Thursday, 30 October 2014

Emotional Intelligence - In A Nutshell

Awal 2000an, maso tu Den masih lagi berkhidmat di dalam ATM, kami telah dimaklumkan mengenai  kepentingan Emotinal Intelligence. Pada masa itu ramai di antara kami yang masih lagi tidak pandai atau malas nak menggoggleing. Kami  mendengar berita bahawa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Mindef telah di amanahkan untuk menyebarkan ilmu mengenai EI kepada semua perkhidmatan Tentera Darat. Bila isu itu dibincangkan antara kami, pelbagai pendapat dan penerangan yang diberikan oleh kawan kawan Den mengenai, apa itu Emtional Intelligence.

Ada seorang kawan Den tu dengan penuh berkeyakinan berkata bahawa EI adalah salah satu cabang ilmu perisikan yang baru diperkenalkan. Sebab itu BSPP telah diberikan  tanggungjawab untuk menyebarkannya. Kami yang naif dan malas nak buat research bersetuju sahaja dengan keterangan itu. Pada pendapat kami , apa yang dikatakan oleh mamat itu adalah betul, sebab dia adalah Pegawai Risik . Kami pun buta buta percaya bahawa EI adalah satu cabang ilmu perisikan yang baru, itu lah tanggapam kami pada waktu itu mengenai EI.

  • Mereka yang mempunyai EQ yang tinggi biasanya boleh berkomukasi dan memberi idea, pandangan dengan baik. Mereka lebih berkeyakinan, mahir dan tahu apa matlamat yang 
  •  EQ adalah berkait rapat dengan kemahiran kerja berpasukan dan sosial skills yang amat diperlukan didalam setiap individu untuk berjaya di dalam kerjaya masing masing.
  •  Pemimpin dan ketua yang mempunyai nilai EQ yang tinggi biasanya akan mengwujudkan suasana kerja yang kondusif dan supportif yang mana akhirnya akan membawa kejayaaan terhadap sesebuah agensi itu.
  •  Mereka yang mempunyai EQ yang tinggi dapat memahami kekuatan dan kelemahan anggota yang berkerja dengannya atau orang bawahannya dan ia mampu untuk memberi impak positif bagi menaikkan semangat kerjasama dan produktivi di dalam kumpulan tersebut.
  • EQ adalah berkaitan dengan kemampuan untuk menghadapi tekanan kerja, tuntutan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan ditempat kerja dan bagaimana untuk mengatasi tekanan tersebut.
  •  Mereka yang mempunyai EQ yang tinggi mampu mengenalpasti kemahuan dan keperluan emosi orang bawahanya dan boleh mengujudkan situasi dimana mereka akan lebih bersemangat untk berkerja.
Kebodohan kami terserlah bila Den kemudiannya mengetahui bahawa EI adalah satu cadang ilmu berkaitan dengan pemahaman dan kaedah memahami dan kawalan emosi bagi mempertingkatkan lagi skill dan kemahiran sebagai ketua.  Dan yang memalukan Den adalah apabila Den sedari bahawa ia tidak ada kaitan langsung dengan Intelligence atau Perisikan sebagaimana yang kami sangkakan sebelum ini.

Sebenarnya EI adalah sesuatu perkara yang amat berkait rapat dengan pengurusan dan kawalan emosi seseorang.  Ia melibatkan kebolehan memahami emosi sendiri dan emosi orang lain dan bagaimana nak menguruskan emosi itu bagi memastikan ia dapat membantu seseorang itu  di dalam mengawal sesebuah kumpulan kerja. Ia lebih kepada human resources management dan social skills. Dalam bahasa mudah EI atau disebut EQ adalah umpama "wisdom" yang ada pada seseorang dan IQ adalah umpama  nilai "intelectual " yang ad pada seseorang . Mereka yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi, seperti bijak, berkelulusan tinggi dan mahir didalam perkara-perkara teknikal, biasanya tidak akan menjadi seorang pemimpin, ketua atau pekerja yang berjaya jika dia tidak mempunyai nilan EQ [wisdom] yang tinggi . Mereka ini mungkin gagal untuk mengawal emosi mereka, mudah mengalah, tidak tahan kepada tekanan tempat kerja yang mana ini akan menyebabkan mereka boleh menjadi seorang yang tidak efektif atau produktif.


Memahami konsep EI adalah penting untuk memastikan “kejayaaan” serta peningkatan produktiviti dan semangat berkerja pada setiap individu. Tidak semua mereka yang mempunayi IQ yang tinggi boleh berjaya sebagai pengurus, ketua atau tenaga kerja yang berjaya tanpa mempunyai kefahaman EQ yang tinggi. Sebagai contoh kita ambil seorang pemimpin politik yang bijak , berkelulusan tinggi dan mempunyai IQ yang tinggi, tidak akan berjaya jika ia mudah terlibat dengan unsur-unsur tidak baik seperti rasuah, kaki perempuan dan sebagainya. Kegagalan ia melawan dan mengawal desakan nafsu seperti tamak dan nafsu seksnya akan membuatkan ia terjebak dan akan menghancurkan kerjayanya. Pemimpin sebegini dikatakan mempunyai EQ yang rendah dan tidak sesuai menjadi pemimpin walaupun ia mempunyai IQ yang tinggi dan kelulusan akademik dan seorang yang bijak.

Peranan EQ dan menafaat yang boleh diperolehi setelah memahami konsep EQ di dalam situasi tempat kerja di dalam sesebuah agensi adalah seperti berikut .

Secara ringkasnya mereka yang mempunyai nilai EQ yang tinggi , berkemahiran dan mampu untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya serta "mengunakkannya" untuk meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti ditempat dimana mereka bertugas. EQ pada dasarnya adalah Sama pentingnya dengan IQ seseorang apatah lagi jika seseorang itu merupakan ketua di dalam sesebuah agensi atau mereka mereka yang bertugas berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan seperti jururawat, guru danapa jua profesion yang memerlukan interaksi diantara pelanggan.

Justeru itu , jika anda merupakan salah seorang yang mana profesion anda memerlukan kepimpinan yang mantap, perlu berinteraksi dengan  pel bagai kerenah pelanggan atau sebagai ketua di dalam sesebuah agensi kerajaan,koperat atau politk, anda seharusnya mendalami  ilmu mengenai perkara ini untuk meningkatkan lagi tahap professionalisme anda.Perkara ini boleh diperolehi jika anda rajin mencari ilmu tersebut sendiri atau pergi berguru atau menghadiri Kursus Emotional Intelligence yang banyak didilaksankan dipasaran sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh Den. Berdasarkan dari pengalaman Den selama 27 tahun, EQ adalah elemen yang biasanya 'hilang" dikalang pemimpin, ketua dan para pekerja sehingga menyebabakan prestasi kerjaya dan tahap produktiviti serta imej dan kredibiliti sesebuah agensi itu dipersoalkan dan dipandang rendah .

Justeru itu, memang tidak hairanlah pada hari ini kita nampak banyak pemimpin yang gagal berfungsi dan kelihatan lemah di kacamata rakyat, walaupun mereka tersiri golongan bijak pandai. Ini adalah kerana kelemahan mereka  di dalam memahami konsep EQ serta tidak tahu melaksanakanya didalam  kerjaya mereka. Lalu mereka dichop sebagai pemimpin yang tidak faham dengan "jiwa rakyat", tidak sensitive pada rakyat dan tidak pandai untuk memenangi jiwa rakyat...Bagi Den pemimpin sebegini yang mempunyai nilai EQ yang rendah tidak layak menjadi pemimpin walaupun mereka berkelulusan Oxford.


Contoh paling mudah untuk melihat mereka yang mempunyai nilai EQ yang rendah adalah seperti  tindakan beberapa pemain semasa perlawanan separuh akhir antara JDT dan FELDA lepas. Mereka gagal mengawal perasaan ketika bermain di dalam keadaan tertekan dan penting. Pada Den mereka sepatutnya di hantar untuk menghadiri  kursus EQ untuk membantu mereka menjadi pemain yang lebih professional . Akhir sekali perlu dinayatakan bahawa , IQ + EQ yang tinggi akan mempertingkatkan lagi 'keyakinan diri dan tahap professionalisma ' kita di dalam apa juga profession yang kita ceburi. Justeru itu ..carilah Ilmu ini demi untuk peningkatan kerjaya anda.


Monday, 27 October 2014

JANGAN JADI KALDAI ..DITUNGGANG ORANG KEHULU HILIR

Entah apo sobabnya , hari ini tangan Den gatal nak mengulas pasal statement yang dibuat oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, mengenai perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya dan beliau sedang menyahut cabaran untuk mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan. Wah..!! dalam hati  Den berdetik dan berkato berani benar dan sungguh bersemangat  mamat ini. Dan keberaniannya terserlah lagi  bila dia berkata  "Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."…..

Dalam hati Den berkato  “Wah...Memang hero laa mamat nei…!  PM in the making…pandai berkata-kata, berani, pandai sebab belajar kat Universiti Malaya..” Masih muda dah terserlah semangat kepimpinannya. Hebat sungguh dia. Bila baca pulak komen-komen yang kebanyakkanya menyokong keberanian anak mudo ini…seolah-olah mamat ini memang bijak, berani dan terserlah ketokohannya sebagai pemimpin….Perrrgh..apo apo pun punco Den bercadang menulis pasal isu mamat ini bukan pasal nak popularkan dio atau nak meyebolah kerajaan, cumo nak mengingek anak -anak mudo supaya lobeh berhati hati dan tidak mudah dipergunokan sebagai haiwan tunggangan oleh pihak pihak tertentu.


Semaso Den meneruskan pembacaan, Den tersentak bilo Mamat ini menyatokan bahawa “Sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga.” Tetibo Den tersenyum sendiri. Mamak ini bonghap ko apo ? kato hati Den. Pado pandangan peribadi Den sepatutnya perjuangannya itu dimulakan selepas dia selesai belajar, dan bila dah boleh berdikari dan tak mengharapkan orang lain untuk menyediakan makan minum, tak mengharapkan orang lain membiayai yuran pelajaranya baru sesuai untuk berjuang dalam politik .

