PROMO COURSE

PROMO COURSE

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Sunday, 26 June 2011

U STRIP OFF...I... STRAP ON

Sebagai Pegawai Undang-undang , selain dari mengendalikan kes-kes untuk perbicaraan Mahkamah tentera, Den juga terlibat di dalam menyediakan dokumen untuk kelulusan pihak berkuasa tinggi di dalam meluluskan beberapa hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah atau Komandan di unit-unit bawah naungan formasi. Bab ini pun selalu menimbulkan kontroversi antara Den dengan beberapa pegawai memerintah atau komandan . ini adalah kerana ada di antara perbicaraan terus yang di laksanakan adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun perkara ini banyak tidak diketahui oleh para anggota. Justeru itu ramai di antara anggota yang dibicarakan secara terus “sering kali tidak mendapat hak yang sebenarnya”..dan ada di antara mereka yang telah disalah bicara tanpa di ketahui oleh OKT sendiri. Ada juga antara PM atau komandan yang membicarakan orang main ikut sedap hati dan menjatuhkan hukumannya secara salah.  Walau bagaimanapun perkara ini ramai tidak diketahui oleh pihak umum dan jika ada pun ramai di antara mereka yang buat-buat tak tahu.

Thursday, 23 June 2011

15 -1

Assalamualaikum semua. Berdasarkan kepada entri yang lepas, Den tengok ghamai yang member komen “baik” kepada Den sehingga , terus terang Den ghaso segan lak. Disini Den nak bagi tahu bahawa sebonarnya Den ini bukanlah insan yang “baik sangat”. Den pun nakal jugak [tapi tak jaik{jahat} ] nak-nak maso Den bujang dan di zaman jahiliyah dulu. Cuma nakal Den tak lah melibatkan orang lain. Ado satu peringkat tu maso tinggal kek mess, ado kes ramai pegawai kono kacau dongan  hantu dan ado yang kono “tindih” dan “kono aleh maso tidur”..tapi Den sorang ajo yang tak ponah kono kacau dek bondo polik-polik tu hinggo ado yang mengatokan  “mano dio nak kono, bilo hantu masok ajo bilik dio , antu Nampak bendera dio samo dongan bender hantu , samo,,tu yang antu tak kacau dio tu sobab satu geng”. Sikap Den maso  kojo dulu banyak dipengaruhi oleh sifat Den maso kek kampong dan Den amat sensitif kalau tengok orang susah atau orang kono aniayo sobab dulu Den susah dan selalu kono aniayo. Apo-apo pun bilo Den ado “kuaso “ sikit tu yang Den  nak gunokan dongan sebaiknyo.

Tuesday, 21 June 2011

NOT GUILTY AS CHARGED !

Secara peribadi Den dapati  menjadi pegawai undang-undang di dalam army, biasanya banyak berlaku “conflict of interest”.  Kadang-kadang kita cuba bersikap jujur dan nak memberi ‘hak kepada yang empunya hak’ tetapi  ada pula suara-suara yang mengarahkan sebaliknya. Den bukanlah seorang yang suka nak menjadi hero “rakyat”tetapi  di dalam satu-satu situasi tu kadang-kadang Den terpaksa menongkah arus semata-mata kerana “kesiankan rakyat”. Perkara ini biasanya tidak disukai oleh segolongan “chief” yang kebanyakannya “buta mata hati” bila tiba bab-bab undang-undang . Mentang-mentanglah dia chief of the red Indians, apa sahaja yang disuruhnya hendaklah di patuhi dengan alasan untuk kepentingan perkhidmatan, walhal dia tidak tahu bahawa tindakannya itulah yang boleh menggugat kepentingan perkhidmatan. Kalau kita tengok chief-chief ini , sijilnya sebesar poncho, kalau cerita “welfare” anggota seolah-olah dialah pejuang kepada nasib “red indians” tadi. Tapi pada hakikatnya, dia gunakan “undang-undang” untuk menguatkan kedudukan dia dan nak membuktikan dia berkuasa dan nak mencari populariti ...dah kena virus artis lak

Monday, 20 June 2011

Without fear or Favor .

