Monday, 4 April 2016

ESSCOM..Focus Pliz, Dont Derailment !

Pada 1 April yang lalu, yang merupakan hari ulangtahun ke 3 ESSCOM , kita menerima berita mengenai penculikan terhadap 4 rakyat Malaysia di kawasan perairan Sabah. Rakyat Malaysia menerima khabar berita ini dengan pelbagai reaksi. Ada yang redha, ada yang tak ambik kisah , ada yang mempertikaikan langkah keselamatan kerajaan di Sabah dan pelbagai reaksi lagi. Semalam pulak, TPM di dalam satu lapuran akhbar telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menyemak semula perlaksanaan  “system barter” dikawasan Sabah.  Katanya :

Malaysia's Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the barter trade system was seen as benefiting only one side, and did not favour Malaysia. Apart from that, it also involved smuggling of subsidised goods from Malaysia which caused leakages in national revenue, he told Malaysian journalists here on Saturday .

Dan susulan dari itu pelbagai akhbar tempatan heboh menyiarkan berita mengenai keperluan untuk menyemak semula system barter di Sabah . Sekali lalu dilihat seolah-olah berita in mencadangkan agar system barter ini perlu di semak semula kerana ia melibatkan isu keselamatan utama  di perairan Sabah . Adakah ini punca dan sebab mengapa keselamatan perairan Sabah begitu terancam dengan kegiatan kumpulan penculik/pengganas di perairan tersebut ? Kalau inilah yang menjadi agenda utama kerajaan sekarang untuk menilai semula system barter yang telah diamalkan sejak 1962 itu lagi sebagai langkah untuk kawalan keselamatan  di perairan Sabah dari kegiatan lanun dan penculikan, maka Den rasa kita mungkin salah jalan....Derailment.

Apabila TPM menyatakan akan keperluan untuk mengkaji semula isu barter trader , semasa kita sedang menghadapi krisis penculikan 4 orang ini, Den berharap ia merupakan satu kebetulan dan satu tindakan sampingan akibat kes penculikan itu dengan  TIDAK HILANG FOKUS dan melupakan kepada beberapa tindakan lain yang lebih utama. Ini adalah kerana Den merasakan kerajaan sekarang perlu melihat beberapa aspek utama yang sering terlepas pandang semasa diawal penubuhan ESSCOM dahulu. Mungkin perkara inilah yang sepatutnya kerajaan kaji semula , kaji semula  organisasi  dan peranan , keberkesanan kaedah operasi , kemampuan pengumpulan maklumat ESSCOM di dalam  menjaga keselamatan perairan Sabah .

ESSCOM sepatutnya mesti mempunyai sistem organisasi yang berbentuk “unified command “ . Ini bermaksud semua operasi hendaklah dilaksanakan secara bersepadu , dikawal  dan dikoordinasikan oleh ESSCOM .Perancangan dan pelaksanaan operasi dibuat di peringkat MK ESSCOM.Tidak boleh dibiarkan oleh dilaksanakan atau dikawal agensi masing-masing. Kalau nak dihuraikan memang panjang lebar, kebaikan , sebab ia perlu dilaksanakan sebegitu.

Den merasakan ancaman utama dari segi keselamatan di Sabah sekarang ini bukannya datang dari kumpulan yang terlibat dengan perlaksanaan sistem barter. Den setuju perlaksanaan sistem barter ini mungkin akan mengakibatkan kerugian kepada kerajaan dari segi ekonomi dan tetapi tidak lah begitu serius hingga menyebabkan ancaman keselamatan. Lagi pun isu mengenai sistem barter ini telah lama di perbincangkan. Malah berita mengenai keperluan untuk mengkaji dan menilai semula serta meregulasikan sistem ini dah dibincangkan semenjak tahun 2013 lagi . Rujuk Berita . Sepatutnya isu sudah selesai 3 tahun yang lalu , jika mereka yang bertanggungjawab  benar-benar melaksanakan tugas mereka semasa itu dan perlaksanaannya dilaksanakan secara profesional oleh agensi yang terlibat pada masa kini..

