Thursday, 6 March 2014

LORENG OH LORENG !

Entah apa sebabnya sejak kebelakangan ini ada anak muda  yang mula mengunakan kain bercorak loreng untuk mengayakan fesyen terbaru dan trend mereka. Maklumlah bila dah artis mula pakai, maka ramailah anak muda yang telah menganggapnya sebagai suatu ‘trend’ dan turut sama memilih kain bercorak loreng untuk dijadikan fesyen pakaian mereka. Phenomena ini secara tidak langsung dan tanpa disedari telah menguris hati pasukan yang beruniform yang mana corak lorengnya telah di jadikan sebagai "trend dan fesyen" masa kini. Apakah  para pereka kain atau fesyen dah kehabisan modal ke nak cipta kain corak lain selain loreng atau mereka berminat dengan corak batik tetapi tak pandai nak mengunakan batik disebab rabun warna dan hanya mengenal hijau gelap, hijau terang sikit, kelabu dan hitam ...??? Apa pun bagi  Den sanctity kain loreng dah tercemar bila ia mulo digunokan sebagai fesyen lobih-lobih lagi di dunio hiburan dan glamour ....


Ada yang mungkin berpendapat ia merupakan satu trend yang membanggakan untuk pasukan keselamatan dan kononya sebagai tanda nak menunjukkan sokongan kepada pasukan tersebut. Dalam pada itu ada juga anak muda yang marah, geram dan merasakan pendekatan kepada trend itu seolah-olah menghina pasukan beruniform tersebut. Lalu terjadilah “pergesaran” antara mereka dengan Mamat Loreng [ merujuk kepada golongan lelaki yang suka berpakaian loreng sebagai fesyen]  Dan Duyung Loreng [ merujuk kepada gadis yang suka berpakaian loreng] . Ada satu Mamat Loreng tu, tak cukup dengan mengayakan kain loreng malah abis pangkat dan insignia pasukan beruniform turut serta digayakanya dalam satu majlis anugerah hiburan MERAPU  baru-baru ini.


Malah selain dari MAMAT LORENG ada juga beberapa ANAK MUDA lain turut berminat untuk mengaya dan mempromosikan corak kain, insignia, pingat dan pangkat pasukan beruniform.  Dalam hati Den mungkin dia orang ini dulu masa kecik-kecik mereko merupokan ahli pasukan Pengakap [Boys Scout] dan menjadi pengikut Robert Baden-Powell. Bilo dah bosa panjang nak masuk askar tak berani atau ado sobab buto warno , sobab kesihatan , sobab kaki mencapang dan sebagainya. Tapi jiwo totap nak glamor , nak pakai pakaian yg   gah dan mempunyai igsania yang gah ...komando ! air borne ! special forces! wing bercabang-cabang...abih ditempek diseluruh dado, bahu, longan dan sebagainya , macam zaman pengakap tapi mungkin atas beberapa sebab hajat mereka tidak tercapai pada waktu itu, dan sebab  teringin sangat nak menjadi macam boys scout & girl guides ..dulu-dulu... the good ole days !! ... [Dalam hati Den ...malu Den jiko dibandingkan dengan Den... sobab Den berkhidmat 27 tahun hanyo layak pakai 1 wing cabuk dan ompek pingat ajo..PPA,PPS, Dharurat dan NATO..].Walau bagaimanapun  mamat loreng ini dengan bangganya telah  mengambil langkah yang lebih glamour dengan cuba meniru “trend pasukan beruniform” yang lebih gah..ATM. ...Bilo part nak guno "pangkat" .....pangkat tigo calit...Sarjan  pulak menjadi pangkat paling popuplar..mungkin ini semuo ado kaitan dengan kes Sarjan Hassan atau Sarjan Saunderaus agaknya....tak nak pulak dio orang guno pangkat/jawatan  samaran macam Pbt Lapok atau Private Ryan pulak.

Kalau masa zaman Den dulu , kalau ada askar yang diberi gelaran  “loreng” ia membawa maksud selekeh, tidak kemas, berbau dan beberapa tanggapan negatif yang lain..tapi bila si mamat dapat gelaran LORENG…mungkin  ia akan bertambah glamor dan baunya pun tak se bau loreng lagi dan presepktif negative terhadap aura loreng dah berubah…Ya lah loreng merupakan pakaian kerja medan utama pasukan ATM pada masa dulu , kini dan mungkin selamanya selagi wujud institutsi tersebut. Disebabkan ia digunakan untuk latihan yang lasak dan sebagainya sudah tentu ia sesuai untuk tugas-tugas serta latihan-latihan “lasak, ganas dan gah”.

