Monday, 27 October 2014

JANGAN JADI KALDAI ..DITUNGGANG ORANG KEHULU HILIR

Entah apo sobabnya , hari ini tangan Den gatal nak mengulas pasal statement yang dibuat oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, mengenai perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya dan beliau sedang menyahut cabaran untuk mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan. Wah..!! dalam hati  Den berdetik dan berkato berani benar dan sungguh bersemangat  mamat ini. Dan keberaniannya terserlah lagi  bila dia berkata  "Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."…..

Dalam hati Den berkato  “Wah...Memang hero laa mamat nei…!  PM in the making…pandai berkata-kata, berani, pandai sebab belajar kat Universiti Malaya..” Masih muda dah terserlah semangat kepimpinannya. Hebat sungguh dia. Bila baca pulak komen-komen yang kebanyakkanya menyokong keberanian anak mudo ini…seolah-olah mamat ini memang bijak, berani dan terserlah ketokohannya sebagai pemimpin….Perrrgh..apo apo pun punco Den bercadang menulis pasal isu mamat ini bukan pasal nak popularkan dio atau nak meyebolah kerajaan, cumo nak mengingek anak -anak mudo supaya lobeh berhati hati dan tidak mudah dipergunokan sebagai haiwan tunggangan oleh pihak pihak tertentu.


Semaso Den meneruskan pembacaan, Den tersentak bilo Mamat ini menyatokan bahawa “Sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga.” Tetibo Den tersenyum sendiri. Mamak ini bonghap ko apo ? kato hati Den. Pado pandangan peribadi Den sepatutnya perjuangannya itu dimulakan selepas dia selesai belajar, dan bila dah boleh berdikari dan tak mengharapkan orang lain untuk menyediakan makan minum, tak mengharapkan orang lain membiayai yuran pelajaranya baru sesuai untuk berjuang dalam politik .

Ideally, sebagai pelajar, tanggungjawabnya adalah mendapatkan sijil kelayakkan terlebih dahulu, supaya selepas itu ia mudah untuk memperjuangkan “pembebasan Malaysia“ tanpa terikat dengan beban sebagai pelajar dan dah mengenggam scroll. Lepas tu kalau bercakap barulaa orang pandang. At least Degree Holders..bukan setakat lepasan SPM macam Den . Jika perjuangan dibuat semasa masih belajar dia akan menghadapi lebih banyak masalah dan tumpuannya kepada pelajaran juga akan menjadi masalah kalau  dia gagal dalam pelajarannya. Bilo dah grad..suko hati kau lah nak mempejuangkan apo jugak issue .

Tapi dio kato pulak dio ghaso lopeh belajar dio risau perjuangannya akan terjejas disebabkan dibebani dengan kerjaya dan keluarga !!! Tu yang Den kato budak ini sebonarnya merapu tak tontu halo. Kalau dah abis belaja nanti…pandai-pandailah buek pilihan..nak keluargo ko, nak kerjaya ko..nak meneruskan perjuangan ko…apo lah susah sangat..Dan kalau ghaso tak leh nak terimo beban tersebut…tak payahlah sibuk.siibuk nak berbicara soal perjuangan.

Pendapat Den  ruponyo mamat ini tak laa bijak mano …Disni Den lihat tando-tando yang mamat ini pado hakikatnya…bolom akhil baliqh di dalam ilmu perjuangan , kalau kiro zaman bercinto..masih lagi level cinto monyet . Walaupun dio pelajar university, dio sebonarnya buek gompak dan tak faham tontang istilah perjuangan..Hampeh boto, carik popularity caro murahan...bagi Den dio samo standard dengan  wakil rakyat dan YB di warong kopi. Mereko ini dok sibuk hari hari …cerito pasal kezaliman kerajaan, cerito pasal salah guno kuaso, cerito pasal kerajaan rasuah…cukup maso , kodai kopi pun tutup wakil rakyat dan YB ini balik..buek kojo asal ..berkobon, menoreh dan sebagainya. Apo yang dibahas dan didebatkan di kodai kopi..hanyo sekadar nak mengisi maso lapang dan mengasah otak supayo tidak nanyuk.