Selepas Den  tamat belajar di UiTM, Den telah menjawat jawatan Peg Undang-undang di Mk GGK, Kem Sg Udang. Bermula dari situ sehinggalah tahun ke 7  Den menjadi Pegawai Undang-Undang. Dalam masa 7 tahun tu, banyak peristiwa atau insiden yang berlaku yang mana semuanya gara-gara Den berpegang kepada prinsip “without fear or favour “. Sikap Den yang selalu berpegang kepada prinsip itu sebenarnya banyak mendapat tentangan dari rakan-rakan Den yang sama-sama menjawat Pegawai Undang-undang di formasi lain. Ada yang menganggap Den ini “ a liability to the legal community” di Sel Perundangan Tentera Darat. Sebabnya akan Den ceritakan satu persatu dan kemudian pembaca sendiri nilaikan. Den bertindak begitu bukan pasal nak jadi champion atau nak dapat populariti, tapi Den bersikap demikian kerana, niat Den tak nak menganiayai orang,itu posan arwah nenek Den dan omak Den yang tak akan Den lupo sampai bilo-bilo...Nenek Den selalu ingekkan Den maso Den kocik-kocik dulu ..” Czar..kau kalau kajo bosa dan ado pangkat esok, jgn aniya orang yo..tak baikkkk!”.Bondo tu InsyAllah akan Den pogang sampai Den mati...

Sunday, 19 June 2011

Jomu Digulo-gulokan

Selepas tamat dari misi Bosnia, Den telah bertugas semula sebagai Adjutant  di Rejimen 11 Rejimen Gerak Khas. Pada waktu tersebut, Den dapati ramai dari kalangan pegawai mudo, yang berpangkat  Lt –Kapt telah di berhentikan dari pekhidmatan dari unit Gerak Khas diatas pelbagai sebab. Ada diantaranya berhenti kerana tidak lulus peperiksaan kenaikan pangkat, ada yang disebabkan “ketidakpuashatian” dengan pihak atasan dan ada yang berhenti disebabkan gagal semasa pemilihan “regular board”, untuk menjadi pegawai regular. Kebanyakkan dari mereka ini berhenti dan kemudiannya menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai disebabkan kebanyakkan dari mereka termasuk Den memasuki tentera dengan hanya lulusan SPM atau STPM. Justeru itu mereka ini seringkali gagal untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan ada diantara mereka yang menjadi peniaga ikan, pemandu teksi dan sebagainya.

Wednesday, 15 June 2011

Ampon Yo Tok..!

Selain dari menjadi PA dan tim “pelindung” kepada Komander, Den juga sering kali terlibat di dalam memberi perlindungan keselamatan semasa lawatan –lawatan VIP dan  kumpulan-kumpulan tertentu  yang datang ke Bosnia. Penugasan Den ini agak rumit kerana terpaksa menjago VIP dan pada kebiasaannya akan  membuat lawatan ke lokasi-lokasi di sekitar Bosnia. Ini menyebabkan  geng CRT ini terpaksa cover banyak tompek dalam jangko maso yang agak singkat. Biasanya seminggu sebelum ketibaan VIP Malaysia yang akan datang melawat, maka  kami akan bermula membuat tinjauan kawasan dan tempat-tempat yang bakal di lawati. Tujuan adalah untuk membuat security assessment dan juga untuk memudahkan mengatur gerakkan tim pengiring. Lawatan VIP yang pertamo yang tim kami kena cover adalah PTD. Kami telah membuat perancangan teliti bagaimana hendak melaksanakan “security protection” ke tas VIP ini memandangkan beliau akan melawat banyak penempatan tentera dan juga beberapa kawasan riadah di Sarajevo.

Sunday, 12 June 2011

Capt Den Boleh.!

Kira-kira hampir sebulan Den dan Tim tinggal di Hotel Livno sehingga  menunggu  kem baru MALCON I siap. Rutin kerja harian Den adalah kebanyakan mengikut  sajo jadual pergerakan Komander. Penugasan begini memang menyeronokkan kerana Komander selalu keluar sama ada untuk mesyuarat di Bde HQ  , pergi Sarajevo ( Ibunegara Bosnia), membuat pertemuan dengan pemimpin tempatan dan juga orang-orang penting di Bandar Livno seperti  Ketua Kaum Muslim, Paderi , Ketua Puak HVO (Croats) dan pemimpin puak Serbs. Ini adalah salah satu langkah “untuk memahami kehendak mereka dan meminta kerjasama mereka di dalam menjayakan mandat  “Perjanjian Dayton” . Ini merupakan salah satu  projek psikologi (PSYOPS) dan usaha untuk memenangi hati penduduk tempatan untuk menyokong dan memberi “bantuan” kepada usaha-usaha MALCON I untuk memastikan keamanan di kawasan tersebut. Kaedah ini memang biasa di kalangan tentera Malaysia yang di tugaskan di mana-mana ceruk dunia ini , ia itu usaha yang pertama sekali adalah untuk memenangi hati rakyat dan penduduk tempatan di mana mereka bertugas.