LORENG ...Bila di pakai oleh anggota ATM atau mana-mana pasukan bertugas di medan dan lasak seperti polis ,bomba dan sebagainya,  ia memang kena dan sesuai dengan tuan punya tubuh badan. Tapi bila di pakai oleh mereka-mereka yang tidak berada dan bertugas sebagai anggota ATM atau mana-mana pasukan yang bertugas dimedan dan dalam suasana lasak, ia amat tidak sesuai, dan nampak "....akwards" ...macam tak kono ajo, macam tak sesuai ajo..komen Den....UIpppssss..!!!!.Bagi mereka  yang suko mengayokan fesyen  "kain celoreng " dan tidak tergolong dalam kumpulan tersebut , seperti anak-anak muda dan artis-artis dan ditambah lagi bidang kerjaya nya yang hanya meliut-liut macam geng sotong dan hanya berbekalkan kata-kata dan  ucapan yang “sesuai untuk bebebudak remaja aje”….maka” identity dan sanctity” loreng yang sebenarnya eksklusif untuk anggota keselamatan , telah tercemar. ..Jangan salah angap bukan hino kerjaya artis..cumo nak maklumkan pakaian loreng tak sesuai untuk bidang kerja yang sebegitu.. !!! Kerjaya yang lembut, penuh seni kehalusan dan  boleh cakap ikut sedap hati..penuh dengan .propa dan gossip ..yang kebanyakkannya sesuai untuk anak-anak mudo!!!

Dan bagi askar-askar, bila dah pencen , ada yang masih teringin nak memakai loreng  memang menjadi lumrah kerana ia akan membawa kami kembali kepada kenangan dan nostalgia , pahit manis dan jerit perit, susah senang semasa kehidupan di dalam tentera. Dan biasanya golongan ini bila memakai loreng  mereka akan ke kebun untuk bercucuk tanam. Ke sawah untuk menuai padi atau ke sungai dan ke laut untuk menangkap ikan. Dalam situasi ini “kegahan dan tujuan penggunaan kain loreng yang lasak  ini masih dikekalkan dan tidak banyak berubah semasa empunya tubuh badan menggunakannya didalam keadaan yang lasak dan masih memerah keringat , sama seperti didalam perkhidmatan dulu. Dan dari segi penampilan askar-askar pencen ini yang berpakaian loreng memang sesuai, walaupun sudah berumor tetapi  masih Nampak ganas   !!!! Tetapi bila ia dipakai oleh lelaki yang hidung mancung bak seludang, dikenakan bedak base dan juga wanita yang bertumit tinggi dan berbedak bak opera Cina kelas kedua..mak oi…..jatuh standard dan tanggapan dan kredibiliti..kain loreng tu ..!!!Kalau loreng itu bisa menangis ..Den pasti ia akan menangis kerana yang memakainya adalah mereka yang “lembah lembut “ dan “tidak boleh hidup di dalam suasana yang tidak ada “air con”dan tidak sesuai dengan jiwa dan sifat si Loreng.

 Sedangkan sejak terciptanya loreng tersebut ia telah dimaklumkan bahawa ia akan menjalani kehidupan yang susah, sukar dan sentiasa berpanas dan berhujan dan dimandi peluh dan tidak mustahil bakal disimbahi darah oleh si pemakainya. Alangkah bangganya si loreng tersebut  bila ia mengetahui bahawa kejadiannya adalah untuk “hidup dan berkhidmat” di dalam suasana begitu. Suasana yang penuh dengan “trills, adventure  dan outdoors.! Nasib nya tidaklah seperti  kain linen, kain sutera , kain turcose dan sebagainya. Ia umpama seorang lelaki  komando  dan dibandingkan dengan lelaki seorang penari kebudayaan negeri Melaka.

Bagaimana agaknya perasan dan jiwa si Loreng bila mengetahui bahwa tubuh badan yang dibalutinya adalah satu tubuh badan yang lemah lembut, takut kepada panahan cahaya mahatari, tidak bisa bertahan bila disimbahi hujan dan akan pengsan bila tubuh badan  itu melihat darah ..!!!! Den berpendapat  pada masa itu pasti loreng itu berkata….Apalaa nasib aku dapat tuan empunya badan yang takut kepada kelasakan, tidak selesa bila berpeluh …Den Pasti loreng itu ..MENYESAL DIJADIKAN DAN HIDUP SEBAGAI KAIN LORENG..!!!!

