Monday, 14 April 2014

CLEAR AND PRESENT DANGER !



Den harap lopeh dari ini Den tak nak membincangkan lagi pasal isu keselamatan dalam negori  atau pasal isu keselamatan negaro. Ado anak-anak mudo yang begitu minat mengenai isu keselamatan negaro bertanyo kepada Den tentang keupayoan pasukan keselamatan ATM di dalam menghadapi ancaman keselamatan dari negaro luar atau dari serangan kuaso besar. Den jadi serba salah…Kalau Den ceritokan kebimbangan Den selama ini mengenai isu keselamatan negaro lain lak focus Den tontu dio orang terkojut. Atau mungkin Den yang tak mengikut arus atau tak mengetahui tentang  “maklumat strategic dan isu serantau  mengenai keselamatan Negara dan ancaman dari luar “.  


Dalam konteks ini Den tidak melihat ancaman keselamatan dari  Negara luar sebagai satu ancaman yang  imminent  jika nak dibandingkan dengan ancaman dari dalam Negara itu sendiri. Justeru itu jika Den beri pendapat kepada anak-anak muda ini mengenai pandangan Den mengenai isu keselamatan negara  mungkin  ianya tidak selari dengan pandangan dan  pendapat anak-anak muda ini . Apa yang Den perhatikan mereka lebih tertumpu kepada ancaman serangan ketenteraan secara konvensional samada dari Negara jiran serantau atau dari kuasa besar. Anak-anak muda ini kebanyakkannya banyak mengetahui mengenai asset-aset ketenteraan dan dan capabalitiy persenjataan dan peralatan perang konvensional ….Bagi Den , minat dan semangat mereka untuk mengetahui dan mengambil berat tentang keupayaan pasukan keselamatan harus dipuji dan dihormati dan Den tidak ada masalah tentang isu itu 

Secara peribadi Den kalau boleh tak nak bercerita dan memberi pandangan secara terbuka mengenai isu keselamatan Negara ini . Antara sebabnya Den tak nak dilihat sebagai lebih sudu dari kuah. Lebih pandai memanjat pokok dari beruk yang dilatih  , lebih pakar dari para ilmuan yang berkelulusan Master dan PhD  dan lebih garang dari harimau yang dibela di zoo. Apotah lagi pandangan  Den ini berdasarkan pengalaman Den selamo 27 tahun dalam ATM dan hanyo dianugerahkan Den tigo pingat sahajo  selain dari  hampir beratus ribu ringgit  kerajaan telah berbelanjo untuk “mendidik mengenai ilmu keselamatan “ sepanjang Den berkhidmat. Apo tah laei Den hanyo seorang pegawai bawahan yang berpencen disebabkan tidak ado kelayakkan untuk memegang jawatan lobih tinggi di dalam tentera. 

Dalam menilai keselamatan dan ancaman sebenar yang sedang dihadapi oleh Malaysia hari ini  Den suko merujuk kepado sejarah modern yang berlaku di dopan mato kito. Yusgoslavia , sebuah negaro komunis, blok europa timur satu ketiko dulu sebuah negaro yang pada zahirnya  “aman dan maju “ dan mampu menghasilkan perindustrian bertenologi tinggi . Itu semua dikecapi setelah ia berada dibawah pemerintahan TITO .Seorang pemerintah dictator yang dianggap kejam dan kuku besi. Den setuju di bawah pemerintahannya , kebebasan agamo adolah agak terhad dan mereko mengamalkan sistem pemerintahan komunis. Tetapi bagi mereka-mereka yang kuat pegangan agomo Islamnya disano masih boleh mengamalkan  “kehendak dan keperluan asas sebagai seorang Islam “…Cumo disebabkan kerajaannya terlalu liberal , mako amalan Islam itu semakin lamo semakin lomah dikalangan orang Islam Bosnia . Namun dari sogi kewujudan sebagai sebuah negaro….rakyatnya masih boleh hidup tanpa melalui kancah kesusahan dan bahana peperangan  dan secara amnya tigo bangso utamo dinegaro itu , Bosinian, Croats dan Serbs masih boleh duduk makan dan minum semejo .Pendekkato aman jugak laah negaro itu. Tapi setelah ketiadaan TITO , negaro berpocah mengikut 3 bangso utamo. Mereko berporang , mereko berbunuhan dan berebut kawasan .Mangsonya rakyat jelato hidup menderito Dan negaro dah berpocah menjadi tigo negaro….…Yusgolavia mungkin contoh yang tak baik dan jauh bezonyo jiko nak disamokan dengan Malaysia…Kito lihat pulak apo yang berlaku di kawasan Lembah Parsi ….