Ideally, sebagai pelajar, tanggungjawabnya adalah mendapatkan sijil kelayakkan terlebih dahulu, supaya selepas itu ia mudah untuk memperjuangkan “pembebasan Malaysia“ tanpa terikat dengan beban sebagai pelajar dan dah mengenggam scroll. Lepas tu kalau bercakap barulaa orang pandang. At least Degree Holders..bukan setakat lepasan SPM macam Den . Jika perjuangan dibuat semasa masih belajar dia akan menghadapi lebih banyak masalah dan tumpuannya kepada pelajaran juga akan menjadi masalah kalau  dia gagal dalam pelajarannya. Bilo dah grad..suko hati kau lah nak mempejuangkan apo jugak issue .

Tapi dio kato pulak dio ghaso lopeh belajar dio risau perjuangannya akan terjejas disebabkan dibebani dengan kerjaya dan keluarga !!! Tu yang Den kato budak ini sebonarnya merapu tak tontu halo. Kalau dah abis belaja nanti…pandai-pandailah buek pilihan..nak keluargo ko, nak kerjaya ko..nak meneruskan perjuangan ko…apo lah susah sangat..Dan kalau ghaso tak leh nak terimo beban tersebut…tak payahlah sibuk.siibuk nak berbicara soal perjuangan.

Pendapat Den  ruponyo mamat ini tak laa bijak mano …Disni Den lihat tando-tando yang mamat ini pado hakikatnya…bolom akhil baliqh di dalam ilmu perjuangan , kalau kiro zaman bercinto..masih lagi level cinto monyet . Walaupun dio pelajar university, dio sebonarnya buek gompak dan tak faham tontang istilah perjuangan..Hampeh boto, carik popularity caro murahan...bagi Den dio samo standard dengan  wakil rakyat dan YB di warong kopi. Mereko ini dok sibuk hari hari …cerito pasal kezaliman kerajaan, cerito pasal salah guno kuaso, cerito pasal kerajaan rasuah…cukup maso , kodai kopi pun tutup wakil rakyat dan YB ini balik..buek kojo asal ..berkobon, menoreh dan sebagainya. Apo yang dibahas dan didebatkan di kodai kopi..hanyo sekadar nak mengisi maso lapang dan mengasah otak supayo tidak nanyuk.

Sebolom Den nak torangkan kenapo Den kato mamat ini standard Wakil Rakyat dan YB kodai kopi... Kat sini menunjukkan mamat ini pendek akalnya sependek rambut budak basic komando. Dio sebonarnya  tak faham  pasal isu perjuangan..apotah lagi dalam konteks ini perjuangannya adalah untuk menentang satu institusi pemerintahan yang begitu gah dan “menguasai semua jentera pemerintahan Negara”. Tentang niat dia nak berjuang dan nak menentang penyalahangunaan kuasa oleh Puterajaya”…Den tak nak komen, menyokong tidak membantah pun tidak..kalau dio ghaso perkara itu perlu diperjuangkan..biarlah dia berjuang…cumo Den nak komen pasal kaedah dan maso perjuanganyo yang tak sesuai mengikut hukum alam dan tok guru Sun Tze maupun Nicolle Machiavelli mengenai bab peperangan, perjuangan dalam konteks politik.

Bilo kito nak bejuang pasal perjuang yang besar seperti yang dihajatkan oleh mamat ini , iaitu perjuangan untuk “menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa oleh sesebuah institusi pemerintah,” kito kono berilmu. Yang pertamo,.kito kono kenali musuh kito, apo kredibiliti dan capability, apo kekuatan musuh dan kelemahan musuh dan sebagainya. Selopeh kito mengenali musuh,kito kajilah apo yang kito ado, kelomahan kito dan sebagainya dari  situ barulah kito buek perancangan strategic macamano nak nak kalahkan musuh. Dalam konteks ini, mungkin kito kono belajar dulu tentang information warfare, bagaimano nak  “monangkan hati rakyat dan menyokong kito”…apo pendekatan terbaik. Kalau kito tahu “musuh” terlibat dengan rasuah..kito kono fikirkan bagaimano issue itu boleh dibuktikan dan diketongahkan. Agak-agak sebagai sebagai pelajar bolehkah dio dapekkan bukti-buktiyo, itu jiko ado.?  Kalau pun ado bukan sonang nak dapekkan bukti itu apotah laei kalau level student ini.  Dio tak boleh brgantung kepada laporan khabar angin , dakwaan tanpa  bukti, tomahan atau fitnah sebagai bukti. Kalau tidak bermakno kito main segorkap jarang ajo menuduh kerajaan, silap silap kito disamannyo.

Selain dari itu..pelbagai perkaro dari peringkat strategic, operational dan taktikal yang kono kito gunokan supayo peperangan dengan “musuh” tu boleh dimenangi dan dalam konteks ini kerajaan sekarang boleh diganti….Persoalannya adakah mamat ini , yang makan minumnya masih lagi mengharapkan ehsan dan tanggungan orang boleh didalam usahanya untuk menggantikan kerajaan sedia ada. Tu belum Tanya lagi kalau kerajaan sekarang Berjaya digantikan ..siapa pulak yang sesuai jadi pengganti. ?? Kalau setakat mamat ini adakah   dia benar benar bersedia  untuk menghadapi scenario  baru jika dia menang dalam perjuanganya ?

Message yang Den nak sampaikan disini adalah..dalam setiap perjuangan memerlukan pengorbanan . Dan yang lebih penting lagi perlu ada perancangan dan bukannya main sondol  ikut sedap hati dan perasaan. Ramai anak muda yang terikut-ikut dengan konsep perjuangan jalanan tanpa memikirkan dengan semasak masaknya mengenai issue yang diperjuangkan. Mereka ini kebanyakkan berpengetahuan tetapi TIADA KEBIJAKSAAN [Knowledgeable But No Wisdom ]. Mereka mudah dipengaruhi dan di api-apikan..Mereka mendapat maklumat dan terus mempercayainya tetapi mereka tidak pandai menganalisi maklumat itu menyebabkan mereka begitu mudah terperangkap di dalam “Cognitive Traps”.

Perjuangan bukannya satu perkara yang mudah. Apatah lagi kalau perjuangan kita itu merupakan satu perjuangan yang besar, kita kena buat persiapan . Dalam pada itu terdapat kemungkinan kita hanya adalah pawn yang diletakkan dihadapan sebagai satu “deception,” “baits’ atau hanya untuk trickle isu isu tertentu. Jika begitu pastikan perjuangan kita itu ada “ insurance”. Dah banyak kes yang melibatkan anak muda hanya dipergunakan oleh pihak tertentu demi untuk kepentingan politik mereka, akhirnya mereka akan ditinggalkan terkontang kanting. Ramai mereka yang terlibat di dalam gerakan reformasi tahun 90an sudah merasainya .  Dalam semuo parti politik  pun perkara yang samo berlaku bezonyo.. Ado parti bagi duit , untuk perjuangkan parti, bilo tak bagi  duit..mulola penyokong lari .  Ado parti , mulo mulo keluarkan duit sendiri, bilo dah monang..masing masing  cari kepentingan peribadi.  Pendek kato itu memang lumrah  berpolitik.

Kalau pun anda sanggup mati demi perjuangan pastikan dulu  bahawa anda sedang memperjuangkan sesuatu yang betul  dan kita kena ambil kaedah yang terbaik bagi melaksanakannya. Mungkin dalam konteks perjuangan ini, untuk menegakkan keadilan dan penyalahgunaan kuasa, langkah yang terbaik adalah dengan  melalui peti undi  dan bukannya melalui kaedah jalanan. Setakat ini Den masih percaya dengan kredibiliti SPR . Dan lepas kita jatuhkan kerajaan sekarang melalui peti undi kita berdoa ajelah kerajaan yang mengganti adalah lebih baik. Persoalannya siapakah pengganti yang lebih baik mengantikan kepimpinan sekarang ? Sebab itu Den katakan, kita hendaklah fahami asas, sebab dan matlamat perjuangan kita terlebih dahulu dan bukannya main ikut sedap kita asal menjerit dan menyalahkan kerajaan, mencabar dan mendabek dada..kita dah anggap kitalah  pejuang bangsa dan Negara..!

Sekali fikir mamat ini mungkin hanya kaldai di dalam gerakkan yang lebih besar . Dijolok  duit, dijanjikan kemewahan terus saja kedepan dan melaungkan slogan perjuangan. Dan Den yakin begitulah keadaan sebenarnya mamat ini . Sayangnya sebagai pelajar university, mamat ini seharusnya bijak dan tidak menizinkan dirinya dinodai sebagai kaldai. Bagi Den dia hanya kaldai tunggang si anu tu.

Apo pun, jika benar sangkoaan Den, Harap mamat ini tidaklah sampai menjadi sebahagian daripada tentera-tentera Abu Khinzir dari satu kawasan perhutanan Speciesnya yang Berbadan Sasa, Pantas, Mempunyai taring yang amat menakutkan…bila Jenderalnya jerit  ..Soonnnn Doollll….maka berlarilah dengan kencang tentera-tentera tersebut sambil menyondol apa juga yang ada dihadapannya…kalau musuhnya berselindung  disebalek batang pisang seperti kisah Hang Nadim ok jugak..tapi musuhnya kali ini berada  disebalik tembok yang kukuh…pasti  taring tentera yang menyondol itu akan patah. 

Dalam konteks ini, pada pandangan peribadi Den kerajaan tak perlu tangkap atau mengambil sebarang tindakan ke atas mamat ini sebagaimana yang dicabarnya . Den pasti   jika hanya ditarik balik biasiswanya akan mengelupur ia umpama ikan yang berada dikawasan kemarau. Tapi kerajaan tak perlu bertindak kejam begitu, kerana jika mamat ini Berjaya lulus pun nanti dia adalah lulusan Pentadbiran dan Keadilan Sosials,  paling kuat dia akan join politik  pakatan melainkan kalau dia tak malu dia akan menjilat balik mintak kerja dengan kerajaan yang dikatakan tidak adil itu [kalau BN terus berkuasa laaa ]. Jadi nasihat Den tak perlu ambil tindakan apa-apa pada dia . Dia hanya pawn on the chess board..atau langau yang dihantar oleh pihak tertentu dengan niat saja nak geletek kerajaan..jadi kita gelaklah dengan kehadiran langau ini.

