Sunday, 2 February 2014

The Power of Comma

Semonjak Den jadi Pegawai Kadet Kanan, sehinggo Den dah pencen, ghamai bonar yang dok panggil atau address Den sebagai TUAN. Semaso dalam perkhidmatan, Den tak berapo nak kisah, walaupun sebonarnya dalam hati kocik Den memang tak berapo seleso orang  panggil Den Tuan. Sobabnya susah jugak Den nak torangkan kek sini takut timbul macam-macam spekulasi dan tanggapan  yang bukan-bukan. Pokoknya Den memang tak seleso bilo di panggil tuan..tapi dah dalam askar Den tak naklah membosarkan isu ini ..sobab dah jadi satu  “keperluan” untuk memanggil pegawai tentera sebagai Tuan.

Bilo Den masuk unit 11 RGK ado satu tempoh tu, Pegawai Memerintah Den buat  “peraturan sendiri “ untuk  anggota 11 RGK , dimano semuo warga 11 RGK dibenarkan memanggil pegawainya sebagai “BOSS” . Dari Pegawai Memerintah sampai laa ke pegawai mudo…semuonya dipanggil Boss oleh anggota bawahan mereko . Bagi kami ia tidak menjadi masalah dan dari sogi kebaikannya kami yang pegawai ini teraso lebih mesra dan mudah nak bersembang dengan pihak atasan kami .Terasa semacam ado “special bonding “ pulak. Kami lebih mesra dan lebih memahami antara satu sama lain.

Disini bukanlah Den memandai-mandai nak mencadangkan agar semua panggillan Tuan yang diberikan kepada pegawai atasan kami hari ini dalam tentera di tukar kepada panggilan “Boss” . Secara peribadi Den sendiri tak setuju dan tak berniat nak mencadangkan perkaro yang tak berfaedah itu. Apo yang Den nak ceritokan adolah ketidak berapo selesoanya Den bilo orang bawah panggil Den sebagai  “Tuan”. Bagi Den ia  agak terlalu formal  dan kono lak orang yang memanggil Den tu bukan anggota ATM, Den ghaso lagi janggal. Apo-apo pun ia dah menjadi tradisi dan amalan dalam tentera…tak perlulah kito nak pertikaikan disini. Maso dalam askar dulu…perkataan…Baik Tuan , OK Tuan , Siap Tuan , Beres Tuan , Terimo Kasih Tuan …semuonya adalah lumrah dalam kehidupan kami sebagai anggota tentera .Kalau tak dongar perkataan tu ghaso tak longkap lak hari Den .

Tapi ado satu kisah dimano Den amat marah dan goram bilo orang /anggota Den panggil Den tuan . Kisah terjadi bilo kami terlibat di dalam satu latihan tahunan kami yang berkonsepkan “Peperangan Konvensional” , dimana kami terpaksa membuat latihan dengan melaksanakan tugas-tugas unit infantry. Biasanya latihan tahunan unit Gerup Gerak Khas  atau dikenali sebagai Latihan Boraq , merupakan latihan yang melibatkan kesemua unit dibawah naungan Gerup Gerak Khas. Secara tradisinya latihan Boraq akan melibatkan scenario penugasan GGK yang sebenarnya . Ada kumpulan yang akan mendayung , ada kumpulan yang akan membuat terjunan payung , ada kumpulan yang melaksanakan penyusupan berjalan kaki beratus km dan sebagainya. Akhirnya kumpulan tersebut akan berkumpul di satu sasaran  untuk melaksanakan serang mengejut atau pemusnahan ke atas lokasi tertentu.

Tetapi latihan yang berkonsepkan  “Peperangan Konvensional” ini lain sikit. Maklumlah dalam konteks ini kami terpaksa melaksanakan operasi seperti unit infantry biasa. Kami akan mara dengan berjalan kaki dan berkenderaan. Semasa di dalam perjalanan kami akan membuat pembersihan kawasan yang disyaki ada musuh dan kami juga akan membuat serangan dari peringkat seksyen, platun dan squadron. Pada dasarnya ia merupakan satu latihan yang tidak mendatangkan sebarang masalah kepada  kami. Kami seronok dan enjoy melaksanakan latihan tersebut .

Setelah hampir 10 hari kami bergerak , mara dan membersihkan kawasan-kawasan yang disyaki ada musuh di kawasan mara kami , kami telah diarahkan untuk membuat satu serangan peringkat rejimen ke atas satu kedudukan musuh . 3 hari 3 malam kami merancang dan membuat tinjauan keatas sasaran musuh yang letaknya kira-kira 20 km dari kawasan Foward Firm Base kami . Setelah semua persiapan dan perancangan selesai dilaksanakan , pada petang itu , kami telah di beri perintah akhir mengenai operasi yang akan dilaksanakan . Kumpulan Den , sebagi “kumpulah pemusnah/peletup” [Demolition Team] telah diarahkan untuk bergerak bersama-sama dengan Rejimen HQ, . Bila mendengar  arahan tersebut, Den tak berapa sedap hati kerana terpaksa berjalan bersama kumpulan Rejimen HQ yang mana Pegawai Memerintah akan turut serta.  Pegawai Memerintah Den amat  terliti dan“berhati-hati “ orangnya [very  particulars] .Setiap arahan diberi dengan teperinci, jelas dan diulangi beberapa kali .

