Sunday, 19 January 2014

GENG 13 : Hero or Zero

Kisah pelatih komando  [budak basic] yang hilang semasa latihan mendayung jauh dari  Sungai Udang ke kawasan Pulau Besar  pada awal Dis yang lalu telah banyak menimbulkan tanda tanya. Di saat mula berita kehilangan mereka  itu disebarkan, ia menjadi harapan semua pihak agar mereka semua selamat dari segala bahaya dan mala petaka. Ribuan doa dipohon oleh sanak saudara mereka, kenalan rapat dan juga rakyat Malaysia yang perihatin dan simpati dengan nasib mereka . 18 jam kemudian Alhamdullah, mereka semua dilapurkan telah berjaya dijumpai di Pantai Puteri di dalam keadaaan selamat tetapi di dalam “keletihan” dan mereka terus di bawa ke Hospital  untuk rawatan.

Sebaik sahaja tersebar mengenai perjumpaan mereka …. Pelbagai kata pujian dan sokongan moral yang diberikan oleh rakyat jelata. Ada yang tumpang bangga dengan berita “bagaimana mereka mengharungi peristiwa hilang di bawa ombak besar”sehingga terselamat . Selain dari itu tidak kurang juga ucapan kesyukuran di atas kejayaan mereka mengatasi dan mengharungi bencana yang menimpa mereka. Begitu hebatnya berita tersebut dan begitu gahnya “ berita kejayaan mereka “ mengharungi musibah sehinggakan tidak sampai 48 jam, seorang pemimpin negeri telah berjanji untuk memberi Pingat Keberanian kepada Geng 13 tersebut . Tindakan dan niat pemimpin itu mendapat pelbagai reaksi dari rakyat jelata. Ada yang suka, ada yang bangga dan ada juga yang mencerca.

Bagi Den, reaksi mereka itu adalah terlalu “spontan” dan “ad hoc”. Ia tidak  mengambarkan pengetahuan dan kefahaman sebenar mereka tentang  “perisitiwa “ yang berlaku. Nak salahkan mereka yang memuji atau mencerca di peringkat itu pun, bagi Den tak berfaedah, kerana memang menjadi lumrah rakyat Malaysia …Bila ada isu besar, semuanya berlumba-lumba memberi pandangan dan pendapat, masa itu pakar roti canai  menjadi pakar cup cake, pakar teh tarik menjadi pakar ice blended, pakar  membaik TV menjadi pakar ICT. Apa-apa pun pada masa itu, ramai diantara kita masih tetap bersama-sama mengucapkan kesyukuran kerana , apa pun yang telah berlaku pada  mereka yang hilang itu telah dijumpai dan semuanya berada di dalam keadaaan selamat. Sepanjang “rentetan peristiwa” isu itu sehingga ke semalam, Den tidak berani nak memberi sebarang pujian, komen mahupun pendapat..Cuma Den hanya pernah mendoakan bersama-sama ribuan rakyat Malaysia yang lain agar mereka semua Selamat dan Alhamdulilah doa Rakyat Malaysia dimakhbulkan Allah, mereka semua selamat .

Dan semalam timbul pulak kekecohan dalam akhbar mengenai “situasi sebenar” yang menimpa Geng 13 ini . Ada pelbagai versi dan kisah yang telah di ceritakan di akhbar, di laporan polis , dari cerita-ceirita desas –desus . Dan yang  tak sedapnya ia lebih berunsur presepsi negative seperti  mempertikaikan akan kesahihan dan kejadian sebenar “versi” yang mula-mula diceritakan oleh Geng 13 ..bahawa dalam perjalanan latihan mendayung jarak jauh mereka telah di pukul ombak beasar dan ribut , mereka telah hilang arah dan setelah 18 jam kemudian mereka Berjaya mendarat di Pantai Puteri, itu pun setelah injin perahu tempur mereka di  baiki.”…Dan berdasarkan kepada cerita versi pertama inilah, ada Pemimpin Negeri bercadang memberi Pingat Gagah Berani , berdasarkan kepada versi inilah..beribu kata-kata pujian dan sokongan moral diberikan kepada pasukan GGK, walaupun anggota yang terlibat..masih lagi berstatus pelatih ….dan pelbagai pujian demi pujian datang bertali arus dari rakyat yang perihatin dan memang menyokong ATM..

COURTESY FORM FB WEAPONMASTER RED AERNID


Tulisan artikel bertajuk  “Hero or Zero “ , yang terpampang di dada akhbar tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada ramai pihak. Terdapat juga maklumat yang mengatakan bahawa ada diantara Geng 13 yang telah membuat laporan  polis kerana mereka telah “di desak “ dicoach” untuk  memberi versi cerita yang sama jika ditanya oleh pihak yang melaksanakan siasatan. Dan di beritakan walaupun agak lewat….ATM akan membuat satu PC mengenai isu itu pada esok pagi [Isnin 20 Jan 14] .  Dan bagi memudahkabn Den diserangkomkan ..isu sekarang adalah seperti berikut;

“Geng 13, yang terlibat di dalam latihan mendayung jarak jauh, telah dipukul ombak kuat dan ribut , mereka telah berpecah dari kumpulan utama, mereka hanyut, dan  selepas 18 jam mereka semua dijumpai selamat. Berita ini merupakan berita yang mengembirakan untuk semua pihak. Dan tak sampai 24 jam ,Ada pemimpin negeri yang berjanji akan memberikan mereka pingat keberanian diatas kejayaan mereka mengharungi kesukaran"