Saturday, 13 September 2014

A MESSAGE TO Chief Government Security Officer [CGSO]

Isu kebocoran or pembocoran Kertas soalan UPSR  menjadi topic hangat Negara minggu lepas. Maka bermula sesi tuding menuding, menyalahkan pihak tertentu, dan para  pegawai kerajaan yang berkaitan permasalahan ini dengan lantangnya mula lah mengeluarkan arahan dan amaran untuk menangkap dan membawa mereka yang di “percayai “ bertanggungjawab dalam kes ini ke muka pengadilan. Maka, di dunia maya facebook pun terkeluarlah  pelbagai pandangan ,pendapat dan saranan mengenai isu ketirisan kertas soalan tersebut…Dan seperti biasa…. Den percaya isu ini tak lamo dan tak kemano. Ia hanya merupakan tindakan spontan rakyat Malaysia dan reaksi yang biaso kito dengar dari pihak kerajaan.

Ini adalah lumrah rakyat dan kerajaan Malaysia bilo menghadapi isu-isu panas. Apa tah lagi isu ini melibatkan  “kelemahan dan kegagalan” kerajaan Malaysia di dalam melaksanakan Pengurusan Keselamatan Fizikal yang berkesan. Mereka laksanakan hanya  setakat  mana yang mereka rasa mampu aje….sehari dua lagi ..sonyaplah..sehinggolah si pesalah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan..maka cerito ini akan jadi hangat semula dan setelah si pesalah di jatuhkan hukuman…..sekian terima kasih…kes ditutup..Rakyat dan Kerajaan akan meneruskan kehidupan seperti biasa….. Ado isu…jom viralkan..pesalah dah dihukum…isu dah basi…cari isu baru…

Maso inilah Den terfikir..apolah usaha yang telah dibuat oleh CGSO , Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan  selamo ini . Adokah  usaha mereka untuk mentarbiahkan kakitangan kerajaan mengenai Kepentingan Pengurusan Keselamatan Perlindungan yang mantap telah berjaya dilaksanakan ? Den nak salahkan CGSO semato-mato pun tak buleh jugak..sobab mereka hanya di beri mandate untuk “mengawal selia dan menjaga perlaksanaan Pengurusan Keselamatan Fizikal , Dokumen dan Anggota  kerajaan, tapi mereka tak mempunyai kuasa untuk PENGUATKUASAAN YANG BERKESAN.

Ini  ibarat kito mengarahkan Sang Harimau untuk menjago harta karun , tapi sayangnya harimau tersebut tidak bergigi dan berkuku atau kalau situasi  guard dog yang kito pakai, kito lotakkan  si proddle dan bukannya si rothweilier untuk menjago rumah kito.  Arahan Keselamatan berkaitan Pengurusan Keselamatan  Perlindungan  kerajaan telah wujud sejak tahun 1960an..sampai hari ini….isinya tetap samo..cumo kulitnya telah ditukarkan dengan hard cover warna hitam bertatahkan tulisan emas…Den tak nak komen isi kandungan arahan setebal 40 muka surat itu…Pendapat peribadi Den…kalau boleh ditambah baikan lagi bagus….dan yang pontengnya CGSO  hendaklah diberi kuasa untuk penguatkuasaan Arahan tersebut di dalam semua kementerian kerajaan.

Berdasarkan dari pengalaman Den semasa di dalam ATM, Den pasti dalam sebulan tidak kurang dari 5 ke 10 kes yang membabitkan salah kendalian, kehilangan, kebocoran  dokumen dan maklumat kerajaan ke tangan yang tak sepatutnya. Perkara ini kebanyakkannya tidak dilapurkan dan tidak ada tindakkan susulan . Sebabnya, Jika dokumen terperingkat terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah menimbang sama ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau penyiasatan di bawah Akta Rahsia Rasrni 1972 patut dijalankan. Laporan kepada Balai Polis yang terdekat hendaklah dibuat sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku. Kebanyakkan Pegawai Keselamatan Jabatan tidak mahu berbuat demikian kerana memberi impak yang tidak baik kepada agensi tersebut.

Masalahnya, pada hakikat sebenarnya , Ketua Jabatan yang diberi kuasa menguruskan kes kehilangan dokumen terperingkat ini..tahu ke bidang kuasa dan bagaimananya nak melaksanakannya…??? Siapa sebenarnya Ketua Keselamatan Jabatan ini…? Mereka kebanyakkannya adalah bertaraf Penolong Pengarah atau Pengarah biasanya sekurang-kurangnya Pegawai Gred41/ 44. Dan mereka dibantu oleh seorang Pegawai Keselamatan yang di lantik oleh mereka sendiri dikalangan staffnya…Dari pengalaman Den kebanyakkan dari mereka yang melaksanakan tugas sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan adalah sebagai tugas secondary..Latihan mengenai Pengurusan Keselamatan yang mereka terima adalah hanya berdasarkan kepada arahan keselamatan dan ia lebih merupakan kepada keperluan mengetahui arahan arahan yang dinyatakan di dalam Arahan Keselamatan Kerajaan..tetapi dari segi nak menguruskan ..kebanyakkan dari mereka “blank”..Latihan yang mereka terima adalah  dengan memasukkan syarahan-syarahan keselamatan perlindungan ke dalam kurikulum kursus-kursus di semua pusat latihan Kerajaan . Mereka datang untuk seminar keselamatan, same old slide about Arahan Keselamatan  for two days…dan lepak kat hotel…leps tu balik!!  Dah cukup jam kursus untuk HRMIS setahun.

Berdasarkan pengalaman Den, semasa berkhidmat di salah sebuah agensi Penguatkuasa Kerajaan, ramai Pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan..tak tahu dan tak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan Pengurusan Keselamatan Perlindungan. Mereka tahu dan hafal arahan berdasarkan apa yang dinyatakan didalam Arahan Keselamatan…tetapi bila bab nak menguruskan Keselamatan Perlindungan….mereka mengaku tidak tahu dan tidak pernah didedahkan. Bagaimana seseorang itu boleh menjadi Pegawai Keselamatan Jabatan yang baik jika ia tidak tahu nak melaksanakan Analisa Ancaman dan Risiko Keselamatan , tidak tahu  nak membuat Plan Pengurusan Keselamatan, Tidak tahu nak membuat security Audit atau Penetration Test  dan kebanyakkan agensi tidak mempunyai  Polisi dan Dasar Arahan Keselamatan Perlindungan sendiri.

Cukup sudah Den tak nak komen lagi pasal isu Pengurusan Keselamatan Perlindungan yang dilaksanakan didalam agensi kerajaan.Cuma di sini Den nak nyatakan  bahawa akibat dari kelemahan dan kekurangan mengenai Pengurusan dan Keselamatan Perlindungan inilah yang menjadi punca pemangkin kepada kebocoran maklumat dan dokumen kerajaan pada hari ini.Den percaya ini semuanya berpunca dari orang dalam juga dan kelemahan pengurusan…Selain menegur  Den nak memberi cadangan supaya beberapa langkah boleh di ambil oleh kerajaan atau CGSO bagi memantapkan lagi  Pengurusan Keselamatan Perlindungan  didalam Agensi Kerajaan.
 
Perlaksanaan dan cadangan yang bakal dikemukakan bukannya susah dan tidak melibatkan perubahan infrastruktur serta implikasi kewangan yang banyak kepada kerajaan dan tidak juga memerlukan orang yang bijak pandai serta bertaraf pakar…cukup sekadar dengan “ membuat beberapa perubahan “ kepada infratsturktur CGSO yang sedia ada. Pendek kato, maaf cakap Den askar pencen pun boleh buek…

a.       DARI SEGI PENGUATKUASAAN. Memang difahami bahawa disebabkan tuntutan perundangan yang sedia mengakibatkan CGSO seperti harimau yang kehilangan gigi bila bab Penguatkuasaan . Apa yang perlu sekarang, CGSO tidak lagi memberi kuasa kepada Ketua Pegawai Keselamatan Jabatan dalam menangani kes-kes kehilangan, kebocoran maklumat dan dokumen. Jika ada berlaku sebarang pembocoran maklumat, perkara ini hendaklah dilapurkan kepada pihak CGSO. Tak perlu tunggu laporan. CGSO perlu proactive pergi carik sampai dapat. CGSO hendaklah menwujudkan satu tim penyiasat khas bagi menyiasat  perkara ini dan ianya tak perlu ramai cukup 12 orang untuk cover satu Malaysia, 2 org satu  tim. Hasil dari siasatan, kemudiannya CGSO membuat keputusan sama ada ia perlu di rujuk kepada pihak polis atau kepada pihak tatatertib dalaman.

Dengan cara ini Siasatan akan menjadi lebih telus…jangan beri alasan CGSO tak cukup kaki tangan…ATM dah laksanakan kepada tidak CGSO? Den nak tanyo kes  print screen kastam mengenai cincin rosmah, mengenai senarai SPR yang mempunyai 10 penama terdiri dari pelbagai bangsa dalam satu alamat, kes pembocoran itinery TSM  , dan pelbagai lagi kes dokumen kerajaan yang terkeluar di internet dah disiasat ke ? Pelaku dah dibawa kemuka keadilan ke ? Takkan ia senyap gitu aje…kalau macam gitu tak mustahillah banyak dokumen dan maklumat rasmi kerajaan akan terlepas keluar angkara orang dalam… Polis ada banyak kerja lain nak siasat. Kenapa tak isu berkaitan dengan pembocoran maklumat dan keselamatan perlindungan kerajaan disiasat oleh CGSO, paling tidak jika setiap kes disiasat dan yang bersalah diberi hukuman tataterib atau menjadi kes polis, ia mungkin satu permulaan langkah pencegahan yang baik kepada yang lain.

b.      DARI SEGI LATIHAN. Setiap Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pegawai Keselamatan hendaklah didedahkan tentang Pengurusan Keselamatan Perlindungan  yang “betul”. Bukan setakat pendedahan terhadap Arahan Keselamatan yang  sedang diamalkan pada masa ini. Mereka mesti tahu bagaimana nak membuat Analisa Ancaman Keselamatan, Bagaimana nak membuat Pelan Pengurusan Keselamatan, bagaimana nak membuat Manual dan Dasar Pengurusan Keselamatan [setakat ini yang ada adalah Dasar Keselamatan ICT, itu pun nasib baik MAMPU dah buat template dan setiap agensi perlu ada untuk dapat pengiktirafan ISO…tapi kenapa Dasar Pengurusan Keselamatan Perlindungan tidak dititik beratkan ?

