Monday, 25 November 2013

It Just a Phase of Life!

Semenjak Den berjaya menangani masalah kelaparan, secara umumnya Den berjaya mengharungi hari-hari yang sebenarnya ‘sukar dan merimaskan‘,  sebagai pegawai kadet junior dengan “tenang “ dan  penuh bermotivasi.  Maklum saja pada masa tu, tiada lagi masalah kelaparan. Setakat kena lari ke hulu ke hilir, kena kawad tengah panas, kiri kanan, kiri kanan, kena “Battle PT “ dan “Road Run”, bagi kadet seperti Den, itu tak menjadi masalah besar sebab secara fizikal dan mentalnya kami memang dah bersedia untuk menghadapi situasi itu. Bagi kadet macam kami, itu sebenarnya bukan satu isu besar pun. Sebab kami tahu bahawa kami telah memasuki institusi yang melatih pegawai tentera. Kalau tiada latihan yang berbentuk fizikal macam tu, memang tak patut…sebab masa itu Den memang dah selalu tanam dalam kepala Den bahawa nak jadi askar mesti menjalani latihan keras….Biar Mandi Peluh semasa Latihan Jangan Mandi darah di Medan Pertempuran.…Justeru itu walaupun kami menjalani latihan yang agak sukar dan terpaksa memerah banyak keringat kami…kami tetapi mengharunginya dengan hati terbuka…

Saturday, 9 November 2013

SIRI CW 3 : THE RUBBISH SCAVENGER

Pada hari berikutnya semasa di dalam kelas, Den tidak berapa mengambil perhatian tentang apa yang diajarkan oleh Pegawai yang mengajar pada tu. Ketika itu Den sibuk memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah “kelaparan” di waktu malam hari. Pelbagai kaedah dan caro Den  fikirkan. Maso tu Den buek ‘brain storming’ dengan mencatatkan apo juga kemungkinan dan cara yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah “kebuluran di malam hari”. Den ado juga terfikir untuk makan sebanyak mungkin semaso makan malam, tetapi Den rasokan ia tak sesuai sebab , kalau nasib tak baik , maso sessi berbaris atau sebagainya, takut kono forward roll dan perlbagai lagi hukuman dari senior, Den akan muntah. Satu laei ia juga mungkin tak berkesan sebab , bilo porut dah konyang , mako maso “klas prep malam” Den akan tidur dan bilo menjelang habis waktu kelas prep…bilo balik ke kompeni line, porut akan lapar balik..Caro tu Den rasokan tak berkosan….Dalam hati Den berkato “ Think There Must Be a Better Way “…!!!

Monday, 17 June 2013

Siri CW 2 :Shining Under Water

Sebaik sahajo kami dilopehkan [keluar baris @bersurai] pado malam tu, kami semuo bergerak balik ke kompeni line masing-masing. Maso tu badan dah mulo ghaso lotih dan mato nak carik bantal ajo. Dan dalam maso yang samo porut pun berbunyi jugak,laparr…Sebenarnya selepas kami “prep malam” kami dibenarkan untuk pergi ke kantin Pak Wahid [ Kantin Cawangan Kadet] untuk membeli makanan,tetapi biasanya masa yang dibenarkan agak singkat, kami kena berbaris dan biasanya tak sempat nak membeli atau makandi kantin. Maklumlah dalam masa setengah jam, lepas tu kami kena berbaris balik , dengan berpakaian PT bodoh, untuk buat  “ fatique” { Pembersihan Kawasan} . Biasanya kami tak sempat nak menikmati makanan dan kalau sempat pun biasanya kami berasa tak selesa sebab masa itulah senior ghamai berada di kantin dan mula menyakat kami. Justeru itu biasanya kami tidur malam dengan keadaan perut yang kelaparan.

Thursday, 16 May 2013

Siri CW 1: Cadet's Wing : Here I Come !

Diam tak diam, dah masuk tahun ke duo Den menjadi askar pencen. Copek boto maso berlalu..Ghaso-ghasonyo baru sajo Den masuk askar tapi sebonanya dah berlalu hampir 28 tahun yg lalu. Teringek lepas dapek dapek keputusan SPM, Ghamai kawan Den yg dapek terghobang keluar negaro. Den walau pun dapek Gred pertamo tetapi aggreget Den tak baik...dah tu Add Maths pun tak bergapo cantik..Tompek yang paling sesuai beuk Den maso tu..join The Cadet Wings. Pada era itu pusat latihan Pegawai Kadet Tentera DArat yang utama adalah Cawangan Kadet Maktab Tentera Darat. Pusat Latihan Pegawai Kadet Jangka Pendek di Port Dickson telah di tutup. Semua pegawai kadet Tentera Darat samada Tauliah Jangka Tetap [TJT] atau Tauliah Jangka Pendek[TJP], dilatih di Cawangan Kadet MTD, Sg Besi.  Bezanya Pegawai Kadet TJT akan menjalani latihan selama 2 tahun manakala TJP akan menjalani latihan selamat 1 tahun.Tempoh perkidmatan Peg TJT adalah sehingga umur boleh pencen mengikut pangkat manokalo TJP adalah selamo 7 tahun. Selepas 7 tahun kalau Peg TJP ingin meneruskan perkhidmatan biasanya mereka akan melalui satu Lembaga Pemilihan Pegawai Tauliah Tetap setelah 5 atau 6 tahun mereko berkhidmat.

Hantu Bangla Dikoja..Hantu Cino.Dibuek Tak Tahu.!!!!!


