Friday, 21 March 2014

BED TIME STORY ; TEORI MAT SALLEH

Anak Den yang kocik bertanyo

 “…Abah kenapa kawan saya kata  KITA PANGGIL MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH.???  

Kepalo Den naik poning nak menceritokan, Sebonarnya Den sendiri tak tahu. Lalu Den lotak didalam status FB Den. Dan dari situ timbullah beberapo teori…Malamnya Den panggil anak Den,

 “Maama Sya, tadi Maa Sya Tanya Abah kenapa kenapa kawan Maama Sya kata MAT SALLEH ADALAH ORANG PUTIH kan ?.”

Sebabnya adalah begini … mako Den pun memulokan bed time story Den…Anak Den yang ke ompek , yg berminat nak mengetahui jawapannya turut mendengar  cerito Den…….


“ Alkisah , diawal kurun ke 19 di Malaysia , terdapat banyak  missionary yang membuka sekolah di kawasan Melaka, Selangor dan Penang dan beberapa negeri di tanah Melayu yang lain . Pada masa itu nama-nama sekolah missionary yang terkenal hingga kini seperti  sekolah Covent,  St Francis , Free School dan  Victoria Institutions ,St Michealls , King George dan pelbagai lagi...tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pada peringkat awalnya hanya anak-anak golongan penjajah dan golongan melayu elite sahaja yang dibenarkan belajar disitu. Ini adalah kerana bahasa penghantaran [pembelajaran] yang digunakannya adalah bahasa Inggeris. Dan kewujudkan sekolah-sekolah sedemikian dianggap sebagai sebuah institutsi pengajian yang elite dan khusus untuk golongan tertentu sahaja.

Sehinggalah pada pertengahan kurun ke 19, sekolah itu mula dibuka kepada  masyarakat melayu umum. Walau bagaimanapun  pemilihan untuk masuk ke sekolah tersebut adalah sangat ketat syarat-syaratnya. Ramai anak melayu yang mencuba tetapi tidak seorang pun berjaya. Walau bagaimanapun penetapan syarat yang ketat itu tidak menghalang ,Kassim , seorang anak penoreh getah untuk terus berazam dan berusaha untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah missionary yang dianggap berpestij  pada waktu itu.

Bagi merelisasikan impian dan cita-cita tersebut, Kassim telah berusaha keras bagi memastikan ia lulus peperiksaan kelayakan untuk memasuki sekolah tersebut .Akhirnya usaha Kassim itu membuahkan hasilnya . Dimana pada  satu hari itu  Kassim yang pada zahirnya  merupakan seorang anak kampung yang naif telah menerima perkhabaran gembira mengenai permohonannya untuk memasuki salah sebuah sekolah yang dianggapnya berprestij itu. Beliau telah menerima perkhabaran gembira  melalui  satu surat  yang antara lainya menyatakan bahawa

.......CONGRATULATIONS  YOU HAVE BEEN SELECTED TO BE A STUDENT  IN  LA SALLE SECONDARY SCHOOL , KLANG...SIGNED BY MARK LA SALLE [DAN SURAT TERSEBUT TELAH DI TANDA TANGANI OLEH PENGASASNYA  MARK LA SALLE}

Usaha jerit perit Kassim telah menampakkan hasil, kini ...Kasssim telah berjaya dipilih untuk mengikuti pelajaran di sebuah sekolah missionary yang bernama  LA SALLE...Berita itu amat mengejutkan dan juga membanggakan seluruh orang kampung , maka habislah satu kampung gempar dengan berita pemilihan Kassim untuk belajar di sekolah LA SALLE .  Bapa Kassim ,Pak Abu dengan bangganya telah mencanang ke seluruh kampung  bahawa anaknya merupakan anak kampong melayu pertama  yang telah diterima untuk belajar di sekolah salah sebuah sekolah missionary yang dianggap berprestij ia itu  LA SALLE SCHOOL..
.
Berita gembira itu amat membanggkan bapaknya, Pak Abu. Semenjak dari hari itu , bila Pak Abu berjumpa  dengan orang  kampong , Pak Abu  akan memberitahu orang tersebut bahawa anaknya  si Kassim dipilih masuk sekolah MARK LA SALLE [ Pak Abu menyebutnya “MAT LA SALLEH”]..begitulah ungkapnya setiap kali ia berjumpa dengan orang kampung dan memberitahu mereka ..

”Anak aku berjaya memasuki SEKOLAH  MARK LA SALLE...”

[SEBUTAN BUNYINYA  MAT LA SALLEH .sebab berdasarkan surat tawaran Pak Abu tahu sekolah itu kepunyaan MARK LA SALLE]…Setiap kali ia berjumpa dengan orang dia akan mengatakan dengan bangganya bahawa anaknya telah berjaya memasuki  Sekolah “ MARK LA SALLE... ….Sehinggalah pada satu hari tu Pak Abu pergi bertemu dengan Imam Seman .Semasa perjumpaan itu  dia berkata bahawa anaknya  Si Kassim sudah dipilih untuk bersekolah  di Sekolah “ MARK LA SALLE”[ SEBUTAN BUNYINYA  MAT LA SALLEH} . Lebai Seman yang tidak mengetahui akan  kewujduan sekolah LA SALLE itu bertanya  .

“SEKOLAH MAT SALLE [SEBUTAN BUNYINYA  MAT SALLEH] tu sekolah apa… ?