Mereka juga perlu di dedahkan dengan kaedah membuat Security Audit dan Penetration Test. Dan bukannya seperti audit keselamatan yang sedia ada sekarang…terlalu ringkas dan tidak menepati criteria security audit, sebab agensi hanya perlu menjawab ya atau tidak…dalam bahasa mudah sudah tentu mereka semua akan angguk pada setiap soalan yang di kemukakan ..dan passing mark bukan 50 %. Part ini kalau tak tahu jugak, Den boleh mengajar…20% untuk Tuan Penasihat.!

c.       PERLAKSANAAN TAPISAN HALUS. Tapisan halus untuk pejawat awam perlu diperketatkan lebih lebih lagi mereka yang bakal memegang jawatan penting atau bertugas di tempat-tempat sensitive. Adakan personal dossier untuk mereka dan Ketua mereka mesti mengetahui perkara ini. Bab tapisan halus  dan personal dossier ini buleh kita berbincang lanjut. Jangan pakai cakap KJ yang mengatakan tidak apa menerima penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan. Dia orang politik  dia nak  dapat populariti cara itu.

Hakikatnya…siapa sahaja yang menjadi penjawat awam, dia mesti sokong polisi dan arahan kerajaan yang ada,kerajaan yg ada ialah parti yang memerintah, kalau tidak usaha kerajaan akan mudah disabotaj. Polisi kerajaan dibentuk oleh parti yang memerintah,tak kiralah siapa yang memerintah. Kalau esok bertukar kerajaan, sokongan tetap diberi kepada parti yang memerintah itu. Jika tidak itulah sebabnya banyak berlaku “permasalahan dalam kerajaan hari ini “..sebab adanya parasit-parasit yang tidak amanah dan  menyokong  parti pembangkang . Mana yg nak argue dengan Den pasal issue ini, nanti Den sembang tentang issue loyalty to the institutions yang Den faham selamo ini….dalam artikel lain laa.



Jadi apo yang Den nak katokan disini, isu pengurusan keselamatan perlindungan kerajaan hari ini adalah tanggungjawab CGSO sebagai “caretaker”, jadi CGSO haruslah diberi kuasa yang sepatutnya  bagi melaksanakan amanah ini. Ramai orang tak tahu, dan ingat CGSO hanya membekalkan pegawal keselamatan kepada agensi kerajaan sahaja selain memberi ceramah pasal Arahan Keselamatan Negara. Sebenarnya, CGSO boleh memainkan  banyak peranan yang lebih penting di dalam pengurusan keselamatan perlindungan kerajaan. Den berharap pegawai CGSO rajin-rajinlah sikit buat usul atau kertas kerja  bagi mempertingkatkan tahap professionalism  mereka dan sebenarnya banyak lagi usaha yang CGSO boleh buat dalam memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan . 

Sebenarnya Den ado banyak idea bagaimana nak memperkemaskan lagi peranan CGSO sebagai caretaker  “Pengurusan Keselamatan Perlindungan Kerajaan” …Den tunggu maso dan jumpo orang yang sesuai ..ajo nak menyampaikannya….Apo pun harapan Den lepas ini kerajaan lebih serius bertindak bagi membenteras gejala pembocoran maklumat dan  document kerajaan ini. Ia boleh dilaksanakan dengan perancangan yangbetul dan menghapuskan parasit-parasit yang sedang bermaharajalela di dalam agensi kerajaan.

Friday, 18 April 2014

ISA; IT IS A GOVERNMENT TRUMP CARD..IT IS A JOKER

Bilo Den cadangkan agar kerajaan mewujudkan semula ISA di dalam artikel yang lepas, Den pasti ramai pihak yang tak berpuashati ... Tapi jangan ghisau KERAJAAN TAK MENDONGAR SARANAN ASKAR PENCEN MACAM DEN . Janganlah pihak yang anti ISA gelabah lak…. Pado yang tak puas hati dongan saranan Den  kali ini Den nak memaklumkan kenapo Den sokong ISA dan ini hanyo sebagai satu wadah perbincangan sahaja. Pado yang tak pueh hati dengan pendapat Den.. Bab itu memang Den tak kisah, sebab ia hanya merupakan satu perkara biasa  apabila kita memberi pendapat dan pandangan dan  tak semestinya betul dan benar. Den sikit pun tak berkocik hati atau terhino maupn marah bila ada yang berpendapat yang Den tak faham dan tak tahu pasal ISA dan mengatakan sebab  saudaro maro Den tak pernah  ditahan di bawah ISA dan atas sebab itu Den tak sensitive pasal ISA dan cakap main ikut sodap Den ajo. Lalu diberikan pelbagai hujah yang kononya tidak berlandaskan kepada keadilan kerana berlakunya isu penahanan tanpa perbicaraan, tidak mengikut kebebasan dan hak asasi seperti yang di gariskan oleh Magna Carta . Itu argument yang diberikan oleh mereka yang pakar tentang ISA dan memegang kepada prinsip keadilan dan kebebasan yang digariskan oleh berasal dari Magna Carta, Den tidak membantah dan tidak menyokong…Pandangan Den pulak berbezo dan Den tak mintak disokong dan tak kisah kalau disanggah..After all .we do practice….freedom of speech and expression here .!

Cumo dikesempatan ini Den nak menyatokan pulak pandangan Den kenapo Den sokong ISA di adokan semulo dan bukan niat Den nak berhujah atau nak bertokak supayo pembaco terimo pandangan Den . Samo ado pembaco sokong atau tidak pandangan Den , Den macam Aiman …TAK KISAH .. dan kalau nak kato Den tak faham atau tak tahu pasal konsep “freedom and universal human right pun …Den tak kisah”..sobab tak jadi salah atau berdoso kalau kito tak setuju dengan konsep kebebasan yang dinyatokan dibawah universal human rights dan magna carta..tapi Den akan ghaso tidak seleso dan mungkin Den berdoso kalau tak  ikut saranan Islam yang banyak menyuruh kito ‘BERSEDERHANO DI DALAM KEHIDUPAN KITO”…
Bilo isu konsep  kebebasan dan human rights di perkatokan … Den selalu bertanyo perkaro ini kepado diri Den sendiri [dan kepado pembaco terpulanglah nak jawab atau tidak }. Den mulo semuonyo dari dalam ghumah kito sendiri …IT’S ALL STARTS FROM HOME….

-    Adokah kito sanggup memberi peluang dan mengamalkan  kebebasan bersuaro dan berekpressi kepado anak-anak kito seponohnyo di dalam ghumah kito ? –JAWAB DEN TAK.

-          Adokah kito akan sonyum bilo anak kito kato/kritik/kutuk lauk yang ibunyo masak tak sodap macam hampeh..atas dasar kebebasan bersuaro.? JAWAB DEN TAK.

-          Adokah kito sonyum dan golak bilo mendongar anak kito memarahi dan mengatokan adiknyo bodoh , lombab, banghang dan binghai sehinggo adiknyo meraung…..atas dasar kebebasn bersuaro ? JAWAB DEN TAK.

-          Adokah  kito akan membiarkan anak kito boleh keluar /berkawan/bergaul dengan kawan-kawannya yang kito SYAKI GENG PUNK , HISAP MADAT DAN MAT REMPIT.  JAWAB DEN TAK.


-          Atau kito akan sekat dio dari keluar atas alasan  PREVENTION IS BETTER THAN CURE ..? JAWAB DEN YO SUDAH SEMESTINYA.

-          Kesimpulan Den ..Den tidak benarkan kebebasan bersuaro dan hak asasi  secaro total seperti Universal Declaration Of Human Rigths  di amalkan di dalam rumah Den kerano io adolah tidak  sesuai dan kalau dibonarkan akan hancur dan punah ranah ghumah tanggo Den…

-          Kalau Ia tak sesuai untuk dipraktikkan  dighumah Den.ghaso tontu lobih  tak sesuai di amalkan dalam Negara yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, adat dan budaya yang berbeza..yang mana ia adalah lebih sensitive, hostile and fragile…Dalam ghumah yg kito jadi kepalo dengan satu amalan budayo dan agamo pun susah nak dikawal apotah lagi di dalam negaro seperti Malaysia.

Dari pengamatan Den semuo persoalan diatas adolah berdasarkan kepado kebebasan bersuaro dan berekpressi , hak dan sebagainyo. Den ghaso kalau  kito bonarkan jugak  atas dasar human rights abih jahanam ghumah kito . Dan kalau kito benarkan konsep kebebasan sebagaimano yang digariskan itu di dalam negaro kito…abih jahanam negaro kito . Lopeh ini semuo  orang bebas nak mengato sesiapo yang dio suko atas dasar kebebasan dibawah human rights. Dan bondo ini sebonarnyo sudah dan masih berlaku secaro terang-terangan ...Kito kono ingek Islam banyak menyuruh kito  bersederhano dalam banyak  hal, disuruhnyo kito menjago lidah dan kato-kato supayo tak ado orang yang akan terghaso  sakit hati dongan kito.Disuruh kito jago hati jiran dan kawan, dan disarankan  agar kito bersedio menghadapi sebarang kemungkinan, dingektkan kito supayo Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara Kaya sebelum miskin, Sehat sebelum sakit, Muda sebelum tua, Lapang sebelum sempit , Hidup sebelum mati. Peringatan ini merupokan satu langkah PREVENTIION IS BETTER THEN CURE...