Semaso musim PRU 13, puak-puak pembangkang dok sibuk mencanangkan pasal pengundi hantu. Si Nuar “Rear Admiral” Dajjal Black Army, dengan angkuhnya memaklumkan bahawo dio dapat maklumat dari jebon dio dan menuduh BN hantar  40 ribu orang pengundi hantu dari Sabah/Sarawak yang dibawa khas dengan pesawat tentera dan komersial secara beransur-ansur untuk membantu kemenangan BN. Tak cukup dengan itu, kuncu-kuncunya dari kalangan cino dan melayu yg tak sodar diri..sibuk jadi Pegawai Immegresien di hari mengundi. Mano yg ado iras-iras bangla, Nepal ditahan, di mintak tunjukkan ic dan  erhh di suruh nanyi lagu Negara Ku pulak!. Akibatnya kecoh jugak di tempat mengundi..Yang Den bengang…pandai pulak dio orang suruh mamat  yg iras-iras bangla macam Den ini menyanyi, kununnya nak buktikan sama ado dio rakyat Malaysia atau tidak. Tapi kenapo dio orang tak buek kek cino-cino yang datang mengundi tu..Kalau di buek peraturan supaya orang yg nak mengundi mesti tahu nanyi lagu Negara Ku, tahu Rukun Negaro dan  suruh dio ulangi orang ungkapan.

 “ Jamal Jalan-Jalan, Jumpo Joyah Jongang , Jamal Joling, Joyah, Joyah Joling Jamal..Duo-Duo Tomu Muko, Duo Duo Suko Samo Suko,Biarkanlah Mereko Bahagio”…

Den gerenti akan ramai pengundi cino yg mengaku rakyat Malaysia akan fail dan tak boleh nak mengundi. Kato ajo rakyat Malaysia..cakap Melayu pun gagap, bangla yg datang duo tahun tu lobih fasih…” Mahu spicy ka original !”

Yang sodihnya ghamai rakyat Malaysia yg percayo kewujudan  pengundi hantu ini . Kalau mereko ini golong org kampung macam Den , kiro Den  buleh faham laa, tapi kebanyakkan dio org ini golongan terpelajar. Den ghaso dio org ini “terpelajar” kerano pandai menghafal dan membaco tapi tak pandai berfikir... Buku-buku ilmiah yg ado kono mengono dengan peperiksaan dio., baco dan hafal dan faham..tapi pasal berfikiran secaro kritis, analytical thinking…zero..! Kalau cerito pasal pengetahuan umum semuo dio org tau, dio org tahu pasal system kenegaraan, pasal demokrasi, pasal ekonomi…tapi  bilo dibori fakta , disuruh bori pandangan, otak dio org jem @ boku…dio orang keluarkan pengetahuan apo yg di tahu dan apo yg dio baco…apo yg dio hafal dari dakyah pembangkang tanpa menganilasa atau berfikiran secaro kritis.Hasilnyo itu sobab mereko mudah dan sonang percayo tomahan-tomahan yg diulang-ulang oleh pihak Nuar Lahabau.

Den ghaso dio org tahu pasal proses pengundi ini sampai takat, memasukkan kertas undi di dalam peti undi setelah kertas itu di pangkah. OK..I have done my job! Saya  pilih Undi. Apo berlaku lopeh tu …Den  ingek haram mereko tak tahu. Sebab itu sahaja yg SPR dok ajar berulang kali di dalam TV. SPR tak ajar dan tak dedahkan proses seterusnya. Ado laa maklumat tersebut kat webpage SPR..tapi berapo ghamai yg lawat page itu untuk dapat maklumat?. Kebanyakkan mereka menyampah nak lawat sebab dah di tarbiahkan yg SPR tidak telus dan menipu. Pado SPR ambil ini sebagai ikhtibar..PRU 14 jangan promote Saya Pilih Mengundi dan Saya telah mendaftar saja. Tarbiahkan rakyat Malaysia  tentang proses-proses seterusnya..seperti ;..

  • Lopeh mengundi dimano dan bagaimano pengkiroan undi dibuek ?
  • Siapo yg ado sebagai saksi semaso pengkiroan dibuek?
  • Apo borang yg terlibat?, siapo yg kono  sahkan borang itu.?
  • Bagaimana kertas undi itu dikiro ? Dan kemudiannya bagaimano peti itu dikumpulkan di pusat pengumpulan peti undi?.
  • Bagaimano penjumlahan undi dibuek,? siapo yg terlibat sepanjang proses tersebut?
  • Bagaimano pemonang di kira dan di istiharkan ?
  • Dan atas dasar apo sesebuah parti itu diistyiharkan sebagai pemenang dan boleh membentuk kerajaan ?



Kalau ramai rakyat yg terpelajar ini tahu tentang proses-proses ini. Den pasti jutaan rakyat termasuk golongan melayu muda dan terpelajar ini tidak akan  PERCAYO DENGAN DAKYAH ANUAR!!!. Tapi disebabkan kedangkalan dan kurangnya pengetahuan tentang proses-proses in mako mereko adalah menjadi lauk kepada puak Dajjal Nuar untuk menipu mereko. Punconya …golongan Melayu,yg muda dan berpelajaran tinggi ini  tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang bagaimana proses pengundian in dilaksanakan. Den cabar golongan  orang melayu muda dan terpelajar ini , tanyo pada diri sendiri, samo ado adakah anda benar tahu dan faham tentang proses-proses dari mulo parlimen dibubarkan sehingga ke bagaimano keputusan undi dikira untuk menentukan parti mana yg akan membentuk kerajaan. Kalau anda faham dan tahu , Den yakin, tomahan  dan dakwaan mengenai isu pengundi hantu, ink hilang, peti undi jatuh dari helicopter, black out, isu Eletoral dan Popularity Vote , pertindahan nama pengundi…akan anda tolak dongan senyum ajo..sebabnya anda tahu dan faham proses bagaimana ia dilaksanakan secara detail dan komprehensif. Nasihat Den lepas ini, buat goglling sikit cari maklumat mengenai proses-proses yang terlibat dari pembubaran parlimen hinggalah pembentukkan kerajaan baru. Anda tak perlu mempunyai ijazah,master or phd untuk memahami proses tersebut, cukup sekadar boleh membaco dan lepas SK Darjah 6. It is not a rocket Science ..it is as simple as  goring telur and masak nasik:.