Sebolom Den nak torangkan kenapo Den kato mamat ini standard Wakil Rakyat dan YB kodai kopi... Kat sini menunjukkan mamat ini pendek akalnya sependek rambut budak basic komando. Dio sebonarnya  tak faham  pasal isu perjuangan..apotah lagi dalam konteks ini perjuangannya adalah untuk menentang satu institusi pemerintahan yang begitu gah dan “menguasai semua jentera pemerintahan Negara”. Tentang niat dia nak berjuang dan nak menentang penyalahangunaan kuasa oleh Puterajaya”…Den tak nak komen, menyokong tidak membantah pun tidak..kalau dio ghaso perkara itu perlu diperjuangkan..biarlah dia berjuang…cumo Den nak komen pasal kaedah dan maso perjuanganyo yang tak sesuai mengikut hukum alam dan tok guru Sun Tze maupun Nicolle Machiavelli mengenai bab peperangan, perjuangan dalam konteks politik.

Bilo kito nak bejuang pasal perjuang yang besar seperti yang dihajatkan oleh mamat ini , iaitu perjuangan untuk “menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa oleh sesebuah institusi pemerintah,” kito kono berilmu. Yang pertamo,.kito kono kenali musuh kito, apo kredibiliti dan capability, apo kekuatan musuh dan kelemahan musuh dan sebagainya. Selopeh kito mengenali musuh,kito kajilah apo yang kito ado, kelomahan kito dan sebagainya dari  situ barulah kito buek perancangan strategic macamano nak nak kalahkan musuh. Dalam konteks ini, mungkin kito kono belajar dulu tentang information warfare, bagaimano nak  “monangkan hati rakyat dan menyokong kito”…apo pendekatan terbaik. Kalau kito tahu “musuh” terlibat dengan rasuah..kito kono fikirkan bagaimano issue itu boleh dibuktikan dan diketongahkan. Agak-agak sebagai sebagai pelajar bolehkah dio dapekkan bukti-buktiyo, itu jiko ado.?  Kalau pun ado bukan sonang nak dapekkan bukti itu apotah laei kalau level student ini.  Dio tak boleh brgantung kepada laporan khabar angin , dakwaan tanpa  bukti, tomahan atau fitnah sebagai bukti. Kalau tidak bermakno kito main segorkap jarang ajo menuduh kerajaan, silap silap kito disamannyo.

Selain dari itu..pelbagai perkaro dari peringkat strategic, operational dan taktikal yang kono kito gunokan supayo peperangan dengan “musuh” tu boleh dimenangi dan dalam konteks ini kerajaan sekarang boleh diganti….Persoalannya adakah mamat ini , yang makan minumnya masih lagi mengharapkan ehsan dan tanggungan orang boleh didalam usahanya untuk menggantikan kerajaan sedia ada. Tu belum Tanya lagi kalau kerajaan sekarang Berjaya digantikan ..siapa pulak yang sesuai jadi pengganti. ?? Kalau setakat mamat ini adakah   dia benar benar bersedia  untuk menghadapi scenario  baru jika dia menang dalam perjuanganya ?

Message yang Den nak sampaikan disini adalah..dalam setiap perjuangan memerlukan pengorbanan . Dan yang lebih penting lagi perlu ada perancangan dan bukannya main sondol  ikut sedap hati dan perasaan. Ramai anak muda yang terikut-ikut dengan konsep perjuangan jalanan tanpa memikirkan dengan semasak masaknya mengenai issue yang diperjuangkan. Mereka ini kebanyakkan berpengetahuan tetapi TIADA KEBIJAKSAAN [Knowledgeable But No Wisdom ]. Mereka mudah dipengaruhi dan di api-apikan..Mereka mendapat maklumat dan terus mempercayainya tetapi mereka tidak pandai menganalisi maklumat itu menyebabkan mereka begitu mudah terperangkap di dalam “Cognitive Traps”.