Dari sini ikut kefahaman Den , perkaro yang samo kito kono aplikasikan didalam masyarakat kito dan bukannya kito ikut buto-buto saranan yang digariskan dalam konsep human rights dan magna carta yang digariskan oleh para orentialis barat. Ianya adolah lebih penting lagi bilo kito mempunyai masyarakt yang berbilangan bangso, budayo dan agamo..yang mano silap sikit ajo akan mudah berlaku pergeseran antaro kaum. Sejarah dah membuktikan bagaimano sensitifnyo hubungan perkauman di negaro kito. 13 Mei 1969 …walaupun Den kocik laei…tapi dari cerito abah ,atok , pak sedaro  Den…kalau  buleh janganlah berulang laei..Itu sobab Den setuju sangat ado undang-undang macam ISA tu..sekurang-kurangnyo ..bak kato kawan-kawan se mejo poker Den ..IT IS A GOVERNMENT TRUMP CARD..IT IS  A JOKER .! Ini juga merupokan satu langkah pencegahan yang baik dan berkosan….DEMI UNTUK KESELAMATAN NEGARO.


Den pasti ado yang akan argue bahawa terdapat “kemungkinan” kerajaan akan menyalah gunokan  akta tersebut. Jawapan nyo ..YES kemungkinan memang ado. Dan tolong bagi tahu Den kuaso apo yang ado pado manusio yang  TIDAK MUNGKIN DISALAH GUNOKAN OLEH MANUSIO YANG DIBORI KUASO ITU ?....ITU SOBAB WUJUDNYO PERKATAAN PENYALAHGUNAAN KUASA.  Itu nanti  pandai-pandai mereko menjawab kerano menyalahgunokan kuaso dan menganiayo orang….Allah kan ado..Bondo-bondo yang  diluar kawalan kito , kito bersorahlah kepado Allah . Dan dalam konteks ini jugo orang yang raso teraniayo boleh menggunokan saluran mahkamah …melalui writ Habeas corpus. Kalau rajin cubo goggle berapo ghamai orang ditahan dibawah ISA ponah terlopeh dek kerano writ tersebut.

 Nak kato kerajaaan  membabi buto dan main sewang dan tangkap orang bawah ISA tanpo sebarang bukti tak boleh  jugak. Kerano Kerajaan yang melaksanakan kuaso dibawah ISA ini pun manusio dan rakyat Malaysia macam kito jugak…bukannya dio orang tak ado hati porut..Dio orang buek pun pasal mungkin itu caro yang terbaik untuk menangani kes-kes keselamatan yang  banyak “circumstantial evidence” tetapi kurang hard or direct evidence yang boleh menyabitkan orang itu ke mahkamah. Macam kito larang dan kuarantine anak kito dari keluar rumah dan bercampur dengan mat fit dan mat madat……takkan kito nak  lihat anak kito dah jadi mat madat mat  gian dan mat fit baru kito nak halang dan kurung dio dalam ghumah…maso tu dah terlambek…

Dan yang kato sobab sedaro maro Den tak kono ISA bolehlah Den sembang tahap gaban …Sebonarnyo..pertamo sekali semuo  saudaro maro Den orang kampong dan tak ado yang berstatus urban malay dan apo dio org tahu kojo,kojo carik rezoki siang dan malam, tak minat pasal politik.. dan kalau ado pun yang berkategori urban malay mereko jenis yang  tak subversive..macam Den. Jadi memang patutlah dio orang tak ponah kono bawah ISA…dan kalau Den ditakdirkan kono disobabkan keceluparan Den hinggo boleh  mengugat keselamatan..Den tanggunglah sendiri…sobab tak ado orang yang  pakso Den jolok sarang tebuan dan pandai dan  nak sangat  jadi hero…beranilah terimo akibatnyo . Tapi selagi kalau kito faham erti keserdahanaan dan boleh baco mano yang baik mano yang buruk, kalau kito pandai jago mulut dan TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGORO….INN SYA ALLAH kito tak akan ditahan dibawah ISA.

Den percayo…sometimes We Have To Be Cruel In Order To Be KindSometimes  We Have To Controls The Rights Of The Minority  For The Benefits Of The Majority …dan ado kalonyo kito kono fikirkan   tentang mendahulukan  Maslahah Ammah. Berbanding Maslahah Khashsah …dan dalam konteks ini Den percaya kewujudan ISA adalah untuk kepentingan dan  keselamatan Negara . Ia merupakan satu langkah pencegahan yang amat berkesan demi untuk kepentingan umum dan negaro dan dalam mewujudkan dan menguatkuasakan Akta ini jika berlaku juga perlanggaran hak individu demi untuk kebaikan sejagat dan keselamatan Negara …anggaplah ia sebagai collateral damage….

Perlu diingat Negara kita mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, yang mengamalkan pelbagai adat dan budaya dan fahaman agama. Justeru itu perundangan yang berbentuk preventif seperti ISA adalah sangat penting di dalam memastikan Negara ini sentiasa berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Walaupun ISA dianggap sebagai satu akta yang  “tidak  menepati saranan Magna Carta dan berbentuk oppressive” , tetapi ia nya amat diperlukan oleh sebuah Negara yang mana perpaduan kaumnya adalah   “hostile” , fragile and “at stake” .seperti Malaysia …ia adalah umpama ubat yang pahit untuk mencegah  denggi seperti  pil “Dracula” yang diberikan kepada setiap anggota tentera sebelum memasuki kawasan operasi. Dalam konteks Negara seperti Malaysia ini …ISA adalah pill Dracula tersebut bagi mencegah dari berlakunya kehancuran Negara ini disebabkan isu keselamatan dalaman dan bukannya serangan dari kuasa luar.



Monday, 14 April 2014

CLEAR AND PRESENT DANGER !



Den harap lopeh dari ini Den tak nak membincangkan lagi pasal isu keselamatan dalam negori  atau pasal isu keselamatan negaro. Ado anak-anak mudo yang begitu minat mengenai isu keselamatan negaro bertanyo kepada Den tentang keupayoan pasukan keselamatan ATM di dalam menghadapi ancaman keselamatan dari negaro luar atau dari serangan kuaso besar. Den jadi serba salah…Kalau Den ceritokan kebimbangan Den selama ini mengenai isu keselamatan negaro lain lak focus Den tontu dio orang terkojut. Atau mungkin Den yang tak mengikut arus atau tak mengetahui tentang  “maklumat strategic dan isu serantau  mengenai keselamatan Negara dan ancaman dari luar “.  

Wednesday, 26 March 2014

BIARLAH...AHLI BOMBA MELAKSANAKAN TUGASNYA



Den Nak tanyo berapo ghamai orang yang kek luar tu, yang dok mengutuk kerajaan  dalam menangani  krisis MH 370 tu , PONAH , BERADA DAN TERLIBAT SECARO LANGSUNG  di dalam Crisis Management Team [CMT] dalam MKN bilo berlaku sesuatu krisis seperti  Kes Lanun  Tawan Kapal, Kes Lahad Datu, Kes Al Maunah  dan terbaru kes MH 370.? TU BOLUM TANYO PASAL ARAHAN NO 18 , NO 20  laei.. Den yakin tak ghamai dan mungkin tak sampai pun 0.0005 peratus dari jumnlah rakyat Malaysia . Bagi mereko yang pernah terlibat di dalam CMT, MKN ini mungkin faham dan mengetahui bahawa bukan sonang nak menyelesaikan atau mengambil jalan penyelesaian sesuatu krisis itu . Bukan sesonang nak masak dan makan Maggie, bukan sesonang nak goreng tolo, yang mano anak Den berumur 6 tahun pun boleh buek. 

Friday, 21 March 2014

BED TIME STORY ; TEORI MAT SALLEH

Anak Den yang kocik bertanyo

 “…Abah kenapa kawan saya kata  KITA PANGGIL MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH.???  

Kepalo Den naik poning nak menceritokan, Sebonarnya Den sendiri tak tahu. Lalu Den lotak didalam status FB Den. Dan dari situ timbullah beberapo teori…Malamnya Den panggil anak Den,

 “Maama Sya, tadi Maa Sya Tanya Abah kenapa kenapa kawan Maama Sya kata MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH kan ?.”

Sebabnya adalah begini … mako Den pun memulokan bed time story Den…Anak Den yang ke ompek , yg berminat nak mengetahui jawapannya turut mendengar  cerito Den…….

Wednesday, 19 March 2014

CERITA DONGENG . RAKYAT : SEMUT MERAH DAN SANG KANCIL

Diawal dini hari Sang Harimau dikejutkan dengan berita kehilangan si BADAK sumbu utusannya yang membawa bersama Gong Nabi Sulaiman dan diringi oleh 4 orang anak panda yang  genius , yang sepatutnya dalam perjalanan menuju kekawasan Panda. Sebaik sahaja Sang Harimau mendapat perkhabaran bahawa  rombongan BADAK  yang dihantarnya ke kawasan Panda itu tidak sampai, maka Sang Harimau memanggil semua warga rimba untuk mencari dan menjejaki BADAK tersebut. Berita tersebut telah mendapat perhatian seluruh warga rimba raya .Setelah usahanya gagal Sang Harimau cuba mendapatkan bantuan dari sahabat dan kenalan rapatnya  seperti Merlion, si Garuda , Si Gajah ,Water Buffalo, Carabao untuk turut membantu .Usaha berterusan dilasanakan di kawasan yang dipercayai kawasan laluan BADAK tersebut . Diperingkat  awal pencarian itu, tiada sebarang tanda ditemui mengenai kehilangan Rombongan BADAK.

Thursday, 13 March 2014

HANDLING THE MH 370 CRISIS :IT IS ALL ABOUT PERCEPTION MANAGEMENT ....

“Control the public's perception of you and nobody will care if you have any talent.”
Rashida Jones

Istilah  Perception Management mula-mula diguna pakai oleh  Tentera Amerika apabila doktrin  Peperangan Informasi di perkembangkan dan ia berasal dari tindakan propaganda. Setiap organisasi perlu mengunakan PP pada setiap masa lebih-lebih lagi dimasa berlakunya sebarang krisis. Kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada keberkesanan pemimpin mengharungi sesuatu krisis dan kebolehan melaksanakan PP dengan sebaik mungkin .  Terdapat 4 pendekatan utama bagaimana yang melaksanakan Perception Management iaitu ,

Thursday, 6 March 2014

LORENG OH LORENG !

