Monday, 17 June 2013

Siri CW 2 :Shining Under Water

Sebaik sahajo kami dilopehkan [keluar baris @bersurai] pado malam tu, kami semuo bergerak balik ke kompeni line masing-masing. Maso tu badan dah mulo ghaso lotih dan mato nak carik bantal ajo. Dan dalam maso yang samo porut pun berbunyi jugak,laparr…Sebenarnya selepas kami “prep malam” kami dibenarkan untuk pergi ke kantin Pak Wahid [ Kantin Cawangan Kadet] untuk membeli makanan,tetapi biasanya masa yang dibenarkan agak singkat, kami kena berbaris dan biasanya tak sempat nak membeli atau makandi kantin. Maklumlah dalam masa setengah jam, lepas tu kami kena berbaris balik , dengan berpakaian PT bodoh, untuk buat  “ fatique” { Pembersihan Kawasan} . Biasanya kami tak sempat nak menikmati makanan dan kalau sempat pun biasanya kami berasa tak selesa sebab masa itulah senior ghamai berada di kantin dan mula menyakat kami. Justeru itu biasanya kami tidur malam dengan keadaan perut yang kelaparan.


Selopeh kami dibebaskan malam itu oleh Pegawai Kadet Bertugas, hajat kami yang sedang bermain di benak kepalo ialah nak balik bilik dan tidur. Malangnya baru kira-kira 5 minit kami sampai di bilik masing-masing, kami telah diarahkan untuk berbaris dibahagian luar “foyer company line”. Pergh..ada apa lagi ini , dah malam-malam buto kami kena berbaris. Setelah kami berbaris dan masih lagi berpakaian Pt Bodoh, salah seorang dari senior kami mula lah memperkenalkan dirinya . Beliau memberitahu siapa namanya, apa pangkatnya dan dari mana asalnya. Den masih ingek lagi nama senior tu, …Zainal pangkatnya Kadet Sarjan ajo…Garangnya bukan main. Badannya tak lah bosa mana…mukonya jambu, tapi peranghai nyo..Macam singo lapar. Mulo-mulo dio tanyo seorang-sorang asal kami..mano yang jawab lambek, akan pasti kono penumbuk , targetnyo kek ulu hati, mano yang jawab sambil sonyum pun akan kono jugak sebijik,mano yang datang dari negori yang samo dengan dio pun akan kono jugak. Secara ringkas , malam tu hampir semuo 15 orang anggota junior Kompeni Alam Shah, pasti kono sama ado penumbuk atau penampar dari Zainal Gilo ini. Ado yang tergolek dan menangis menahan sakit , ado yang macam sosak nafas, Den yang kono pelompang berapi dari dio, kono double lak, dengan penumbuk bertubi-tubi, sebabnya, bilo Den kono penampar , Den pusing kepalo Den balik macam spring dan tidak membori sebarang reaksi kepada penampar dio tu….Lopeh tu mungkin pasal dio goram kek Den dio bori penumbuk rapid ke porut Den..dan Den masih macam batu lagi.Maklumlah maso tu badan Den ado six abs lagi. Last sekali dio luku kepalo Den dan kato ..”  Kau  x Boi kan ? [Bekas Putera] …Den menganguk, “Pinggg….dio lompang Den dan kato, patutlah …idle ! [Idle istilah yang dibori kepado kadet yang keras kepalo, suko rebel [melawan] dan selalu buat “dekkkk  [tak tahu]!” dengan senior. Dalam  kompeni Den maso tu  ado jugak duo org lagi X Boi, tapi dio ini bijak sikit, bilo kono ajo penumbuk, terus sebut  ..Alllah ..!erheuhhh..Astarfirrullah..dan sebagainya’…jadi senior kesian agaknyo mako dio orang tak kono lobih.