Memandangakan kami akan mula bergerak bila hari sudah malam, dan kami tidak dibenarkan mengunakan sebarang alat bantuan cahaya , kami semua telah diingatkan supaya sentiasa berjalan rapat antara satu sama lain, dan orang belakang hendaklah memegang bahu orang dihadapan. Kami tidak dibenarkan berhenti jika orang depan tidak berhenti. Kami diingatkan supaya berjalan seperti orang buta yang dipandu oleh orang hadapan dan dilarang sama sekali untuk “terputus”/terlepas dari memegang orang hadapan. Untuk memastikan kami akan sentiasa berjalan di dalam satu barisan dan tidak terputus atau sesat semasa perjalanan , CO telah memberi arahan supaya orang hadapan hendaklah memberi amaran kepada orang belakang jika mereka melalui sebarang halangan supaya mudah orang belakang bertindak.  Jika anggota hadapan terpaksa melalaui pagar, maka ia akan membisikan “ada pagar” , kalau ada longkang ..” ada longkang “ kepada orang belakang supaya mereka mudah bertindak.

Kira-kira pukul 8 malam, setelah semuanya siap sebagaimana yang dirancang, kumpulan kami mula bergerak diketuai oleh ketua Squadron Serangan , dan selepas Rejimen HQ, Tim Den pun turut berjalan..di hadapan Den adalah seorang trooper yang “lurus bendul “…lebih kurang 500meter kami berjalan , Trooper dihadapan Den , Tropper A, berpusing dan berbisik kepada Den ..” ..Tuan ..ada  pagar”…OK jawab Den ..kemudian “Tuan ada  calvert “ ..OK jawab Den ..dan punya laa lurus  tropper tu , setiap halangan dia akan lapurkan kepada Den ..Cuma mungkin pasal dah letih dia dah tak guna perkataan ADA lagi  ..Bila tersadung akar…Dia bisik kat Den ..”TUAN AKAR”…lepas tu “TUAN KAYU “…tak lama kemudian ..” TUAN LONGKANG”…dan tak berapa lama kemudian , Den dapat rasakan dia cuba mengelakkan ke kanan dan kata ..”TUAN BABI HUTAN “…
Bilo Den dongar ajo dio kato   “...”TUAN BABI HUTAN.!” . ..Den terus   bergorak kearahnya dan terus Den  luku kepalonya dengan alas an  dio kato Den Babi Hutan ???...”Tpr yang mungkin dalam kesakitan akibat diluku oleh Den tu pun , menjawab sambil tergolak ..laaaa Tuan bila saya kata Tuan Babi ..saya kata Depan tu tadi ada babi ..! Bila mendengar aje kata-kata tu  anggota yang lain tergelak dalam keadaan berbisik dan walaupun cuba di kawal ia agak kuat..Situasi itu telah menyababkan RSM yang mendengari perkara itu menjadi marah  dan berkata..”

“ Woit , apa pasal kau orang gelak, nak mampus ke..[mungkin RSM itu tidak mengetahui kehadiran Den disitu , itu yan gmenyebabkan dia berkata demikian ..] ..tapi entah macamana Troperr A tadi terus berkata ..” Encik ..Babi..Encik !!! “… Bila mengdengar kata-kata itu , RSM pulak bising a, siapa yang  panggil aku babi  , mari sini…Bagi nak meredakan keadaaan , Den datang berjumpa dengan RSM dan menerangkan keadaaan sebenarnya…RSM pun senyum dan berkata…ingtakan tadi dia kata saya Babi tuan …!!!  Dalam hati Den pun tertanya-tanya , bagaimana kalau yang menegur dia tadi tu adalah Pegawai Memerintah kami ..Adakah Trp itu akan juga katan ..”Tuan Babi Hutan  Tuan .!” ..Kalau scenario itu berlaku  bagaimanakah respond CO kami dan apakah agaknya nasib truper itu ?.

Apapun malam itu kami Berjaya sampai disasaran  dan melaksanakan penugasan kami. Tetapi malam itu meninggalkan sedikit  phobia pada Den bila di panggil  ..Tuan,  Kayu , Tuan, Longkang , Tuan, Babi..… ..Tu sebab Den berazam kalau Den dah pencen nanti tak payahlah panggil Den Tuan ..panggil Pak Cik ke, En ke, kalau yang Melayu Urban tu panggil Den UNCLE Den pun dah ok ….Apo yang Den belaja pado malam tu iolah  …hanyo dengan secalit koma [,] maruah diri kito boleh terjejas…TUAN , BABI dengan  TUAN BABI ….duo perkaro berbezo ..ibarat langit dan bumi ….!!

HANG HIM NOT, RELEASE HIM.  jauh bezanya dengan  HANG HIM, NOT RELEASE HIM .