Monday, 13 January 2014

CW 4 : BETWEEN MENUANG AND DECEPTION

Still in the Cadet Wing ….Setelah hamper tiga bulan berlalu , Den dan beberapa kawan lain dah sampai tahap lali dan dah tak ambil kisah pasal nak kena “ragging”, “hell” dan seumpamanya lagi. Nak kato badan dah khobar [kebal] tak jugak. Sesekali kono penumbok kek ulu hati , masih terghaso sonak dan podihnyo. Nak kato mental dah tak peduli pasal hal tu ,tak jugak, sesekali terghaso jugak sayu di dihati..apolaa bodohnyo masuk askar fikir Den maso tu. Tapi perkaro itu semuo Den cubo atasi dengan selalu memikirkan yang positif.

Den selalu teringek cakap arwah Haji Dewa, orang tuo di kampung Den dulu.

Katonyo .."lagi banyak kito ditimpo kesusahan dan musibah sebonanrya lagi banyak hikmat dan kebaikannya."

..Pinng??? ...Dalam hati Den berkato .." Apo yang dato ngarukkan ini ?"Tapi sebagai budak kampung Den tanyo dio dengan baik .. "Apo yang dato maksudkan ?."

Katonya, "Itu bermakno Allah nak uji kesabaran dan sejauh mano kito percayo kepada " Qada dan Qadar yang telah ditentukan Allah ...dan..bla..bla.."

..Pendeknyo panjang tarbiah yang telah disampaikan oleh arwah dato Dewa pado Den pada hari itu. Asalnya Den tolong dio panjat pokok buah manggis , entah macamano dahan yang Den pijak boleh patah walaupun,setahu Den dahan pokok manggis memang liat dan susah patah . Bilo jatuh, nasib baik kaki Den tak patah cumo terseliuh dan sakit jugak laaa. Dalam Den menahan kesakitan itu, katonyo lagi...."ini baru sikit, bilo tibo shakaratul maut esok..lagi teruk.".Bilo Den dongan bondo tu Den terus senyap ,walaupun kaki Den memang sakit sangat. sojak hari itu , bilo ajo Den ditimpo kesakitan Den Selalu ingek pasal sakit Den dan sakit ketiko nak mati.....bilo ingek macam gitu..Den ghaso kesakitan yang den sedang tanggung itu kurang jugak ghasonyo...ini semuo adolah permainan "physicology" dan "mental"...”You Are What You Think".

Berbalik pasal cerito Den semaso di Cawangan Kadet dulu, bagi kami pegawai kadet semasa tahap junior kadet memang selalu di dera dan tidak lah seserius mana,tetapi ada diantara kami sangat merasa tertekan akibat dari “kejadian itu”. Bagi Den, secara peribadi ia nya tidaklah menjadi isu besar dan sampai ke peringkat nak “berkemurungan”. Den hadapi perkara itu dengan tenang walaupun pada hakikatnya Den menyampah kerana “dibuli” dan di jadikan “punching bag” tanpa boleh melawan. Bukan tak ado niat nak melawan perbuatan senior Den tu , tapi dalam hati kocik Den selalu berkato ..” Ini hari , hari dio orang..bilo sampai maso nanti kami jadi senior pulak…entah apo pulak peranghai kami , entah –entah lobih torok lagi.” Bagi Den akan sampai masonyo, jadi Den sabar dan redha ajo dengan keadaan yang Den terimo pado maso itu .

Dalam pado itu, Den bukannya pasrah bulat-bulat dengan keadaan itu. Otak kocik Den sentiaso berputar ligat macam gasing untuk mencari kemungkinan bagaimana nak meminimakan “kesakitan, kesusahan dan azab yang Den terimo semaso fasa “ragging”. Harap para pemboco jangan salah sangko..semaso kami jadi junior kadet hampir setiap malam kami terpaksa berbaris selepas selesai membuat “fatique pembersihan kawasan selepas klas prep malam”. Biasanya kami akan di panggil berbaris selepas jam 1145 mlm di bahagian foyer ‘company line ‘[bilik penginapan] kami. Acara yang biasa pada waktu itu adalah penyampaian arahan oleh SUO [Pegawai Rendah Kanan] selalu ketua kompeni atau mana-mana pemengang pangkat yang lain. Dan biasanya dalam waktu itu akan dikenakan dengan pelbagai “hukuman” diatas apa juga kesalahan yang kami buat pada hari tersebunt. Kesalahan yang biasa adalah isu kebersihan tandas, company line, bilik kami, tidur dalam kelas dan sebagainya. Bentuk hukuman adalah berbeza-beza..seperti forward roll, side roll, crawling, dan penampar dan penumbok…Matlmat sebenar untuk menghukum telah bertukar menjadi “mendera”…Samo ado ia sesuai dikategorikan sebagai ranging, hell atau sekadar hukuman, kau nilaikanlah sendiri.Bagi Den kalau sesi kono forward roll, side roll, crawling, pumping, jalan itek..secara beramai-ramai , Den tak kisah malah biasnaya Den akan menganggap situasi sebagai satu pesta .