Dalam pado kito dok sibuk ditiupkan dengan pengundi hantu dari golongan bangla, Nepal dan india..kito terlupo pulak pada hakikat sebenarnya terdapat banyak lagi hantu-hantu yang seksi yang ramai berkeliaran di kelab-kelab malam dan pusat karaoke yang kebanyakkannya dari mereka ini .MADE IN CHINA. Masih ingek lagi tak pada Tahun 2007, Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi menyatakan kehairanan beliau berhubung kehilangan lebih 50, 000 rakyat China yang datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.  Persoalannya dimana mereko sekarang ini.? Adokah kito bising dan concern tentang isu ini.? Den tidak menuduh , tetapi Den menjangkakan tidak mustahil  bahawa mereka-mereka ini  telah di” serap” menjadi rakya tMalaysia secara tanpa kita sedari.

Den Mintak Pihak Immegresin Jawap Isu Ini Kepada Rakyat Malaysia. Apa Yang Telah Dilakukan Dan Apa Kesudahannya Selepas Perkara Ini Didedahkan Kepada Pihak Umum Oleh Tun Abdullah Dulu. Kalau Isu IC Di Sabah Pembangkang Begitu Lantang Mengesa Di Adakan Satu Suruhanjaya, Walhal, kaum Melayu, andai kato anda tahu perkara sebenar maka anda tidak akan turut menyokong pembangkang dalam hal ini...Maka Den Dengan Lantang Dan Terjerit Sorang-Sorang Di Sini Mintak Kerajaan Malaysia ,Dato Najib,Siasat Dan Kami Nak Tau Kemana Menghilangnya Amoi-Amoi Made Ini Cina..Den Tahu Satu Telah Diguno Pakai Oleh Si Mamat Lalahabau Berdasarkan Video  Chino Doll Tu, Den Nak Tahu Mano Poei Lagi 49,999 Orang Lagi..Kalau Ado Yg Nak Bagi Kek Den Soran G,Kiro 4998 Laa..Huhuh. Den Sebagai Rakya Tmalaysia Pun Ado Hak Nak Mengetahui Perkaro Ini..Dengan Ini Den Mahu Kerajaan Tubuhkan SATU SURUHANJAYA UNTUK MENGENALPASTI KESUDAHAN EPISOD INI. Erhehh pasti yg akan bertanyo siapo Den..nak mandai-mandai dosak  kerajaan  ? Jawab Den, Den rakyat Malaysia, IC biru lahir kek Melako, bapak Den org johor , omak Den orang Melayu Melake…Apo Den tak ado hak  ko ..? Kalau Kerajaan Gagal, Jangan Marah Kalau  Akan Lebih Ramai  Pada Pru 14 Ini Rakyat Akan Menolak Kerajaan Bn Pimpinan Najib .

Sehingga ke hari ini misteri berkenaan tidak pernah terungkai. 50,000 pendatang tersebut bagaikan ditelan tanah, hilang ghaib tanpa bekas. Sekali Den nyatakan, bahawa Den berpendapat  tidak mustahil bahawa mereka mereka ini mungkin sudah diserap masuk menjadi rakyat Malaysia, kerana mereka mempunayi kuasa duit. It’s All About Benjamin. Dan kalau begitu tak mustahil jugak mereka-mereka ini adalah sebenarnya pengundi-pengundi hantu bagi kaum masyarakt cina. Dari segi penampilan memang dah ada…kan hantu bila waktu siang biasanya menyamar menjadi gadis-gadis cantik…huhuhuhu. Ini mungkin satu teori orang kampung macam Den, tetapi ia tidak mustahil boleh berlaku.

APO-APO KITO JANGAN LARI DARI TUJUAN ASAL KITO, SAHUTAN RAKYAT MELAYU.. !!….Den menuntut supaya Kerajaan BN adakan satu Suruhanjaya untuk menyiasat perkara ini. Lopeh ini Den akan PM ini kek Facebook Dato  Najib..org-org Dato Najib jangan nak pandai-pandai blok dan delete yo.This a part of freedom of speech and expression..!…!!!  Kalau kerajaan buek pokak ajo..jangan menyosa dan jangan tanyo “kenapo Den “ tak sokong kerajaan. Kalau kerajaan tanyo pada cino “..APO LAGI LU MAU”…Cino dan penjilat Cino akan kato kerajaan dan Dato Najib rasis…Kalau kerajaan tanyo kek Den  “ APO LAGI LU MAU”..jawab Den KAMI MAHU DIADAKAN SATU SURUHANJAYA SIASATAN MENGENAI ISU KEHILANGAN 49999 ORANG MADE IN CHINA INI..KAMI NAK TAHU SAMO ADO DIO ORG DAH BALIK KO, DIO ORANG DAH DAPEK KEWARGANEGARAAAN KO ATAU DIO ORANG DAH MATI DAN SEKARANG JADI PENGUNDI HANTU ..WE NEED AN ANSWER.!!!!! ADO BERANI. SESIAPO NAK JAWAB???

Wednesday, 8 May 2013

At Your Own Free Will : SHOOT ME !!!!!

Kali ini Den bercadang nak menulis topic yang agak sensitif sikit dan mungkin ado pembaco yang tak akan faham atau tak dapek nak menerimo message yang Den sampaikan. Den ghaso perlu untuk membincangkan hal ini kerano Den lihat “ramai dari kito”…telah terperangkap dengan dakyah ini. Apo yang Den nak share kan adolah apo yang Den pelajari dari dunio maya sojak kebelakangan ini. Ia nya berkaitan dengan perang saikologi yang sangat hebat berlaku sekarang, terutamonya di Face Book. Bak kato seorang General China:

“You may not be interested in psychological warfare,

But psychological warfare is interested in you.”

