Saturday, 9 November 2013

SIRI CW 3 : THE RUBBISH SCAVENGER

Pada hari berikutnya semasa di dalam kelas, Den tidak berapa mengambil perhatian tentang apa yang diajarkan oleh Pegawai yang mengajar pada tu. Ketika itu Den sibuk memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah “kelaparan” di waktu malam hari. Pelbagai kaedah dan caro Den  fikirkan. Maso tu Den buek ‘brain storming’ dengan mencatatkan apo juga kemungkinan dan cara yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah “kebuluran di malam hari”. Den ado juga terfikir untuk makan sebanyak mungkin semaso makan malam, tetapi Den rasokan ia tak sesuai sebab , kalau nasib tak baik , maso sessi berbaris atau sebagainya, takut kono forward roll dan perlbagai lagi hukuman dari senior, Den akan muntah. Satu laei ia juga mungkin tak berkesan sebab , bilo porut dah konyang , mako maso “klas prep malam” Den akan tidur dan bilo menjelang habis waktu kelas prep…bilo balik ke kompeni line, porut akan lapar balik..Caro tu Den rasokan tak berkosan….Dalam hati Den berkato “ Think There Must Be a Better Way “…!!!

Dalam proses membuat brain stroming tu, pelbagai kaedah dan kemungkinan yang Den fikirkan. Setiap kali ado ajo idea yang terpancar dari kepalo Den , Den akan tulis/lukis/lakar diatas kertas A4. Kemudian Den buat penilaian terperinci mengenai kesesuaian kaedah tersebut, halangan dan permasalahan serta implikasi yang mungkin Den hadapi di dalam proses untuk memastikan Den tidak lagi menghadapi masaalah kelaparan di waktu malam. Kaedah brain stroming ini , atau dalam istilah askar “Qucik Mental Appreciation”, selalu Den guno pakai untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi sesuatu permasalahan atau bila Den merancang untuk membuat sesuatu yang  penting. Akhirnya ia dah menjadi menjadi kebiasaan kepada Den. Apo Yang Hendak dicapai [Aim] Apo masalahnya, [Obstacles]. Apo limitasinya [Limitation], Apo caro terbaik [Courses Open],apo Implikasinyo [Implication], Apo risikonyo dan bolehkah Den menghadapinya.[ Calculated Risk] . Semuanyo Den buek dengan tujuan untuk mencapai matlamat Den dengan sebaik mungkin dan mengambil kira kesanggupan Den untuk menghadapi risiko yang mungkin ado. Wah Den dah melalut pulak dari isu sebonar…

Isunya  Bagaimana Den nak mengatasi Masalah Kelaparan dan kekurangan makan di waktu malam. Ini adolah kerano, keperluaan utamo untuk Den Berjaya mengharungi hari-hari yang menyukarkan sebagai Pegawai Kadet adalah memastikan perut kenyang. Bila perut kenyang semua kerja boleh buat. Itu sebab orang melayu dulu-dulu buat pepatah Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati. Bila hati dah suka, semuanya indah belaka. Begitu juga dalam situasi sukar menjalani kehidupan sebagai pegawai kadet. Tetapi implikasi jangka panjang yang Den hadapi akibat dari teori ini adalah..telah menyebabkan Den menjadi orang BOSA-BOSA dan porut Den dah menjadi Gendang dan Gendut…pada hari ini. Walaupun  begitu…perasaan Den tetap senang di hati ..hahahaaa..!!!

Boleh dikatakan pagi itu Den gagal untuk mencari jawapan untuk mengatasi isu utama Den. Den gagal untuk mengariskan satu kaedah  bagi mengatasi masalah itu. Walaupun begitu Den tak berputus aso. Semaso berjalan balik ke company line dan menuju ke Dewan makan tengah hari itu, Den melalui kantin Pak Wahid. Semasa berada dikawasan lapang di tepi kantin , kami telah diarahkan berhenti oleh senior yang bertugas. Dari situ , dan menjadi routine, sebelum makan, kami akan di periksa atau diberi taklimat oleh Pegawai Kadet Bertugas. Isu yang timbul pada tengahari itu adalah terdapat beberapa tong  sampah yang sampahnya  tak dibuang di company line. Kami di marah dan diberi hukuman secara kolektif di atas kesalahan tersebut. Kemudian Den dan beberapa orang kadet lagi  diarahkan untuk ke company line , dan mengambil bakul sampah yang dimaksudkan. Sebaik sahaja menerima arahan Den dan beberapa kadet yang lain terus berlari menuju ke company line.