Dan dalam pado itu sudah pasti Den akan mempraktikkan skill “menuang” Den. Semasa melaksanakan perkara itu biasonyo Den akan bersuaro memberi semangat kepada kekawan dan dalam maso yang samo dari sogi praktikalnyo Den akan menuang, biasonyo senior kadet tak perasan , dio mungkin ingek Den buat “hukuman” tersebut dengan penuh semangat sambil cubo member motivasi pado kekawan. Tapi sebonarnyo itulah helah Den untuk menuang. Buktinya..ado sekali tu kami telah dipaksa membuat “combat crawling”, kehulu-kehilir, akibatnya hamper semua siku pegawai kadet junior kompeni Den , melecet di bahagian siku masing-masing pada tahap agak teruk, kecuali Den.

Pada sebelah paginya, semasa perbarisan pagi, Staff Sarjan Shahrudin, salah seorang jurulatih kami perasan akan luka-luka yang ada pada setiap pegawai kadet….dan bila diperiksa , hanya Den sahaja yang tidak mengalami sebarang luka atau kesan melecet. Bila ditanya oleh jurulatih, adakah kami telah didera, kami semua menjawab hamper serentak.

”TIDAK STAFF!”

Bila ditanya bagaimana luka meleceh disiku itu terjadi..Kami menjawab hamper serentak.

“…KAMI JATUH STAFF….”

Dan jurulatih tersebut pula bertanya kepada Den mengapa siku berada didalam keadaan baik dan tidak melecet…

Jawab Den“..SAYA TIDAK JATUH STAFF…”

Masa itu semua kadet lain senyum bila mendengarnya…mungkin ada di antara mereka yang menjangkakan yang Den akan menjawab..”SEBAB SAYA TUANG STAFF!”. MENUANG, TUANG MERUPAKAN ISTILAH TENTERA UNTUK ORANG YANG SUKA CURI TULANG/MENIPU TETAPI BAGI DEN MENUANG ADALAH,“…THAT IS DECEPTION …!!!!

Pada dasarnya jurlatih tersebut tahu yang kami telah didera, tetapi pada zaman itu, ia merupakan perkara lumrah dan jurulatih pun tidak ambil kisah sangat. Bagi Den pula istilah menuang tidak sesuai dipakai dalam situasi sebegitu. Bagi Den ia adalah survival skill, technique…dan merupakan satu DESEPSI untuk menyelamatkan diri. Bayangkan takkan kito nak serahkan diri kito bulat bulat di dera dan diperbodohkan. Dalam keadaan itu, walaupun kito tak boleh melawan, kito jangan jadi tiang telefon atau lurus bendul….kito kena buat sesuatu sekurang-kurangnya untuk meminimisedkan bahano itu. Dalam konteks ini , perkara yang Den Nampak paling sesuai adolah menuang..or DECEPTION…Inilah masa yang sesuai untuk mukarkan sesuatu yang mempunyai posture negative itu kepada positif posture.

Salah satu lagi kaedah yang selalu Den gunakan sebagai satu deception semaso diragging adolah dengan berlagak sebagai “GOOD SAMARITHAN”. Biasanya kami akan berbaris dalam satu barisan di kompeni line . Selain dari dikenakan hukuman berbentuk “senaman perang”, kami acapkali juga akan di “manhandling” dengan penampar, penumbuk dan sepak terajang”. Justeri itu biasanya Den bersedia dari segi mental untuk menghadapi perkara ini. Dan masa tu , badan pun togap..ado six abs…setakat tumbukan ke bahagian porut tak ado masalah. Dan biasonyo , bilo kami disuruh berbaris, Den akan pastikan yang kadet disebelah kanan dan kiri Den adalah kadet yang “lembah lembut dan berjiwa sentimental”….Sebabnya, jika kami kena penumbok atau apa juga bentuk man handling yang lain, biasanya kadet yang “lembah lembut dan berjiwa sentimental” tidak akan dapat bertahan lama. Biasanya mereka akan tumbang perlu di”rawat”.

Masa inlah Den akan memainkan peranan Den. Bila Den tengok kadet yang “lembah lembut dan berjiwa sentimental” terhuyung haying , atau jatuh, Den akan segera membantu. Dan biasanya senior yang memperlakukan kami menyuruh anggota itu “dirawat atau berehat “. Peranan Den masa itu adalah seperti “GOOD SAMARITHAN”, membantu orang yang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama Den akan terkeluar dari barisan dan kemungkinan untuk Den terus berada di dalam barisan dan didera adalah tipis. Dan biasanya selesai Den “merawat kadet yang “lembah lembut dan berjiwa sentimental”, perbarisan telah setelah. Dan biasanya senior akan bertanya bagaimana keadaan kadet yang “lembah lembut dan berjiwa sentimental”?

Den akan menjawab OK, ingat dia dulu..bla..bla..”..Ini secara tidak langsung akan “menambahkan keyakinan senior Den pada Den dan dalam istilah kadet…Den berjaya “COLLECT POINT DENGAN SENIOR”….Mungkin ado junior kadet yang marah dengan Den..bagi Den …ini semuo…sandiwara..decption…in the name of survival.In a nut shell …itulah pendekatan yang Den ambil semasa melalui fasa “ragging” di zaman kadet.

Bilo dah ditauliahkan, bagaimana Den menghadapi situasi itu , Den percayo ramai pembaco dah mengetahui sebagaimana diceritokan di dalam buku Den , MBH. Always Remember , That the brains that Allah gives us is unique, it is a miracle…provided we make full use of it and know how does its works . Then There is a saying ….Your Brains Is like parachute..its only works when its opened ! Haven’t You Opened Your Brain Yet ?