 



Saturday, 27 April 2013

When Comes to Physical Security Management ; It's a Secondary Task!


 Sebelum Den meneruskan penulisan ini, Den nak maklumkan dan mintak maaf kalau-kalau penulisan Den ini dianggap seolah-olah Den nak tunjuk pandai pasal isu-isu keselamatan perlindungan fizikal/peribadi. Anggaplah ini sebagai satu pengetahuan TIPS DAN PENGETAHUAN AM TENTANG KESELAMATAN jika anda bekerja di agensi yang mempunyai risiko keselamatan peribadi yang tinggi  dan ia merupakan satu pengalaman yg Den nak SHARE bersamo…...

Friday, 26 April 2013

Mission accomplished, Sir !!


Either James Bond or Jebon...!


Semenjak Den pencen ini, bermacam-macam sikap  manusio yang Den dah jumpo. Ado diantara mereka yang Den ghaso amat pelik dan amat sukar untuk Den mempercayai bahawa ado jugak orang yang macam ini hidup di dunio ini. Nak kato dio con artis pun tidak, kalau con artis Den tahulah sobab niat dio orang nak menipu dan nak perghabis duit orang ajo, tapi species yang Den jumpo satu ini lain sikit pada kategori con artis , dan dio nei lobih kurang macam kes anggota komando yang lebih komando dari komando dulu. Cumo bezonya kepakaran dio lobih kepado perisikan dan berkorjo sebagai jebon. Tapi yang pastinyo unit perisikan yang dio katokan dio korjo itu sebenarnya tak wujud. Bilo di tanyo lobih detail , jawapannya….dio sonyum ajo, seolah-olah tak boleh nak bori tahu Den sobab ia adolah unit perisikan rahsio kerajaan katonyo…Masalahnyo dio kelentong salah orang….Alkisahnya…..

Wednesday, 17 April 2013

Lebih Komando dari Komando...


NAK KONGSI CERITA BOLEH PASAL KOMANDO YANG ENTAH BILA NAK PENCEN DAN TAK BERGAJI DARI UMUR 18 TAHUN LAGI??? “

Ini adolah salah satu msg yang Den terimo dari seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada  seorang anggota komando.Sebenanrya Den tidak berapo minat nak tulis artikel ini , tetapi disebabkan rasa kesian Den mako Den pun mengambil keputusan untuk memberi pandangan dan ulasan Den mengenai isu ini. Mako di dalam ceritonya  dio mengatokan bahawa komando yang menjadi suaminya ini telah berkhidmat sejak umur  18 tahun dan tidak pernah  dibayar gaji. Katonyo

sebab dorang dah sign agreement 1993 tu sebelum g bosnia dorang mmg tkdibayar
apapon tkde pangkat yg akan naek .

Thursday, 11 April 2013

Wind Of Change : PK PK 21 21



Salam diam tak diam , dah masuk tahun keduo hayat blog KKK ini. Alhamdulilah, walaupun ia tak mendatangkan sebarang keuntungan dari sogi kewangan, tetapi ia sekurang-kurangnyo buek Den ghaso seronok nak menulis, walaupun io berunsur seronok sendiri. Dalam pado itu dah hamper 1.4 juta kali Den dah diluku, erhemm, Den tak boleh nak bayangkan bagaimano sebonarnyo keadaan fizikal kepalo Den kalau dah diluku sebanyak itu. Apo pun Den nak mengucapkan terimo kasih kepado mereko-mereko yg singgah dan membaco blog KKK ini. Sokongan anda semuo sangat Den hargai dan diucapkan terimo kasih. 

Monday, 1 April 2013

BUDAYA BLOGGERS POLITIK :SEPUSAT SEPUSING MACAM GASING ?


Setelah hampir dua jam melayari blog-blog ‘politik’ semalam Den nampak terdapat satu persamaan yang ketara antara blog pro kerajaan dan juga blog pro pembangkang. Kebanyakkan blog-blog tersebut menulis dengan cara menghentam pihak lawan dan menggunakan pendekatan yang sama iaitu melalui pendekatan menimbulkan kemarahan dan kebencian antara pihak yang bertentangan. Pada pihak yang pro kerajaan kebanyakkannya menggunakan pendekatan “membunuh karekter” pemimpin pembangkang dengan mempersoalkan isu maruah, jati diri pemimpin pembangkang. Den rasa perkara ini hanya boleh dibuat untuk kepentingan umum jika benar dan sahih dengan bukti ,kerana sebagai pemimpin, mereka mesti bersih tetapi bukan secara keterlaluan dan sangat mengaibkan:sikit-sikit sudahlaa). Sementara itu kebanyakkan blog pro pembangkang pula menyerang kerajaan dengan mempertikaikan dan menyalahkan segala usaha kerajaan dalam melaksanakan projek untuk membangunkan taraf hidup, social dan ekonomi rakyat. Pada pandangan mereka semua usaha kerana adalah tidak betul.(group ini pun sama juga bila hentam karekter pemimpin kerajaan).

Thursday, 28 March 2013

When Gorilla's Comments On Guerrilla Warfare

Nampaknyo perang gorilla yang di isytiharkan oleh Kiram masih lagi tak nampak penghujungnyo. Macam dah dijangko, bukan sonang kito nak memusnahkan pengganas ini 100%, lobih-lobih lagi mereko tidak mahu bertempur secaro terbuko dengan pasukan keselamatan . Amalan tektik mereko , hit and run memang menyukarkan pihak keselamatan untuk menghapuskan mereko. Dalam konteks ini Den ghaso pasukan keselamatan kono lobih memperhebatkan lagi misi ‘search and destroy mereka’ dan juga mengambil pelbagai langakah kawalan yang lebih ketat serta meneruskan misi to win heart and minds of the people bagi menjamin kejayaan pasukan keselamatan di dalam situasi sebegini. Ado pembaco mintak Den bori komen dan pandangan tentang peperangan gerilla yang sedang berlaku di Sabah nei…Jawapan Den…

Friday, 22 March 2013

Hatred Politics : A Wake Up Call For Politicians and Supporters.