Entah apa sebabnya sejak kebelakangan ini ada anak muda  yang mula mengunakan kain bercorak loreng untuk mengayakan fesyen terbaru dan trend mereka. Maklumlah bila dah artis mula pakai, maka ramailah anak muda yang telah menganggapnya sebagai suatu ‘trend’ dan turut sama memilih kain bercorak loreng untuk dijadikan fesyen pakaian mereka. Phenomena ini secara tidak langsung dan tanpa disedari telah menguris hati pasukan yang beruniform yang mana corak lorengnya telah di jadikan sebagai "trend dan fesyen" masa kini. Apakah  para pereka kain atau fesyen dah kehabisan modal ke nak cipta kain corak lain selain loreng atau mereka berminat dengan corak batik tetapi tak pandai nak mengunakan batik disebab rabun warna dan hanya mengenal hijau gelap, hijau terang sikit, kelabu dan hitam ...??? Apa pun bagi  Den sanctity kain loreng dah tercemar bila ia mulo digunokan sebagai fesyen lobih-lobih lagi di dunio hiburan dan glamour ....

Sunday, 2 February 2014

The Power of Comma

Semonjak Den jadi Pegawai Kadet Kanan, sehinggo Den dah pencen, ghamai bonar yang dok panggil atau address Den sebagai TUAN. Semaso dalam perkhidmatan, Den tak berapo nak kisah, walaupun sebonarnya dalam hati kocik Den memang tak berapo seleso orang  panggil Den Tuan. Sobabnya susah jugak Den nak torangkan kek sini takut timbul macam-macam spekulasi dan tanggapan  yang bukan-bukan. Pokoknya Den memang tak seleso bilo di panggil tuan..tapi dah dalam askar Den tak naklah membosarkan isu ini ..sobab dah jadi satu  “keperluan” untuk memanggil pegawai tentera sebagai Tuan.

Bilo Den masuk unit 11 RGK ado satu tempoh tu, Pegawai Memerintah Den buat  “peraturan sendiri “ untuk  anggota 11 RGK , dimano semuo warga 11 RGK dibenarkan memanggil pegawainya sebagai “BOSS” . Dari Pegawai Memerintah sampai laa ke pegawai mudo…semuonya dipanggil Boss oleh anggota bawahan mereko . Bagi kami ia tidak menjadi masalah dan dari sogi kebaikannya kami yang pegawai ini teraso lebih mesra dan mudah nak bersembang dengan pihak atasan kami .Terasa semacam ado “special bonding “ pulak. Kami lebih mesra dan lebih memahami antara satu sama lain.

Disini bukanlah Den memandai-mandai nak mencadangkan agar semua panggillan Tuan yang diberikan kepada pegawai atasan kami hari ini dalam tentera di tukar kepada panggilan “Boss” . Secara peribadi Den sendiri tak setuju dan tak berniat nak mencadangkan perkaro yang tak berfaedah itu. Apo yang Den nak ceritokan adolah ketidak berapo selesoanya Den bilo orang bawah panggil Den sebagai  “Tuan”. Bagi Den ia  agak terlalu formal  dan kono lak orang yang memanggil Den tu bukan anggota ATM, Den ghaso lagi janggal. Apo-apo pun ia dah menjadi tradisi dan amalan dalam tentera…tak perlulah kito nak pertikaikan disini. Maso dalam askar dulu…perkataan…Baik Tuan , OK Tuan , Siap Tuan , Beres Tuan , Terimo Kasih Tuan …semuonya adalah lumrah dalam kehidupan kami sebagai anggota tentera .Kalau tak dongar perkataan tu ghaso tak longkap lak hari Den .

Tapi ado satu kisah dimano Den amat marah dan goram bilo orang /anggota Den panggil Den tuan . Kisah terjadi bilo kami terlibat di dalam satu latihan tahunan kami yang berkonsepkan “Peperangan Konvensional” , dimana kami terpaksa membuat latihan dengan melaksanakan tugas-tugas unit infantry. Biasanya latihan tahunan unit Gerup Gerak Khas  atau dikenali sebagai Latihan Boraq , merupakan latihan yang melibatkan kesemua unit dibawah naungan Gerup Gerak Khas. Secara tradisinya latihan Boraq akan melibatkan scenario penugasan GGK yang sebenarnya . Ada kumpulan yang akan mendayung , ada kumpulan yang akan membuat terjunan payung , ada kumpulan yang melaksanakan penyusupan berjalan kaki beratus km dan sebagainya. Akhirnya kumpulan tersebut akan berkumpul di satu sasaran  untuk melaksanakan serang mengejut atau pemusnahan ke atas lokasi tertentu.

Tetapi latihan yang berkonsepkan  “Peperangan Konvensional” ini lain sikit. Maklumlah dalam konteks ini kami terpaksa melaksanakan operasi seperti unit infantry biasa. Kami akan mara dengan berjalan kaki dan berkenderaan. Semasa di dalam perjalanan kami akan membuat pembersihan kawasan yang disyaki ada musuh dan kami juga akan membuat serangan dari peringkat seksyen, platun dan squadron. Pada dasarnya ia merupakan satu latihan yang tidak mendatangkan sebarang masalah kepada  kami. Kami seronok dan enjoy melaksanakan latihan tersebut .

Setelah hampir 10 hari kami bergerak , mara dan membersihkan kawasan-kawasan yang disyaki ada musuh di kawasan mara kami , kami telah diarahkan untuk membuat satu serangan peringkat rejimen ke atas satu kedudukan musuh . 3 hari 3 malam kami merancang dan membuat tinjauan keatas sasaran musuh yang letaknya kira-kira 20 km dari kawasan Foward Firm Base kami . Setelah semua persiapan dan perancangan selesai dilaksanakan , pada petang itu , kami telah di beri perintah akhir mengenai operasi yang akan dilaksanakan . Kumpulan Den , sebagi “kumpulah pemusnah/peletup” [Demolition Team] telah diarahkan untuk bergerak bersama-sama dengan Rejimen HQ, . Bila mendengar  arahan tersebut, Den tak berapa sedap hati kerana terpaksa berjalan bersama kumpulan Rejimen HQ yang mana Pegawai Memerintah akan turut serta.  Pegawai Memerintah Den amat  terliti dan“berhati-hati “ orangnya [very  particulars] .Setiap arahan diberi dengan teperinci, jelas dan diulangi beberapa kali .

Memandangakan kami akan mula bergerak bila hari sudah malam, dan kami tidak dibenarkan mengunakan sebarang alat bantuan cahaya , kami semua telah diingatkan supaya sentiasa berjalan rapat antara satu sama lain, dan orang belakang hendaklah memegang bahu orang dihadapan. Kami tidak dibenarkan berhenti jika orang depan tidak berhenti. Kami diingatkan supaya berjalan seperti orang buta yang dipandu oleh orang hadapan dan dilarang sama sekali untuk “terputus”/terlepas dari memegang orang hadapan. Untuk memastikan kami akan sentiasa berjalan di dalam satu barisan dan tidak terputus atau sesat semasa perjalanan , CO telah memberi arahan supaya orang hadapan hendaklah memberi amaran kepada orang belakang jika mereka melalui sebarang halangan supaya mudah orang belakang bertindak.  Jika anggota hadapan terpaksa melalaui pagar, maka ia akan membisikan “ada pagar” , kalau ada longkang ..” ada longkang “ kepada orang belakang supaya mereka mudah bertindak.

Kira-kira pukul 8 malam, setelah semuanya siap sebagaimana yang dirancang, kumpulan kami mula bergerak diketuai oleh ketua Squadron Serangan , dan selepas Rejimen HQ, Tim Den pun turut berjalan..di hadapan Den adalah seorang trooper yang “lurus bendul “…lebih kurang 500meter kami berjalan , Trooper dihadapan Den , Tropper A, berpusing dan berbisik kepada Den ..” ..Tuan ..ada  pagar”…OK jawab Den ..kemudian “Tuan ada  calvert “ ..OK jawab Den ..dan punya laa lurus  tropper tu , setiap halangan dia akan lapurkan kepada Den ..Cuma mungkin pasal dah letih dia dah tak guna perkataan ADA lagi  ..Bila tersadung akar…Dia bisik kat Den ..”TUAN AKAR”…lepas tu “TUAN KAYU “…tak lama kemudian ..” TUAN LONGKANG”…dan tak berapa lama kemudian , Den dapat rasakan dia cuba mengelakkan ke kanan dan kata ..”TUAN BABI HUTAN “…
Bilo Den dongar ajo dio kato   “...”TUAN BABI HUTAN.!” . ..Den terus   bergorak kearahnya dan terus Den  luku kepalonya dengan alas an  dio kato Den Babi Hutan ???...”Tpr yang mungkin dalam kesakitan akibat diluku oleh Den tu pun , menjawab sambil tergolak ..laaaa Tuan bila saya kata Tuan Babi ..saya kata Depan tu tadi ada babi ..! Bila mendengar aje kata-kata tu  anggota yang lain tergelak dalam keadaan berbisik dan walaupun cuba di kawal ia agak kuat..Situasi itu telah menyababkan RSM yang mendengari perkara itu menjadi marah  dan berkata..”

“ Woit , apa pasal kau orang gelak, nak mampus ke..[mungkin RSM itu tidak mengetahui kehadiran Den disitu , itu yan gmenyebabkan dia berkata demikian ..] ..tapi entah macamana Troperr A tadi terus berkata ..” Encik ..Babi..Encik !!! “… Bila mengdengar kata-kata itu , RSM pulak bising a, siapa yang  panggil aku babi  , mari sini…Bagi nak meredakan keadaaan , Den datang berjumpa dengan RSM dan menerangkan keadaaan sebenarnya…RSM pun senyum dan berkata…ingtakan tadi dia kata saya Babi tuan …!!!  Dalam hati Den pun tertanya-tanya , bagaimana kalau yang menegur dia tadi tu adalah Pegawai Memerintah kami ..Adakah Trp itu akan juga katan ..”Tuan Babi Hutan  Tuan .!” ..Kalau scenario itu berlaku  bagaimanakah respond CO kami dan apakah agaknya nasib truper itu ?.

