Thursday, 13 March 2014

HANDLING THE MH 370 CRISIS :IT IS ALL ABOUT PERCEPTION MANAGEMENT ....

“Control the public's perception of you and nobody will care if you have any talent.”
Rashida Jones

Istilah  Perception Management mula-mula diguna pakai oleh  Tentera Amerika apabila doktrin  Peperangan Informasi di perkembangkan dan ia berasal dari tindakan propaganda. Setiap organisasi perlu mengunakan PP pada setiap masa lebih-lebih lagi dimasa berlakunya sebarang krisis. Kesinambungan dan kejayaan sesebuah organisasi itu bergantung kepada keberkesanan pemimpin mengharungi sesuatu krisis dan kebolehan melaksanakan PP dengan sebaik mungkin .  Terdapat 4 pendekatan utama bagaimana yang melaksanakan Perception Management iaitu ,


          Truth Projection  [ Merujuk Tell Our Success Stories ]
         Daily Operations [ Our Daily Performances]
         Cover And Deception [Special Action]
         Psychological Operations [Propaganda/Jiwa Murni dan sebagainya]

Kalau nak Den huraikan memang agak panjang. Tapi bagi tujuan penulisan ini, biarlah kito focus kepada elemen kedua iaitu Daily Operations. Sebagaimana yang Den katokan tadi Pengurusan Persepsi amat penting lebih-lebih lagi di dalam keadaan seperti sekarang dimana kita menghadapi Tragedy MH 370. Dalm konteks pengurusan persepti matlamat kita adalah seperti berikut


Den ghaso artikel kali agak borek sikit . bukan pasal  Den beranggapan para pembaco borek untuk  memahami , tetapi sebenaranya borek Den nak menulis dan menerangkannya. Jadi nak memudahkannya sonang cerito Den nak focus kepada tindakan harian kerajaan bagi menangani krisis ini dan Den nak tumpukan kepada kesan Sidang Akhbar [PC] yang dibuat mengenai tragedy ini. Den berpendapat pendekatan PC yang dilaksanakan telah memberi satu Kesan media yang “negative kepada masyarakt umum dan dunia. Dalam bahaso atau istilah yang agak samo [lobih kurang ] Hostile Media Effect [HME] . Maksud Den Pc yang diadokan telah menghasilkan HME. ..bahaso orang kampung Den ia membawa maksud PC tersebut  mendatangkan banyak perkaro buruk, menimbulkan lebih banyak spekulasi dan sebagainya hingga menimbulkan persepsi yang tidak baik tentang kaedah dan cara kerajaan menangani tragedy ini. …bermakna kegagalan didalam Pergurusan Persepsi

…ehh siapo Den  yg nak kato demikian… Ini pandnngan peribadi Den..kalau tak Den ghaso tentu ramai rakyat tidak mempunyai persepsi negative terhadap bagaimana kerajaan menguruskan krisis ini. Dari segi perlaksanaan dan pengendalian operasi SAR…Den tak nak komen dan Den sentiasa menganggap kerajaan sedang berusaha dengan sebaik mungkin ..tetapi dari segi pengurusan persepsi especially mengenai kawalan maklumat dan penyebaran maklumat…Den ghaso ia memberi kesan yang negative kepada keseluruhan usaha kerajaan. Soang cakap bahaso Den …Pengurusan Persepsi … kalau boleh digardekan dapek C- ajo..! Banyak lagi yg perlu diperbaiki..!!!!

Dalam konteks sebenar Hostile Media Effects merujuk kepada  presepsi atau pandangan golongan  tertentu yang beranggapan berita  atau maklumat yang  disampaikan atau dilaporkan seolah-olah bias atau berat sebelah  dengan pendapat dan pandangan golongan tersebut. Bagi mereka myang memperketengahkan konsep ini berpendapat  bahawa  masyarakat umum yang mempunyai pandangan yang bertentangan atau yang secptical [mempunyai keraguan] akan  mudah untuk menganggap bahawa sesuatu maklumat itu adalah bias [berat sebelah], tidak benar dan jika ia berlaku situasi ini akan memburukkkan keadaaan lebih-lebih lagi ia datang dari pihak yang ‘bertentangan’ walaupun pada realitinya maklumat itu adalah betul dan sahih.

Sebagai contoh jika berlaku sesuatu kejadian di sesuatu kawasan A yang pada dasarnya adalah  berpunca dari sikap dan tabiat mereka yang berada di kawasan itu , seperti berlakunya wabak denggi disebabkan kawasan yang kotor dan pengurusan saliran dan parit air ygyang tidak betul, pengurusan pelupusan sisa sampah yang tidak teratur, maka bila perkara ini dilapurkan , secara tanpa disedari, penduduk-penduk yang berada di kawasan A itu akan merasakan bahawa berita tersebut adalah berat sebelah , tidak benar dan sukar untuk mempercayai berita tersebutdan akan pasti menunding jadi kepada pihak lain atau mengatakan berita itu bias. Ini disebabkan penduduk tersebut mempunyai kecenderungan untuk mentafsir dan memilih maklumat yang disampaikan dan “menterjenmahkan” mengikut “nilai-nila moral dan keadaan mereka sendiri.

