Sunday, 3 April 2016

ESSCOM ... NEED TO BEEF UP !

“ Buka mata anda,pembuat keputusan, pembuat dasar atau para politikus! Ini tanggungjawab anda yg mengangkat sumpah khidmat di hadapan YDPA di parlimen! Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan kami warganegara dari anasir luar dan domestik.”
“Apa kata kamu wahai pembuat dasar? jangan dok diam je”

Itu adalah ungkapan dan peringatan yang di luahkan oleh Malaysia Military Power , melalui posting terbaru di FB beliau yang merujuk kepada kes penculikan yang berlaku di perairan Sabah , baru-baru ini . Berdasarkan kepada insiden ini , pelbagai soalan yang timbul mengenai  pengurusan dan kawalan keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab mengeni keselamatan perairan Sabah. Selepas perisitiwa Lahad Datu, kerajaan telah menubuhkan ESSCOM, dengan harapan satu langkah kawalan keselamatan yang terancang  dan focus dapat dilaksanakan  bagi menangani permasalahan keselamatan di perairan Sabah . Malangnya kewujudan ESSCOM masih tidak memberi impak yang jelas tentang keselamatan keseluruhan perairan Sabah.

Sebagai  bekas anggota keselamatan ,Den pun turut rasa terkilan dengan keadaaan ini. Ini adalah kerana , Den pasti dan amat yakin bahawa pasukan keselamatan kita mampu bertindak lebih baik dari itu dalam menjamin keselamatan perairan Sabah . Den mempersoalkan kenapa dan mengapa  perkara ini terjadi , sedangkan pelbagai asset telah diberikan , penambahan anggota pasukan telah diatur gerakkan dan ia turut melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan bekerja di bawah satu bumbung , ESSCOM , tetapi mengapa status keselamatan di perairan Sabah itu masih lagi  boleh dianggap bahaya?  Apa lagi yang tidak kena dalam hal ini ?


 Den tidak ingin mempersoalkan kewibawaan anggota keselamatan  mahupun agensi bantuan lain yang turut terlibat di dalam  hal ini, apatah lagi agensi yang terlibat yang di beri tugas berdasarkan kepada  bidangkuasa, tanggungjawab, kepakaran dan  pengalaman mereka . Den yakin mereka semua mampu untuk bertindak secara professional dalam memikul beban penugasan tersebut .

Jika begitu , adakah kita akan menerima pernyataan bahawa perairan Sabah itu terlalu luas dan amat sukar untuk dikawal  sebagi alasan mengenai kegagalan untuk memastikan perairan Sabah  adalah selamat. ? Alasan sebegitu mungkin boleh diterima dan difahami oleh rakyat jelata , tetapi bagi Den itu merupakan satu alasan yang paling mudah, paling selamat dan tidak mengambarkan tahap profesional yang sebenar  bagi mereka yang terlibat di bawah ESSCOM . It Just A Plain And Lame Execuse. !

Bagi Den terdapat beberapa yang boleh di pertimbangkan oleh pihak ESSCOM dalam melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Perkara ini merupakan pandangan peribadi Den dan mungkin ia tidak dipersetujui oleh pakar-pakar keselamatan  ESSCOM . Tetapi sekurangnya-kurangnya ia mungkin boleh dianggap sebagai satu langkah penambahbaikan di dalam perlaksanaan pengurusan keselamatan yang dibuat oleh ESSCOM.

# 1 KAJI SEMULA  SEGI GRAND STRATEGI PENGURUSAN KAWALAN KESELAMATAN

Berdasarkan kepada pengamatan Den, jika suatu pasukan  keselamatan itu sudah mempunyai pelbagai aset dan kelengkap yang canggih , anggota yang terlatih , tiada misi yang terlalu sukar untuk mereka laksanakan. Apatah lagi dalam konteks ESSCOM, selepas hampir 3 tahun , penubuhan ESSCOM, Den yakin  bahawa ia pasti mempunyai strategik Blue Print , Rangka Strategik Kawalan Keselamatan di Sabah. Den percaya plan ini telah menggariskan secara teperinci pelbagai langkah keselamatan yang perlu di laksanakan untuk mencapai Misi ESSCOM iaitu ,

 Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasamastrategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat..

Persoalnya jika ia telah dirancang dengan teliti oleh mereka yang pakar dalam isu keselamatan dan dilaksanakan dengan profesional, mengapa masih sering berlaku kes-kes pencemaran keselamatan ?  Adakah pelan tersebut telah di buat secara teperinci oleh mereka yang pakar dan telah dilaksanakan oleh mereka yang terlatih dan memahami penugasann yang diberikan ?

Justeru itu , adalah penting untuk ESSCOM menilai semula bentuk ancaman dan risiko yang sedang mereka hadapi dan mengambil kira semua kemungkinan dan kebarangkalian berlakunya sesuatu risiko dan ancaman tersebut. Dalam masa yang sama , pelbagai langkah kawalan, pencegahan , pengesanan serta tindak balas hendaklah dirancang secara lebih agresif .

Dalam bahasa mudah , ESSCOM kena laksanakan semula ANALISA RISIKO DAN ANCAMAN KESELAMATAN KAW. PERAIRAN SABAH . Ini adalah penting untuk mengenalpasti bentuk risiko dan ancaman yang dihadapi dan melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk menghadapinya.

# 2 .  KENALPASTI KELEMAHAN COMMAND STRUCTURE . RIGHT PERSON FOR A RIGHT JOB

Perkara ini agak sensitif,  berdasarkan kepda pengamatan dan pengalaman Den. Sejak zaman dharurat, peristiwa Al Maunah , Memali , Ops Daulat, pihak tentera biasanya hanya akan menjadi gruhka di dalam setiap krisis yang melibatkan keselamatan negara. Alasan yang diberi adalah “jurisdiction “ , PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan ATM mengaja keselamatan ancaman dari luar negara.