Salam Satu Malaysia…Maklumlah PRU dah doket, orang-orang politik tak kiro dari  puak mano sibuk sedang mempromosikan diri di dalam pelbagai caro. Sementara itu puak-puak penyokong sibuk pula bertogang leher mempertahankan parti politik masing-masing. Pertelagahan, perdebatan dan penghujahan memang banyak berlaku  iantara kedua belah pihak. Yang pastinya TIDAK AKAN PIHAK YANG BERPUASHATI,TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG KALAH  DAN TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG AKAN DIANGKAT SEBAGAI PEMENANG. Akhirnya apo yg dapat dikutip dari perdebatan mempertahankan parti politik masing-masing itu hanyalah DOSA bagi mereka yang mungkin telah terkasar kata, menuduh tanpa bukti dan mungkin Juga PAHALA kepada mereka yang cuba menyampaikan kebenaran secara berhemah dan yang lainya …hanya melakukan perdebatan yang sia-sia.. sahaja. Itu lah scenario politik yang dapat kita lihat yang sedang berleluasa di media dan juga dunia cyber hari ini. Salah siapakah bila perkara ini berlaku?

Thursday, 21 March 2013

We Have Won The Battle..But The War Still Goes On.


Bila Kiram mengistiharkan yang pengganas mereka tidak akan menyerahkan diri dan akan  meneruskkan peperangan secara gerilla, itu menandakan bahawa, We have won the battle but the war is still going on. Dengan deklarasi peperangan gerila ini sebenarnya ia memberi cabaran kepada pasukan keselamatan dan untuk menyelesaikannya. Dan ia tidak semudah seperti yang dijangkakan. Ini bermakna zon pertempuran tidak akan terhad kepada satu kawasan sahaja dan ianya tidak akan berakhir di dalam satu –satu masa yang boleh di jangkakan. Semuanya bergantung kepada banyak factor yang antara lainnya sejauh manakah pengganas ini mendapat sokongan dari penduduk tempatan atau, adakah kegiatan pengganas ini dibantu dan disokong oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri dan sejauh mana keberhasilan pasukan keselamatan menggunakan pendekatan memerangai pengganas ini.

Kalau mengikut pandangan Mao Tse Tong di dalam bukunyo Mao Tse-tung on Guerrilla Warfare , beliau mengatakan dengan yakin bahawa peperangan counter atau menetang gerrila adalah sesatu yang mustahil berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat seorang yang dikenali sebagai pakar di dalam strategi peperangan gerilla pada tahun 1940an dulu. Tetapi sekarang pada hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa peperangan gerila boleh di tumpaskan. Dan kita juga patut berasa bangga kerana sejarah dan dunia juga telah mengakui bahawa Malaysia andalah antara Negara yang mempunyai rekod yang baik di dalam sejarah peperangan gerila . Sungguhpun begitu kita mesti ingat ia tidak mudah seperti yang dijangkakkan , kita mengambil masa kira-kira hampir 40 tahun untuk berjaya. Dan pendekatan yang kita ambil pula bukanlah semata-mata dengan hanya perjuangan bersenjata, not only through the barrel of the guns,tetapi  ia lebih komprehensif dan merangkumi beberapa tindakan lain secara kolektif seperti perlaksanaan Rancangan Briggs, Program Keselamatan dan Pembangunan atau lebih di kenali sebagai KESBAN dan sebagainya . Tak perlu Den huraikan apa dan bagaimana ia telah dilaksanakan, kerana Den percaya tuan-tuan pernah membaca atau mengetahui mengenainya.

Ap yang Den nak ulaskan disini, mungkin bentuk peperangan yang dinamakan sebagai peperangan gerila oleh Kiram itu adalah berlainan sedikit dari segi  konsep dan perlaksanaannya.Kalau konsep peperangan gerila klasiklah yang kiram maksudkan..Den ghaso ramai pengganas tersebut akan mati kebuluran atau mati berlawan dengan gorila dihutan kerana nak mencari makan belum lagi bertempur dengan pasukan keselamatan..hahahaa. Bagi Den di dalam situasi ini , terdapat kemungkinan besar mereka akan menggunakan konsep “taktik dan teknik pengganas modern” dan tidak mustahil mereka akan melaksanakan doktrik keganasan pengganas atau terrorist…dengan cara membuat bising di timur dan menyerang di barat.  "Uproar [in the] East; Strike [in the] West."  Ini adalah kerana pengganas tidak akan berani bertempur dengan pihak keselamatan pada masa kini walaupun badan mereka berselirat dengan tangkal. Kalau dulu dalam scenario peperangan gerila klasik, para perjuangan gerila ini amat bergantung kepada sokongan masyarakat tempatan , tetapi dalam doktrik keganasan penganas hari ini mereka mungkin tidak memerlukan sokongan demikian secara meluas. Apa yang mereka perlukan adalah satu sokongan yang datangnya dari mereka-mereka yang mungkin tidak berada di dalam kawasan konflik dan ia di buat secara berterusan. Para pengganas ini mungkin juga hanyalah ibarat  “pawn” di dalam permainan catur oleh pihak-pihak tertentu. Justeru itu kita jangan tertipu dengan scenario sebegini, yang mana kita jangan hanya mencari penyokong pengganas di kalangan dan di kawasan kita sahaja, tetapi kita juga harus memperluaskan carian kita dan mungkin ianya tidak berada di Malaysia…tentang siapakah yang membantu mereka….dan apa kah tujuan mereka berbuat demikian.