Dalam konteks HME , adalah dipercayai bahawa kebanyakkan orang ramai tidak akan menerima berita-atau statement yang dinyatakan secara pasif malah sebalik mereka biasanya mempunyai kecenderungan untuk “memilih untuk mentafsirkan maklumat tersebut dengan mengambil kira fahaman, kepercayaan sendiri dan meninterpretasikan maklumat itu dalam konteks  nilai-nilai dan kedudukan mereka  sendiri . Situasi ini akan menyebabkan mudah untuk mereka beranggapan bahawa maklumat yang diterima adalah bias, tidak benar, sesuatu yang dibuat-buat dan sebagainya.

Jika maklumat itu hanya merupakan satu bentuk maklumat biasa seperti kebakaran, kemalangan yang selalu berlaku dan ia nya tidak dianggap sebagai satu tragedy Negara, melibatkan keselamatan dan maruah Negara, berita yang disebarkan dan mempunyai kesan buruk media  [HME] mungkin tidak menjadi isu. Tetapi bila ia melibatkan sesuatu issue yang besar sebagai contoh Tragedy MH 370, maka adalah penting ‘pihak bertanggunjawab’ untuk menyampaikan maklumat dan berita yang betul, sahih , tidak mengelirukan serta boleh memberi kesan  “HME”. Ini adalaah penting kerana ia akan memberi presepsi yang tidak baik kepada kerajaan bukan sahaja di dalam Negara malah diseluruh dunia.

Selain dari itu ada banyak faktor lain yang boleh memberi kesan HME jika ia tidak dilaksanakan dengan betul. Faktor pertama adalah apabila terdapat banyak kenyataan  yang Bertentangan[Contradiction] yang telah disampaikan mengenai kejadian sesuatu insiden itu. Maklumat yang disampaikan adalah bertentangan dengan maklumat lain yang telah disampaikan  dalam sesuatu isu itu. Dalam konteks tragedy MH 370 terdapat beberapa maklumat yang telah disampaikan yang boleh dianggap sebagai ‘bertentangan’ dengan maklumat yang sudah disampaikan sebelum itu. Bagaimana pekara ini boleh terjadi?  Kalau ikut kefahaman dan alasan mudah Den…PC tersebut tidak dilaksanakan secara concerted effort dan melibatkan semua pihak . Selain dari itu , ia mengambarkan seolah-olah , semua maklumat yg diterima tidak melalui proses analysis dan pengumpulan  maklumat yang sempurna , dimana semua maklumat biasanya akan di kumpul , dipilih dinilai, dianalisa, disahkan dan di authorized untuk di sebarkan.

Faktor kedua yang dapat Den kesan yang boleh menyumbang kepada HME ini adalah kesalahan dari segi logik semasa memberi kenyataan. Ini berlaku apa bila  isu tentang maklumat yang mula-mula dinyatakan mengenai penumpang yang telah membuat check ini luggage tetapi ia tidak menaiki pesawat tersebut. Bila soalan lanjut diajukan, jawapan yang diberi hanyalah beg tersebut telah diasingkan dan tidak berada di dalam pesawat. Soalan pertama yang timbul kepada Den masa tu, kenapa lima orang yang sudah buat persiapan terakhir sehingga telah membuat check in baggage boleh mengambil keputusan untuk tidak menaiki kapalterbang tersebut disaat-saat akhir ? Maka pelbagai andaian timbul dalam kepala Den dan malangnya tidak penjelasan mengenai perkara itu dan ia  tidak dinyatakan sehinggalah ke PC ke hari berikutnya yang menyatakan bahawa perkara itu tidak berlaku. Yang berlaku 4 penumpang “stand by “ telah mengambil tempat dan terdapat  seorang  lagi yang telah membatalkan penerbangan disebabkan masalah kesihatan. Ini tak masuk kes bila dan dimana kapal tersebut dikesan dan tak dikesan radar

Faktor ketiga yang amat mengelirukan mengenai insiden ini adalah terlalu banyak berlakunya usaha yang bertujuan untuk “Evading the Issue”…semuanya atas dasar keselamatan, dalam siasatan dan sebagainya. Walhal pada mulanya panel sendiri yang menimbulkan issue tersebut. Contoh maklumat mengenai dua penumpang yang menggunakan passport curi. Bila di Tanya dengan lebih lanjut alasan yang di beri adalah masih dalam siasatan  dan tidak boleh didedahkan. Kenapa  ia tak dimaklumkan sehingga maklumat lengkap mengenai passport curi itu diketahui terlebih dahulu. Tanpa disedari bermula dari saat itu sehinggalah ke PC yang memaklumkan mengenai indentiti penumpang tersebut  menggunakan passport palsu maka banyaklah spekulasi yang timbul yang menyatakan bahawa ia dah di hijack dan ada yang tak semena-mena dah memburuk-burukan lagi keadaan dengan spekulasi yang lebih  “brutal”.


Kalau nak dicari sebab dan punca serta kelemahan yang ada pada setiap PC mengenai Tragedy ini memang banyak dan Den pulak sebenarnya bukanlah menulis artikel ini sebab nak carik salah atau tunjuk pandai. Cuma Den rasa terkilan  mengenai proses PC yang di jalankan  dan seolah-olah mereka mengabaikan banyak prinsip-prinsip asas PC dan menyebabkan mereka jadi “sitting duck” dan “target” geng-geng pemberita. Dan akibatnya PC secara tidak langung memberi HME kepada masyarakat umum dan juga dunia yang sedang memerhatikan kita. Itu yang sangat Den kesalkan. Ini Semua Berpunca dari Kegagalan Melaksanakan Pengurusan Persespi yang berkesan. !!!