Sunday, 10 September 2017

PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN : WHO CARES ???

Secara peribadi,  Den merasa sedih dengan kejadian yang tidak di duga di mana seorang anggota keselamatan kita di bunuh ketiga bertugas baru-baru ini. Yang membuat Den merasa terkilan adalah, kejadian itu berlaku di satu tempat yang sepatutnya "paling selamat" dari sebarang ancaman perbuatan jenayah yang boleh dilakukan oleh manusia. 

Kalau tempat yang kita anggap "paling selamat", sudah tidak selamat , bagaimana dengan kehidupan harian kita yang sentiasa terdedah kepada ancaman keselamatan. Adakah anda merasa selamat untuk berada dijalan-jalan di merata tempat di Malaysia  pada hari ini ? 

Dari dulu lagi Den dah kata, Pengurusan Keselamatan di Malaysia adalah sebenarnya pada tahap yang sukar untuk diklasifikasikan sebagai "baik". Bila Den mengeluarkan pendapat sebegini , maka ramailah pihak akan mengeluarkan  tuduhan dan tomahan yang sebenarnya Den apa tahu pasal isu keselamatan.  Den malas nak berhujah dan berpidato untuk menegakkan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai pengurusan keselamatan. Ini kerana Den dah boleh agak kesudahannya ia boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan sahaja. Tetapi , apa yang Den nak luahkan dalam blog Den ini adalah kritikan peribadi Den kepada mereka yang bertanggungjawab pasal isu pengurusan keselamatan perlindungan di Malaysia. Den nak tanya ..

." APA YANG ANDA BUAT UNTUK MEMASTIKAN PENGURUSAN KESELAMATAN KITA TERJAMIN ?"

Dari pengalaman Den, secara peribadi Den nak katakan Pengurusan Keselamatan PERLINDUNGAN Kita  sama ada di dalam sektor swasta mahupu kerajaan adalah setakat, "wujud  disebabkan ia perlu wujud", sama ada kewujudannya memberi impak yang positif atau negatif kepada sesebuah organisasi..."Who Cares ??.

Kalau kita dengar usaha kerajaan nak " mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan " memang gempak. Pelbagai seminar/bengkel/ dan pelbagai lagi dianjurkan. Tapi ia selalunya bersifat "sementara" dan "rhetoric"tanpa membuahkan sebarang hasil . Kalau kita tengok pada realitinya...hari ini pergilah ke mana-mana pejabat kerajaan, pastikan anda berpakaian kemas dan kalau boleh bertali leher ...jangan terperanjat kalau anda akan diberi sambutan meriah dan kalau silap harian bulan boleh terus masuk berjumpa dengan boss besar. Siapa anda,? Apa tujuan anda datang ? ,Siapa anda nak jumpa ?...Who Cares ??

Apa peranan CGSO ???? Dah malas Den nak sembang , nak kutuk pun dah tak larat...Dah merdeka 60 tahun, Arahan Keselamatan untuk SASARAN PENTING  pun dikeluarkan secara berterabur dan mengikut musim.Arahan Keselamatan Negara pun agak berumur sedikit dari merdeka . Kalau nak buat rujukan, jenuh nak mencari, sebab ia keluar dengan pelbagai bilangan .dan perbagai tarikh. .Kalau lihat checklist pemeriksaan [audit kot ] untuk sasaran penting , sayu hati rasanya......Baik sikit dari level Boi Scout .! 

Den teringin sangat nak tengok PLAN  POLISI PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN yang dikeluarkan oleh CGSO untuk mentadbir urus keselamatan perlindungan disemua agensi kerajaan dan Sasaran Penting Negara. ??? Apa pula polisi mengenai " Personal Security Assurance ? " Apa  " Assurance Program & governance mechanism" untuk Sistem  Pengurusan Keselamatan Perlindungan Kerajaan ? Apa kawalan terhadap janitors/pembersih pejabat yang kebanyakkannya terdiri dari warga asing yang bebas keluar masuk bilik bos/su untuk tugas pembersihan...apa bentuk kawalan keselamatan yang diadakan ? dan kalau nak disenaraikan perkara yang negative ....perhhh ..the list is not exhaustive...

PPKKM ....Maaf cakap ......Isu tahap kemahiran dan kompetensi Pengawal -pengawal keselamatan pun masih tak dapat nak diselaraskan dengan wajarnya..Bila ada isu pengawal keselamatan yang tak layak dan buat hal hal, kecoh sekejap, pelbagai saranan akan keluar...akhirnya....sistem kawalan keselamatan kita, balik ke tahap asal....3G ...cuma bezanya sekarang  dah dinaiktarafkan ke 4G . Kalau dulu-dulu , bila bercakap pasal kawalan keselamatan , kefahaman kita ada berdasarkan kepada 3G....Gated/ Guns /Guards ...cuma sejak kebelakangan ini ia menjadi 4G. Gated /Guns /Guards /GoyangKaki

The truth is ...Pengurusan Keselamatan Perlindungan di negara kita adalah pada tahap yang amat membimbangkan...Den tak rasa bersalah kerana mengkritik mereka yang bertanggungjawab memastikan pengurusan keselamatan kita dilaksanakan dengan sewajarnya...Pada mereka, boleh marah pada Den...tapi tak perlu ambil secara peribadi...anggap ini sebagai cabaran dari askar pencen untuk  melakukan sesuatu yang terbaik demi untuk keselamatan negara....You might not Cares!! But I Do !!!