Thursday, 9 June 2011

Boleh Tuan,Tidak Ada Masalah !

Setelah lebih kurang seminggu Den berkampong di hotel Livno, maka kem yang baru di bina pada dasarnya telah hampir siap dan sebahagian dari pasokan Malcon telah mula menduduki kem tersebut. Pada masa itu Den masih lagi tinggal di hotel Livno bersama tim Den kerana penempatan untuk Komander Malcon masih lagi di dalam pembinaan. Oleh yang demikian tim Den diarahkan untuk terus tinggal di Hotel dan bertindak sebagai “security team” untuk membori perlindungan kepada Komander Malcon yang tinggal di hotel tersebut. Mewah jugo Den ghaso maso tu, maklumlah maso tu salji tongah toba lagi,kalau tingga ke kem tentu masih banyak perkara yang tidak memberi keselesaan berbanding dengan tinggal di dalam hotel. Tim Den akan mengikut dan memberi perlindungan kepada Komander Malcon ke mana sahaja beliau bergerak. Untungnya penugasan ini, Den dapat banyak peluang untuk keluar dari kem Malcon dan melihat sendiri keadaan Bosnia dan Bandar-bandar kecil lain. Semasa ini lah peluang yang baik bagi Den untuk memahami dan melihat sendiri kesan dari peperangan yang berlaku sebelum ini. Peluang ini jugo Den gunokan untuk bergaul dan berkonalan dengan penduduk tempatan.

Tuesday, 7 June 2011

OK Sir Line Clear ..!

Seminggu pertamo Den  duduk kek Konjic tak ada banyak apo-apo tugeh yang sepesifik yang diborikan kepada team Den. Ini mungkin di sobabkan semasa tu pasukan MALCON satu sedang sibuk di susun semulo dan  bersiap sedio untuk berpindah ke kawasan operasi baru di Livno. Kawasan ini majority penduduknyo adalah berbangso Croatia dan berugamo Kristian.  Pada masa tu Den di fahamkan bahawa  tim tinjau dan group engineer telah bergerak ke kawasan baru untuk membuat tinjauan kawasan dan juga memulakan permbinaan kawasan penempatan Markas baru MALCON di kawasan Livno. Pada satu potang tu selepas waktu berbuko puaso, Den telah pergi ke Markas MALCON di Konjic, yang terletak kiro-kiro 15 Km dari tompek tinggal Den. Semasa minum di mess, kami digemparkan dengan berita bahawa , pasukan tinjau dan engineer telah di ganggu dengan tembakan rambang oleh anggota bersenjata yang di percayai puak Crotia. Den pun terus bergorak ke bilik gorakan dan ingin mengikuti perbualan antara team tinjau MALCON dan pengawai bertugas di Markas yang pada ketiko itu rancak  sedang membuat laporan..Den mendonga dengan tokon dan ponuh debaran perbualan mereko..[lobih kurang laa]

Sunday, 5 June 2011

@#$..Masak Asam dan Kopi Salju.

Bosnia Herzegovina (BiH) merupakan salah satu Negara kecil yang berasal dari Republik Sosialis Yugoslavia.  Pada 1991, Republik  Yugoslavia telah berpecah berikutan dengan kejatuhan pengaruh komunis di Eropah Timur. Pada mulanya Slovenia dan Croatia berhasrat  menyatakan untuk berpisah dari Yugoslavia, dan menjadi negara berdaulat. Semasa itu BiH melalui suatu referendum telah menyatakan untuk berpisah Yugoslavia dan menjadi negara berdaulat dipimpin Presiden Alija Izatbigovic. 

Saturday, 4 June 2011

Well Mr.President …I have a Question for you!.

SOBAB NAK TOBUIH KESILAPAN SEMALAM (SALAH POSTING) TERIMOLAA INI SEBAGAI SATU CARO DEN  MEMOHON  KEMAAFAN ..HAHAHAHA...

Selamo setahun lobeh sikit (sebulan) Den berado di USMC Staff Collage, Den banyak belaja pasal keronah dan peranghnai orang luar. Den jugak banyak mengetahui pasal latar belakang corak pemerintahan dan jugo kehidupan sosial mereko. Nak-nak geng pak Arab dari Saudi Arabia, Jordan, Mesir, Morroco dan kawasan yang sewaktu dongannyo. Den jugo ado bergaul dongan puak Israel dan beberapo negaro eropa yang lain. Pendek kato semaso di sano memang banyak mengajar Den pasal kehidupan didunio. Satu yang Den selalu perhatikan antaro pelajar-pelajar luar negaro ini ,adolah masing-masing suko membanggo-banggokan negaro masing-masing dan perkaro ini termasok dongan Den sekali laa. Bilo kami bersembang ado ajo yang nak menogakan kemogahan negaro masing-masing.

