Monday, 17 June 2013

Siri CW 2 :Shining Under Water

Sebaik sahajo kami dilopehkan [keluar baris @bersurai] pado malam tu, kami semuo bergerak balik ke kompeni line masing-masing. Maso tu badan dah mulo ghaso lotih dan mato nak carik bantal ajo. Dan dalam maso yang samo porut pun berbunyi jugak,laparr…Sebenarnya selepas kami “prep malam” kami dibenarkan untuk pergi ke kantin Pak Wahid [ Kantin Cawangan Kadet] untuk membeli makanan,tetapi biasanya masa yang dibenarkan agak singkat, kami kena berbaris dan biasanya tak sempat nak membeli atau makandi kantin. Maklumlah dalam masa setengah jam, lepas tu kami kena berbaris balik , dengan berpakaian PT bodoh, untuk buat  “ fatique” { Pembersihan Kawasan} . Biasanya kami tak sempat nak menikmati makanan dan kalau sempat pun biasanya kami berasa tak selesa sebab masa itulah senior ghamai berada di kantin dan mula menyakat kami. Justeru itu biasanya kami tidur malam dengan keadaan perut yang kelaparan.