ESPYSHOPPE
INGIN MENGESAN SPY CAM/PENGINTIP AUDIO ? 
Lopeh si Zainal Gilo, si Zaini pulak memperkonakan diri, dio SUO [Senior Under Officer] Pangkat Pegawai Rendah Kanan [PRK] yang paling Tinggi dalam kompeni tu.Pangkatnya berbolit [Gordon’s Knots]. Dalam kadet ado tigo pangkat yang paling  bosa/tinggi SUO, kemudian JUO[Junior Under Officer, 2nd in command], kemudian Kadet Sarjan. Mano yang tak ado pangkat tu di panggil Pegawai Kadet Kanan ajo [PKK}. Zaini masih lagi berkhidmat dalam askar Melayu dan khabarnya Masih lagi Major]. Den ingek dio ketuo kompeni mesti lombut sikit tindakkannya. Ghuponya sangkoan Den meleset, dio pun lobih kurang samo jugak, lukuan dio pun boleh tahan, begitu jugak penampar dan penumbuknyo.Lopeh tu “majlis perkenalan” itu diikuti oleh seorang demi seorang senior yang lain..Ado yang baik tak usik langsung, ado yang jadi batu api tak pukul tapi mengapi-apikan, macam Zaidi Lombu [Laa nei dah jadi jutaan lombu]. Selain dari Zainal Gilo ado sorang lagi Pegawai Kadet Kanan [ tak ado rank laa tu] ,namonya Joachim…Chino ko, Gerago ko Den tak tahu. Dio ini samo taraf gilo dan bongkahnyo dengan Zainal Gilo. Minatnya “starlight” dan penampar…Pendek kato malam tu pueh lah kami kono penampar, penumbuk dan starlight. Selain dari itu kami jugak dikonokan beberapo senaman malam , side roll, forward roll, duck walk dan sebagainya. Pendek kato kami memang lotih dan ado yang buek-buek pengsan….tapi bilo kono sirap air, sodar balik…dah dalam pukul 2 pagi barulah redo. Kemudiannya kami diberitahu tugas-tugas yang akan dibuat esok pagi. Kejut senior, cuci tandas dan cuci/bersihkan kawasan kompeni. Selain dari itu kami juga dikenalkan dengan mentor kami masing-masing. Setiap kadet junior akan ado pegawai kadet senior sebagai mentor masing-masing. Tugas mentor adolah memastikan bahawa setiap mantee mereko [kadet junior] sentiasa “tip top”. Entah apolah nasib Den, Si Zaini yang menjadi SUO kami telah dilantik sebagai mentor Den. Perghhh..cukup tak ghoma Den….tapi nak buek macamano dah nasib . Kira-kira jam2 lebih baru kami dilepaskan untuk balik ke bilik masingx. Maso tu Den raso logo selogo-logonyo..dan kami pun terus balik ke bilik dengan niat hendak tidur…..

Kiro-kira limo minit kemudian pintu bililk Den dikotok. Bilo Den bukak, Den lihat SUO Den berado diluar dan memegang tigo pasang kasut…Kasut drill, spike dan brute shoe [kasut potong].  Dengan selambo dio campakkan kasut tersebut ke dalam bilik Den dan berkato “….Esok sebelum jam 6:00 pagi saya nak kasut tu dah berkilat dan berada di depan bilik saya!” dan terus berlalu dari situ meninggalkan Den yang dalam keadaan terpingga-pingga. Den pun tak memberi sebarang reaksi dan terus menutup pintu setelah melihat  dia pergi meninggalkan bilik Den.  Den pun terus duduk dan berkato seorang diri ..” Ambik kau, dulu dah elok-elok dapek masuk Universiti, maleh nak belaja, laa nei kenapalah aku saja nak menempah maut !” Den senyum sendiri…isu untuk mengilatkan 3 pasang  kasut itu bukanlah isu besar bagi Den. Tahulah apo yang Den nak buat dan pastikan bahawa sebaik sahaja sesudah suboh esok kasut itu akan berkilat. Den tidak terus kilatkan kasut tersebut sebaliknya Den duduk berangan lagi. Kali ini perkaro yang terlintas di kepalo Den adolah bagaimano nak “mengisikan porut yang kosong nei “…Den fikir, kalau hari-hari ini macam ini, pasti Den akan mati kebulur di tongah malam. Den fikir bagaimano nak mengatasi masalah “porut lapar” ini.
Dalam dok berfikir dan berangan sorang diri, tibo-tibo pintu bilik Den dikotok lagi..Pergh siapo pulak yang kotok pintu Den nei…bilo Den jongok kek tingkap….Hahahaha..ado duo kadet junior, “skot Den”., kek luar. Den terus bukak pintu dan suruh dio org masuk. Den tengok masing-masing bawa berpasang-pasang kasut, . Ini sah senior or mentor dio punyo kasut ini dan suruh mereko kilat ini. Duo orang skot Den tu, si Panglimo Tempang dan si Nasim….mereko fresh dari awam. Mereko nak mintak tolong Den ajar dio orang kilat kasut sambil tu boleh mereko bersembang-sembang…Huhuhuh, dalam hati Den , nak mengajar kilat kasut tu memang tak jadi masalah…tapi ilmu mano satu yang Den nak turunkan…ilmu kilat kasut yg boto atau ilmu kilat kasut songsang …? Akhirnya Den buek keputusan Den mengajar caro kilat kasut yang boto. Den suruh dio bersihkan permukaan kasut, kemudian, guno lilin panaskan , bahagian kasut yang kiwinya tidak rata. Kemudian lap, kemudian sapu kiwi dengan tebal dan rata, kemudian biarkan kering , kemudiaan kilat, kemudian kiwi sekali lagi, kali ini  nipis dan lepas itu kilatkan , buatkan satuarah pusing sahaja, guna air dan sebagainya..leceh dan lama dan sangat memboringkan…Sambil melayan mereka berdua melaksanakan prosedur yang Den berikan untuk mengilat kasut, sambil tu Den lepak dan bersembang  DAN DEN SENDIRI TAK MENGILATKAN KASUT MENTOR DEN YANG TIGA PASANG TU…LAST SEKALI DEN TERLOLAP DAN TAHU-TAHU DALAM JAM 5:30 SKOT DEN KOJUTKAN DEN !..

