Monday, 25 November 2013

It Just a Phase of Life!

Semenjak Den berjaya menangani masalah kelaparan, secara umumnya Den berjaya mengharungi hari-hari yang sebenarnya ‘sukar dan merimaskan‘,  sebagai pegawai kadet junior dengan “tenang “ dan  penuh bermotivasi.  Maklum saja pada masa tu, tiada lagi masalah kelaparan. Setakat kena lari ke hulu ke hilir, kena kawad tengah panas, kiri kanan, kiri kanan, kena “Battle PT “ dan “Road Run”, bagi kadet seperti Den, itu tak menjadi masalah besar sebab secara fizikal dan mentalnya kami memang dah bersedia untuk menghadapi situasi itu. Bagi kadet macam kami, itu sebenarnya bukan satu isu besar pun. Sebab kami tahu bahawa kami telah memasuki institusi yang melatih pegawai tentera. Kalau tiada latihan yang berbentuk fizikal macam tu, memang tak patut…sebab masa itu Den memang dah selalu tanam dalam kepala Den bahawa nak jadi askar mesti menjalani latihan keras….Biar Mandi Peluh semasa Latihan Jangan Mandi darah di Medan Pertempuran.…Justeru itu walaupun kami menjalani latihan yang agak sukar dan terpaksa memerah banyak keringat kami…kami tetapi mengharunginya dengan hati terbuka…


Namun begitu, di sebalik tanggapan bahawa sebagai pegawai kadet, mesti  menjalani latihan yang lasak, keras dan mencabar, kami dalam pada itu “tetap merasa tidak selesa”..kerana dalam pada masa yang sama terpaksa melalui satu lagi fasa kehidupan yang, kalau dalam istilah kampung Den kata “menyampah”!!!. Fasa yang dimaksudkan adalah sebagai budak baru atau junior dan terpaksa menghadapi fasa suai kenal, sebagaimana yang ramai ketahui, ada yang panggil sebagai “salam pengenalan”, “rangging”, “orientasi “ dan kalau di pusat pengajian tinggi entah apa bahasa ilmiah digunakan.  Bagi Den semasa di MTD kami lebih suka menamakannya sebagai , “HELL “. Den sebelum pada itu dah beberapa kali melalui fasa tersebut. Pertama semasa mula-mula menjejakkan kaki di asrama putera Malacca High School, kedua semasa memasuki Cawangan Putera, MTD sebagai “new boi“, ketika berusia 16 tahun, ketiga semasa mula-mula menjadi Pegawai Kadet Universiti dan tinggal di Bagas Muara Butong, di Kg Baru..Dan yang keempatnya mengikut sejarah Den adalah semasa menjadi junior kadet di Cawangan Kadet MTD, dan terakhir semasa Den bertugas di unit Komando.

Semasa Den mula-mula melalui fasa ini di MHS, Den baru berumur 13 tahun , budak kampung yang daif lagi naif. Masa itu bentuk salam pengenalan , hell , ragging atau apa juga yang anda panggil, tak lah seteruk mana, setakat man handling, penumbuk, penampar, basuh  baju senior, ketuk ketapi, tiup kipas sampai berpusing dan sebagainya. Semasa fasa tersebut, ia berjalan tidak lama, dalam 6 bulan sahaja. Walaupun agar sukar untuk budak kampung yang naif dan daif macam Den hadapi perkara tersebut, Alhamdulilah akhirnya Den telah berjaya melalui tanpa sebarang masalah besar. Semasa Den memasuki tingkatan 4 dan menjadi “New Boi “ di Cawangan Putera, bentuk “hell” yang dikenakan agak keras dan berbentuk ala-ala ketenteraan sikit. Dalam pada itu ia lebih keras jika nak dibandingkan semasa di MHS. Semasa di MTD Den dah mula tahu serba sedikit mengenai “istilah tuang menuang”...semasa dikenakan “Hell”.

Dalam pada itu terdapat beberapa kaedah “penderaan”, [DENGAN IZIN kalau boleh Den guna] yang pada Den agak bodoh tetapi lucu, seperti “support the ceilling”, Kami disuruh berdiri di atas almari dan menahan siling daripada runtuh...Disebabkan jarak almari dan siling tidak setinggi mana, maka kami terpaksa membongkok untuk menampung syiling tersebut. Bila dalam kedudukan separuh bongkok dan tangan terpaksa diangkat ke atas seolah-olah sedang memberi support the syiling, Biasanya kami tidak akan dapat bertahan lama, kami akan berpeluh, lutut akan menggigil dan sebagainya.  Dan lebih menyeronokkan ada di antara kami yang akan berkerut muka menahan kesakitan dan ada yang mukanya merah padam dan sebagainya . Dalam situasi begitu , biasanya Den akan gelak dan dalam hati atau tersenyum. Ini bukan bermakna Den tidak merasai kesakitan dan ‘agony’ yang dialami oleh kawan-kawan Den, bukan Den kuat atau kebal, sebenarnya Den pun dalam keadaan yang sama. Kami sebenarnya sedang menghadapi tekanan mental dan kesakitan fizikal yang sama Cuma yang tak samanya cara kami masing-masing menghadapi masalah itu.