Lalu Pak Abu dengan bangganya menerangkan bahawa Sekolah MARK LA SALLE  {SEBUTAN BUNYINYA  MAT SALLEH] adalah sekolah  ..ORANG PUTIH….!!!!! Pak Imam pun mengangguk-angguk tanda faham . Apa yang difahmkan oleh Pak Imam adalah SEKOLAH MARK LA SALLE adalah SEKOLAH ORANG PUTIH….  Lalu Pak Abu seterusnya menyatakan niatnya untuk  menjemput Pak Imam untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat yang hendak diadakan dirumahnya pada malam Jumaat akan datang  sempena  kejayaan anaknya memasuki sekolah  LA SALLE . Pak Imam pun bersetuju dengan jemputan tersebut.

Bila tiba hari yang dijanjikan, maka ramai lah yang berkunjung ke rumah Pak Abu untuk meraikan dan mendoakan semoga anaknya Kassim Berjaya menjadi orang berguna dan selamat menuntu ilmu di sekolah LA SALLE. Jamuan kenduri dimulakan dengan majlis bacaan Yassin. Setelah majlis membaca surah yassin  dan tahlil kesyukuran selesai, maka Pak Imam pun mengangkat tangan untuk berdoa…Setiap bait doanya diaminkan oleh mereka  yang hadir..sehingga pada saat Pak Iman membaca bait doa yang berbunyi

…”YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN JAUHILAH SEGALA HALANGAN  KEATAS KASSIM BIN ABU DI DALAM USAHANYA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH ….???? ..[ PAK IMAN TAK INGAT SECARA DETAIL NAMA SEKOLAH LALU MEMANDANG PAK ABU … YANG BERADA  DISEBELAHNYA ..MELIHAT KEADAAN ITU PAK ABU  TERUS  MEMBISIK..KE PANGKAL TELINGA  PAK IMAM …SEKOLAH  MAT SALLEH. [ DAN PADA KETIKA ITU PAK IMAM BARU TERINGAT MAKNA PERKATAAN MAT SALLEH ITU DAN MENYAMBUNGKAN DOA}….SEKOLAH  MARK SALLE ,…[DISEBUT MAT SALLEH] …DAN MENERUSKAN BAIT-BAIT DOANYA..SEHINGGALAH DI AMINKAN OLEH SEMUA YANG HADIR….

Selepas doa tersebut , maka semua hadirin dijamukan dengan dengan makanan yang enak-enak..Sedang Imam itu  enak menjamu selera, tiba-tiba  Lebai  Samad yang berada disebelah Pak Imam  menegurnya dan bertanya…

Pak Imam , Sekolah MARK SALLE [dibsebut “MAT SALLEH ] sekolah apa ?

Maka jawab Pak Imam dengan penuh keyakinan …SEKOLAH MAT SALLEH [disebut “MAT LA SALLEH] ITU SEKOLAH ORANG PUTIH. “

Bila mendengar  jawapan tersebut , barulah  Lebai Samad Faham dan berkata…oiiii …MAT SALLEH tu ..ORANG PUTIH laa..!!! .

Penyataan Lebai Samad itu didengari oleh beberapa  orang kampung yang berada bersama-sama di tempat mereka menjamu selera semasa kenduri tersebut. Dan dari situ mulalah tersebar berita yang mengatakann bahawa SEKOLAH MARK LA SALLE [ MAT SALLEH ]..adalah merujuk kepada SEKOLAH ORANG PUTIH…dan perkhabar itu tersebar dengan cepat dari mulut-ke mulut orang kampung dan dari waktu tersebut semua orang kampong berkefahaman bahwaa MAT SALLEH adalah merujuk kepada ORANG PUTIH….Dan berita dan kefahaman itu tersebar dari kampong  ke kampong, pekan , ke pekan ,Bandar  ke Bandar….dan sehinggalah hari  ini bila orang Melayu berkata MAT SALLEH  biasanya ia membawa maksud merujuk kepada ORANG PUTIH ……”

Begitulah kelentong bed time story Den kepada Mamaa Sya, puteri den yang berumur 7 tahun. Dari riak air mukonyo nampaknyp dio macam percayo kelentong Den..Tetapi si abangnya yang berumur 10 tahun pandang Den semacam..mungkin dalam hatinya..abahnya kelentong laa nei..huhuhu..Masalahnya Den sendiri tak tahu sebob apo  bilo kito kato MAT SALLEH biasonyo merujuk kepada ORANG PUTIH..!!! Den dah google , tapi hampeh tak jumpo….Den harap lopeh ini kalau sesiapo ado anak yang bertanyokan soalan yang samo…harap dio google dan jumpo cerito bed time story Den mengenai MAT SALLE ini .

Sebaik sahajo selosai menceritokan kepada anak Den mengenai teori MAT SALLEH, anak Den yang keompek tu pulak tanyo….Abah ..RUMAH PASONG TU APA…? Den tanyo dimana Fauzan tahu  perkataan itu..Jawabnya ..ari tu WEA [NENEKNYA /OMAK DEN]   SEMASA DI KAMPUNG ADA BERKATA KEPADA NYA “..FAUZAN BELAJAR RAJIN-RAJIN , JANGAN BUAT JAHAT , KALAU BUAT JAHAT  MALAS BELAJAR NANTI KENA MASUK RUMAH PASONG….!!!!  MASALAHNYA DIA TAK TAHU APA ITU RUMAH PASONG…Jawab Den nantilaah abah ceritakan pula apa itu RUMAH PASONG Laa nei jom kita tidur dulu…Al rite ?!!1 Good Nite !!!