 Pada pandangan Den , di dalam kes keselamatan tertentu seperti keperluan menjaga keselamatan  sempadan dan perairan negara , tugas ini hendaklah diberi sepnuhnya kepada ATM sebagai agensi utama dan di bantu oleh agensi-agensi lain . Ini adalah kerana  pemerintah tentera telah biasa dengan mission orientented ,  sebagai contoh kalau dua teras utama strategik ESSCOM adalah untuk

 1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.

Maka perkara itulah yang sepatutnya menjadi agenda utama Pemerintah ESSCOM. Pihak Pemerintah Tentera biasanya seseorang yang sudah biasa didedahkan dengan isu perancangan keselamatan strategik ,operational dan taktikal.  Walaupun ESSCOM cuba menonjolkan konsep KESBAN, sebagaimana dengan kejayaan RASCOM dahulu , tetapi kerajaan perlu ingat bahawa permasalahan di Sabah ini adalah agak unik dan perlu pendekatan yang lebih agressive  dan berbentuk military action. Perkara ini amat sesuai dilaksanakan oleh pihak ATM sebagai peneraju utama.

Den percaya dan amat yakin , jika Pemerintah Tentera yang dipilih menerajui ESSCOM, kita akan lihat perubahan yang drastik di dalam perlaksanaan kawalan operasi . Apatah lagi, pasukan utama atau striking force yang utama bagi melaksanakan operasi kawalan sempadan ini terletak kepada pihak ATM . Ini memang kena pada tempatnya kerana mereka mempunyai kepakaran , kelengkapan peralatan , pengetahuan dan latihan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggunjawab tersebut.

# 3 TINGKATKAN  KEUPAYAAN PENGUMPULAN MAKLUMAT PERISIKAN

Ini merupakan keperluaan utama dan perlu diberi perhatian serius. Jika sistem pengumpulan dan pengkongsian maklumat yang sedia ada ini tidak mencukupi atau tidak berkesan , maka satu usaha yang baru harus dibuat. Den percaya , perkara ini bukannya suatu hal yang mustahil . Tak perlu Den menghuraikan kaedah dan pendekatan yang harus di ambil di dalam situasi keselamatan seperti di ESSCOM. Pasti ESSCOM sudah mempunyai pakar dalam hal sebegitu dan tahu apa yang perlu dibuat.

Yang penting , ESSCOM mesti mempunyai satu organisasi perisikan yang  tunggal yang mana semua  maklumat perisikan yang diperolehi dari pelbagai sumber dan jabatan , di susun kumpul, dinilai dan dianalisa dibawah satu bumbung. Esscom tidak boleh membiarkan kaedah pengumpulan maklumat  perisikan mengikut agensi masing-masing . Ini akan menyukarkan lagi sesuatu tindakan  operasi taktikal.

Selain dari itu , semua maklumat perisikan hendaklah melalui proses kitaran yang sempurna, yang mana proses Analisa perisikan dilaksanakan oleh mereka yang benar-benar terlatih dan bukan setakat mereka yang pernah menghadiri kursus kemahiran perisikan sahaja  . Sejarah telah membukti bahawa  kegagalan untuk menganalisa maklumat perisikan adalah merupakan sebab utama pelbagai maklumat perisikan tidak dapat di gunakan dengan sebaik mungkin hingga menyebabkan, berlakunya “intelligence failure”. Kalau Den nak ulas pasal isu ini panjang lebar, cukup lah Den kata contoh yang terbaik adalah Kes Lahad Datu....dimana pelbagai maklumat perisikan diperolehi , tetapi ia tidak melalui proses analisa yang sewajarnya....dan menyebabkan berlakunya  “ intelligence failure “ dan  “military blunders”.....

Justeru itu sudah tiba masanya ESSCOM untuk menilai kembali keberkesanan pengumpulan maklumat perisikan mereka dan membuat penambahbaikan  demi untuk mendapat satu hasil perisikan yang mantap dan komprehensif  bagi memudahkan operasi taktikal dan KESBAN di laksanakan.

# 4 WE MEANT BUSINESS & WE ARE VERY MEANT !

Pihak  ESSCOM harus  mengadakan pelbagai pendekatan sistem kawalan , pemantauan, pencegahan  dan tindakan keselamatan yyang bersifat agresif  dan “no nonsense”. Ini adalah penting di dalam konteks perang saraf , deterrence  untuk mereka-mereka yang menjadi tali barut dan bersekongkol dengan kumpulan penjenayah rentas sempadan.  No Mercy  dan pihak politik tidak seharusnya campurtangan dalam hal ini .

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai perkara sampingan yang perlu diambil kira di dalam melaksanakan kawalan keselamatan di perairan Sabah  seperti isu industri pelancongan . Dalam konteks ini kerajaan harus memilih dan membuat keputusan dengan tepat . Secara prinsipnya kita tidak boleh betoleransi dengan isu keselamatan dan terlalu mengambil kira tentang isu pelancongan. Jika kita berkompromi dalam isu keselamatan , Den percaya  dalam masa yang sama industri pelancongan akan tetap mendapat kesan yang negatif. Justeru bagi Den , Security should come first ....!

Ini merupakan pandang peribadi Den mengenai isu pengurusan keselamatan yang dilaksanakan oleh ESSCOM . Ia mungkin tidak membawa sebarang makna kepada pucuk pimpinan ESSCOM , tetapi sebagai askar pencen , Den merasa puashati kerana sekurang-kurangnya Den cuba beri pendapat berdasarkan pengalaman Den semasa dalam perkhidmatan  dulu . Samada mereka nak pakai atau tidak ....Den tidak kisah ....!