Wednesday, 19 March 2014

CERITA DONGENG . RAKYAT : SEMUT MERAH DAN SANG KANCIL

Diawal dini hari Sang Harimau dikejutkan dengan berita kehilangan si BADAK sumbu utusannya yang membawa bersama Gong Nabi Sulaiman dan diringi oleh 4 orang anak panda yang  genius , yang sepatutnya dalam perjalanan menuju kekawasan Panda. Sebaik sahaja Sang Harimau mendapat perkhabaran bahawa  rombongan BADAK  yang dihantarnya ke kawasan Panda itu tidak sampai, maka Sang Harimau memanggil semua warga rimba untuk mencari dan menjejaki BADAK tersebut. Berita tersebut telah mendapat perhatian seluruh warga rimba raya .Setelah usahanya gagal Sang Harimau cuba mendapatkan bantuan dari sahabat dan kenalan rapatnya  seperti Merlion, si Garuda , Si Gajah ,Water Buffalo, Carabao untuk turut membantu .Usaha berterusan dilasanakan di kawasan yang dipercayai kawasan laluan BADAK tersebut . Diperingkat  awal pencarian itu, tiada sebarang tanda ditemui mengenai kehilangan Rombongan BADAK.


Beberapa hari kemudian , lebih banyak lagi bantuan yang diterima untuk mencari BADAK yang hilang itu dan ianya datang dari kenalan sang Harimau yang jauh seperti  Bulldog, Bald Eagle, Kangaroo , Kiwi , ikan koi , dan dari hari ke hari semakin banyak yang cuba menghulur bantuan dan cuba untuk mencari BADAK yang membawa Gong Nabi Sulaiman yang hilang itu. Simerak,Persian Leopard, si Garlic Rooster turut sama ingin membantu. Hoopoe yang sangat berminat untuk membantu di dalam kes ini, tidak dijemput dan walapun ia menawarkan diri ia pasti tidak akan dibenarkan datang kerana “Sang Harimau sangat membenci dan tidak mengiktiraf Hooopoe sebagai rakannya’…Hoopoe tidak berputus asas dan telah memaklumkan proxinya , Si Bald Eagle dan Bulldogs untuk berkongsi maklumat  mengenai usaha pencarian itu .

Kehadiran semua kenalan Sang Harimau untuk membantu mencari Rombongan BADAK yang membawa gong Nabi Sulaiman itu telah menyebabkan keadaaan huru hara dan tidak teratur. Sang Harimau yang dulunya terkenal sebagai mahluk  yang gah, tenang dan bertindak dengan bijaksana telah menjadi keliru, konfius dan “ tak pasti nasihat siapa yang sebenarnya harus diguna pakai di dalam melaksanakan usaha pencarian itu”. Situasi menjadi lebih bercelaru lagi bila terdapat banyak katak-katak yang berada di persekitaran kawasan tersebut selain dari mencemuh usaha Sang Harimau , mereka memberi pendapat pakar, pandangan dan teori masing-masing , serta memberi pelbagai cadangan dan memberi pelbagai kemungkinan tentang kehilangan rombongan BADAK tersebut TETAPI SEMUANYA TIDAK MEMBANTU MALAH HANYA MENGHARU BIRUKAN LAGI KEADAAN. Dalam dalam masa yang sama hampir semua kawan yang menawarkan untuk memberi bantuan , terdapat kemungkinan sebenarnya mempunyai agenda tersendiri .

 SEMUT MERAH yang selama ini mendiamkan diri mempunyai niat untuk memberi pendapat dan cuba mengingatkan kepada Sang Harimau supaya tidak percaya 100% dengan mereka tersebut teutamanya kepada Bald Eagle, Bulldogs, Kangaroo dan Roaster  kerana mereka mungkin mempunyai agenda tersendiri.Tetapi SEMUT MERAH berpendapat  bahawa  nasihat dan peringatan yang  cuba diberikan TENTU AKAN  diketepikan sama sekali oleh Harimau , KERANA IA DATANG HANYA DARI  SEMUT MERAH YANG SUDAH TUA DAN BERPENCEN…HANYA BEKAS PEKERJA CABUK…JUSTERU ITU SEMUT MERAH MENDIAMKAN DIRI DAN HANYA MEMERHATIKAN AJA APA YANG BERLAKU . Malah mungkinHarimau telah lebih mengetahui kerana ia mempunyai penasihat yang cermerlang laksana bintang. Situasi ini menyebabakan  Semut Merah langsung tidak ambil peduli lebih-lebih lagi bila Sang Harimau berkata yang dia sanggupkan mengenepikan Kepentingan Dan Keselamatan Sendiri Demi untuk memastikan usaha untuk  mencari  rombangan Badak yang hilang itu dijumpai.