Sebelum Saddam berkuaso, negaro Iraq adolah negaro yang agak huru haro…Bilo Saddam berkuaso, abis semunyo di control dan dikawal. Siapo melawan habis ditobehnyo . Bilo Iraq mulo berporang dengan Iran  akibat dari  “fahaman agamo Syiah dan Sunni “…dan pasal isu perbatasan …Mako Saddam adolah hero kepado Iraq, Amerika  membantu dengan pelbagai kelengkapan senjato pemusnah dan senjato kimia bagi memerangi Iran …Iraq dianggap sekutu Amerika  …entah apo anginnyo , bilo porang Iran Iraq tamat…Saddam dah berghubah wajah , dio dah menjadi satan bagi Bush I dan suku sakatnyo . Dalam pado itu rakyat Iraq dilihat masih lagi “bersatu “ dan “aman dan damai “ dalam ertikata sebuah negaro pada zahirnya walaupun Saddam dikatokan sebagai pemimpin kuku bosi. Iraq ado universti , sistem perbankan, sistem pengurusan  Negara yang baik , ado segalo infrasturktur yang baik sebagai sebuah negaro . Kecenderungan Iraq yang seolah-olah menyokong Osama bin Laden yang pado satu maso dulu adolah rakan sepejuangan Amerika semaso krisis Afghan di tawan Russia. , telah menjadikan ia sasaran Amerika . Perlbagai porang informasi “war of ideas “…telah dilakukan ke atas Saddam dan akhirnya Iraq kecundang dan Saddam dihukum mati….akibatnya…Rakyat Iraq terus berpecah sehingga ke hari ini walapun Saddam  dah  dijatuhkan lebih 10 tahun. Rakyatnya yang dulu duduk semejo Syiah , Sunni , Kurds ..dah berpocah dan masing-masing nak menguasi Iraq semulo…tapi sayangnyo tak satu pun boleh dilihat Berjaya pada hari ini ….

Apo pulak kes keduo duo buah negaro ini  ado kono mengono dengan Malaysia…? Pekaro pertama keduo duo negaro yang Den ceritokan tadi tu mempunyai 3 kumpulan rakyat majority yang utama …yang bezonyyo Malaysia ado tambahan iaitu Sarawakian dan Sabahan…Fokus utamo keselamatan dalaman sekarang ini adolah di semenanjung. Den tak berapo ghisau pasal Sabah dan Sarawak…Sebab jiko berlaku sesuatu ketidak stabilan di Semenanjung …Terdapat kemungkin dan tidak mustahil  “Sabah dan Serawak “ untuk declare keluar dari Malaysia ….Singapuro ponah buek apo..sejarah boleh berulang…Dan dari pengamatan Den pado hari ini “perpaduan dan setiakawan “ antaro tigo bangso di semenanjung ini  dah masuk kategori retak menanti belah …ia lebih-lebih lagi dengan scenario politik Malaysia hari ini . Keadaan bertambah teruk lagi ado pihak pihak tertentu yang mengapi-apikan sentiment perkauman….sejak keblakangan ini .