Bukan Den nak terus menindakkan kesan sampingan dari segi keselamatan , ia memang ada, tetapi “system barter “ itu bukan penyebab utama kegiatan penculikan/jenayah  mudah dilakukan disana. Jika kerajaan berpendapat perlaksanaan sistem barter pada hari ini harus diperketatkan atau harus dihapuskan sama sekali , secara peribadi Den meramalkan  , isu ancaman keselamatan akan menjadi lebih buruk  lagi. Ini adalah kerana, pada masa ini , sebenarnya , kita boleh  “ mengunapakai  mereka-mereka yang terlibat di dalam sistem barter ini untuk kebaikan kita jika kita pandai untuk berbuat demikian “. Mereka sepatutnya menjadi  “ garam, kicap, cili sos untuk menyedapkan lagi santapan kita”. Mereka sepatutnya menjadi pemangkin untuk membantu kita bertindak terhadap ancaman yang lebih besar lagi , iaitu ancaman kumpulan penjenayah rentas sempadan. Bagi  Den dengan kumpulan yang terlibat dengan sistem barter adalah business man , So Think How We Can Make Use Of Them To Achive Our Greater Goal !”. Bila sistem ini dihapuskan sama sekali kemungkinan akan memberi  back lash kepada keselamatan kita. Kita rugi dari segi intel , dan kita telah meramaikan lagi musuh kita.

Apa kaitan yang kita boleh nampak antara  “ perlaksanaan barter trade” dan “ kegiatan penculikan dan lanun  “ disana. Kalau kita  buat kajian secara halus dan terperinci sekali pun apa yang kita boleh rumuskan adalah , “ dengan adanya system barter, dan kalau ada diantara mereka itu yang terlibat dalam pengurusan ini  adalah juga merupakan lanun ‘ , mereka akan memperolehi barang yang lebih mudah dan murah , serta memudahkan mereka untuk membuat kegiatan penyeludupan “. Persoalanya ada mereka yang terlibat dengan urusan barter itu dalam masa yang sama juga adalah merupakan pihak kepada kumpulan pengganas  ? Inilah gunanya para analisis intelligence  .....PLEASE MAKE USE OF THESE EXPERTS  !!!!!

Den pendapat tindakan untuk merujuk dan menilai semula sistem barter sepatutnya adalah merupakan sebahagian dari tindakan yang lebih holistic untuk menangani permasalahan keselamatan sempadan perairan Sabah . Kita jangan hilang focus , kerana ancaman utama kita sekarang adalah kumpulan penjenayah/lanun yang telah menjadikan aktiviti penculikan sebagai sumber kewangan mereka , jadi itu sepatutnya matlamat utama kita, adalah musnahkan mereka dengan apa cara sekalipun walau sehingga terpaksa menggunakan kekerasan.Kita perlu abaikan dan  tak ambil kiral mereka tu bangsa apa atau agama apa sebab mereka melakukan jenayah yang kejam. Kita ada kumpulan yang  “ membunuh dan terus membunuh” , “mencari , mengepung  dan memusnahkan” dan pelbagai lagi , apa lagi masa inilah kita nak gunakan mereka.  We have to be cruel in order to be kind...

Kita perlu adakan satu Grand Strategy baru, jika ESSCOM tiada lagi , kalau dah ada, ini yang patut kita semak semula. Langkah in perlu  dipandang serius   dan bukannya hanya slogan seperti nak isytharkan  bahawa usaha menangani Keselamatan Perairan Sabah ini sebagai satu perang. Ini adalah kerana, rakyat Malaysia sudah biasa dan bosan dengan gimmick gah sebegini. Masihkah kita  ingat pada awal tahun 2000 AADK apabila mengisytiharkan PERANG DADAH , dengan misi  Malaysia Akan Bebas Dadah pada tahunn  2015 ? Dah masuk tahun 2016, ia masih belum menang perang dan kemudiannya dengan pelbagai slgoan peperangan lagi seperti Perangi Rasuah, rasuah masih tetap berleluasa , Perangi Denggi, bertambah ramai yang mati walaupun MB sendiri turun cuci longkang  yang akhirnya semuanya hanya gah pada nama. Ini sebabnya kita menetapkan misi tanpa sebarang pengisian.