Bagi Den budak kampung yang dah agak biasa dengan kesusahan/kepayahan/kesakitan...Den akan menghadapi nya dengan hati yang tenang dan kalau boleh Den akan cuba menjadikan situasi itu sebagai satu situasi “lawak”...semata-mata nak memujuk hati dan perasaan Den supaya tidak tertekan dan terlalu emosional di dalam keadaan begitu. Den melihat perkara itu sebagai satu perkara yang tetap akan berlaku dan Den sendiri tidak mempunyai “kawalan” ke atas situasi itu. Kalau Den menangis, menjerit, merayu pun..kesakitan dan kesengsaraan itu tetap akan ada...jadi bagi “meringankannya” dan kalau boleh tidak terlalu memikirkannya, Den cuba berhibur dalam situasi begitu..sekurang-kurangnya Den tak menghadapi tekanan perasaan dan emosi yang keterlaluan walaupun Den menghadapi tahap kesakitan dan kesengsaraan yang sama. “...We might be facing the same problem but how we survive from that situation it all depends on how we react.”

Itu hanyalah satu contoh bagaimana bentuk “hell”yang biasa kami hadapi semasa berada di MTD. Den tidak mahu membincangkan daripada segi moral dan justifikasi baik atau buruknya “tabiat” atau fasa ini yang biasanya mesti dilalui “setiap junior/ orang baru”. Perkara ini sebenarnya adalah satu “open secret” kepada masyarakat umum. Secara peribadi Den memang tidak setuju dan kerana ia banyak mendatang kemudaratan daripada kebaikan. Lebih-lebih lagi mereka yang melakukannya adalah kebanyakannya terdiri dari orang muda yang bijak pandai, mengetahui banyak ilmu..tetapi tidak matang dan tidak mempunyai “wisdom”. Sekarang ini, minta maaf cakap, ini pendapat peribadi Den..terdapat ramai anak muda kita yang bijak pandai, kelulusan akademik yang terlalu baik, pakar IT , tahu semua maklumat di hujung jari , pantang diajak berdebat,daripada isu agama, politik, sejarah, ekonomi, semuanya dia tahu, walapun masih lagi sedang menuntut....tetapi sekali lagi Den katakan secara peribadi...mereka ini tidak  “berpengalaman dan kurang “wisdom”...justeru itu sering kali mereka gagal  mengawal diri bila mereka takjub dengan sesuatu isu. Itu sebabnya kadang-kadang kita dengar isu ragging, penderaan, hell  ini kadang-kadang sampai ke tahap melampau dan mendatangkan kecederaan yang serius kepada mangsa. Itu sebab kalau ditanya tentang pendapat Den mengenai isu ragging , walau dalam bentuk apa sekalipun Den tidak setuju.

Isu sebenar yang Den nak sembang di sini adalah mengenai amalan “penderaan” ini. Seperti Den katakan tadi...Den tidak mahu membincangkan lebih lanjut mengenai si pelaku ini, tetapi Den nak fokus kan kepada “mangsa”, dalam kes ini.  Dalam pengamatan Den, “fasa” ini  akan dilalui oleh setiap mereka yang bergelar, pelajar baru, orang baru, pegawai baru, pelatih baru” di institusi tertentu. Ramai yang telah melalui fasa ini dan selalunya bercerita dengan nada gembira dan menganggap sebagai ‘those were the days when we were young and naive”...Bagi mereka ini Den rasakan yang mereka berjaya melalui fasa tersebut dengan “jaya” tanpa sebarang kesan emosi yang keterlaluan. Bagaimana mereka berjaya mengharungi fasa itu, bergantung pada pendekatan mereka masing-masing. Yang pentingnya mereka berjaya melalui fasa tersebut. Tetapi di dalam pada itu ada juga yang gagal melalui fasa tersebut dan akhirnya menjadi penyesalan masa kini.

Den teringat seorang Pegawai yang Den kenali semasa sama-sama berkhidmat dahulu. Dia berjaya masuk kadet dan berjaya bertahan dengan situasi itu sehinggalah dia tamat latihan. Semasa di unit, sebagai pegawai baru dia tidak tahan didera dan tidak dapat menghadapinya lalu dia mengambil keputusan untuk “Absent Without Leave”.[AWOL], dia akhirnya ditangkap, walaupun dia memberi alasan sebab utama dia menghilangkan diri adalah kerana dia tidak tahan di “ragging”, akhirnya dia didapati bersalah dan diberhentikan dari perkhidmatan. Sekarang dia menyesal, dan katanya kalau lah aku bertahan dan tak absent dulu, mungkin sekarang ini, dia dah jadi pegawai kanan dalam ATM. Isu Moral yang Den nak ketengahkan ini adalah...hanya disebabkan dia gagal melalui “fasa penderaan” tersebut yang mungkin tidak lebih dari enam bulan, dia telah mensia-siakan peluang untuk hidup dengan lebih bermakna lagi. Justeru itu, Den teringin sangat nak mengingatkan mereka yang sedang menjadi mangsa kepada permasalahan ini, bertahanlah, bertindaklah dengan rasional, fasa yang anda lalui tidak lama..paling lama pun setahun,..dan jika anda berjaya melalui fasa ini, maka sebenarnya anda telah berjaya mengharungi liku-liku kehidupan. Gesaan ini bukanlah bermakna Den menyokong para pelaku “rangging:” ini...Den tidak sokong mereka dan seperti Den katakan tadi kalau kita tegah pun mereka akan tetap buat juga, melainkan kita mengambil tindakan yang tegas mengikut bentuk perundangan yang sedia ada.