Den berharap sangat selain dari kita  selalu membaca Al Quran, membaca buku karangan Ibnu Muslim, Buhkary dan sebagainya, cuba-cuba ambil kesempatan sekali sekala kita membaca buku –buku tentang New World Orders, The Rouge States, Charlie Wilson’s War , dan sebagainya, dan kita mungkin akan Nampak bagaimana pihak-pihak tertentu memainkan peranannya di dalam sesebuah Negara demi untuk menguasi Negara tersebut secara tidak langsung. Contoh depan mata kita , adalah apa yang berlaku pada Syria sekarang, bagaimana pemberontakkan itu berlaku , bagaimana pihak pemberontak dapat mengalahkan tentera kerajaaan dan mereka mempunyai kelengkapan peperangan yang canggih dalam sekelip mata sehingga boleh menjatuhkan pesawat pejuang dan terakhir sekali siapakah yang telah di lantik sebagai presiden baru Syria di kawasan yang telah dikuasi oleh mereka.  Puak pembangkang Syria telah memilih Ghassan Hitto, seorang  natruslitasi  rakyat Amerika kelahiran Syria  untuk menjadi president sementara bagi mengantikan Bashar Al Assad. Bagaimana di Libya, Afghan, Iraq ? Ini menunjukkan tidak mustahil adanya campurtangan pihak asing terutamanya Amerika di dalam hal ini. Kenapa jadi begini, jawapan mudah Den, ia dinyatakan didalam doktrin New World Order, pihak Amerika  yang di kuasai oleh Yahudi mahu menguasi dunia dari segi ekonomi , ketenteraan dan politiks. Bagi mereka adalah mudah , “Either you are with us or against Us .” Jadi untuk memastikan kejayaan doktrin new world order itu , mereka akan memastikan bahawa sebanyak mana yang mungkin ketua-ketua negara itu adalah “orang –orang mereka” supaya mudah mereka dijadikan puppet on the string. Den tahu ramai pembaca yang akan mengatakan bahawa Den melalut,bagi Den tak kisah…kerana ini adalah reality sebenarya di dalam dunia ini sekarang.

Den tak kisah apa juga pandangan negative dan kritikan negative terhadap penulisan kali ini. Sebab ia tidak membawa sebarang keuntungan atau kerugian pada Den pun. Tapi Den rasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini kepada semua rakyat Malaysia, berhati-hati dan cuba fahami situasi yang berlaku di Malaysia hari ini. Kalau mengikut teori ini, orang untuk geng yang memperjuangkan New World Order meletakkan calon sebagai ketuo negaro kita dah ada, Cuma mungkin maso dan cara nak meletakkannya sahaja belum dijumpai dan mereka mungkin sedang berusaha. Bommmm!  Den dah agak ghamai yang akan gelakkan dan tembak Den pasal hal ini..tak poo , Den bangun dan nyatakan sekali lagi calon dan ado, tapi caro nak melotakkannya ajo bolom kono. Jadi Den menyeru supaya kito cubo fahami scenario yang berlaku di negaro kita ini dan cuba amatinya…Dan kalau –tuan dah buek pembacaan atau glance through buku-buku yg Den sebutkan diatas, In Syaa Allah Tuan –tuan akan Nampak sedikit sebanyak kebenarnnya.

Den cuba menulis isu ini dengan panjang lebar kerana Den nak kita semua berhati-hati dengan situasi sekarang. Mano yang nak donga laa yang tak nak..tiado paksaan . Ingat kita rakyat Malaysia lah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghalang campur tangan pihak NEW World Order ini, mereka tidak akan menyerang terus kepada kita dengan kekuatan ketenteraan mereka, sebaliknya mereka akan menggunakan kita rakyat Malaysia sendiri untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai ketua Negara ini. Caronyo….MACAM –MACAM CARO ADO…Jadi berhati-hati supaya kita tidak menjadi orang suruhan mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Jadi apa yang menjadi kerisauan sekarang ini adakah  terdapat kemungkinan bahawa insiden sabah yang bermula dengan niat untuk merampas kembali bumi Sabah boleh diguna dan di ekplotasikan untuk tujuan group New World Order ini .? Adakah  dengan tersadainya Kapal perang kapal USS Guardian di perairan Taman Laut Nasional Tubbataha di Laut Sulu, sekitar 640 kilometer sebelah tenggara Manila, Rabu (16/01/2013) ia nya memberi satu petunjuk kepada kita bahawa pihak tertentu turut terlibat dengan insiden di Sabah.  Tidak termasuk maklumat-maklumat risikan yang kita dengar, Den maleh nak higligthkan, nanti org kato fitnah pulak..maklumlah tak ado bukti…hanya risikan …!!! Adakah dengan kelengkapan dan persenjataan yang digunakan oleh pihak pengganas itu datangnya dari pihak tertentu. Adakah pihak pengganas akan melaksanakan prolong war dan mampukah mereka bertahan dari segi kelengkapan dan logistic tanpa bantuan pihak ketiga ? Den berpendapat kalau benar ada penglibatan pihak ketiga di dalam krisis di Sabah, maka terdapat kemungkinan ia akan berlarutan.

 Walau bagaimanapun Den rasa biarlah pihak keselamatan menangani permasalahan itu. Bagi Den , eloklah kita melihat isu yang berlaku di Malaysia dan insiden di Sabah pada hari ini  di dalam konteks  yang lebih luas .Jangan kita lihat permasalahan ini dari segi dalaman sahaja. Bukalaa mata, perbanyakkan membaca mengenai apa yang berlaku di dunia luar sekarang, kaji dan selidik  tentang situasi di negara-negara Arab dan apa sebab dan kesudahanya dengan perisitiwa Arab Spring itu. Dari situ kita mungkin akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku  di Negara kita sekarang. Den  percaya dan yakin kalau kita dapat melihat dan memahami perkara ini dari segi prespektif yang luas.. dan mengambl tindakkan yang betul.. Inn Syaa Allah Malaysia akan terselamat dari disenaraikan sebagai Negara-negara boneka di bawah New World Order…! Kuasa Di tangan Anda…Gunakkanlah Dengan Sebaik Mungkin Demi untuk Kebaikan agama, bangsa dan Negara kita .