Dan sekarang ini pula, bila berlaku sesuatu isu keselamatan yang serius, kita dok sibuk akan review semula SOP,review sistem , review kaedah dan pelbagai jenis review lagi. Persoalanya apakah hanya bila berlaku sesuatu insiden tindakansegera kita hanya akan reiview dan kaji semula ? Kita sebenarnya dan sepatutnya tidak perlu nak melaksanakan kajisemula  semasa berlaku sebarang insiden keselamatan, ini adalah kerana jika pada masa peringkat awal lagi kita dah buat kajian terperinci dan teliti isu kaji semula mungkin tidak menjadi tajuk utama.  Sebenarnya ada dua sebab mengapa perkara ini selalu terjadi, pertama  samada peraturan,dasar, SOP yang kita buat tu berdasarkan kepada satu kajian yang tidak lengkap atau tidak sempurna atau sebenanrya walapun kajian itu sudah betul, perlaksanaanya pulak yang mungkin tidak betul. Adakah untuk mengkaji semula hanyalah usaha kerajaan untuk menunjukkan kepada rakyat , bahawa kerajaan dah bertindak.?

Ini bermaksud human factor adalah antara isu utama  yang perlu kita kaji semula.. Faktor bijak atau tidak, profesional atau tidak, komited atau tidak manusia yang kita pilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Kalau kita rasa sebabnya adalah berkisar dikawasan Markas ESSCOM  sendiri , maka mereka inilah yang perlu kita kaji dan nilaikan kebolehan dan kemampuan mereka. Jika hasil kajian menunjukkan mereka tidak melaksanakan tugas yang diberi, carilah pengganti yang lain yang mampu untuk memikul bedan dan amanah yang diberi.

Sedihnya, pada hari ini,  Kita bernasib malang kerana sistem pengiktirafan potensi dan dedikasi kerja kita masih lagi bersandarkan kepada faktor , apple polisihing, pak hangguk, backstabbing.  Itu pasal kita menghadapi banyak masalah “brain drain” di dalam pentadbiran kita tanpa mengira dari  agensi mana sekalipunpun. Yang tinggal pun ramainya diantara mereka  bukannya tidak bijak, Cuma fokus mereka adalah lebih kepada meterialistik dan pangkat . Dan satu lagi memang menjadi sikap semula jadi kebanyakkan orang kita, selalu memandang ringan tentang isu keselamatan baik dalam apa juga bidang yang utama politik, duit ,kuasa dan nak jaga hati orang....SECURITY IS ALWAYS LAST.....!

Selain dari itu usaha mesti dibuat untuk memantapkan Agensi Perisikan dan pengumpulan dengan melibatkan semua sumber yang ada dan tidak hanya bergantung kepada agensi perisikan sedia ada. Gunakan  JKKK , K1M  RELA ,  KEMAS dan pelbagai agensi lain dengan sebaik mungkin. Jangan dok tarbiahkan pasal isu politik sahaja  pada mereka . Train them to bring benefits to us. One Intel Fusion Center , means  , One Stop Center For Intell . Pastikan mereka faham bagaimana untuk laksanakan penugasan sebenar mereka . Mereka mestilah mahir tentang analisis, EIRs , EERs, propaganda , civil mil actions  dan sebagainya. Kita bukan lagi dizaman  perisikan dimana melalui maklumat perisikan yang diterima , dilapurkan “kelihatan mereka membawa beberapa karung ghuni ....”

Jika dilihat daripada apa yang berlaku diperairan Sabah hari ini, sebenarnya banyak lagi yang perlu dibuat oleh ESSCOM , Tetapi bagi Den biarlah mereka yang nampak isu ini dari dalam  berusaha untuk memperbaikinya. Adalah diharapan agar ESSCOM jangan hilang fokus tentang matlamat dan tujuan penubuhannya. Den sebenanrya tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam ESSCOM, tetapi secara peribadi , dari pengamatan jauh , sebenarnya banyak lagi ESSCOM boleh buat untuk mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan di Sabah. Den sangat berharap , jika berlaku lagi sebarang kes penculikkan selepas ini, kerajaan jangan pula sebok nak mengambil tindakan untuk mengkaji semula pula SOP  OPERASI ESSCOM pulak , muhasabah diri, apa yang tak kena dengan ESSCOM ini, apa yang kurang, kat mana kita lemah, kat mana kita kena perbaiki... jangan sibuk cari alasan luar dengan tujuan untuk memberi justifikasi kepada rakyat....find the problems and fix it, itu yg rakyat nak dan bukannya alasan demi alasan....


