Friday, 8 February 2019

KOMANDO NEEDS 100S OF ADI


Assalamualaikum Semuo,

I am back. Dah lamo tak menulis, raso janggal jugak. Apo pun pasal kali ini Den  nak buek curahan hati, Den gagahkan juga untuk menaip. Sejak Den aktif dalam FB , selalunya apo yang Den nak sembang Den akan guno FB ajo, sebab ringkas dan senang. Tapi setelah dua tahun lobeh bergelumang dengan FB, Den dapati FB  bukanlah medium yang sesuai untuk Den bersembang. Sebab Den dapati ramai dari pengunjung Den terlalu bersikap emosional dan prejudis dan tidak dapat memahami apo yang cuba Den sampaikan secara matang dan rasional. Depa nak membangkang dan berdebat ajo. Justeru ini Den raso, eloklah Den gunakan medium  ini pulak. Bagi yang maleh nak membaca...sobab panjang sangat...Den mintak maaf..yo.

Isu yang Den nak sembangkan kali ini  adalah kisah viral Pegawai Komando tumbuk anggota pengawal. Kalau nak ikutkan, pada pendapat Den, isu ini adalah kecik aje dan lebih bersifat 'in house'.  Macam 'storms in the cup of coffee'. Tapi disebabkan ia dah terlepas keluar, maka ramailah pejuang hak asasi yang menyuarakan pendapat  dan tidak berpuas hati. Mereka menganggap ia merupakan satu tindakan keterlaluan dan sebagainya. Den tak salahkan mereka yang bersuara atas dasar perikemanusiaan, hak asasi dan sebagainya. Itu pendapat dan pandangan mereka, tak perlu Den nak pertikaikan dan Den tidak mengatakan mereka salah sebab berlainan dengan pandangan dan pendapat Den. 

Secara ringkasnya, Den tak lah rapat sangat Den Peg Komando yang disensasikan tu, Den kenal dia masa zaman dia kadet lagi, lepas tu masa Den dalam perkhidmatan dari dia jadi Trup Komander sampailah dia jadi   CO. Lepas Den pencen Den pun jarang jumpa dia apatah lagi berhubung melalui telefon dan sebagainya. Tapi satu yang ikhlas Den nak cakap, berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan Den , Pegawai ini, he just a DAMN BLOODY GOOD Officer. Berkarisma dan mempunyai ethos dan jatidiri Pegawai Komando  yang sebenarnya. Dia bukan jenis "apple polisher",  kalau dalam soal kerja, dia memang tegas dan penuh komited tetapi dalam masa yang sama diluar sana, he is a nice gentleman. Pada pendapat Den, Komando perlukan 100 lagi pegawai macam KOLONEL ADI RIDZUAN

Den hanya tersenyum  Den bila melihat clips yang diwar-warkan itu, pada pendapat peribadi Den dan dari pengalaman Den, kalau setakat penumbuk macam gitu, kena pada Den masa zaman Den anggota komando dulu, Den sonyum ajo. Tapi disini tak payahlah kita sensasikan lagi peristiwa itu. Bagi Den 'on the spot punishment' macam gitu not an issue at all. Tapi perkara itu menjadi sensasi dan menggemparkan seluruh Malaya. Ado pulak yang nak persoalkan SOP dan pelbagai lagi. Kalau nak ikut hati Den memang tak terlawan Den dengan hujah-hujah, para "Subject Matters Experts -  SME kat FB tu. Tak cukup dengan SOP, depa mintak dalil dan nas lagi...Situasi yang menjadi lebih buruk bila, ada geng-geng veteran yang menukuk nambah lagi...dan dah sampai Menhan pun buat press statement .....Bagi Den isu ini terlalu delicate dan lebih bersifat 'isu dalam rumah'. Biarlah mereka yang di dalam tu menyelesaikan, tak perlu kita tokok tambah dan beri pelbagai pandangan yang lebih berupa kecaman dan tomahan.