Perkaro sebegini susah nak kito lihat semaso zaman Tun M .Den tahu ghamai yg tak suko dan menanggap TunM sebagai  “pemimpin kuku  bosi “…Den ghaso ini semuo sobab ramai anak-anak mudo sekarang hidup zaman Malaysia dah sonang…jadi begitu sonang mereko termakan dakyah dan propaganda yang memburukkan Tun M . Den tak nak argue mengenai issue ini . Bagi Den Tun M have done a superb job as a PM of Malaysia for 22 years…Kalau cerito siapo kayo , siapo tak kayo maso zaman Tun M , sampai subuh tak abis cerito …Itu bezonyo org hidup hanyo mendengar cerito orang pasal pemerintahan Tun M  dengan orang hidup dan alami sendiri zaman mulo-mulo pemerintahan Tun M.  itu pasal versi Memali dah ditukar version…yang  pengkhianat dah jadi hero..yang hero dah jadi pengkhianat…Maso zaman Tun M kito ado Pak ISA …bilo ado potential keadaaan yang boleh mengugat keselamatan dan perpaduan negaro, pak ISA akan membuat OPERASI MENEBAS LALANG….Laa nei keadaan semakin berubah pak ISA dah tak mampu nak beraksi…Kerajaan terlalu berlembut dengan orang yang pro perpecahan dan suko mengapi-apikan keadaan…walaupun amaran demi amaran telah diberi. Dalam maso yang samo tekanan NGO-NGO yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dan dibantu oleh orang luar semakin berleluaso..SUARA HARAM  dah mulo kedengaran ..semunyo  seperti api dalam sekam membakar dalam diam-diam…..Dan orang-orang macam Den yang  membori pandangan sebegini dianggap sebagai  pengkhianat dan pencetus masalah pulak..last-last Den yang kono disonyapkan.

Cubo kito lihat bagaimana trend sejak kebelakangan ini pemerintahan sesebuah negaro itu akan jatuh …LIBYA ,MESIR , SYRIA…semunyo disebabkan rakyatnya bergaduh samo sendiri…Orang Luar tukang api-apikan….dan bantu mano yang patut….! Akhirnya negaro itu akan kecundang….! Kalau Malaysia laa terlibat di dalam scenario sebegini agak-agak kito akan dapek lihat Malaysia pulih seperti dulu balik ko ..? Boleh memang boleh..tetapi maso itu dah tak ado istilah  peribumi , bumiputera , sebaliknyo istilah meritokalsi yang akan diguno pakai, mungkin sudah tidak ado Raja berpelembagaan dan sebagainya yang ado kemungkinannya  Republik Malaysia  .Jadi bagi Den ancaman keselamatan yang imminent , clear and present danger … laa nei kepada Malaysia adalah ancaman perpaduan kaum dan “politik  yang berunsur subversive “…. Tapi bilo Den kato sebegini  , ramai ahli cendiakawan dan ahli politik yang terpelajar tak setuju dan mengatokan Den melalut…Bagi mereka yang berpandangan begitu Den tak kisah ..after all I am NOBODY….lagi pun Den ini hanyo somut merah…tapi janganlah esok nak dijadikan alasan sobab pandangan Den ini dianggap sebagai satu pandangan yang subversif dan merbahaya..lalu Den di sonyapkan …malanglah nasib orang ghumah dan limo anak Den tu nanti …huhuhuhuhu

Dalam konteks ini maaf kalau para cendikiawan negaro menganggap macam Den nak mengajar itek beronang, borok bagaimano nak memanjat dan ayammacamano  berkokok… isu utamo yang Den ghasokan perlu ado iolah  IDUPKAN PAK ISA  KEMBALI….PASAL APO KITO TAKUT PADO PANDANGAN :GENG HUMAN RIGTHS ..SEDANGKAN PERKARO INI JUGA MERUPAKAN RIGHTS KITO NAK MENJAGO KEAMANAN MALAYSIA…SINGAPORE PUN MASIH MENGEGALKAN ISA ..ADO MEREKO KISAH PASAL PANDANGAN GENG HUMAN RIGTHS, AMERIKA PUN BELAJAR DARI KITO DENGAN MENGADOKA N PATRIOTS  ACTS..KITO APO ADO ??? ??? . Yang kedua kerajaaan kono lebih tegas dan bukan setakat keluarkan amaran kepado mereko-mereko yang mainkan sentiment keboncian perkauman . Budak darjah onam pun buleh  tahu apo statement yang berbaur keboncian perkauman , inikan kerajaan , tak kan tak perasan …ahli politik pembangkang torang-torang kutuk. koji dan keluarkan ancaman yang menimbulkan kemarahan kaum lain  DAN BERIYO-IYO NAK MENGULINGKAN KERAJAAN..SAMPAI ADO YANG TERGULING-GULING DITOPI JALAN ..kenapo tak ado tindakan yang “NAMPAK TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN “…Apo yang kerajaan sedang rancangkan pasal menangani isu sebegini memang Den tak tahu dan tak pasti..tetapi apo yang Den pasti situasi sebegini , telah memberi persepsi yang tidak baik kepada kerajaan dan kelihatan kerajaan terlalu berlembut . Den harap kerajaan kono berkeras dari sekrang sebelum terlambek….

