Thursday, 6 December 2012

POWER OF SLOGAN......


SALAM SATU MALAYSIA, semoga semua pembaca berjaya menjadi seorang insan yang CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. Dan diharapakan agar semuanya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan BERSIH CEKAP DAN AMANAH pada hari ini....Inilah fenomena yang selalu berlaku di Malaysia, bilo ado ajo pemerintah baru mako adolah slogan baru yang akan di perkonakan. Dari segi lahiriahnya memang bagus bagi memberi motivasi dan membina jati diri anak muda...Tapi kadang-kadang ia terlalu “extravanganza” hingga timbul ketidak selesaan kepada ghamai orang dan juga kepada pihak tertentu. Macam cakap orang kampung Den...Meluat !. Dan ada di antara slogan yang berapi-api  ini telah diguna pakai pada situasi yang tak sepatutnya...lebih-lebih pulak. Bilo Den kato bab ini Den pasti ado ghamai yang marah dengan Den. Bukan niat Den nak buek provokasi dan kasi orang marah, cumo Den nak katokan pendapat peribadi sahaja....