Wednesday, 27 February 2013

Krisis Di Lahad Datu....


Sabah..Oh Sabah.....bilo dah dekat nak PRU ini Sabah pulak mempaparkan satu lagi krisis yang penuh kontravesi berkaitan dengan isu keselamatan negara.  Dalam pada tu mamat-mamat  opurtunis  terutamonya dari pihak orang sebelah sana, sibuk menghentam kerajaan dan mengkritik cara pasukan keselamatan menanganinya.  Dan mereko ini mengambil jalan mudah menuduh ini semuo kerja UMNO....Den dah maleh nak melayan kerenah mereka-mereka ini. Secara peribadi Den sikit pun tak ghisau fasal isu kehadiran  anggota tentera Sulu tu. Den lihat kes ini lebih kepada isu politik berbanding isu keselamatan.  Dan Den  berpendapat isu ini adalah isu yang  biasa tetapi memerlukan jalan penyelesaian yang kompleks. Setakat ini Den setuju dengan apa yang dibuat oleh pihak keselamatan. Negotiate and try to solve it peacefully. Isu ini perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin agar penyudahannya nanti tidak akan menimbulkan malapetaka.