Satu lagi yang Den Nampak …institusi kerajaan itu sendiri sudah tidak bersih dan selamat. Terlalu banyak parasit dan  duri dalam daging..yang bertindak samo ado sengajo atau tidak dengan niat nak menjahamkan namo baik kerajaan . Banyak rahsio kerajaan, hal-hal dalaman kerajaaan dan maklumat-maklumat terperingkat  dalam kerajaan telah tersebar dengan begitu meluas…takkan kerajaan tak ambil apo-apo tindakan .Takkan kerajaan nak cakap laa nei susah nak kawal pasal zaman internet dan ICT semuonya mudah terlopeh …Kalau itulah jawapan kerajaan Den mampu geleng kepalo ajo. Den pasti permasalahan ini pasti ado jalan penyelesaiannya atau setidak-tidak kerajaan mengambil langkah kawalan . 

Ado pulak yang bertanyo nanti apo kaitan isu keselamatan negaro dengan permasalahan dalam kerajaan berkaitan dengan  kawalan maklumat dan rahsia terperingkat…Bagi Den ini semua ado kaitan  dan bakal menyumbang kepada kejatuhan negaro ini ..Bilo maklumat dan rahsia kerajaan dah tak selamat , ia akan membantu pihak-pihak tertentu untuk memburukan  imej dan kredibiliti kerajaan dan bondo ini semacam pemangkin untuk rakyat yang berpolitik dan berusaho  untuk  menjatuhkan  kerajaan .Akhirnya kerajaan yang memerintah akan dilihat sebagai incompetence dan tidak berupaya untuk menangani permasalahan dalam negaro….ini akan menyemai bibit bibit perpecahan di kalangan rakyat…keadaaan akan huru haro , orang berpolitik akan bertambah berani memainkan sentiment sensitf dan akhirnya perpaduan negaro akan musnah dan kerajaan akan lumpuh. 

Bagaimano nak membersihkan parasit di dalam kerajaan ..Jawapan Den sonang…ado caronyo..tapi mungkin orang yang bijak pandai dalam kerajaan tak Nampak laei atau tak tahu bagaimano nak buek…kalu tanyo Den ….kito boleh selosaikan dengan berbincang di kodai kopi ajo .erhh sombong bunyinyo..tak  gitu..sebonarnya Den dah naik meluat pasal apo isu ini tak dapat lagi ditangani oleh kerajaan..bukannya isu nak naikkan roket ke bulan…janji ado kemahuan nak selesaikan maslaah ini dan provided kerajaaan serius untuk memerangi parasit ini. Apo guno ado CGSO ..!!Make use of it !!!!

Den ghaso cukup sudah  Den berbincang pasal isu ancaman dalaman dan keselamatan negaro ini  . Den harap kerajaan mesti copek bertindak sebelum terlambat…Isu pertamo kono kembalikan penyatuan kaum di Malaysia dengan apo caro sekalipun..dan isu keduo kono bersihkan parasit di dalam kerajaan dengan apo caro sekalipun…Jiko bondo  ini berjayo diselosaikan..Inn Sya Allah yang lain-lain tu akan bertambah mudah ….Inilah ancaman utamo yang maksudkan sebagai isu yang harus ditangani oleh kerajaan . Bagaimano nak mengatasinya …itu kito boleh berbincang….ke kodai kopi…! Ancaman luar  kuaso besar dan jiran serantau  yang nak menyorang  Malaysia…..tak menjadi masalah bilo semuo rakyat dah bersatu …Bersatu kito teguh ..!!!  SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN