Monday, 13 January 2014

“Epic, Disillusions ,Misrepresentation " About GGK

Laa nei Den lihat tanggapan masyarakat umum terutamonya geng anak mudo begitu menghormati dan  bangga dengan pasukan khusus ATM , tak kirolah Gerak Khas , PASKAL atau PASKAU. Phenomena ini mungkin disebabkan ekoran dari beberapa siri insiden yang melibatkan peranan dan penugasan  pasukan khas ini, yang diketahui secara umum tetapi tidak secara spesifik . Den secara peribadi merasa bangga  dengan situasi sebegini wlaaupun Den dah dikategorikan sebagai komando pencen. Tetapi di dalam  masa yang sama jauh disudut hati , Den rasa risau jugak sebab sanjungan dan harapan yang terlalu tinggi yang diberikan akan  bisa bertukar kepada kutukan dan cemohan sekiranya “bebudak komando “ [tiga cabang] tidak sentiasa berusaha untuk menjaga nama baik pasukan masing-masing. Den tambah bimbang dengan penyebaran cerita-cerita yang terlalu “gah “ mengenai kebolehan dan keupayaan pasukan ini . Dari satu sudut ia memang bagus untuk publisiti dan “show off force” tetapi dari  sudut lain ia boleh “merosakkan nama baik institutsi itu sendiri “.

Den kalau boleh suka  komando   maintain  :low profile and out of the spotlight “ …macam dulu-dulu …No publisiti/ media coverage ..let it be a  “mystery , shadow organization “..macam  unit risik ATM. Tidak mahu/perlu sebarang  publisiti , kita tak tahupun akan penugasan/sumbangan mereka kepada keselamatan Negara …ianya wujud umpama lilin…seperti  susu dan sapi …..!! Kalau dibuat survey berikan tiga nama Panglima Komando dan tiga nama Pengarah Perisikan ATM …agak-agaknya Panglima manalah  yang mudah diberi jawapan ?

Den tidak berminat nak menjadi jurucakap kepada unit khas lain seperti PASKAU,PASKAL UTK, APMM dan sebagainya. Dan tidak juga jurucakap bagi ppihak GGK . Tetapi Den sebagai bekas komando [Gerak Khas]  rasa terpanggil untuk samo-samo mengingatkan  agar semua anggota Gerak Khas tak kirolah samo ado yang masih berkhidmat dan yang telah berpencen untuk samo-samo menjago nama baik  BERE  HIJAU dan  mengamalkan apo yang pernah dilazafkan di dalam SUMPAH PERAJURIT KOMANDO.

Sejak kebelakangan ini Den banyak mendengar berita mengenai kisah-kisah yang diceritakan kepada pihak umum sama ada oleh , anggota komando yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara  tentang ke gahan mereka sebagai komando . Dari maklumat yang Den terima , dari anak-anak muda yang minta “pengesahan” tentang cerita-cerita menarik  mengenai kehidupan sebagai anggota komando “amat mengelirukan dan kebanyakkannya “lebih komando dari komando”.  Den menjadi serba salah sama ada perlu meng iyakan maklumat tersebut atau menafikan . Jika Den mengiyakan, nampak sangatlah Den ini kemaruk glamor dan banggo tak bertompek , kalau Den tidak mengiyakan maka akan terhakislah “kepercayaan “ permuda tersebut  terhadap anggota atau bekas anggota komando yang dikenalinya. Biasanya respond Den dalam situasi begitu jawapan Den adalah ..” Entahlah , masa zaman Den tak ada benda begitu, mungkin Den tak tahu, mungkin ia berlaku sebelum atau selepas Den berkhidmat”. Niat Den hanya nak menjaga hati dan perasaan kedua belah pihak.

Pado geng-geng komando yang masih berkhidmat dan juga yang telah berkhidmat , Den tahu memang ada banyak cerita-cerita dan kejadian-kejadian yang menarik, yang berlaku semasa tempoh berkhidmatan tuan-tuan yang amat seronok dikenang dan diceritakan semula kepada pihak tertentu  sebagai sesuatu pengalaman berharga kita semasa berkhidmat di dalam komando. Tetapi bagi Den biarlah ia diceritakan secara “berpada-pada” dan sederhana dan jangan  yang terlampau “absurd” dan sukar nak dipercayai dikacamata  umum.

Den secara peribadi walaupun dah berkhimat selamat 27 tahun dalam ATM , tidak banyak mempunyai pengalaman-pengalaman yang  “begitu advanterous dan daring” yang boleh Den ceritakan sebagai pengalaman Den semasa berkhidmat di dalam ATM kepada orang ramai. Dan secara kebetulan semasa berkhidmat Den terlepas untuk mengikuti banyak operasi-operasi khas yang dipertanggunjawabkan kepada unit GerakKhas. Kalau ada pun pengalaman Den yang menarik semasa di dalam perkhidmatan adalah kebanyakkan mengenai “isu-isu biasa “ dan bagi Den bila mengenangkannya ia lebih kepada versi kisah lawak.

Apo pun matlamat penulisan Den kali ini adolah nak sesama  mengingatkan kawan-kawan Den yang masih berkhidmat dan juga yang telah bersaro termasuk diri Den, kalau ado cerito-cerito dan kisah-kisah yang menarik tu, usahakan lah agar ianya boleh didokumkenkan   semada melalui blog, coretan peribadi [seperti kisah  PW 1Abdul Ghani – SSM X Ray  yang menceritkan pengalaman beliau semasa dalam  operasi membebaskan pegawai tentera yang ditawan oleh pihak PKM di AirTerjunTempler } supaya ia boleh di jadikan “kisah dan tauladan” untuk  generasi  masa depan . Kalau Den ada kemampuan dari segi masa dan kewangan memang dah lama niat Den nak jumpa orang-orang lamo dan anggota komando yang masih berkhidmat untuk merekodkan pengalaman-pengalaman  “berharga” mereka semasa operasi/latihan dan juga penugasan sebagai  anggota komando untuk  tatapan anak muda dimasa hadapan.

Matlamat yang keduo Den kalau tuan-tuan ado banyak cerito yang menarik dan berdasarkan kepada pengalaman sebenar , janganlah ditokok tambah secara berlebihan hingga menjadi satu persoalan oleh mereka yang mendengarnya. Dan kalau ada dikalangan anda yang bukan anggota komando yang mempunyai cerita mengenai kisah komando janganlah anda bercerita seolah-olah andalah anggota komando yang hebat itu . Kerana lambat laun rahsia itu akan terpecah juga….Kalau kita  adalah seumpama  kuching  semasa perkhidmatan janganlah bertukar seperti harimau sebaik sahaja berhenti dari perkhidmatan. Kalau boleh kita yang   bekerja  “behind the desk” semasa perkhidmatan janganlah selepas bersara/berhenti menjadi seperti sang harimau hulubalang rimba …..Akulah Komando ! Den Komando !  Den masa berkhidmat dalam komando hamper 11 tahun duduk dalam unit tempur , tetapi sekalipun pun  tak  pernah bertempur..Den dalam kategori komando yang biaso-biaso ajo.
Semasa Den dalam komando sendiri, Den banyak mendengar kisah-kisah “keberanian” anggota –anggota komando  yang dulu-dulu , tapi  ianya adalah cerita  dari mulut ke mulut . Sukar untuk mengesahkan kebenarnnya. Dan kalau cerita itu disampaikan oleh mereka-mereka yang lebih kreatif akan mulalah timbul  “isu-isu” yang keterlaluan yang sukar untuk dipercayai ia bermula dari kisah benar, bertukar menjadi legenda dan kemudiannya beralih sebagai mitos dan berkesudahan sebagai  “cerita dongeng , cong dan goring “….dan akhirnya ia menjadi cerita lawak yang dipostingkan di dalam status FB.


Den tak pasti sama ada usaha sedang dibuat oleh pihak Gerak Khas untuk mendokumenkan segala kisah-kisah menarik mengenai perjuangan dan pengilibatan komando didalam operasi-operasi khas , jika ia sedang dilaksanakan , Alhamdulilah dan jika ia belum dilaksanakan Den rasa ia patut diusul dan dimulakan sebelum terlambat. Dan sementara menunggunya saat itu , Den berharap semua warga komando tak kira sama ada yang sedang bertugas maupun telah pencen …janganlah bersembang pasal komando lebih dari komando yang sebenarnya…..The public have a high regards towards GGK , so it is our duty regardless for those who are still in the service or have left the service to uphold the good image and reputation of Gerak Khas !  No more  “epic, disillusions , misrepresentation” story about  GERAK KHAS.