Secara ringkas Den ingin nyatakan bahawa untuk memastikan keselamatan perairan Sabah, kita memerlukan satu pendekatan yang holistik yang melibatkan tindakan ketenteraan, penguatkuasaan, civil mil actions , propagada dan physops , ekonomi , dan pelbagai tindakan sampingan dengan melibatkan pelbagai pihak agensi kerajaan ,awam dan orang ramai. Mereka mungkin boleh mengkaji model Briggs Plan dan pelbagai model civil mil action  yang pernah dibuat di Yaman, Morrocco , Algeria, Vietnam dan sebagainya untuk mendapat idea dari segi perancangan dan sebagainya. Akhir sekali Den yakin kita hanya boleh memastikan bahawa keselamatan perairan kita adalah terjamin jika kita benar-benar komited, ikhlas, jujur,dedikasi serta profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggunjawab kita.

Walau bagaimana pada pandangan Den , kita patut mengambil kesempatan dari tragedi ini dengan menjadikan ia sebagai alasan untuk kita bertindak dengan lebih “agressive kepada mereka “. Mereka disini Den maksudkan sekelian rakyat Filipina/Indonesia yang sering menyeberangi sempadan samada untuk berurus niaga, merompak, melanun, menculik dan sebagainya. Kita guna kelebihan kita dalam “mengawal selia “ barter trade in sebagai our upper hand , bargaining power. Kita sebenarnya sekarang mempunyai alasan untuk bertindak secara lebih agressive dari segi tindakan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan terhadap mereka. Kita juga harus melibatkan pihak Filipina dan Indonesia di dalam hal ini dengan menyampaikan message kepada rakyat mereka yang berurusan  melalui sempadan kita, bahawa if the mess with us, they will face the consequences...and they will die like a sea bass....kita kasi salai mereka .! Mungkin kita perlu bertindak sebegini ke atas rakyat mereka untuk membuktikan bahawa kita amat serious di dalam menjaga kedaulatan negara. We don’t ask for war, but if the war come to us, we are ready and we will fight.....!!! If not they will think that either we to naive or too afraid to protect our sovereignty. 

Sunday, 3 April 2016

ESSCOM ... NEED TO BEEF UP !

“ Buka mata anda,pembuat keputusan, pembuat dasar atau para politikus! Ini tanggungjawab anda yg mengangkat sumpah khidmat di hadapan YDPA di parlimen! Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan kami warganegara dari anasir luar dan domestik.”
“Apa kata kamu wahai pembuat dasar? jangan dok diam je”

Itu adalah ungkapan dan peringatan yang di luahkan oleh Malaysia Military Power , melalui posting terbaru di FB beliau yang merujuk kepada kes penculikan yang berlaku di perairan Sabah , baru-baru ini . Berdasarkan kepada insiden ini , pelbagai soalan yang timbul mengenai  pengurusan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab mengeni keselamatan perairan Sabah. Selepas perisitiwa Lahad Datu, kerajaan telah menubuhkan ESSCOM, dengan harapan satu langkah kawalan keselamatan yang terancang  dan focus dapat dilaksanakan  bagi menangani permasalahan keselamatan di perairan Sabah . Malangnya kewujudan ESSCOM masih tidak memberi impak yang jelas tentang keselamatan keseluruhan perairan Sabah.

Sebagai  bekas anggota keselamatan ,Den pun turut rasa terkilan dengan keadaaan ini. Ini adalah kerana , Den pasti dan amat yakin bahawa pasukan keselamatan kita mampu bertindak lebih baik dari itu dalam menjamin keselamatan perairan Sabah . Den mempersoalkan kenapa dan mengapa  perkara ini terjadi , sedangkan pelbagai asset telah diberikan , penambahan anggota pasukan telah diatur gerakkan dan ia turut melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan bekerja di bawah satu bumbung , ESSCOM , tetapi mengapa status keselamatan di perairan Sabah itu masih lagi  boleh dianggap bahaya?  Apa lagi yang tidak kena dalam hal ini ?


 Den tidak ingin mempersoalkan kewibawaan anggota keselamatan  mahupun agensi bantuan lain yang turut terlibat di dalam  hal ini, apatah lagi agensi yang terlibat yang di beri tugas berdasarkan kepada  bidangkuasa, tanggungjawab, kepakaran dan  pengalaman mereka . Den yakin mereka semua mampu untuk bertindak secara professional dalam memikul beban penugasan tersebut .

Jika begitu , adakah kita akan menerima pernyataan bahawa perairan Sabah itu terlalu luas dan amat sukar untuk dikawal  sebagi alasan mengenai kegagalan untuk memastikan perairan Sabah  adalah selamat. ? Alasan sebegitu mungkin boleh diterima dan difahami oleh rakyat jelata , tetapi bagi Den itu merupakan satu alasan yang paling mudah, paling selamat dan tidak mengambarkan tahap profesional yang sebenar  bagi mereka yang terlibat di bawah ESSCOM . It Just A Plain And Lame Execuse. !