Masa berlalu dan sudah hampir 7 hari Sang Harimau berada di dalam keadaan kerungsingan ,kekeliruan  mencari  rombongan yang membawa Gong Raja Sulaiman yang telah dilapurkan hilang dalam perjalanan untuk menuju kekawasan Panda. Puas sudah segala usaha dan seluruh warga dihutan dikerahkan untuk  mencari dimana pergi nya rombongan tersebut. Pelbagai telahan dan perlbagai andaian telah dibuat oleh golongan warga rimba yang bijak pandai mengenai kehilangan rombongan  yang penuh misteri itu. Jika ia sudah ditawan siapa pula yang menawannya, jika ia diserang siapa pula yang menyerangnya ?  Jika ia terkena jerat , sudah pasti ada ‘bangkainya’, jika ia ditembak oleh pemburu haram sudah tentu kulitnya dah berada dipasaran sekarang .Jika ia sakit semasa dalam perjalanan tersebut sudah tentu ia sudah dijumpai, kerana Raja Rimba, Sang Harimau telah  mengarahkan segala warga rimba untuk keluar mencari di kawasan yang biasanya di lalui oleh rombongan .

Ada juga yang menyatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa ia telah temasuk di dalam kawasan “pasir jerlus” dan telah hilang tanpa dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam masa yang sama ramai para ahli cendiakawan yang cuba membantu dengan mengunakan kepakaran masing-masing, dengan berbekalkan tikar mengkuang, buah kelapa, bubu dan sebagainya.  Ia telah bertukar sebagai sebuah  pertunjukkan sarkis. Kalau laahh Arwah TSP masih hidup…mungkin ia berkata.. “ Woii Samdol..apa puny abahalol laa kau nei ..!” [Alfatihaha untuk roh Arwah TSP] . Apabila perkara ini ditegur, si pengamal amat marah sehingga mengugut untuk memberi tamparan buaya kepada mereka yang mengkritiknya.Tersentak sang buaya bila ada mahluk yg ingin menggunakan kaedah “tamparannya”…Dalam hati buaya itu mungkin berkata

”Apa mamat tu tau tak apo yg dimaksudkan dengan “alligator slap” [tamparan buayo ]…tamparan itu hanyo sesuai untuk suami isteri ajo..tak cayo cubo goggle “alligator [f]slap”..dalam kes macam ini mmg tak sesuai…goli Den mungkin kato buayo itu lagi …!!!

Bagi Den pengamal tersebut tak mempunyai kapasiti untuk memberi tamparan  buayo , tetapi tamparan cicak mungkinlaa, ..sehingga ekornya terputus…!!! . Apo pun begitulah dasyatnya usaha pelbagi pihak untuk mencari  dan menjawab misteri kehilangan rombongan badak ini.

Semakin hari  semakin banyak cerita baru dan spekulasi yang timbul mengenai kes kehilangan rombongan BADAK tersebut. Water Buffalo merupakan mahkluk yang terakhir berjumpa dengan BADAK semasa didalam perjalanannya tersebut percaya bahawa  BADAK telah terkena tembakan pemburu haram tetapi  malangnya tiada sebarang bukti fizikal yang menunjukkan BADAK tersebut telah ditembak oleh pemburu haram mahupun terkena jerat. Kemungkinan yang tinggi adalah mungkin  rombongan badak  telah di telan dan termasuk di dalam pasir jerlus [quick sand] dan kehilangannya sukar untuk dikesan . Tetapi  teori itu di tolak mentah-mentah oleh mereka yang percaya kepada sains !! Keadaan menjadi pelik lagi bila ada lapuran yan gmengatakan bahawa  Sibadak sempat berjabat tangan sebanyak 6 kali dan menyatakan …hye…hye…bye..bye…Everthing all rite and good nite. !!!kepada rakanya di langit biru yang dijumpainya semasa di dalam perjalanan sebelum rombongan Badak dilapurkan hilang.

