Wednesday, 26 March 2014

BIARLAH...AHLI BOMBA MELAKSANAKAN TUGASNYA



Den Nak tanyo berapo ghamai orang yang kek luar tu, yang dok mengutuk kerajaan  dalam menangani  krisis MH 370 tu , PONAH , BERADA DAN TERLIBAT SECARO LANGSUNG  di dalam Crisis Management Team [CMT] dalam MKN bilo berlaku sesuatu krisis seperti  Kes Lanun  Tawan Kapal, Kes Lahad Datu, Kes Al Maunah  dan terbaru kes MH 370.? TU BOLUM TANYO PASAL ARAHAN NO 18 , NO 20  laei.. Den yakin tak ghamai dan mungkin tak sampai pun 0.0005 peratus dari jumnlah rakyat Malaysia . Bagi mereko yang pernah terlibat di dalam CMT, MKN ini mungkin faham dan mengetahui bahawa bukan sonang nak menyelesaikan atau mengambil jalan penyelesaian sesuatu krisis itu . Bukan sesonang nak masak dan makan Maggie, bukan sesonang nak goreng tolo, yang mano anak Den berumur 6 tahun pun boleh buek. 

Friday, 21 March 2014

BED TIME STORY ; TEORI MAT SALLEH

Anak Den yang kocik bertanyo

 “…Abah kenapa kawan saya kata  KITA PANGGIL MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH.???  

Kepalo Den naik poning nak menceritokan, Sebonarnya Den sendiri tak tahu. Lalu Den lotak didalam status FB Den. Dan dari situ timbullah beberapo teori…Malamnya Den panggil anak Den,

 “Maama Sya, tadi Maa Sya Tanya Abah kenapa kenapa kawan Maama Sya kata MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH kan ?.”

Sebabnya adalah begini … mako Den pun memulokan bed time story Den…Anak Den yang ke ompek , yg berminat nak mengetahui jawapannya turut mendengar  cerito Den…….

Wednesday, 19 March 2014

CERITA DONGENG . RAKYAT : SEMUT MERAH DAN SANG KANCIL

Diawal dini hari Sang Harimau dikejutkan dengan berita kehilangan si BADAK sumbu utusannya yang membawa bersama Gong Nabi Sulaiman dan diringi oleh 4 orang anak panda yang  genius , yang sepatutnya dalam perjalanan menuju kekawasan Panda. Sebaik sahaja Sang Harimau mendapat perkhabaran bahawa  rombongan BADAK  yang dihantarnya ke kawasan Panda itu tidak sampai, maka Sang Harimau memanggil semua warga rimba untuk mencari dan menjejaki BADAK tersebut. Berita tersebut telah mendapat perhatian seluruh warga rimba raya .Setelah usahanya gagal Sang Harimau cuba mendapatkan bantuan dari sahabat dan kenalan rapatnya  seperti Merlion, si Garuda , Si Gajah ,Water Buffalo, Carabao untuk turut membantu .Usaha berterusan dilasanakan di kawasan yang dipercayai kawasan laluan BADAK tersebut . Diperingkat  awal pencarian itu, tiada sebarang tanda ditemui mengenai kehilangan Rombongan BADAK.

Thursday, 13 March 2014

HANDLING THE MH 370 CRISIS :IT IS ALL ABOUT PERCEPTION MANAGEMENT ....

“Control the public's perception of you and nobody will care if you have any talent.”
Rashida Jones

Istilah  Perception Management mula-mula diguna pakai oleh  Tentera Amerika apabila doktrin  Peperangan Informasi di perkembangkan dan ia berasal dari tindakan propaganda. Setiap organisasi perlu mengunakan PP pada setiap masa lebih-lebih lagi dimasa berlakunya sebarang krisis. Kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada keberkesanan pemimpin mengharungi sesuatu krisis dan kebolehan melaksanakan PP dengan sebaik mungkin .  Terdapat 4 pendekatan utama bagaimana yang melaksanakan Perception Management iaitu ,

Thursday, 6 March 2014

LORENG OH LORENG !

Entah apa sebabnya sejak kebelakangan ini ada anak muda  yang mula mengunakan kain bercorak loreng untuk mengayakan fesyen terbaru dan trend mereka. Maklumlah bila dah artis mula pakai, maka ramailah anak muda yang telah menganggapnya sebagai suatu ‘trend’ dan turut sama memilih kain bercorak loreng untuk dijadikan fesyen pakaian mereka. Phenomena ini secara tidak langsung dan tanpa disedari telah menguris hati pasukan yang beruniform yang mana corak lorengnya telah di jadikan sebagai "trend dan fesyen" masa kini. Apakah  para pereka kain atau fesyen dah kehabisan modal ke nak cipta kain corak lain selain loreng atau mereka berminat dengan corak batik tetapi tak pandai nak mengunakan batik disebab rabun warna dan hanya mengenal hijau gelap, hijau terang sikit, kelabu dan hitam ...??? Apa pun bagi  Den sanctity kain loreng dah tercemar bila ia mulo digunokan sebagai fesyen lobih-lobih lagi di dunio hiburan dan glamour ....