Ada juga yang pertikaikan bahawa perbuatan itu salah dan tak perlu disokong. Dalam konteks ini Den perpendapat, isu salah atau tidak adalah sangat subjektif. Sesuatu perbuatan itu, jika pada lahirnya salah , tidak semestinya ia tidak boleh berubah menjadi TIDAK SALAH, i.e makan babi itu haram dan salah disisi Islam, tapi ada ketikanya ia menjadi harus dan tak salah. Dalam senario yang disensasikan oleh media sekarang, Mesti ada sebab yang menyebabkan sipengawal itu di"hukum". agar sukar untuk diterima oleh akal yang waras, Pegawai tersebut saja-saja turun di Balai Pengawal dan memukul pengawal tersebut.  Samada sebab itu boleh diterima atau tidak, sekali lagi merupakan sangat subjektif, kerana mereka ini "anggota komando, dianggap tahan lasak, kuat mental dan menjalani latihan yang tidak dengan askar biasa, apa yang mungkin tidak menjadi kesalahan kepada askar biasa seperti , mempamerkan muka jambu dan senyum manis semasa membuat tugas kawalan adalah tidak menjadi isu, malah dalam sektor awam ia memang dituntut.

TETAPI DALAM KOMANDO , sebagai anggota pengawal, mesti serius, biar muka nampak ganas dan menakutkan dan bukannya pengawal, yang mukanya berseri-seri dengan lotion kuputih. Justeru itu dalam konteks ini kita hendaklah melihat bentuk kesalahan yang dilakukan din dalam konteks yang lebih luas. Mungkin apa yang kita lihat sebagai satu kesalahan kecil di dalam askar biasa, tetapi ia merupakan satu kesalahan besar dalam konteks komando. Mengenai, on the sport punishment seperti penampau dan penumbuk , dalam komando adalah biasa, abis situ sahaja, tak perlu nak draf kertas pertuduhan, nak dakwa nak bicara, yang mana sudah tentu jauh berbeza dengan norma  dan amalan dunia askar biasa atau dunia koperat. Dah nama pun komando, diberi latihan yang berbeza , di beri elaun beribu lebih dari askar biasa, so sudah  tentu dunia kehidupannya pun berbeza. Jadi kalau setakat kena sedas dua penampau tu, adalah biasa aje dalam kehidupan komando, tak perlu dijadikan isu. Itu bezanya KOMANDO dengan askar biasa dan dunia koperat. Yang sedihnya ramai pulak geng veteran yang dok perapikan lagi isu ini . Geng Veteran sebenarnya faham, cuma mereka buat-buat tak faham atau saja nak menunjukkan bahawa mereka ini semua pejuang tegar hak asasi manusia, sejak berpencen nei....

Akhir sekali, kalau Den ditanya pendapat, bagaimana menangani isu ini, Den nak berposan kepada orang luar yang tak tahu hujung pangkal, donga ajolaa tak payah bori pendapat. Yang penting dalam isu ini , Den akan siasat siapa yg viralkan clips tu,  dan kepada budak yang kena tumbuk tu, Den ucapkan tahniah, kerana bukan senang nak kena penumbuk KOLONEL KOMANDO....!


29 comments:

  1. Saya cadangkan Tuan sebagai Peguambela, kerana tuan seorang Peguam yang berkaliber.

    ReplyDelete
  2. Yup , setuju .....asalkan guard on duty to dari unit comando itu sendiri......inhouse matters.
    Benda ni biasa dalam Comando.

    ReplyDelete
  3. Saya respek komen tuan sbg salah seorg bekas pegawai komando

    ReplyDelete
  4. Sy bukan komando atau pun askar tapi sy bekas putera RMC dan masa tu Kol Adi(masa tu dia Kapt) buat ajutan di RMC. Satu jek nak cakap,masa dia buat ajutan disiplin putera RMC sgt tip top kerana dia penting disiplin ketenteraan. Tapi kalau tak salah tak kena apa-apa pun. Sy pernah kena lempang sebab lambat baris tapi bagi sy itu hukuman sbb kesalahan sy dan memang serik lepas kena pelempang komando.

    ReplyDelete
  5. Penjelasan yang menarik dan mudah difahami utk org awam mcm saya...

    ReplyDelete
  6. Ada beza antara briged bawang dengan komando, diorg mungkin anggap macam sama tapi bukan dia...

    ReplyDelete
  7. botul..kes dalam kelambu, apa kes pegi ambik video kat cctv kasi up fb...zaman kadet dulu kena butt senjata atas kepala perghhh.. haru...3hari pening x habis.. haha.

    ReplyDelete
  8. Hal hal internal ketenteraan tak perlu di perbesarkan atau dipolitikkan. Leave it to them to settle down. Yang penting si tukang viral CCTV tu yang patut kena tindakan. Good explanation from you sir.

    ReplyDelete
  9. 1st issue bukan kes tumbuk , kes kamera video tu yg patut di kehadapankan. Den ni anak tentera, setahu den menjadi kesalahan besar kalau rakam video kawasan kem , apatah lagi dekat aspos pengawal.