Apapun malam itu kami Berjaya sampai disasaran  dan melaksanakan penugasan kami. Tetapi malam itu meninggalkan sedikit  phobia pada Den bila di panggil  ..Tuan,  Kayu , Tuan, Longkang , Tuan, Babi..… ..Tu sebab Den berazam kalau Den dah pencen nanti tak payahlah panggil Den Tuan ..panggil Pak Cik ke, En ke, kalau yang Melayu Urban tu panggil Den UNCLE Den pun dah ok ….Apo yang Den belaja pado malam tu iolah  …hanyo dengan secalit koma [,] maruah diri kito boleh terjejas…TUAN , BABI dengan  TUAN BABI ….duo perkaro berbezo ..ibarat langit dan bumi ….!!

HANG HIM NOT, RELEASE HIM.  jauh bezanya dengan  HANG HIM, NOT RELEASE HIM .

Sunday, 19 January 2014

GENG 13 : Hero or Zero

Kisah pelatih komando  [budak basic] yang hilang semasa latihan mendayung jauh dari  Sungai Udang ke kawasan Pulau Besar  pada awal Dis yang lalu telah banyak menimbulkan tanda tanya. Di saat mula berita kehilangan mereka  itu disebarkan, ia menjadi harapan semua pihak agar mereka semua selamat dari segala bahaya dan mala petaka. Ribuan doa dipohon oleh sanak saudara mereka, kenalan rapat dan juga rakyat Malaysia yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka . 18 jam kemudian Alhamdullah, mereka semua dilapurkan telah berjaya dijumpai di Pantai Puteri di dalam keadaaan selamat tetapi di dalam “keletihan” dan mereka terus di bawa ke Hospital  untuk rawatan.

Sebaik sahaja tersebar mengenai perjumpaan mereka …. Pelbagai kata pujian dan sokongan moral yang diberikan oleh rakyat jelata. Ada yang tumpang bangga dengan berita “bagaimana mereka mengharungi peristiwa hilang di bawa ombak besar”sehingga terselamat . Selain dari itu tidak kurang juga ucapan kesyukuran di atas kejayaan mereka mengatasi dan mengharungi bencana yang menimpa mereka. Begitu hebatnya berita tersebut dan begitu gahnya “ berita kejayaan mereka “ mengharungi musibah sehinggakan tidak sampai 48 jam, seorang pemimpin negeri telah berjanji untuk memberi Pingat Keberanian kepada Geng 13 tersebut . Tindakan dan niat pemimpin itu mendapat pelbagai reaksi dari rakyat jelata. Ada yang suka, ada yang bangga dan ada juga yang mencerca.

Bagi Den, reaksi mereka itu adalah terlalu “spontan” dan “ad hoc”. Ia tidak  mengambarkan pengetahuan dan kefahaman sebenar mereka tentang  “perisitiwa “ yang berlaku. Nak salahkan mereka yang memuji atau mencerca di peringkat itu pun, bagi Den tak berfaedah, kerana memang menjadi lumrah rakyat Malaysia …Bila ada isu besar, semuanya berlumba-lumba memberi pandangan dan pendapat, masa itu pakar roti canai  menjadi pakar cup cake, pakar teh tarik menjadi pakar ice blended, pakar  membaik TV menjadi pakar ICT. Apa-apa pun pada masa itu, ramai diantara kita masih tetap bersama-sama mengucapkan kesyukuran kerana , apa pun yang telah berlaku pada  mereka yang hilang itu telah dijumpai dan semuanya berada di dalam keadaaan selamat. Sepanjang “rentetan peristiwa” isu itu sehingga ke semalam, Den tidak berani nak memberi sebarang pujian, komen mahupun pendapat..Cuma Den hanya pernah mendoakan bersama-sama ribuan rakyat Malaysia yang lain agar mereka semua Selamat dan Alhamdulilah doa Rakyat Malaysia dimakhbulkan Allah, mereka semua selamat .

Dan semalam timbul pulak kekecohan dalam akhbar mengenai “situasi sebenar” yang menimpa Geng 13 ini . Ada pelbagai versi dan kisah yang telah di ceritakan di akhbar, di laporan polis , dari cerita-ceirita desas –desus . Dan yang  tak sedapnya ia lebih berunsur presepsi negative seperti  mempertikaikan akan kesahihan dan kejadian sebenar “versi” yang mula-mula diceritakan oleh Geng 13 ..bahawa dalam perjalanan latihan mendayung jarak jauh mereka telah di pukul ombak beasar dan ribut , mereka telah hilang arah dan setelah 18 jam kemudian mereka Berjaya mendarat di Pantai Puteri, itu pun setelah injin perahu tempur mereka di  baiki.”…Dan berdasarkan kepada cerita versi pertama inilah, ada Pemimpin Negeri bercadang memberi Pingat Gagah Berani , berdasarkan kepada versi inilah..beribu kata-kata pujian dan sokongan moral diberikan kepada pasukan GGK, walaupun anggota yang terlibat..masih lagi berstatus pelatih ….dan pelbagai pujian demi pujian datang bertali arus dari rakyat yang perihatin dan memang menyokong ATM..

COURTESY FORM FB WEAPONMASTER RED AERNID


Tulisan artikel bertajuk  “Hero or Zero “ , yang terpampang di dada akhbar tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada ramai pihak. Terdapat juga maklumat yang mengatakan bahawa ada diantara Geng 13 yang telah membuat laporan  polis kerana mereka telah “di desak “ dicoach” untuk  memberi versi cerita yang sama jika ditanya oleh pihak yang melaksanakan siasatan. Dan di beritakan walaupun agak lewat….ATM akan membuat satu PC mengenai isu itu pada esok pagi [Isnin 20 Jan 14] .  Dan bagi memudahkabn Den diserangkomkan ..isu sekarang adalah seperti berikut;

“Geng 13, yang terlibat di dalam latihan mendayung jarak jauh, telah dipukul ombak kuat dan ribut , mereka telah berpecah dari kumpulan utama, mereka hanyut, dan  selepas 18 jam mereka semua dijumpai selamat. Berita ini merupakan berita yang mengembirakan untuk semua pihak. Dan tak sampai 24 jam ,Ada pemimpin negeri yang berjanji akan memberikan mereka pingat keberanian diatas kejayaan mereka mengharungi kesukaran"

Malangnya  beberapa minggu kemudiannya, terdapat pelbagai versi cerita baru yang timbul seperti ada yang mengatakan mereka sempat ke kenduri orang kahwin . Ada mengatakan mereka sempat membaik injin bot dan balik ke pantai. Ada yan gmengatakjan bahawa sebenarnya mereka telah Berjaya menyelamatkan diri dengan berbapatah balik sebaik sahaja dilanda ombak. Akhibatnya  berita –berita ini telah menimbulkan keraguan dan ia secara tidak langsung   boleh menjejaskan nama baik dan imei GGK dan ATM . Hasilnya satu artikel yang bertajuk Hero or Zero telah terpampang di dada akhbar …dan barulah ATM nak buat PC ……!! Perghhhhh….!!!  Bagaimana perkara ini boleh terjadi….?  Den tak pasti samada Den mengkritik atau sekadar nak bertanya Dalam….ATM ..Siapa yang bertanggunjawab terhadap ..” PERCEPTION MANAGEMENT ????”  Den tak nak mengajar /mengkritik mengenai isu “PERCEPTION MANAGEMENT “…..nanti ado orang kato Den berlagak dan tunjuk pandai lak…

Den nak sambung pasal nasib yang menimpa Geng 13 ini . Dalam hal ini Den pasti ATM tahu apo yang nak dibuat. Memandangan isu ini dah jadi satu isu besar dan boleh memberi implikasi dan presepsi yang negatif terhadap GGK dan ATM, Den percaya ATM akan @ mungkin sudah  menubuhkan satu  Board Inquiry –dan kalau boleh mereka adalah yang terdiri dari Pegawai-Pegawai yang bukan berkhidmat dari unit GGK. Dan kalau ikut pengalaman Den , dalam masa 24 jam , kalau geng BOI[Board of Inquery] tu  “really smart and know where to push, to tickle  and pluck“….Versi sebenar isu kehilangan ini akan diketahui ….ini berdasarkan kepada pengalaman Den . Jadi apo yang nak katakan di sini ..Isu kehilangan/insiden ini sebenarnya isu nya mudah dan tidak lah begitu complicated untuk diselesaikan.

Untuk mengetahui akan kebenaran cerita dan apa yang berlaku sebenarnya bukanlah satu benda yang sukar.  Den pasti pegawai-pegawai yang dilantik di dalam Lembaga Penyiasatan itu , tahu apa yang nak dibuat….. Dalam pada itu, bagi Den secara peribadi Kalau berdasarkan dari versi-versi yang Den dah dengar, dari laporan berita, dari keadaaan mereka dan lokasi mereka dijumpai …Dalam bahoso mudah Den ..SOMETHING IS NOT RIGHTTHERE IS A RAT IN MY KITCHEN….! Ada sesuatu kebenaran yang telah disembunyikan . Itu sebab bila Den terbaca berita mengenai  artikel HERO or ZERO Den tak berasa apa-apa…marah atau kecewa, tetapi Den rasa terkilan …sebab ia semuanya adalah lebih menjurus kepada isu  PRECEPTION MANAGEMENT …Bagaimana satu isu yang mudah itu telah di manupulasi oleh pihak tertentu untuk memberi gambaran, imeg dan kredibiliti yang buruk terhadap sesuatu institutsi. Den pun maleh nak sembang lebih pasal isu ini, sebab …. Den Hanyo askar pencen…..!

