujud sebab ia adolah dari legasi kerajaan bristish administration sebelum merdeka.