Bagi Den terdapat beberapa yang boleh di pertimbangkan oleh pihak ESSCOM dalam melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Perkara ini merupakan pandangan peribadi Den dan mungkin ia tidak dipersetujui oleh pakar-pakar keselamatan  ESSCOM . Tetapi sekurangnya-kurangnya ia mungkin boleh dianggap sebagai satu langkah penambahbaikan di dalam perlaksanaan pengurusan keselamatan yang dibuat oleh ESSCOM.

# 1 KAJI SEMULA  SEGI GRAND STRATEGI PENGURUSAN KAWALAN KESELAMATAN

Berdasarkan kepada pengamatan Den, jika suatu pasukan  keselamatan itu sudah mempunyai pelbagai aset dan kelengkap yang canggih , anggota yang terlatih , tiada misi yang terlalu sukar untuk mereka laksanakan. Apatah lagi dalam konteks ESSCOM, selepas hampir 3 tahun , penubuhan ESSCOM, Den yakin  bahawa ia pasti mempunyai strategik Blue Print , Rangka Strategik Kawalan Keselamatan di Sabah. Den percaya plan ini telah menggariskan secara teperinci pelbagai langkah keselamatan yang perlu di laksanakan untuk mencapai Misi ESSCOM iaitu ,

 Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasamastrategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat..

Persoalnya jika ia telah dirancang dengan teliti oleh mereka yang pakar dalam isu keselamatan dan dilaksanakan dengan profesional, mengapa masih sering berlaku kes-kes pencemaran keselamatan ?  Adakah pelan tersebut telah di buat secara teperinci oleh mereka yang pakar dan telah dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dan memahami penugasann yang diberikan ?

Justeru itu , adalah penting untuk ESSCOM menilai semula bentuk ancaman dan risiko yang sedang mereka hadapi dan mengambil kira semua kemungkinan dan kebarangkalian berlakunya sesuatu risiko dan ancaman tersebut. Dalam masa yang sama , pelbagai langkah kawalan, pencegahan , pengesanan serta tindak balas hendaklah dirancang secara lebih agresif .

Dalam bahasa mudah , ESSCOM kena laksanakan semula ANALISA RISIKO DAN ANCAMAN KESELAMATAN KAW. PERAIRAN SABAH . Ini adalah penting untuk mengenalpasti bentuk risiko dan ancaman yang dihadapi dan melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk menghadapinya.

# 2 .  KENALPASTI KELEMAHAN COMMAND STRUCTURE . RIGHT PERSON FOR A RIGHT JOB

Perkara ini agak sensitif,  berdasarkan kepda pengamatan dan pengalaman Den. Sejak zaman dharurat, peristiwa Al Maunah , Memali , Ops Daulat, pihak tentera biasanya hanya akan menjadi gruhka di dalam setiap krisis yang melibatkan keselamatan negara. Alasan yang diberi adalah “jurisdiction “ , PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan ATM mengaja keselamatan ancaman dari luar negara.

 Pada pandangan Den , di dalam kes keselamatan tertentu seperti keperluan menjaga keselamatan  sempadan dan perairan negara , tugas ini hendaklah diberi sepnuhnya kepada ATM sebagai agensi utama dan di bantu oleh agensi-agensi lain . Ini adalah kerana  pemerintah tentera telah biasa dengan mission orientented ,  sebagai contoh kalau dua teras utama strategik ESSCOM adalah untuk

 1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.

Maka perkara itulah yang sepatutnya menjadi agenda utama Pemerintah ESSCOM. Pihak Pemerintah Tentera biasanya seseorang yang sudah biasa didedahkan dengan isu perancangan keselamatan strategik ,operational dan taktikal.  Walaupun ESSCOM cuba menonjolkan konsep KESBAN, sebagaimana dengan kejayaan RASCOM dahulu , tetapi kerajaan perlu ingat bahawa permasalahan di Sabah ini adalah agak unik dan perlu pendekatan yang lebih agressive  dan berbentuk military action. Perkara ini amat sesuai dilaksanakan oleh pihak ATM sebagai peneraju utama.