Perjuangan bukannya satu perkara yang mudah. Apatah lagi kalau perjuangan kita itu merupakan satu perjuangan yang besar, kita kena buat persiapan . Dalam pada itu terdapat kemungkinan kita hanya adalah pawn yang diletakkan dihadapan sebagai satu “deception,” “baits’ atau hanya untuk trickle isu isu tertentu. Jika begitu pastikan perjuangan kita itu ada “ insurance”. Dah banyak kes yang melibatkan anak muda hanya dipergunakan oleh pihak tertentu demi untuk kepentingan politik mereka, akhirnya mereka akan ditinggalkan terkontang kanting. Ramai mereka yang terlibat di dalam gerakan reformasi tahun 90an sudah merasainya .  Dalam semuo parti politik  pun perkara yang samo berlaku bezonyo.. Ado parti bagi duit , untuk perjuangkan parti, bilo tak bagi  duit..mulola penyokong lari .  Ado parti , mulo mulo keluarkan duit sendiri, bilo dah monang..masing masing  cari kepentingan peribadi.  Pendek kato itu memang lumrah  berpolitik.

Kalau pun anda sanggup mati demi perjuangan pastikan dulu  bahawa anda sedang memperjuangkan sesuatu yang betul  dan kita kena ambil kaedah yang terbaik bagi melaksanakannya. Mungkin dalam konteks perjuangan ini, untuk menegakkan keadilan dan penyalahgunaan kuasa, langkah yang terbaik adalah dengan  melalui peti undi  dan bukannya melalui kaedah jalanan. Setakat ini Den masih percaya dengan kredibiliti SPR . Dan lepas kita jatuhkan kerajaan sekarang melalui peti undi kita berdoa ajelah kerajaan yang mengganti adalah lebih baik. Persoalannya siapakah pengganti yang lebih baik mengantikan kepimpinan sekarang ? Sebab itu Den katakan, kita hendaklah fahami asas, sebab dan matlamat perjuangan kita terlebih dahulu dan bukannya main ikut sedap kita asal menjerit dan menyalahkan kerajaan, mencabar dan mendabek dada..kita dah anggap kitalah  pejuang bangsa dan Negara..!

Sekali fikir mamat ini mungkin hanya kaldai di dalam gerakkan yang lebih besar . Dijolok  duit, dijanjikan kemewahan terus saja kedepan dan melaungkan slogan perjuangan. Dan Den yakin begitulah keadaan sebenarnya mamat ini . Sayangnya sebagai pelajar university, mamat ini seharusnya bijak dan tidak menizinkan dirinya dinodai sebagai kaldai. Bagi Den dia hanya kaldai tunggang si anu tu.

Apo pun, jika benar sangkoaan Den, Harap mamat ini tidaklah sampai menjadi sebahagian daripada tentera-tentera Abu Khinzir dari satu kawasan perhutanan Speciesnya yang Berbadan Sasa, Pantas, Mempunyai taring yang amat menakutkan…bila Jenderalnya jerit  ..Soonnnn Doollll….maka berlarilah dengan kencang tentera-tentera tersebut sambil menyondol apa juga yang ada dihadapannya…kalau musuhnya berselindung  disebalek batang pisang seperti kisah Hang Nadim ok jugak..tapi musuhnya kali ini berada  disebalik tembok yang kukuh…pasti  taring tentera yang menyondol itu akan patah. 

Dalam konteks ini, pada pandangan peribadi Den kerajaan tak perlu tangkap atau mengambil sebarang tindakan ke atas mamat ini sebagaimana yang dicabarnya . Den pasti   jika hanya ditarik balik biasiswanya akan mengelupur ia umpama ikan yang berada dikawasan kemarau. Tapi kerajaan tak perlu bertindak kejam begitu, kerana jika mamat ini Berjaya lulus pun nanti dia adalah lulusan Pentadbiran dan Keadilan Sosials,  paling kuat dia akan join politik  pakatan melainkan kalau dia tak malu dia akan menjilat balik mintak kerja dengan kerajaan yang dikatakan tidak adil itu [kalau BN terus berkuasa laaa ]. Jadi nasihat Den tak perlu ambil tindakan apa-apa pada dia . Dia hanya pawn on the chess board..atau langau yang dihantar oleh pihak tertentu dengan niat saja nak geletek kerajaan..jadi kita gelaklah dengan kehadiran langau ini.