Saturday, 27 April 2013

When Comes to Physical Security Management ; It's a Secondary Task!


 Sebelum Den meneruskan penulisan ini, Den nak maklumkan dan mintak maaf kalau-kalau penulisan Den ini dianggap seolah-olah Den nak tunjuk pandai pasal isu-isu keselamatan perlindungan fizikal/peribadi. Anggaplah ini sebagai satu pengetahuan TIPS DAN PENGETAHUAN AM TENTANG KESELAMATAN jika anda bekerja di agensi yang mempunyai risiko keselamatan peribadi yang tinggi  dan ia merupakan satu pengalaman yg Den nak SHARE bersamo…...

Friday, 26 April 2013

Mission accomplished, Sir !!


Either James Bond or Jebon...!


Semenjak Den pencen ini, bermacam-macam sikap  manusio yang Den dah jumpo. Ado diantara mereka yang Den ghaso amat pelik dan amat sukar untuk Den mempercayai bahawa ado jugak orang yang macam ini hidup di dunio ini. Nak kato dio con artis pun tidak, kalau con artis Den tahulah sobab niat dio orang nak menipu dan nak perghabis duit orang ajo, tapi species yang Den jumpo satu ini lain sikit pada kategori con artis , dan dio nei lobih kurang macam kes anggota komando yang lebih komando dari komando dulu. Cumo bezonya kepakaran dio lobih kepado perisikan dan berkorjo sebagai jebon. Tapi yang pastinyo unit perisikan yang dio katokan dio korjo itu sebenarnya tak wujud. Bilo di tanyo lobih detail , jawapannya….dio sonyum ajo, seolah-olah tak boleh nak bori tahu Den sobab ia adolah unit perisikan rahsio kerajaan katonyo…Masalahnyo dio kelentong salah orang….Alkisahnya…..

Wednesday, 17 April 2013

Lebih Komando dari Komando...


NAK KONGSI CERITA BOLEH PASAL KOMANDO YANG ENTAH BILA NAK PENCEN DAN TAK BERGAJI DARI UMUR 18 TAHUN LAGI??? “

Ini adolah salah satu msg yang Den terimo dari seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada  seorang anggota komando.Sebenanrya Den tidak berapo minat nak tulis artikel ini , tetapi disebabkan rasa kesian Den mako Den pun mengambil keputusan untuk memberi pandangan dan ulasan Den mengenai isu ini. Mako di dalam ceritonya  dio mengatokan bahawa komando yang menjadi suaminya ini telah berkhidmat sejak umur  18 tahun dan tidak pernah  dibayar gaji. Katonyo

sebab dorang dah sign agreement 1993 tu sebelum g bosnia dorang mmg tkdibayar
apapon tkde pangkat yg akan naek .

Thursday, 11 April 2013

Wind Of Change : PK PK 21 21



Salam diam tak diam , dah masuk tahun keduo hayat blog KKK ini. Alhamdulilah, walaupun ia tak mendatangkan sebarang keuntungan dari sogi kewangan, tetapi ia sekurang-kurangnyo buek Den ghaso seronok nak menulis, walaupun io berunsur seronok sendiri. Dalam pado itu dah hamper 1.4 juta kali Den dah diluku, erhemm, Den tak boleh nak bayangkan bagaimano sebonarnyo keadaan fizikal kepalo Den kalau dah diluku sebanyak itu. Apo pun Den nak mengucapkan terimo kasih kepado mereko-mereko yg singgah dan membaco blog KKK ini. Sokongan anda semuo sangat Den hargai dan diucapkan terimo kasih. 

Monday, 1 April 2013

BUDAYA BLOGGERS POLITIK :SEPUSAT SEPUSING MACAM GASING ?


Setelah hampir dua jam melayari blog-blog ‘politik’ semalam Den nampak terdapat satu persamaan yang ketara antara blog pro kerajaan dan juga blog pro pembangkang. Kebanyakkan blog-blog tersebut menulis dengan cara menghentam pihak lawan dan menggunakan pendekatan yang sama iaitu melalui pendekatan menimbulkan kemarahan dan kebencian antara pihak yang bertentangan. Pada pihak yang pro kerajaan kebanyakkannya menggunakan pendekatan “membunuh karekter” pemimpin pembangkang dengan mempersoalkan isu maruah, jati diri pemimpin pembangkang. Den rasa perkara ini hanya boleh dibuat untuk kepentingan umum jika benar dan sahih dengan bukti ,kerana sebagai pemimpin, mereka mesti bersih tetapi bukan secara keterlaluan dan sangat mengaibkan:sikit-sikit sudahlaa). Sementara itu kebanyakkan blog pro pembangkang pula menyerang kerajaan dengan mempertikaikan dan menyalahkan segala usaha kerajaan dalam melaksanakan projek untuk membangunkan taraf hidup, social dan ekonomi rakyat. Pada pandangan mereka semua usaha kerana adalah tidak betul.(group ini pun sama juga bila hentam karekter pemimpin kerajaan).