Den percaya dan amat yakin , jika Pemerintah Tentera yang dipilih menerajui ESSCOM, kita akan lihat perubahan yang drastik di dalam perlaksanaan kawalan operasi . Apatah lagi, pasukan utama atau striking force yang utama bagi melaksanakan operasi kawalan sempadan ini terletak kepada pihak ATM . Ini memang kena pada tempatnya kerana mereka mempunyai kepakaran , kelengkapan peralatan , pengetahuan dan latihan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggunjawab tersebut.

# 3 TINGKATKAN  KEUPAYAAN PENGUMPULAN MAKLUMAT PERISIKAN

Ini merupakan keperluaan utama dan perlu diberi perhatian serius. Jika sistem pengumpulan dan pengkongsian maklumat yang sedia ada ini tidak mencukupi atau tidak berkesan , maka satu usaha yang baru harus dibuat. Den percaya , perkara ini bukannya suatu hal yang mustahil . Tak perlu Den menghuraikan kaedah dan pendekatan yang harus di ambil di dalam situasi keselamatan seperti di ESSCOM. Pasti ESSCOM sudah mempunyai pakar dalam hal sebegitu dan tahu apa yang perlu dibuat.

Yang penting , ESSCOM mesti mempunyai satu organisasi perisikan yang  tunggal yang mana semua  maklumat perisikan yang diperolehi dari pelbagai sumber dan jabatan , di susun kumpul, dinilai dan dianalisa dibawah satu bumbung. Esscom tidak boleh membiarkan kaedah pengumpulan maklumat  perisikan mengikut agensi masing-masing . Ini akan menyukarkan lagi sesuatu tindakan  operasi taktikal.

Selain dari itu , semua maklumat perisikan hendaklah melalui proses kitaran yang sempurna, yang mana proses Analisa perisikan dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar terlatih dan bukan setakat mereka yang pernah menghadiri kursus kemahiran perisikan sahaja  . Sejarah telah membukti bahawa  kegagalan untuk menganalisa maklumat perisikan adalah merupakan sebab utama pelbagai maklumat perisikan tidak dapat di gunakan dengan sebaik mungkin hingga menyebabkan, berlakunya “intelligence failure”. Kalau Den nak ulas pasal isu ini panjang lebar, cukup lah Den kata contoh yang terbaik adalah Kes Lahad Datu....dimana pelbagai maklumat perisikan diperolehi , tetapi ia tidak melalui proses analisa yang sewajarnya....dan menyebabkan berlakunya  “ intelligence failure “ dan  “military blunders”.....

Justeru itu sudah tiba masanya ESSCOM untuk menilai kembali keberkesanan pengumpulan maklumat perisikan mereka dan membuat penambahbaikan  demi untuk mendapat satu hasil perisikan yang mantap dan komprehensif  bagi memudahkan operasi taktikal dan KESBAN di laksanakan.

# 4 WE MEANT BUSINESS & WE ARE VERY MEANT !

Pihak  ESSCOM harus  mengadakan pelbagai pendekatan sistem kawalan , pemantauan, pencegahan  dan tindakan keselamatan yyang bersifat agresif  dan “no nonsense”. Ini adalah penting di dalam konteks perang saraf , deterrence  untuk mereka-mereka yang menjadi tali barut dan bersekongkol dengan kumpulan penjenayah rentas sempadan.  No Mercy  dan pihak politik tidak seharusnya campurtangan dalam hal ini .

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai perkara sampingan yang perlu diambil kira di dalam melaksanakan kawalan keselamatan di perairan Sabah  seperti isu industri pelancongan . Dalam konteks ini kerajaan harus memilih dan membuat keputusan dengan tepat . Secara prinsipnya kita tidak boleh betoleransi dengan isu keselamatan dan terlalu mengambil kira tentang isu pelancongan. Jika kita berkompromi dalam isu keselamatan , Den percaya  dalam masa yang sama industri pelancongan akan tetap mendapat kesan yang negatif. Justeru bagi Den , Security should come first ....!

Ini merupakan pandang peribadi Den mengenai isu pengurusan keselamatan yang dilaksanakan oleh ESSCOM . Ia mungkin tidak membawa sebarang makna kepada pucuk pimpinan ESSCOM , tetapi sebagai askar pencen , Den merasa puashati kerana sekurang-kurangnya Den cuba beri pendapat berdasarkan pengalaman Den semasa dalam perkhidmatan  dulu . Samada mereka nak pakai atau tidak ....Den tidak kisah ....!