Berdasarkan kepada rentetan kes ini, pendapat Den secara peribadi …Kita tak perlulah salahkan/kutuk/mencemoh  Ketuo Mentori Den sebab bagi Den dio mempunyai niat yang baik dan memang mempunyai hak untuk berbuat demikian , Cuma dalam konteks ini terdapat kemungkinan dia mendapat sumber info yang tidak lengkap, nasihat yang salah atau penasihatnya agak gopoh untuk menyampaikan berita itu tanpa membuat sebarang  langkah ..due diligence  . Dalam masa yang sama bagi Den secara peribadi tak perlu Den nak kutuk dan marah dengan penulis HERO or ZERO, sebab dah memang kerja dia sebagai pemberita….looking for “berita sensasi”….ini semua sebab nak nama, bisnes dan sebagainya. Den rasa kita harus belajar dari dia bagaimana dia memahamai dan mengaplikasikan konsep.     ”  PERCEPTION MANEGEMENT “….

Dan bagi Geng 13 tu Den tak kisah sangat ..sebab 11 daripadanya adalah anak-anak muda yang masih lagi mejalani latihan untuk melayakkan mereka menjadi anggota gerak khas. Harap mereka sedar dan bercakap benar tentang apa yang berlaku …Apa yang Den risau dan kisahkan adalah nasib duo orang jurulatih tersebut…kerana bagi Den, jawapan terhadap segala persoalan terletak kepada mereka berdua….Melalui pengalaman Den , Jika dia kata terjun , kami pelatih akan terjun , kalau dia kata makan , kami akan makan , kalau dia kata “forward roll”..kami anggota basic akan forward roll tanpa berani bertanya , kenapa, sebab apa….walaupun kami disuruh begitu sebab jurulatih hanya SUKA-SUKA AJE…!



Monday, 13 January 2014

“Epic, Disillusions ,Misrepresentation " About GGK

Laa nei Den lihat tanggapan masyarakat umum terutamonya geng anak mudo begitu menghormati dan  bangga dengan pasukan khusus ATM , tak kirolah Gerak Khas , PASKAL atau PASKAU. Phenomena ini mungkin disebabkan ekoran dari beberapa siri insiden yang melibatkan peranan dan penugasan  pasukan khas ini, yang diketahui secara umum tetapi tidak secara spesifik . Den secara peribadi merasa bangga  dengan situasi sebegini wlaaupun Den dah dikategorikan sebagai komando pencen. Tetapi di dalam  masa yang sama jauh disudut hati , Den rasa risau jugak sebab sanjungan dan harapan yang terlalu tinggi yang diberikan akan  bisa bertukar kepada kutukan dan cemohan sekiranya “bebudak komando “ [tiga cabang] tidak sentiasa berusaha untuk menjaga nama baik pasukan masing-masing. Den tambah bimbang dengan penyebaran cerita-cerita yang terlalu “gah “ mengenai kebolehan dan keupayaan pasukan ini . Dari satu sudut ia memang bagus untuk publisiti dan “show off force” tetapi dari  sudut lain ia boleh “merosakkan nama baik institutsi itu sendiri “.

Den kalau boleh suka  komando   maintain  :low profile and out of the spotlight “ …macam dulu-dulu …No publisiti/ media coverage ..let it be a  “mystery , shadow organization “..macam  unit risik ATM. Tidak mahu/perlu sebarang  publisiti , kita tak tahupun akan penugasan/sumbangan mereka kepada keselamatan Negara …ianya wujud umpama lilin…seperti  susu dan sapi …..!! Kalau dibuat survey berikan tiga nama Panglima Komando dan tiga nama Pengarah Perisikan ATM …agak-agaknya Panglima manalah  yang mudah diberi jawapan ?

Den tidak berminat nak menjadi jurucakap kepada unit khas lain seperti PASKAU,PASKAL UTK, APMM dan sebagainya. Dan tidak juga jurucakap bagi ppihak GGK . Tetapi Den sebagai bekas komando [Gerak Khas]  rasa terpanggil untuk samo-samo mengingatkan  agar semua anggota Gerak Khas tak kirolah samo ado yang masih berkhidmat dan yang telah berpencen untuk samo-samo menjago nama baik  BERE  HIJAU dan  mengamalkan apo yang pernah dilazafkan di dalam SUMPAH PERAJURIT KOMANDO.

Sejak kebelakangan ini Den banyak mendengar berita mengenai kisah-kisah yang diceritakan kepada pihak umum sama ada oleh , anggota komando yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara  tentang ke gahan mereka sebagai komando . Dari maklumat yang Den terima , dari anak-anak muda yang minta “pengesahan” tentang cerita-cerita menarik  mengenai kehidupan sebagai anggota komando “amat mengelirukan dan kebanyakkannya “lebih komando dari komando”.  Den menjadi serba salah sama ada perlu meng iyakan maklumat tersebut atau menafikan . Jika Den mengiyakan, nampak sangatlah Den ini kemaruk glamor dan banggo tak bertompek , kalau Den tidak mengiyakan maka akan terhakislah “kepercayaan “ permuda tersebut  terhadap anggota atau bekas anggota komando yang dikenalinya. Biasanya respond Den dalam situasi begitu jawapan Den adalah ..” Entahlah , masa zaman Den tak ada benda begitu, mungkin Den tak tahu, mungkin ia berlaku sebelum atau selepas Den berkhidmat”. Niat Den hanya nak menjaga hati dan perasaan kedua belah pihak.

Pado geng-geng komando yang masih berkhidmat dan juga yang telah berkhidmat , Den tahu memang ada banyak cerita-cerita dan kejadian-kejadian yang menarik, yang berlaku semasa tempoh berkhidmatan tuan-tuan yang amat seronok dikenang dan diceritakan semula kepada pihak tertentu  sebagai sesuatu pengalaman berharga kita semasa berkhidmat di dalam komando. Tetapi bagi Den biarlah ia diceritakan secara “berpada-pada” dan sederhana dan jangan  yang terlampau “absurd” dan sukar nak dipercayai dikacamata  umum.

Den secara peribadi walaupun dah berkhimat selamat 27 tahun dalam ATM , tidak banyak mempunyai pengalaman-pengalaman yang  “begitu advanterous dan daring” yang boleh Den ceritakan sebagai pengalaman Den semasa berkhidmat di dalam ATM kepada orang ramai. Dan secara kebetulan semasa berkhidmat Den terlepas untuk mengikuti banyak operasi-operasi khas yang dipertanggunjawabkan kepada unit GerakKhas. Kalau ada pun pengalaman Den yang menarik semasa di dalam perkhidmatan adalah kebanyakkan mengenai “isu-isu biasa “ dan bagi Den bila mengenangkannya ia lebih kepada versi kisah lawak.

Apo pun matlamat penulisan Den kali ini adolah nak sesama  mengingatkan kawan-kawan Den yang masih berkhidmat dan juga yang telah bersaro termasuk diri Den, kalau ado cerito-cerito dan kisah-kisah yang menarik tu, usahakan lah agar ianya boleh didokumkenkan   semada melalui blog, coretan peribadi [seperti kisah  PW 1Abdul Ghani – SSM X Ray  yang menceritkan pengalaman beliau semasa dalam  operasi membebaskan pegawai tentera yang ditawan oleh pihak PKM di AirTerjunTempler } supaya ia boleh di jadikan “kisah dan tauladan” untuk  generasi  masa depan . Kalau Den ada kemampuan dari segi masa dan kewangan memang dah lama niat Den nak jumpa orang-orang lamo dan anggota komando yang masih berkhidmat untuk merekodkan pengalaman-pengalaman  “berharga” mereka semasa operasi/latihan dan juga penugasan sebagai  anggota komando untuk  tatapan anak muda dimasa hadapan.

Matlamat yang keduo Den kalau tuan-tuan ado banyak cerito yang menarik dan berdasarkan kepada pengalaman sebenar , janganlah ditokok tambah secara berlebihan hingga menjadi satu persoalan oleh mereka yang mendengarnya. Dan kalau ada dikalangan anda yang bukan anggota komando yang mempunyai cerita mengenai kisah komando janganlah anda bercerita seolah-olah andalah anggota komando yang hebat itu . Kerana lambat laun rahsia itu akan terpecah juga….Kalau kita  adalah seumpama  kuching  semasa perkhidmatan janganlah bertukar seperti harimau sebaik sahaja berhenti dari perkhidmatan. Kalau boleh kita yang   bekerja  “behind the desk” semasa perkhidmatan janganlah selepas bersara/berhenti menjadi seperti sang harimau hulubalang rimba …..Akulah Komando ! Den Komando !  Den masa berkhidmat dalam komando hamper 11 tahun duduk dalam unit tempur , tetapi sekalipun pun  tak  pernah bertempur..Den dalam kategori komando yang biaso-biaso ajo.
Semasa Den dalam komando sendiri, Den banyak mendengar kisah-kisah “keberanian” anggota –anggota komando  yang dulu-dulu , tapi  ianya adalah cerita  dari mulut ke mulut . Sukar untuk mengesahkan kebenarnnya. Dan kalau cerita itu disampaikan oleh mereka-mereka yang lebih kreatif akan mulalah timbul  “isu-isu” yang keterlaluan yang sukar untuk dipercayai ia bermula dari kisah benar, bertukar menjadi legenda dan kemudiannya beralih sebagai mitos dan berkesudahan sebagai  “cerita dongeng , cong dan goring “….dan akhirnya ia menjadi cerita lawak yang dipostingkan di dalam status FB.


Den tak pasti sama ada usaha sedang dibuat oleh pihak Gerak Khas untuk mendokumenkan segala kisah-kisah menarik mengenai perjuangan dan pengilibatan komando didalam operasi-operasi khas , jika ia sedang dilaksanakan , Alhamdulilah dan jika ia belum dilaksanakan Den rasa ia patut diusul dan dimulakan sebelum terlambat. Dan sementara menunggunya saat itu , Den berharap semua warga komando tak kira sama ada yang sedang bertugas maupun telah pencen …janganlah bersembang pasal komando lebih dari komando yang sebenarnya…..The public have a high regards towards GGK , so it is our duty regardless for those who are still in the service or have left the service to uphold the good image and reputation of Gerak Khas !  No more  “epic, disillusions , misrepresentation” story about  GERAK KHAS.