Semasa dalam perjalanan untuk membuang sampah di kawasan yang disediakan, Den terdengar suara dari kadet bertugas menyuruh Den supaya turut mengambil sampah yang berada di tong sampah belakang kantin  Pak Wahid. Menurutnya Pak Wahid telah komplen dan mengatakan bahawa ada kadet yang malas yang membuang sampah di dalam tong sampahnya dan tidak membuang ditempat yang sebenarnya.  Ini menyebabkan tong sampah Pak Wahid selalu penuh. Perkara ini memang selalu berlaku, kerana ramai kadet yang  tidak membuang sampah di tempat yang disediakan kerana ia agak jauh, lebih-lebih lagi pada masa membuat pembersihan pada waktu malam selepas prep hours. Sebaik sahaja mendapat arahan tersebut Den terus bergegas menuju ke tong sampah Pak Wahid yang terletak di belakang kantin. Kemudian Den terus membawa sampah tersebut ke lokasi pembuangan sebenar yang agak jauh dan terletak di tepi bukit berhampiran dengan tempat pembuangan sampah ‘cook house’. Tempat tersebut agak terlindung , Den berjalan sambil merungut dan memikirkan natijah kejadian tersebut. Sebaik sahaja sampai Den terus membuang sampah, Den berehat sekejap dan  Den pasti bahawa Kadet Bertugas tidak dapat melihat Den pada waktu itu . Dan jika Den lambat pun mungkin beliau tidak kisah kerana lokasinya agak jauh..Semasa berehat tu..tiba-tiba..Den terfikir …satu perkara …!!!! Bingo!!!!   , dalam hati Den berkata….My problems solved.!!!!

Sekembalinya Den di dalam barisan, kami telah di tarbiah dan di beri ‘hukuman yang setimpal” oleh Pegawi Kadet Bertugas. Akibatnya, kami masuk ke dewan makan di dalam keadaan lenchon dengan peluh. Baju kami basah, kami kepenatan akibat dari hukuman yang di terima sebentar tadi…Keadaan ini menyebabkan selera makan kami agak terbantut. Walau bagaimanapun Den paksakan untuk makan sekenyang yang mungkin demi untuk bekalan di masa hadapan. Pada sebelah petangnya kami menjalankan aktiviti-aktiviti sebagaimana yang telah di rancangkan. Kami membuat “road run” dan kemudiannya bersukan.

Selepas aktiviti petang itu, Den terus pergi ke kantin dan minta Pak Wahid berjumpa dengan Den di belakang kantin. Den kata padanya adalah hal mustahak dan nak mintak tolong. Den pun jumpa Pak Wahid dibelakang di kantin dan pada msa itu dia bersama anaknya Kak Soraya. Semas perjumpaan itu Den, berbisik, memberi  arahan kepada Pak Wahid dan didengari oleh Kak Suraya. Kata Den “…Psst..Pit..Pot…PitPot.. OK “… Reponse Pak Wahid ..”erhemm.erhemm..Ok..ok..”.Kak Suraya pun mengangguk seolah-olah faham dengan taklimat Den. Bagi Den ..MISSION ACCOMPLISHED!

Pada sebelah malamnya kami membuat routine yang sama. Selepas makan malam kami ke bilik darjah untuk menghadiri “night prep”. Lepas night prep, kami akan balik dan berebut untuk membeli makan di kantin Pak Wahid dan kami biasanya diberi masa 15 minit untuk berbuat demikian. Kemudian kami akan menukar semula penampilan kami, dari pakaian  seolah-olah wakil insuran atau jurujual, yang berpakaian kemeja dan bertali leher bertukr menjadi seorang buruh kasar…Baju PT hijau, seluar pendek biru, stoking kelabu dan kasut putih yang dikiwikan !!!  Kenapa kasut putih mesti dikiwikan dengan warna hitam ?...kan lebih elok kalau beli kasut yang berwarna hitam terus ? Jawapannya pada masa itu kami di isu [dibekalkan] dengan kasut berwarna putih mengikut kontrak pembekalan dan kami hanya dibenarkan memakai barang yang di isu [dibekalkan] sahaja. Memandangkan kiwi pun diisu maka amat eloklah ia digunakan untuk menghitamkan kasut yang putih…janji kedua-duanya barang yang di isu [dibekalkan oleh ATM]. Kenapa kasut mesti dikiwikan hitam  ?...Jawapanya supaya ia tidak kotor ????? hahahha pandai betul askar masa tu !!!

Kira-kira 15 minit kemudian kami semua di panggil berbaris dan berpakaian seperti buruh kasar. Kadet betugas memberi penugasan kepada kami. Ada yang volunteer untuk membersih dan mengilatkan Pemegang Pintu Tembaga Wisma Kadet, Ada yang membersih dan mengilatkan Meriam Bofor yang terdapat di Depan Wisma Kadet, ada yang mengilat lantai menggunakan hanya kain tanpa mesin dan pelbagai tugas lain. Pada masa tu Den volunteer untuk membuat kerja yang tak berapa ramai kadet suka. Mengutip, mengumpul dan membuang sampah ke lokasi sampah yang sebenarnya. Walaupun kerja itu agak berat kerana terpaksa mengangkut tong-tong sampah dan kotor, Den sanggup membuatnya. Seorang lagi kadet yang ditugaskan untuk membuat kerja itu bersama Den adalah Burn.