Dan entah mana mereka mendapat khabar berita ,mungkin dari bisikan Bald Eagle atau Bulldogs atau “wakil” Hoopoe, diberitakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa si BADAK telah tersesat jalan dan tanpa disedarinya telah bergerak menuju kearah yang bertentangan dengan arah yang sepatutnya ditujuinya. Berita ini pada mulanya sudah di maklumkankan oleh Sang Tebuan yang  merupakan pekerja Harimau tetapi entah apa sebabnya ia kemudiannya dinafikan oleh Sang Tebuan. Tetapi mungkin bila  berita itu datang dari geng Bald Eagle sebab itu  Harimau mempercayai berita itu, Maka Sang Harimau dan kuncu-kuncunya telah mengarahkan agar semua pencarian dibuat kearah barat pula. Kawasan pencarian menjadi bertambah luas dan lebih sukar dan memerlukan bantuan dari lebih ramai pihak. Si Panda tidak berpuas hati dan masih percaya bahawa usaha pencarian mesti diteruskan di kawasan timur. Sang Harimau yang keliru dan lebih mempercayai si bulldogs dan Bald Eagle terus mengeluarkan kenyataan bahawa kawasan yang harus diterokai untuk pencarian tersebut adalah di kawasan barat

Dalam masa yang sama, Si Bald Eagle yang mula-mula dulu menyatakan kemungkingan BADAK tersesat di barat , telah mula mengasingkan diri secara perlahan-lahan..S iBald Eagle telah mengarahkan anaknya KIDD yang membantu usaha pencarian sebelum ini untuk berundur…motifnya..buek perghabis minyak ajo..they knew whats going on..! Walau bagaimanapun usaha pencarian terus juga dilaksanakan oleh Sang Harimau dan Kawannya yang lain dan si Panda masih lagi tidak berputus asa denga usaha pencariannya di sebeblah Timur….Dah sudah masuk hari ke 11 , usaha pencarian masih diteruskan dan masih belum menampaktan sebarang hasil…Sang Harimau dalam kebingungan dan kekeliruan….!!!Dan kumpulan katak-katak makin kuat berounngnng ouikkk….koooongggg..queeeackk sambil memperlekeh dan memandang rendah pada keupayan Harimau.

Semua perkembangan ini diperhatikan dengan teltiti oleh Semut Merah. Pada pandangan Semut Merah, malang sungguh Sang Harimau , ia sedang digula-gulakan oleh sahabat-sahabatnya seperti Bald Eagles, Bulldogs. Pada pandangan Semut Merah, keupayaan Bald Eagle untuk terbang diangkasa luas dan angkasa lepas dan kemahiran Bulldogs untuk menhidu dan menyondol dibumi , agak sukar untuk mempercayai bahawa mereka tidak mengesan atau mengetahui apa-apa maklumat atau klu dimana si BADAK dan rombongannya berada…99.99% Semut Merah tidak percaya .KECUALI PERKARA INI DI ATAS KEHENDAK ALLAH .! Semut Merah juga berpendapat bahawa PANDA, GARUDA  dan MERAK serta MERLION dan KANGARU mesti mempunyai klu mengenai kemana perginya rombongan si BADAK ini tetapi tidak  MENYATAKANNYA ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU DAN BELUM TIBA MASANYA..!Mungkin ada  yg berkata tak baik berburuk sangka…tetapi semut merah berpendapat dalam hal ini..kena lebih berwaspada dan bukan berniat  nak berburuk sangka .!!!

 Walau bagaaimanapun ,Semut Merahl berpendapat dalam pada itu Harimau masih bernasib baik kerana nampaknya si Panda ikhlas untuk membantu..Cuma mungkin si Panda agak reserved sedikit kerana ia mempunyai “pengalaman yg tidak baik dengan Bald Eagles dan Bulldogs dan kuncu-kuncunya…Sehingga kini dengan maklumat yang terlalu banyak dan sangat mengelirukan yang datangnya dari pelbagai sumber yang sukar untuk di verified dan di authenticate kan maka Semut Merah hanya mampu membuat reasonable speculation  mengenai situasi ini berpanduan limited A1 info .Situasi  menjadi lebih menarik dan kronik dan amat sukar diramalkan apa yg sebenanrya menimpa nasib si BADAK bila terdapat banyak katak-katak yang berkuang  berkiong mentafsirkan dan meramalkan nasib yang menimpa si BADAK . Justeru itu Semut Merah telah mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu dan berjumpa dengan kawannya Sang Kancil untuk mendapatkan pandangan kedua [second opinion] mengenai situasi yang berlaku mengenai kes kehilangan BADAK tersebut . Sebaik sahaja Semut Merah berjumpa dengan Sang Kancil , Semut Merah telah menceritakan kepada Sang Kancil  apa yang telah berlaku di dalam usaha pencariannya Rombongan BADAK tersebut. Sejurus kemudian Sang Kancil bertanya kepada Semut Merah ..
”Apa pula pendapat dan pandangan Tuan hamba mengenai kehilangan si BADAK itu .”
Lalu Semut Merah berkata.