Malangnya  beberapa minggu kemudiannya, terdapat pelbagai versi cerita baru yang timbul seperti ada yang mengatakan mereka sempat ke kenduri orang kahwin . Ada mengatakan mereka sempat membaik injin bot dan balik ke pantai. Ada yan gmengatakjan bahawa sebenarnya mereka telah Berjaya menyelamatkan diri dengan berbapatah balik sebaik sahaja dilanda ombak. Akhibatnya  berita –berita ini telah menimbulkan keraguan dan ia secara tidak langsung   boleh menjejaskan nama baik dan imei GGK dan ATM . Hasilnya satu artikel yang bertajuk Hero or Zero telah terpampang di dada akhbar …dan barulah ATM nak buat PC ……!! Perghhhhh….!!!  Bagaimana perkara ini boleh terjadi….?  Den tak pasti samada Den mengkritik atau sekadar nak bertanya Dalam….ATM ..Siapa yang bertanggunjawab terhadap ..” PERCEPTION MANAGEMENT ????”  Den tak nak mengajar /mengkritik mengenai isu “PERCEPTION MANAGEMENT “…..nanti ado orang kato Den berlagak dan tunjuk pandai lak…

Den nak sambung pasal nasib yang menimpa Geng 13 ini . Dalam hal ini Den pasti ATM tahu apo yang nak dibuat. Memandangan isu ini dah jadi satu isu besar dan boleh memberi implikasi dan presepsi yang negatif terhadap GGK dan ATM, Den percaya ATM akan @ mungkin sudah  menubuhkan satu  Board Inquiry –dan kalau boleh mereka adalah yang terdiri dari Pegawai-Pegawai yang bukan berkhidmat dari unit GGK. Dan kalau ikut pengalaman Den , dalam masa 24 jam , kalau geng BOI[Board of Inquery] tu  “really smart and know where to push, to tickle  and pluck“….Versi sebenar isu kehilangan ini akan diketahui ….ini berdasarkan kepada pengalaman Den . Jadi apo yang nak katakan di sini ..Isu kehilangan/insiden ini sebenarnya isu nya mudah dan tidak lah begitu complicated untuk diselesaikan.

Untuk mengetahui akan kebenaran cerita dan apa yang berlaku sebenarnya bukanlah satu benda yang sukar.  Den pasti pegawai-pegawai yang dilantik di dalam Lembaga Penyiasatan itu , tahu apa yang nak dibuat….. Dalam pada itu, bagi Den secara peribadi Kalau berdasarkan dari versi-versi yang Den dah dengar, dari laporan berita, dari keadaaan mereka dan lokasi mereka dijumpai …Dalam bahoso mudah Den ..SOMETHING IS NOT RIGHTTHERE IS A RAT IN MY KITCHEN….! Ada sesuatu kebenaran yang telah disembunyikan . Itu sebab bila Den terbaca berita mengenai  artikel HERO or ZERO Den tak berasa apa-apa…marah atau kecewa, tetapi Den rasa terkilan …sebab ia semuanya adalah lebih menjurus kepada isu  PRECEPTION MANAGEMENT …Bagaimana satu isu yang mudah itu telah di manupulasi oleh pihak tertentu untuk memberi gambaran, imeg dan kredibiliti yang buruk terhadap sesuatu institutsi. Den pun maleh nak sembang lebih pasal isu ini, sebab …. Den Hanyo askar pencen…..!

Berdasarkan kepada rentetan kes ini, pendapat Den secara peribadi …Kita tak perlulah salahkan/kutuk/mencemoh  Ketuo Mentori Den sebab bagi Den dio mempunyai niat yang baik dan memang mempunyai hak untuk berbuat demikian , Cuma dalam konteks ini terdapat kemungkinan dia mendapat sumber info yang tidak lengkap, nasihat yang salah atau penasihatnya agak gopoh untuk menyampaikan berita itu tanpa membuat sebarang  langkah ..due diligence  . Dalam masa yang sama bagi Den secara peribadi tak perlu Den nak kutuk dan marah dengan penulis HERO or ZERO, sebab dah memang kerja dia sebagai pemberita….looking for “berita sensasi”….ini semua sebab nak nama, bisnes dan sebagainya. Den rasa kita harus belajar dari dia bagaimana dia memahamai dan mengaplikasikan konsep.     ”  PERCEPTION MANEGEMENT “….

Dan bagi Geng 13 tu Den tak kisah sangat ..sebab 11 daripadanya adalah anak-anak muda yang masih lagi mejalani latihan untuk melayakkan mereka menjadi anggota gerak khas. Harap mereka sedar dan bercakap benar tentang apa yang berlaku …Apa yang Den risau dan kisahkan adalah nasib duo orang jurulatih tersebut…kerana bagi Den, jawapan terhadap segala persoalan terletak kepada mereka berdua….Melalui pengalaman Den , Jika dia kata terjun , kami pelatih akan terjun , kalau dia kata makan , kami akan makan , kalau dia kata “forward roll”..kami anggota basic akan forward roll tanpa berani bertanya , kenapa, sebab apa….walaupun kami disuruh begitu sebab jurulatih hanya SUKA-SUKA AJE…!