Sebaik sahaja kami keluar baris dan memulakan tugas masing-masing, Den dengan pantas dan rajin serta bersemangat tinggi sambil menyanyi dan melaksanakan tugas tersebut dengan jujur dan ikhlas. Den terus mengusung tong sampah dan mengutip sampah yang telah dikumpulkan oleh kadet lain  samada dibilik TV, Bilik Wisma dan koridor..selepas itu Den dan Burn membawa tong-tong sampah itu ke lokasi tempat pembuangan sampah yang sebenarnya. Di dalam perjalanan Den dengan rasa senang hati dan sukarela, pergi ke belakang kantin Pak Wahid untuk membantu beliau membuang sampahnya. Niat Den itu ditegah oleh rakan Den dan dia kata



“…Oii Zar kenapa kau nak angkat dan buang sampah Pak Wahid sekali. Biarkanlah…nanti dia buat sendiri. “.

Den tak kato apo-apo pasal soalan itu dan hanyo menyatokan,

“Kau pergi dulu, kejap lagi aku bawak sampah nei semua ke sana [tempat pembuangannya]”

Sebaik sahaja sampai di lokasi tong sampah Pak Wahid, bukan tong sampah yang Den pegang tetapi bungkusan plastic yang sepatutnya berada di tepi tong sampah itu yang Den cari. Den rabo dan jumpo dan terus  pegang sebuah bungkusan yang berada di tepi tong sampah itu, Den terasa sejuk, Den senyum, Den golak dalam  hati…dan dalam hati Den kato .

”Yeah I have founfd it..this is it !”

Den terus angkat tong sampah dan plastic misteri tadi  dan berjalan dengan laju menuju ke tempat pembuangan sampah.

Sebaik sahaja sampai Den dapati Burn dah nak berjalan balik, dio tak togo Den dan Den maso tu tak pulak nak mengajak dio supaya tunggu dulu. Sebaik sahaja sampai Den lotak tong sampah ketopi, Den lap tangan dengan baju [nak cari air susah], Den terus bukak bungkusan plastic misteri tadi. Mulo-mulo Den ambik The  O ais dengan lahapnya Den hirup fuhhh..logo rasonyo tokak Den yang memang koring maso tu. …kemudian Den bukak bungkusan yangs atu lagi..menunya Den tak nampak lampu ta do, tapi dari sogi baunyo..sah ….Mee Goreng bersama sambal dan ayam goring, sebagaimana yang telah dipersetujui dengan Pak Wahid. .

Dalam kegelapan dan dengan kegelojohan Den makan sambil duduk di tepi longkang. Maso tu…congankato  Komando Chopek dan Cergas walaupun Den bolom masuk  komando laei Den apply sepeonohnya. Den makan mee goring sampai habis dan kemudian Den hirup teh O ais..sungguh nikmat, dan konyang bangat. Lepas tu Den terus lap mulut dengan tangan dan melaksanakan tugas sebenar Den , iaitu membuang sampah tadi. Dari situ Den berjalan dengan selambo dan penuh keyakinan…bertenaga…menuju ke kawasan Wisma Kadet. Sebaik sahaja sampai..Den buat macam biaso tidak ado apo-apo yang berlaku…Wajah dan raut muko Den totap tonang dan bertenaga…!!!


Sebenarnya itulah perjanjian Den dan Pak Wahid pada petang tadi. Mulai dari  hari itu Pak Wahid akan mengarahkan Kak Soraya [Agent Den] untuk menyediakan bungkusan makanan  samada nasi  goring, mee atau behiun goring dan ayam atau telor bersama Teh O ais dan diletakkan di lokasi Death Letter Box yang dirancang ia itu disebelah tong sampah Pak Wahid….. Maso tu Den tak tahu lagi istilah DLB tu!!!… Den akan memberi isyarat kepada kak Soraya atau Pak Wahid, jika Den tak memerlukan bekalan pada waktu-waktu tertentu atas sebab-sebab tertentu. Mereka dah faham. 

Sejak dari itu Den tidak lagi menghadapi masalah kelaparan di waktu malam. Cuma ramai jugak rakan Den yang heran, bilo Pak Wahid memberi Buku 555 dihujung bulan…Hutang Den yang paling tinggi berbanding dengan kadet junior yang lain. Ado yang mengatokan mungkin Pak Wahid salah tulis dan menyuruh den semak semula…Den diam, Den redho..kerana itu adolah rahsio kami berduo.. Rahsio Den itu akhirnya selamat tersimpan sehinggolah Den menjadi senior Kadet. Dan semaso menjadi senior Kadet , Den ado jugak perhatikan junior-junior Den kot-kot ado yang mengikut jojak langkah Den tetapi…tak seorangpun yang Den perasan berbuat demikian……! Apo pun…bunyinya mungkin ‘tragis dan sadis” sikit tapi , itulah Den……suko buek kojo yang org tak suko buek..atas namo survival .!!!!!