Den selalu juga ditanya oleh kawan-kawan kenapa
Pegawai Komando dan anggotanya agak akrab jika dibandingkan dengan unit-unit
tentera yang lain. Dari pandangan mereka terdapat ‘gap’ atau jurang yang jelas di mana dalam
unit-unit lain biasanya pegawai atau mereka yang berpangkat tidak “begitu mudah
bercampur gaul dengan pihak bawahan”. Maaf
, sebelum itu Den nak ,maklumkan yang Den tak berminat nak mengkritik, mengulas
atau memberi sebarang pandangan yang berlaku pada mana-mana pasukan dalam ATM.
Yang Den nak ceritakan kenapa semangat ‘comradeship’ atau setia kawan sangat kuat di kalangan
anggota komando, Pendapat dan pandangan
Den ini bukanya pandangan pakar tetapi lebih kepada hasil daripada pengalaman
dan pergaulan Den dengan anggota komando semasa berkhidmat di dalam unit
tersebut.
Bilo dah pencen nie, manolaei tompek yang sesuai untuk Den bercerito kalau tak kat kodai kopi. Den nie..dari umo 18 sampai 40s, Den hidup dlm askar,unit Kdo. Banyak pengalaman pahit manih yg Den nak ceritokanyo...Inilah cerito Den...bokeh kdo..apo yang Den cerito memang bondo fakta, cumo mungkin caro pengkisahannyo ado kelainan sikit, semuonyo dibuek ateh sobab sensitifviti dari sogi keselamatan, maruah,moral dan nak jago ati kawan...tapi yg fakta totap fakta...Den tak nak ubah...tak mano org nak tahu cerito sobonar. Baik burok cerito Den pandai-pandai timbangkan sendiri...Den cumo bercerito...dan inilaa cerito Den.......
Monday, 14 May 2012
WE DESTROY FIRST WE BUILT IT LATER...!!
Posted by
DEN CDO
at
10:18
Links to this post
WE DESTROY FIRST WE BUILT IT LATER...!!
2012-05-14T10:18:00+08:00
DEN CDO
Comments
| Reactions: |
Thursday, 10 May 2012
Sebagai
anggota bujang, semasa di dalam komando, masa yang paling Den seronok MANO
.adalah semasa ditugaskan untuk memasuki kawasan operasi. Semasa di penghujung tahun 80an, tentera kita
banyak melalukan operasi-operasi di kawasan perbatasan sempadan negara tak kiralah
sama ada di sempadan Malaysia- Thailand ataupun di kawasan hutan di Sabah
dan Serawak. Masa zaman tu Den pernah terlibat di dalam beberapa
operasi seperti Operasi Kota Foxtrot, Kota Echo,Ops Bersih, Ops Serampang, dan
sebagainya. Operasi yang paling banyak Den terlibat adalah Ops Kota Foxtrot dan Kota Echo di mana
jumlahnya 6 kali, sekali masuk biasanya
3 bulan. Pendek kata semasa Den 2nd Lt sampai Kapten, Den selalu
keluar masuk hutan terutamanya di kawasan
Sempadan Thai. Yang Den ingat, ada LP [
Landing Point utk Heli] yang Den dah buat
dalam tempoh itu dan LP yang paling baik dan besar adalah LP di pucak ULU LAHO.
Subscribe to:
Posts (Atom)