Monday, 10 August 2015

SIASATAN TERHADAP SPRM : SEGALANYA BERKEMUNGKINAN .

Den amat simpati dan rasa terkilan bila  mendapat tahu yang pihak PDRM telah menahan Pegawai SPRM, seorang DPP kalau tak silap Den  bagi membantu siasatan mengenai kebocoran maklumat yang berkaitan dengan siasatan mengenai 1MDB. Den pernah menjadi consultant selama 1 tahun 2 bulan di SPRM Puterajaya. Den kenal dengan mereka dan atas sebab itulah Den  merasa simpati terhadap apa yang menimpa mereka.  Tak cukup dengan tangkapan dan pengeledahan yang dibuat di pejabat pegawai tersebut, pihak polis telah mengeledah pula rumah beliau. Apalah kesalahan yang disyaki  dilakukan oleh beliau sehingga beliau disiasat sebegitu rupa.  Akhirnya persoalan terjawab bila pihak PDRM menyatakan bahawa siasatan itu dibuat berdasarkan kepada kebocoran kertas pertuduhan yang disebarkan oleh Sarawak Report . Den rasa ada macam sesuatu yang tak kena  aje.
 
Semasa mula tersebarnya kertas pertuduhan  mengenai  siasatan yang sedang dijalankan oleh Sarawak Report , para penyokong UMNO telah menyatakan bahawa ia merupakan satu kertas pertuduhan palsu dan ia sebenarnya tidak wujud. Katanye ia dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan PM. Maka semua rakyat yang tak berapa cerdik macam Den ini pun percayalah. Bagi Den , kes kertas pertuduhan itu telah selsesai  kerana ia telah di”sahkan” sebagai palsu. Tetapi bila polis menjalankan siasatan dan membuat tangkapan terhadap pegawai DPP SPRM,  mengenai isu  dokumen pertuduhan palsu , Den terfikir bahawa adakah terdapat kemungkinan  bahawa kertas pertuduhan yang dikatakan palsu itu sebenanrya TIDAK PALSU DAN MEMANG WUJUD !  Kalau tak kenapa PDRM bersusah payah membuat tangkapan dan pengeledahan keatas pegawai SPRM, dan tak  lama lepas itu dua pegawai kanan yang terlibat di dalam siasatan MDB itu di tukar keluar ?

Persepsi rakyat terhadap kepimpinan sekarang menjadi lebih buruk lagi bila  TPM kata pertukaran itu adalah “routine “ dan amalan biasa dalam perkhidmatan. Macamana pegawai tersebut boleh ditukar sedangkan siasatan masih belum  lagi selesai ? Dan situasi menjadi lebih buruk  bila PDRM menyatakan bahawa disiasatan  tangguh  kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam kes SPRM ini ? Maka janganlah salahkan rakyat jika membuat membuat pelbagai tanggapan dan andaian buruk terhadap pimpinan kerajaan sekarang kerana nampak sangat haru biru semenjak timbulnya isu 1MDB.

Dalam isu berkaitan siasatan terhadap SPRM ini banyak pertanyaan yang timbul dalam benak Den , berdasarkan dari tindakan polis menyiasat dan menahan pegawai SPRM yang kalau tak silap Den seorang DPP, dan pertukaran dua pegawai kanan SPRM , persoalan berikut timbul dalam kepala Den
1.                

    • Ada tak berkemungkinan bahawa  bahawa surat pertuduhan yang dikatakan palsu itu memang wujud dan mungkin kewujudannya hanya masih dalam bentuk draf ?
    • Ada tak kemungkinan , walaupun kewujudannya hanya dalam bentuk draft bermaksud terdapat kemungkinan ada ‘orang yang telah melakukan kesalahan”  berdasarkan kepada hasil siasatan dan berkemungkinan ia boleh di dakwa ?
    • Kalau tidak buat apa PDRM harus membuat siasatan terhadap sesuatu dokumen yang telah disahkan sebagai palsu dan tidak ada kerana ia sepatutnya tidak wujud sama sekali ? 
    • Ada tak Kemungkinan untuk pegawai SPRM itu duduk “saja saja buat buat draft pertuduhan” tanpa sebarang sebab?
    • Ada tak kemungkinan jika benarlah siasatan itu dibuat disebabkan kes kertas pertuduhan yang dikatakan disebarkan oleh Sarawak Report membuktikan bahawa apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report itu adalah benar, semuanya benar belaka dan tidak ada yang tidak benar ?
    • Ada tak kemungkinan yang  baru sekarang pihak PDRM menyedarinya kesan dari siasatan yang dijalankannya, maka sebab itulah siasatan terhadap pegawai SPRM itu di tangguhkan dan diberi alsan kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam? 
    • Kalau ya , siasatan terhadap pegawai SPRM itu di tangguhkan dan diberi alsan kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam , sejak bila pula sesuatu siasatan itu ditangguhkan atas dasar kerana terdapat  pelbagai andaian dan persepsi awam menjadi amalan PDRM ?

7.            Yang Den tahu, kalau perkara itu dirujuk di mahkamah , ia tidak boleh dibincangkan secara umum Den  pernah dengarlaa, tapi kalau dalam kes ini, tak pulak pernah Den dengar. Walau bagaimanapun  disebabkan Den tidak berapa cerdik maka Den akur dan percaya ajelah. Mungkin ia merupakan satu dasar baru untuk menjaga keharmonian rakyat dan maruah orang yang sedang disiasat.

Walau pun Den tak berapa cerdik , Dalam hati Den bertanya  ada tak terdapat besar kemungkinan bahawa Pihak PDRM sekarang sebenarnya berada di dalam dilemma ?

Kalau dipertuduhkan pegawai tersebut, adakah ia membawa makna kewujudan kertas pertuduhan itu adalah benar ? 

Kalau tak dituduh, dikatakan kurang bijak kerana benda tu palsu dan dah tentu tak wujud kenapa masih nak mencarinya ?  

Jawapan daripada persoalan ini mungkin boleh memberi pencerahan kepada rakyat yang kurang bijak macam Den ini untuk merungkai misteri KENAPA SIASATAN TERHADAP 1MDB DITANGGUHKAN DAN AHLI YANG TERLIBAT ADA YANG DITANGKAP, ADA YANG  DITUKAR , ADA YANG NAIK STATUS TIMBALAN MENTERI !


YANG ANEHNYA MEREKA NAIK SATU KAPAL , BILA KARAM, ADA YANG DIBIARKAN KELEMASAN DAN ADA YANG DISELAMATKAN DAN BERI LAYANAN ISTIMEWA . ADAKAH INI YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI ANTARA DUA DARJAT ?