 “Hamba tidak boleh nak bercerita secara detail kerana terlalu banyak maklumat yang mengelirukan dan ada banyak perkara yang tidak terjawab lagi…ia hanya boleh diketahui setelah kita berjumpa  dengan BADAK itu dan melihat keadaaanya dan mendengar ceritanya dari Badak itu sendiri..Tetapi..Secara konsepnya…hamba tafsirkan  bahawa  SiBADAK telah di tawan ,mungkin  dengan bantuan oleh proxsi Bald Eagles dengan motif yg tidak pasti sama ada demi untuk “menjatuh maruah dan kredibiliti Sang Harimau  atau kerana Gong Tesebut @ atau kerana tidak mahu kewujudan panda genius itu”..yang turut bersama di dalam rombongan BADAK tersebut’ .“Apa pun motifnya, adalah sukar untuk melihat BADAK itu berada di dalam keadaan sehat walafiat jika ia dijumpai semula . “

“Jadi dimana pada pandangan  Tuan kemungkinan BADAK itu berada sekarang “. Tanya Sang Kancil ?

“Entah laah”.. jawab Semu tMerah.., katanya lagi …

”Sebab hamba tidak dapat maklumat yg sahih , dan kalau pakai firasat hamba, jika motifnya adalah gong nabi sulaiman, kemungkinan untuk menjumpai BADAK di dalam keadaan sihat walalfiat adalah tinggi, JIKA PADA WAKTU INI BADAK ITU MASIH LAGI SIHAT, DAN FAKTOR MASA UNTUK MENJUMPAI SI BADAK ADALAH PENTING. “

JIKA MOTIFNYA ADALAH MENGENAI ANAK PANDA YANG GENIUS ATAU SAJA NAK BUAT ATAS DASAR POLITIK ATAU CEMAR CREDIBITLI HARIMAU…MAKAN PELUANG NAK JUMPA BADAK DALAM KEADAAN SIHAT ADALAH SUKAR…

“Jadi bagaimana Tuan hambar tafsirkan kesudahannya cerita ini nanti.” Tanya Sang Kancil lagi.  

Maka jawab Semut Merah ..”Itulah yang nak hamba tanyakan kepada Tuan hamba ini , Hamba difahamkan Tuan hamba  mempunyai  “bola krystal “ dan berkeupayaan untuk melihat keadaan sebenar di dalam situasi sebegini”.

Maka Jawab Kancil ..”Oh kalau begitu mari kita sama-sama tengok …apa ceritanya  !!!…kata si Kancil sambil mengeluarkan bola krystalnya….Dari situ apa yang mereka Nampak adalah .

“Si BADAK telah ditawan , dan bagaimana ia di tawan tidak dipastikan , kemungkinana bantuan Bald Eagles tidak boleh diketepikan , dan dalam pada itu ,terdapat tiga klu menunjukkan motif ia ditawan , iaitu , sang harimau , gong Nabi sulaiaman dan anak panda yang genius..dan sukar untuk di pastikan yang mana satu ..dan terdapat kemungkinan bapak PANDA dah mengetahui situasi sebenar dan sebab itu terus berada di kawasan timur  ..dan pasti ia akan keluar setelah segala urusan permohonan berkaitan dengan anak panda yang dibuat sebelum ini selesai…..dan baru lah BADAK tersebut  dijumpai dan dalam keadaaan yang tidak sihat. Dan dalangnya ..fuhhh MUNGKIN  merupakan kumpulan manusia yang berkuasa di dunia sekarang kot .DAN TERTIBA TERDAPAT SATU LAGI ..GAMBARAN YG KURANG JELAS…DAN PENUH MISTERI…DAN IA SEOLAH –OLAH NAK MENUNJUKKAN BAHAWA MUNGKIN KEHILANGAN BADAK AKAN TERUS MENJADI MISTERI DAN TANDA TANYA SEPERTI HILANNYA Amelia Earhart .”…Segalanya  Berkemungkinan Dengan Izin Allah!”

Melihat situasi itu …Semut Merah dan Sang Kancil bersetuju dengan scenario yang digambarkan di dalam bola krystal itu . Lalu Semut Merah  berkata…

”Kalau begini Tuanl, tak perlu kita bertindak seperti kumpulan katak-katak tadi..lebih baik kita diam dan dengar apa kata Harimau mengenai usaha pencarian ini ..dan kita tunggu bila tiba masanya….betul atau tidak  misteri kehilangan si BADAK terjawab sepetimana yang digambarkan oleh bola krystal tadi…” …APA PUN INI HANYA RAMALAN DAN TELAHAN YANG TIDAK MEMPUNYAI BUKTI SOKONGAN YANG KUKUH TETAPI IA TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN BEGITU SAHAJA!!!

Sang Kancil pun berkata ..”Hamba setuju ..laaaa nei mari kita tengok apa yang bakal berlaku di Kajang pula..siapa yang kena..!!!!