Saturday, 1 October 2016

SO FAR SO GOOD !

Lamo bonar Den tak update blog ini. Nak kato sibuk, tak jugak , hari hari Den macam biaso jugak , pepagi kono kopi  kek kodai , potang  jalan-jalan kek kampong  , malam dok menonton TV tak ado istilah sibuk . Di sobabkan lamo Den menyopi dari blog ini, ado jugak sorang duo kawan yang berusaha susah payah cuba menghubungi  Den dan bertanyo pasal khabar dan kesihatan Den. Kepado mereko ini, Den ucapkan terimo kasih kerana masih ingek kek Den…Walaup pun  tuan bertanyo khabar ajo, itu pun dah cukup buek Den dan amat menghargai keperihatinan Tuan-tuan . Bagi kekawan Den yang lain diluar sano , Den nak bagi  tahu  bahawa, Alhamdulilah….setakat ini Den ok lagi….macam kato orang putih …SO FAR SO GOOD…
I AM IN THE WELL , SIR !

Bilo sobut istilah, SO FAR SO GOOD ini , tetibo den teringek satu hikayat yang ponah terjadi dalam askar dan diceritokan dari generasi ke generasi. Ada satu waktu itu, disebuah unit tentera , BAKAT tengah sibuk   nak buat  persiapan bagi menyambut kedatangan , rombangan BAKAT dari MINDEF. Macam biasa, pelabagai persiapan rapi dilaksanakan untuk menyambut kedatangan rombangan tersebut . Semasa rehearsal, Ibu BAKAT unit penganjur tidak berpuas hati dengan sofa yang digunakan untuk tetamu. Katanya nampak kusam dan tak bercahaya. Hasil dari perbincangan, Ibu Bakat mencadangkan agar mereka mengunakan SOFA Mess Pegawai yang masih baru dan kemas. Walau bagaimanapun, permohonan mereka tidak diluluskan, atas alasan  bahawa sofa itu baru dan tidak boleh dibawa keluar dari Wisma Pegawai kerana dikhuatiri akan rosak .

Berita tersebut disampaikan kepada Ibu BAKAT penganjur. Beliau menjadi sangat marah bila dimaklumkan mengenai alasan yang diberikan sehingga sofa itu tidak boleh di bawa keluar dari Mess. Seperti biasa, walapun isteri kepada tentera sebenarnya hanya orang awam , tetapi dari segi “amalan dan kepercayaan “pangkat yang di sandang” oleh isteri seorang tentera , adalah setingkat lebih tinggi dari pangkat sebenar suaminya. Dalam hikayat ini, suami  kepada Ibu Bakat tadi hanyalah DUA bintang  sahaja. Ini bermakna isterinya adalah 3 bintang …. Pada sebelah malamnya, si ibu BAKAT  telah mengadu kepada suaminya mengenai isu  nak meminjam sofa  dari mess Pegawai. Setelah dibebel , akhirnya sang suami berjanji akan menyelesaikan masalah  itu.

Keesoknya Si jenderal tu pun mengarahkan pegawainya untuk memastikan bahawa sofa mess pegawai itu di pinjamkan untuk tujuaan lawatan IBU Bakat dari KL . Begitulah , kuatnya BAKAT POWER  didalam ATM. Lesson yang Den belajar semasa  dalam askar….Kalau ada masalah atau nak  bodek , jangan bodek pegawai , tapi bodek dan ampulah bini pegawai tu , InsyA Allah segala masalah mudah diselesaikan. ….. Berbalik pada majlis anjuran BAKAT itu, akhirnya Alhamdulilah , semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah yang timbul semasa lawatan tersebut.

Esoknya, Si Jenderal tadi, datang melawat ke Wisma Pegawai  dengan tujuan untuk minum pagi. Semasa sampai di pintu masuk, Panglima tersebut telah disambut oleh seorang Sarjan  ang  merupakan kakitangan pengurusan Mess tersebut . Sebaik sahaja selesai memberi tabik hormat  kepada panglima tersebut, …Panglima itu terus bertanya mengenai keadaan sofa yang dipinjam oleh bakat itu .

 “ Sarjan , Macamana dengan SOFA . Sarjan itu dengan penuh keyakinan terus menjawab, “ SO FAR SO GOOD  DATO“

Panglima yang terkejut dengan jawapan itu , tersenyum dan berkata ,“SAYA TANYA PASAL SOFA…YANG DIPINJAM OLEH BAKAT ITU ….”

Sarjan yang agak  keliru dengan soalan tersebut, dengan selamba menjawab…“SAYA INGAT DATO TANYA PASAL SAYA, TU SEBAB SAYA KATA SO FAR SO GOOD”

 Dalam pada itu, pegawai yang mengiringi Jenderal  itu berkata . ACTUALLY, DATO, HE JUST CAME BACK FROM LATEDA, HE ATTENDED ENGLISH COURSE THERE. HE DID NOT KNOW ABOUT THE SOFA DATO.”

 Panglima itu tersenyum  sambil berkata “  OH I SEE [OIC]”.

Sebaik sahaja Jenderal tersebut selesai berkata : “OIC”

Sarjan itu terus menjawab , “MEJAR ALI BIN ABU DATO “

Sekali lagi Panglima itu tersenyum mendengar  respond Sarjan  itu . Lalu dia bertanya kepada Sarjan,
APA YANG KAMU FAHAM TENTANG OIC?

Sarjan itu menjawab : “OFFICER IN CHARGE DATO, OIC SAYA ADALAH MEJ ALI, ITU SEBAB SAYA JAWAB MEJ ALI BILA DATO KATA OIC”

Jenderal itu terus tersenyum dan memadang Sarjan tersebut dan bertanya, macaman pulak kalau saya tanya; “SO, HOW ARE YOU TODAY”

Sarjan tu dengan penuh keyakinan terus menjawab tegas dan jelas.” SO GOOD, I AM IN THE WELL DATO”

Kali ini Jenderal itu tidak terkejut dengan jawapan yang diberi dan, hanya mampu berkata …“SIO- SIO AJO KAU POEI TIGO BULAN KURSUS BAHASO INGERRIS KEK LATEDA”

 Dan beliau terus berjalan masuk ke dalam mess…Sarjan tadi  dalam keadaaan terpinga-pinga , terus bertanya kepada pegawai pengiring , TUAN KENAPA DATO CAKAP MACAM ITU

 Pegawai Pengiring itu berkata, “YOUR INGGERIS IS NO GOOD. I AM REGRETTING AND SHAME!!! YOU ARE FINISHED….AND SO AM I!