Monday, 25 November 2013

It Just a Phase of Life!

Semenjak Den berjaya menangani masalah kelaparan, secara umumnya Den berjaya mengharungi hari-hari yang sebenarnya ‘sukar dan merimaskan‘,  sebagai pegawai kadet junior dengan “tenang “ dan  penuh bermotivasi.  Maklum saja pada masa tu, tiada lagi masalah kelaparan. Setakat kena lari ke hulu ke hilir, kena kawad tengah panas, kiri kanan, kiri kanan, kena “Battle PT “ dan “Road Run”, bagi kadet seperti Den, itu tak menjadi masalah besar sebab secara fizikal dan mentalnya kami memang dah bersedia untuk menghadapi situasi itu. Bagi kadet macam kami, itu sebenarnya bukan satu isu besar pun. Sebab kami tahu bahawa kami telah memasuki institusi yang melatih pegawai tentera. Kalau tiada latihan yang berbentuk fizikal macam tu, memang tak patut…sebab masa itu Den memang dah selalu tanam dalam kepala Den bahawa nak jadi askar mesti menjalani latihan keras….Biar Mandi Peluh semasa Latihan Jangan Mandi darah di Medan Pertempuran.…Justeru itu walaupun kami menjalani latihan yang agak sukar dan terpaksa memerah banyak keringat kami…kami tetapi mengharunginya dengan hati terbuka…

Saturday, 9 November 2013

SIRI CW 3 : THE RUBBISH SCAVENGER

Pada hari berikutnya semasa di dalam kelas, Den tidak berapa mengambil perhatian tentang apa yang diajarkan oleh Pegawai yang mengajar pada tu. Ketika itu Den sibuk memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah “kelaparan” di waktu malam hari. Pelbagai kaedah dan caro Den  fikirkan. Maso tu Den buek ‘brain storming’ dengan mencatatkan apo juga kemungkinan dan cara yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah “kebuluran di malam hari”. Den ado juga terfikir untuk makan sebanyak mungkin semaso makan malam, tetapi Den rasokan ia tak sesuai sebab , kalau nasib tak baik , maso sessi berbaris atau sebagainya, takut kono forward roll dan perlbagai lagi hukuman dari senior, Den akan muntah. Satu laei ia juga mungkin tak berkesan sebab , bilo porut dah konyang , mako maso “klas prep malam” Den akan tidur dan bilo menjelang habis waktu kelas prep…bilo balik ke kompeni line, porut akan lapar balik..Caro tu Den rasokan tak berkosan….Dalam hati Den berkato “ Think There Must Be a Better Way “…!!!