    ReplyDelete
  10. Tu Rakaman Dari CCTV Bukan Rakaman Dari Kamera Atau Handphone

    ReplyDelete
  11. nk taw ape sbnrnya motif record visual cctv tu and share..integrity issue..

    pd kita yg bekas tentera nie normal jer sepak terajang tu..

    ReplyDelete
  12. Dia Tumbuk dalam keadaan dia berpakaian awam..kau tulis panjang2 pon kau x tau benda simple je..leader mesti di hormati, bukan di takuti,x kira lah kau askar biasa ke komando ke

    ReplyDelete
  13. Saya lebih suka hukuman on-the-spot (pelempang atau dipukul dgn kayu golf), settle situ terus drp nak kena guling, atau pumping beratus bagai....

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. betul.isunya pegawai tu berpakaian preman dan nampak lebih kepada lepas geram berbanding memberi hukuman dan ada baiknya video ni bocor.biar org awam tahu serba sedikit kehidupan komando

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehidupan komando bukan setakat tepuk tampar macam tu, lebih hebat dan menggerunkan .... sedangkan askar dari kor/rejimen lain pun tak mampu memahami apalagi orang awam yang melihat askar setakat anggota beruniform saja ..

      Delete
  16. Boto la, kes camni kigho in-house kes jo. Tp yg bangang tu la yg rakam balik rakaman tu, p pulak viral. Viral rakaman tu plk tak amik dr mulo pongawal tu buek salah apo eih, kot main henpon ko, isap rokok ko kan, kantoi, memang kono la. Den pun bilo on-duty pengawal main henpon maso guard den maki an. Kadang bilo kito ckp pakai mulot tak jalan, memang cakap pakai tangan la jawab eih. Den ank komando yo, namboleh tawon jo dok kek Sg Udang tu, tau sgt dah. Tak somonggah langsung yg viral tu pon...

    ReplyDelete
  17. Sekarang bukan kira sape.. Pangkat besar pun ada buat jenayah.mcm kt filem kombet2 tu.. Haahhaha... Pengawal tu betul la jalankan tugas dia. Apa2 jadi kt dlm dia yg tanggung. Kang dia jaga lebih kurang salah plak..

    ReplyDelete
  18. He was our AO at Boy Wing’s..(masa tu dia masih capt.)
    Col Ahmad Rodi (GGK)was our commander..
    Staf yg bawak truck 3 tan pun kadang2 dari GGK..
    We knew him well, at age of 14-17 pun kitorang dah kena rasa penyepak dia macamana...kepala tak bergerak oii, kiri kanan kena penampo..dri jauh kalau nampak dia, lari dah..ikut jalan lain..setakat comando rest, celah longkang je kena.walaupun di usia yg muda..yelah baru Tingkatan 2.masa kena memg la menyumpah..but end of the day, you’re smiling..pengalaman2 ni yg bina jati dari masing2..sampai sekarang aku cukup bangga, bila Col Adi & Col Ahmad Rodi pernah jaga kitorang dulu..gile lu tak bangga, geng2 komando yg jaga budak boy..
    Yg sebarkan video, memang pundek..jgn bagi malu geng2 komando der..

    ReplyDelete
  19. Nasib baik time den hari tu FB ni x wujud lg..kalau tak kompom pemes mcm ni jgak��

    ReplyDelete
  20. CCTV sebuah premis tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran lebih2 lagi dalam premis kerajaan... boleh dikenakan tindakan siapa yang sebarkan

    ReplyDelete
  21. Den Cdo mohon komen sikit ttg kenyataan Ex Panglima GGK Datuk Awie Subuh berkenaan tindakan yg dilakukan Kol Ady ini...

    ReplyDelete
  22. Outsider, please stop sticking your nose where it doesn't belong to.. this is commando, not some shit ass uniform guys wannabe..

    ReplyDelete
  23. Let the commando punish the commando...the rest out there keep quit e and do ur own work...coz when u lost ur cock...commando still fwd to take care ur life.

    ReplyDelete
  24. Let the commando punish the commando...the rest out there keep quit e and do ur own work...coz when u lost ur cock...commando still fwd to take care ur life.

    ReplyDelete

Komen apo-apo yg kau suko...Elok tak elok kau tanggung...Den boleh tolong jawab ajo..Ingek Doso Pahalo sebolom menulis...