Permaslahan utama sekarang ini , tidak patut kita salahkan orang-orang seperti MAMAT LORENG dan DUYUNG LORENG mengenai  “kesesuaian” mengunakan kain bercorak loreng sebagai fesyen dan trend masa kini . Bagi Den mereka mungkin naïf dan tidak “,memahami”  sebarang elemen dan sanctity mengenai kain loreng . Mungkin mereka nak mencari kelainan, nak mencari nama, berminat dengan corak loreng tetapi tak berminat nak sama-sama mengangkat senjata. Bagi Den tak perlu kita nak mentrabiahkan mereka yang sudah diperingatkan dan ditegur tetapi masih tetap dengan pendirian mereka. Biarkan mereka hidup didalam dunia kelorengan mereka , umpama si jelly fish yang teringin sangat nak hiudp dalam cekerang penyu…supaya ia merasa dirinya gah, kuat dan berketrampilan. Bagi DEN  once you are  “jellyfish” you will always be a jelly fish  even you are in the turtle shell and try to become a ninja turtle.!!!

Sepengetahuan Den, dan makluman ini Den pasti semasa Den masih berkhidmat lagi laa, kalau sekarang dah berubah Den tak pasti. Tetapi kalau orang tanyo Den ,kenapa perkara ini boleh terjadi dan seolah-olah tiada usaha dari pihak terbabit untuk membenterasnya. Kalau Den cakap apo yang terbuku dalam isi hati Den, ghamai nanti akan marah Den dan mulo menganggap Den nak tunjukkan pandai. Den tahu yang Den pencen awal sebab tu Den tak boleh nak menegur dan menyentuh tentang soal polisi dan dasar. Tetapi bilo Den lihat isu pemakaian loreng oleh pihak awam ini dah menjadi-jadi dan hinggo menyebabkan golongan yang menyokong  mamat dan“ duyung loreng “bertelagah sesame sendiri Den teraso nak membori pendapat  Den sebagai askar pencen yang mungkin hargo pandangan Den ini 3 sen.  

Bagi Den , Puncanya Den rasa kerana  ISU “GAZZETTE". Maleh na sembang panjang  . . Once it is done….the issue will be resolved ..!  Den tak nak menghurai panjang kerana ia amat sensitif. Den harap mereka-mereka yang berada di Cloud 13 tu faham . Tak perlu Den ulas . Den percaya kalau mereka-mereka itu tahu maksud Den [Dan Den pasti mereka tahu } …isu loreng dipakai oleh pihak umum tidak akan timbul. Tidak akan ado lagi fesyen Duyong Loreng atau Mamat Loreng Penarik Kereta dan sebagainya. Tak kan askar pencen macam Den in nak tegor mereka di Cloud 13….kalau Den bijak pandai maso dalam perkhidmatan dulu tontu Den dah colonel…dan maso tu kalau isu ini timbul …sebagai colonel Den akan kato…LOOK …WE NEED TO DO THESE..bla..bla.. bla… IN ORDER TO STOP THIS ISSUE…! THE REST LET THE MAJOR AND CAPTAIN HANDLES…hahhaa . Itu KALAU Den colonel laaa..macam cakap anak mudo tu….KALAU AKU KAYO….Tapi reality mengatokan Den askar pencen, Den orang bawahan….Dan sudah menjadi rasmi manusia tidak suko orang yang bawah menunjuk ke ateh orang yang diatas kerana biasanya jari orang bawah itu  ia amat menyakitkan bila tercucuk  hidung orang atas tersebut.!!!


Apa pun moral off the story , dari al kisah loreng ini, Den harap tak payah laa kito berporang siber mengenai siopa salah, siapo boto, siapo yang patut dan siapo yang tak patut  di pertanggungjawabkan. Sebabnya jawapan pada persoalan itu boleh ditemui dikodai kopi ajo tetapi masalahnya ..perbincangan di kodai kopi lobih-lobih lagi di Kodai Kopi  Den..biasonya dilihat sebagai satu nuisances dan bukannya pencetus kepada penyelesaian permasalahan. Biarkanlah Mamat Lorenng dan Duyung Loreng syok dengan dunia kelorengannya….biarkanlah pihak terbabit sibuk dengan isu lain yang lebih penting dari isu kain loreng….sebab kata  mereka yang berada diawan….lama-lama it will diminish and fade away like an old soldiers.... they will fade away …….That Is Reality About How We handle Public Issues in Malaysia.