Monday, 18 March 2013

Kiram's Goes For Guerrilla War ..We Observe and Report !


Tiada Lagi Gencatan Senjata, Perang Secara Gerila - KIRAM III Itu adalah kenyataan terkini Kiram sepertimana yang dilapurkan oleh akhbar Filipina. Kenyataan ini sebenarnya bukanlah satu kejutan bagi Den . Kalau cakap orang kampung Den…Dah agak dah. Ini adalah kerana mereka sebenarnya di dalam keadaan desperate dan tersepit. Ini berikutan nasib yang telah diterima oleh pengganas-pengganas yang telah Berjaya melarikan diri dan kemudiannya di tahan oleh pihak keselamatan Filipina. Dengar khabarnya mereka-mereka itu akan di dakwa dan dibawa kemuka pengadilan Filipina. Dalam pada itu pihak keselamatan Malaysia , telah memperhebatkan lagi buruan keatas saki baki pengganas yang masih berada di Sabah. Situasi ini membuatkan mereka tersepit, dimana jika mereka terus berada di bumi Sabah , mereka akan diburu, jika mereka kembali ke sarang mereka di Filipina , mereka juga akan diburu dan di tangkap oleh pihak keselamatan Filipina. Justeru itu tidak hairanlah kiram membuat kenyataan tersebut. For them ...There is no others option for the terrorist…the bridge has been burned..!!!

Friday, 15 March 2013

My 0.50 cents Advise to Kiram and Pak Jenderal !


Salam semuo. Den tersenyum bilo membaco berita dari yang tersebar di FB mengenai berita yang dilapurkan oleh salah satu akhbar Filipina bahawa “

"..A young boy explains to media how passengers of a black car gave him Malaysian 50 cent coins and took pictures of the house of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, in Maharlika Village, Taguig City, south of Manila, on 7 March 2013"

Wednesday, 13 March 2013

Between MAK LAUN and PAK MAUN ...!


Operasi Daulat masih lagi diteruskan dan ianya telah menampakkan tanda-tanda keberhasilannya walaupn agak sukar untuk menjangkakan bilakah ia akan berakhir. Statistik kematian dan kecederaan  di kedua belah pihak semakin bertambah dan kita hanya mampu mendoakan agar konflik ini akan berakhir dengan segera. Insiden yang pada mulanya disangka sebagai satu sandiwara politik oleh pihak tertentu ternyata ia adalah tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab setelah melihat angka korban dan kecederaan yang berlaku. Akibat dari tomahan dan tuduhan melulu itu maka ramai pihak yang menjadi amarah dan mula mengambil tindakan tertentu seperti membuat kenyataan balas yang berunsur mencabar dan mengutuk kepada pihak yang membuat tomahan. Selain dari itu beratus-ratus laporan polis telah dibuat oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu terhadap si pembuat onar dan tomahan.

Sunday, 10 March 2013

Helps Our Troops To Help Us


Allhamdulilah, sejak pelancaran Ops Daulat sudah kelihatan beberapa tanda yang insiden di Sabah ini dalam keadaaan terkawal dan ia juga telah memberikan petunjuk bahawa, InsyAllah ia akan Berjaya di tangani oleh pihak Keselamatan. Walau bagaimanapun mengikut firasat Den, Ops Daulat ini mungkin akan mengambil masa yang agak  lama untuk di selesaikan. Ini adalah kerana nampak gayonyo pihak pengganas dah mulo berpecah dan mereka dah mula melaksanakan gerakkan secara peperangan gerilya. Apo pun ini hanyo andaian Den. Jika benarlah itu yang berlaku nampaknya tugas yang menanti pasukan kelselamatan akan menjadi agak rumit. Walau bagaimanapun dalam konteks ini Den yakin pihak keselamatan tahu apa yang patut dilaksanakannya . Mereka mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan serta mengetahui situasi di ground zero. Justeru itu Den rasa eloklah kita biarkan kepada yang pakar untuk mengendalikannnya. Bagi kito yang tidak bertugas di kawasan operasi  dan hanya menjadi pemerhati eloklah kita mendoakan kejayaan diperolehi oleh pasukan keselamatan disamping melakukan apa yang termampu oleh kita sebagai menyokong usaha pasukan keselamatan di dalam menangani insiden ini.

Thursday, 7 March 2013

U ULANG ...I SAMAN U..!!!!!!!


Dalam kesibukkan para pahlawan kito mengangkat senjato berjuang menentang pengganas Sulu  di Sabah, tanpo kito sedari  ramai lak orang kito berporang sesame sendiri di media internet dengan menulis menghomen dan mengkritik  secaro torang-torangan “menontang” pasukan keselamatan dan kerajaan .Kalau perkaro itu di lakukan oleh suku sakat penyokong  Kiram dari luar negaro, Den tak berapo kisah, TAPI  io dilakukan oleh rakyat kito sendiri dan mengaku begitu patrioktik. Akibatnyo…kesian kekawan kito yang sedang berjuang di Sabah sobab menghadapi ancaman dan serangan dari duo pihak yang berkategori kawan dan lawan.. Pertamo  lawan dari geng KIRAM AL TIRAM  yang  mengancam dari sogi keselamatan dan keduonyo dari  kawan dan rakyat sendiri yang sedang menyerang untuk melomahkan morale  mereko….Sodih jugak Den dengan tindakan rakyat Malaysia yang menyerang dan cubo melomahkan semangat pasukan keselamatan kito…Jadi  nak merodokan kemarahan dan kekesalan Den ini….Den  nak masuk ke “time machine Den”…nak rehatkan otak……maleh nak tulis pasal isu itu laei……..

Wednesday, 6 March 2013

Sodarlah...Kiram...Sabah Bukan Milik Mu Lagi....