Bilo tengok jam dah pukul 5:30, dan lihat 3 pasang kasut mentor Den yang tidak dikilatkan lagi , Den terus buek tindakkan serta merta. Den kilat kasut caro menuang [tipu/curi tulang], Den bagi selapis nipis kiwi atas kasut tu, kemudian Den bukak air paip perlahan-lahan, Den letak bahagian yang hendak dikilatkan itu di bawah air paip yang mengalir  dan Den gosok perlahan-lahan dengan kain pengilat…tak sampai 3 mint sepasang kasut dah siap berkilat, Teknik ini Den panggil “SHINING UNDER WATER”. Kasut akan berkilat tetapi ia tidak akan bertahan lama dan biasanya akan pudar selepas satu atau dua jam. Sesuai dibuat 5 ke 15 minit sebelum memasuki perbarisan atau pemeriksaan. Ada yang menggunakan minyak, tapi ia akan memakan masa dan boleh merosakkan permukaan kasut. Den teruskan mengilatkkan kasut yang sepasang lagi dan dalam maso 15 mint 4 pasang kasut dah berkilat termasuk kasut Den. Den terus bawa tiga pasang kasut mentor Den dan letakkan di muka pintu bila mentor Den. Kemudian Den terus pergi mandi dan laksanakan tugas cuci tandas pagi itu.

Pagi itu kami sebelum Den pergi minum pagi , Den tengok kasut yang Den dah “kilatkan” tu dah tak ada di muka pintu bilik mentor Den. Den pasti mentor Den dah ambil kasut tu, dan memandangkan dia tidak memanggil Den pada pagi itu, Den pasti dia berpuashati dengan “kilatan” kasut yang Den buek pagi itu. Selepas minum, kami berbaris untuk PT . Semasa berbaris sudah menjadi kebiasaan bahawa satu pemeriksaan pakaian dan penampilan diri akan dibuat. Kami akan diperiksa oleh jurulatih sama ada kami bercukur atau tidak, pakaian kami bersih @ kemas atau tidak , kasut kami berkilat atau tidak. Jurulatih yang memeriksa kami, tidak memberi sebarang komen tentang penampilan Den semasa pemeriksaan. Kemudian Den dengar, nama Sariffudin di panggil dan di tanya kenapa kasut beliau tidak berkilat ?. Lalu Den dengar dia di beri amaran dan di ambil nombor. { Rutin semasa pemeriksaan jika ada apa-apa perkara yang tidak puas hari di hati pemeriksa beliau akan mengarahkan kadet memberi NO PERKHIDMATAN/NAMA/KOMPENI , supaya didengar oleh semua kadet  , biasanya pesalah tersebut akan dihukum kemudian seperti “SHOW PARADE’” . Pemeriksaan Semula dan biasanya diadakan semasa perbarisan pertukaran pengawal pada jam 1800].

Begitu juga nasib si Nasim dan beberapa ramai skot Den pagi pada hari itu. Sebaik sahaja keluar baris dan hendak menuju ke padang untuk latihan jasmani, Si Shariffudin@Panglima Tempang bertanya kepada Den .” Hei Nazar bila hang kilat kasut hang ? Semalam masa kami keluar dari bilik hang dalam jam 4 pagi hang membuta lagi ?”…Jawap Den…..”Kalau dio orang nak kasut kita kilat,  kita kilatlah…..macamana nak buat kasut itu berkilat….macam-macam cara ada….! Yang sebenarnya, dio orang tak tahu bahawa Den dah mulo mengaplikasikan “teknik dan taktik menuang” yang Den tuntut semaso di Boys Wing dulu…Laa ni untuk mengilat kasut bukan lagi menjadi satu isu kerana sudah ada pengilat segera dan kebanyakkan kasut diperbuat dari bahan yang memang telah berkilat. Dalam pada itu perkara yang bermain di fikiran Den pada masa itu adalah bahawa malam itu satu lagi tindakkan akan Den buek bagaimno nak mengatasi masalah kelapar di waktu malam…..Den pasti cara ini akan dapat mengatasi sindrom kelaparan kami……Bagaimana ?....?  Nanti Den Cerita kan