Where Is MALAYSIA ?


RALAT : DEN MINTA MAAF KERANA ARTIKEL "I DID IT MY WAY"..TERPOSTING..DEN CUMO EDIT SIKIT BILO DEN PUBLISH..DIO KELUAR MACAM ARTIKEL BARU LAK...SORREY YEK...!

Dah menjadi satu impian dan harapan  mana-mana pegawai untuk  terpilih menghadiri kursus “Staff College”, sama ada di dalam mahupun di luar Negara .Kursus tersebut merupakan satu kursus yang  perlu dihadiri bagi  memudahkan peningkatan di dalam kerjaya masing-masing. Kalau di Malaysia kursus tersebut di adakan di Maktab Turus , di Kuala Lumpur  dan ada juga antara pegawai-pegawai yang terpilih untuk menghadiri kursus tersebut di luar Negara.  Mana-mana pegawai yang terpilih untuk menghadiri kursus tersebut di luar  Negara biasanya  dianggap  “elite” dan biasanya akan mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat berbanding dengan penuntut yang berkursus di dalam Negara. Walau bagaimanapun ia adalah satu andaian yang tidak berasas kerana kateria yang diguna pakai di dalam pemilihan untuk kenaikan pangkat di dalam askar ini adalah sama ada “ anda boleh diterima oleh pihak atasan” dan bukannya disebabkan kriteria yang telah digariskan seperti yang selalu di war–war kan .JIKA KAMU DIKEHENDAKI OLEH PIHAK ATASAN MAKA AKAN NAIKLAH PANGKAT KAMU. Den tahu statement Den tidak menyenangkan sesetengah pihak, tapi ini adalah hakikat yang sebenarnya. Tetapi bagi Den ini lebih kepada rezeki, kalau ada rezeki adalah kalau tak  nak buek macamano.

Friday, 3 June 2011

I Did It My Wayyyyyy!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Anda  mungkin biasa mendengar perkataan  “recce “ atau perkataan “reconnaissance” yang membawa maksud tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Dalam istilah taktikal ketenteraan yang sebenarnya ada membawa beberapa maksud khusus. Sebagai contoh , kalau kita kata  “air recce”, ini bermaksud “tinjauan udara dan biasanya menggunakan pesawat udara”, dab beberapa istilah ang lain seperti  final recce, close recce dan sebagainya. Di dalam dunia ketenteraan penggunaan  perkataan recce sudah menjadi  “jargon”  di dalam kehidupan harian.”. Ia bukan sahaja maksud ke penggunaan istilah taktikal tetapi juga kepada perkara-perkara dalam kegiatan harian. Sebagai contoh,  kalau kita nak membawa keluarga kita ke suatu tempat untuk beriadah biasanya kita akan berkata “Aku nak recce dulu tempat tu, sesuai tak sesuai untuk keluarga”. Atau kita nak pergi ke tempat-tempat hiburan , “aku nak recce dulu nak tengok dulu ok ke tak ok tempat tu, nak tengok  juga harga yang dia org akan charge.” “Aku dah recce dah harga benda tu kat market ..dan sebagainya . 

Wednesday, 1 June 2011

Smell..Smell..1,2,3..Got More.

Ado dari pembaco Den yang mengadu tergeliat lidahnya sebab membaca blog Den..pasal tu Den minta maaf sebab kalau boleh memang Den nak gunakan bahasa Malaysia standard atau bahasa inggeris lagi standard kan ?. Tapi kadang;kadang tu bila guno bahasa Malaysia, Den dah biasa dengan loghat  Den rasa laju nak menaip dalam bahasa loghat tersebut  Nak guno bahaso Inggeris Den kurang mahir lak. Apa-apa pun Den akan cuba menulis semudah boleh supaya apa yang cuba disampaikan akan dapat diterima dengan mudah. Seperti kata  pujangga, permudahkanlah kamu di dalam sesuatu urusan supaya kamu dipermudahkan. Den rasa walaupun bahasa Den tidak berapa baik tapi Den percaya pembaca masih buleh mendapat message yang cuba Den sampaikan. Hajat hati nak menulih dalam bahasa Inggeris baru standard boto, tapi bilo Den fikirkan, yang Den sendiri tak mahir dan baik di dalam penggunaan bahasa itu, takut apa yang Den tulih tak dapat Den nak sampaikan dengan baik, maka Den lupokan ajo niat Den tu.