Ponek-ponek…ponek sungguh Den hari ini. Den sepatutnyo tidak lah seponek begini kerano  Den dah hamper 6 hari tak memotong gotah, pasal nak mengikut perkombangan di Sabah…Tapi ponek Den ini adolah berpunco dari terlalu banyak membaco sokongan dan pandangan sekumpolan pihak yang mengaku rakyat Malaysia yang BERSETUJU DENGAN TUNTUTAN KIRAM AL TIRAM NAK MENGAMBIL SABAH ATAS ALASAN SEJARAH YANG KUNUNNYO KAWASAN ITU ADOLAH TANAH KEPUNYOAN NENEK MOYANG MEREKO. Yang buek Den bertambah heran adolah kerana mereko yang menyokong ini adolah rakyat Malaysia sendiri…seolah-olah mereko suko Sabah ditawan oleh Kiram dan sos tiramnya. Den tidak marah kalau dio orang tu pengikut atau orang tiram dari Filipina…Kerano Den tahu tuntutan mereko memang tidak berasas dari sogi perundangan, “customs and international practice”…Jadi Den mengganggap tiram dan pengikutnyo kurang  pandai, na├»ve, bingai dan hanyo mempunyai angan-angan kosong dan hanyo mimpi disiang hari…..

Tuesday, 5 March 2013

TOGETHER WE UNITE TO SUPPORTS OUR TROOPS IN SABAH


Salam satu Malaysia. Gendang perang dah berbunyi. Para pahlawan telah bergerak dengan semangat penuh kekentalan menuju ke medan perjuangan. Didoakan pemergiaan mereka membuahkan kejayaan menentang  pengganas di medan perjuang dan kembali dengan selamatnya. Namun jika ada ditakdirkan ada diantara mereka yang  akan gugur maka dipanjangkan doa agar mereka gugur sebagai bunga bangsa dan ditempatkan bersama roh para syuhadah[yang Islam yo!]yang lain tu biarlah ikut kepercayaan agama mereka. Den pasti pemergian para pahlawan tersebut akan tetap dikenang sehingga diakhir zaman…

Monday, 4 March 2013

OPSEC: SILENCE MEANS SECURITY


Sehingga saat penulisan artikel ini, kito bolom nampak lagi sebarang gerakkan offensive yang dilakukan oleh pihak keselamatan.  Ado ghamai yang mulo tertanyo-tanyo apokah bentuk tindakan yang bakal dilaksanakan. Dalam pado itu banyak pulak maklumat-maklumat yang mempunyai nilai tactical yang boleh mempengaruhi operasi yang bakal dilaksanakan telah tersebar secara disedari atau tidak di media internet. Mungkin ado diantaro mereko-mereko yang mendapat maklumat melalui kawan-kawan atau saudaro maro di kawasan Sabah mengenai  situasi semasa , pergerakkan anggota , dan pelbagai perkara lagi berkaitan pergerakan dan kegiatan pihak keselamatan di Sabah. Dan kemudianya Maklumat tersebut  disebarkan di dalam facebook, twitter dan blog. Mako tanpo disedari  maklumat-maklumat tersebut telah dikutip dan dianalisa puak penceroboh dan mereko secara tidak langsung berkemungkinan boleh  menjangka apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh pihak keselamatan . Perkara ini secara tidak langsung akan menggangu kelancaran dan mendatangkan bahaya kepada operasi yang bakal dilaksanakan oleh pihak keselamatan. Akibatnya akan hilang element of surprise dan mungkin juga akan membawa padah yang tidak  baik apabila operasi keselamatan itu dilancarkan.

Sunday, 3 March 2013

LAHAD DATU : Dont Fear The Armour Is Here


Salam Takziah buat keluargo dan sanak saudara wira-wira anggota PDRM yang terkorban  semasa insiden di Lahad Datu dan Semporna.   Semoga Allah menempatkan roh arwah-arwah tersebut  bersama para syuhada. Nampaknya insiden yang bermula di Lahad Datu ini telah menjadi isu keselamatan yang agak kompleks. Isu yang pada mulanya cuba diselesaikan oleh pihak PDRM secara diplomasi dan aman tidak kessampaian , apabila pihak penceroboh telah terlebih dahulu bertindak  dengan lebih agresif hingga menyebabkan  beberapa wira PDRM telah gugur. Situasi ini telah menyebabkan ruang penyelesaian  yang sepatutnya dapat ditamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah telah tertutup sama sekali. Kesabaran dan kesungguhan pihak PDRM untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin telah tidak dipedulikan oleh pihak pemberontak. Justeru itu Den bersetuju sangat sekiranya pihak keselamatan menamatkan konflik ini secara kekerasan . Kesabaran kita ada hadnya…

Wednesday, 27 February 2013

Krisis Di Lahad Datu....


Sabah..Oh Sabah.....bilo dah dekat nak PRU ini Sabah pulak mempaparkan satu lagi krisis yang penuh kontravesi berkaitan dengan isu keselamatan negara.  Dalam pada tu mamat-mamat  opurtunis  terutamonya dari pihak orang sebelah sana, sibuk menghentam kerajaan dan mengkritik cara pasukan keselamatan menanganinya.  Dan mereko ini mengambil jalan mudah menuduh ini semuo kerja UMNO....Den dah maleh nak melayan kerenah mereka-mereka ini. Secara peribadi Den sikit pun tak ghisau fasal isu kehadiran  anggota tentera Sulu tu. Den lihat kes ini lebih kepada isu politik berbanding isu keselamatan.  Dan Den  berpendapat isu ini adalah isu yang  biasa tetapi memerlukan jalan penyelesaian yang kompleks. Setakat ini Den setuju dengan apa yang dibuat oleh pihak keselamatan. Negotiate and try to solve it peacefully. Isu ini perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin agar penyudahannya nanti tidak akan menimbulkan malapetaka.