Sebaik sahajo kami dilopehkan
[keluar baris @bersurai] pado malam tu, kami semuo bergerak balik ke kompeni
line masing-masing. Maso tu badan dah mulo ghaso lotih dan mato nak carik
bantal ajo. Dan dalam maso yang samo porut pun berbunyi jugak,laparr…Sebenarnya
selepas kami “prep malam” kami dibenarkan untuk pergi ke kantin Pak Wahid [
Kantin Cawangan Kadet] untuk membeli makanan,tetapi biasanya masa yang
dibenarkan agak singkat, kami kena berbaris dan biasanya tak sempat nak membeli
atau makandi kantin. Maklumlah dalam masa setengah jam, lepas tu kami kena
berbaris balik , dengan berpakaian PT bodoh, untuk buat “ fatique” { Pembersihan Kawasan} . Biasanya
kami tak sempat nak menikmati makanan dan kalau sempat pun biasanya kami berasa
tak selesa sebab masa itulah senior ghamai berada di kantin dan mula menyakat
kami. Justeru itu biasanya kami tidur malam dengan keadaan perut yang
kelaparan.