Dah melalut dan macam pakar motivasi lak Den. Apa pun Den nak menceritakan serba sedikit pengalaman Den melalui fasa ragging ini. Semasa mula-mula Den memasuki MHS, hanya lebih kurang enam bulan pertama sahaja kami di melalui “fasa ini”. Lepas enam bulan, situasi dah berubah, masing-masing dah bawa hal sendiri. Bentuk “hukuman/hell/deraan” yang kami kena pun tidak lagi berbentuk man handling, pukulan atau sebagainya...kami selalunya kena yang ringan-ringan aje....”. Dan bila Den di tingkatan 2 dan 3 Den tidak pula teringin nak “meragging” budak baru. Den lebih banyak dengan aktiviti Den sendiri. Tapi pada masa itu Den lihat ada juga di kalangan senior dan kawan-kawan Den yang ada  “blue eye boy” mereka sendiri. Bebudak yang berstatus “blue eye boy” kepada seorang senior yang lain biasanya “tidak boleh diganggu/rangging/” oleh bebudak lain, budak jenis ini dikategorikan sebagai ada “God Father” yang menjaga mereka...sebabnya merek Jambu....tak macam Den, yang lebih dikenali sebagai MGR semasa di MHS..hahhahhaa....

Semasa Den di Cawang Putera, MTD situasinya pun lebih kurang sama. Cuma terdapat kaedah ragging/hell yang berlainan dari apa yang pernah dilalui. Selain dari itu terdapat juga sedikit kekerasan dan ala-ala ketenteraan. Bagi Den itu semua tak ada masalah pada masa itu...tapi sekarang kalau kena duduk “gorila sit” memang tak mampu Den walaupun dari segi fizikalnya badan dan penampilan  Den pun lobih kurang macam gorila jugak !!!.Apo pun Den berjaya melalui fasa itu semasa di Cawangan Putera, walaupun tempoh fasa itu agak lama...setahun. Pada akhir tahun, sehari sebelum senior kami melalui “Passing Out Parade”...sebelah malamnya kami new boi akan melalui satu malam yang dikenali sebagai “Commissioning Nigth”! Malam itu setiap new boi [budak tingkatan 4] akan melapur seorang demi seorang kepada setiap Putera Kanan [tingkatan 5] . Semasa perjumpaan itu, terpulanglah  kepada mereka untuk memberi bentuk “hell” terakhir kepada kami sebelum kami di tauliahkan ...huhuhu..Ini tauliah bukan rasmi, ini ciptaan budak boi daripada turun temurun...selepas mereka berpuas hati dan telah puas mendera..mereka akan bersalam dengan new boi dan kata, “lebih kurang...ok saya dah tauliahkan kamu..or kamu dah ditauliahkan;...atau kata-kata yang membawa maksud sebegitu.”

Selepas itu bermakna senior kami tidak boleh mendera/memberi hell kepada kami lagi,taraf kami telah dinaikkan. Kami dah boleh bergurau senda dengan senior kami dan kutuk mengutuk. Dan memori  yang paling manis Den untuk malam itu adolah selepas kami di commission kan oleh senior kami,  satu tim dikalwangan kami telah dihantar untuk “menyabo” [isitlah boi, daripada perkataan sabotage, bermaksud...menimbulkan masalah, memberi masalah”...kepada pihak lain] , kasut seorang senior kami yang dikenali sebagai  “chief ragger”...dengan membaling kasut yang sepatutnya akan dipakai oleh chief ragger itu untuk passing out parade yang dijadualkan keesokannya ke dalam “bath tab” [ kolam tadahan  air di billik mandi.]  Den difahamkan, pada keesokannya “chief ragger” tersebut amat marah...tetapi kami semua buat tak kisah kerana mulai pagi itu ......mengikut tradisi dan amalan budak boi...kami semua  dah menjadi “The Untouchables”...selepas di commission kan pada malam sebelumnya. Dan yang paling ironinya...”chief ragger”..tersebut pada hari ini adalah sahabat baik DEN ....!!! Kami tidak merasa berdendam pada dia, malah kami lebih akrab...mungkin itu hikmahnya kami melalui fasa HELL semasa di sana dulu....!!!! Apa pun ini bukannya untuk menjustifikasikan bahawa “HELL”itu perlu....tetapi saja nak maklumkan jika anda terpaksa melalui fasa itu..maka janganlah terlalu emosi dan merasa tertekan sehingga merosakkan masa depan anda! Just Take it As a Man... kerana .... It just a phase of L