Thursday, 16 May 2013

Siri CW 1: Cadet's Wing : Here I Come !

Diam tak diam, dah masuk tahun ke duo Den menjadi askar pencen. Copek boto maso berlalu..Ghaso-ghasonyo baru sajo Den masuk askar tapi sebonanya dah berlalu hampir 28 tahun yg lalu. Teringek lepas dapek dapek keputusan SPM, Ghamai kawan Den yg dapek terghobang keluar negaro. Den walau pun dapek Gred pertamo tetapi aggreget Den tak baik...dah tu Add Maths pun tak bergapo cantik..Tompek yang paling sesuai beuk Den maso tu..join The Cadet Wings. Pada era itu pusat latihan Pegawai Kadet Tentera DArat yang utama adalah Cawangan Kadet Maktab Tentera Darat. Pusat Latihan Pegawai Kadet Jangka Pendek di Port Dickson telah di tutup. Semua pegawai kadet Tentera Darat samada Tauliah Jangka Tetap [TJT] atau Tauliah Jangka Pendek[TJP], dilatih di Cawangan Kadet MTD, Sg Besi.  Bezanya Pegawai Kadet TJT akan menjalani latihan selama 2 tahun manakala TJP akan menjalani latihan selamat 1 tahun.Tempoh perkidmatan Peg TJT adalah sehingga umur boleh pencen mengikut pangkat manokalo TJP adalah selamo 7 tahun. Selepas 7 tahun kalau Peg TJP ingin meneruskan perkhidmatan biasanya mereka akan melalui satu Lembaga Pemilihan Pegawai Tauliah Tetap setelah 5 atau 6 tahun mereko berkhidmat.


Pada mulanya Den dapek tawaran untuk menjalani latihan sebagai Peg Kadet TJP, tetapi Den menolak atas alasan Den nak join Peg Kadet TJT. Permohonan Den diterima "atas sebab-sebab" khas. Bagi kami yang datang dari Cawangan Putera [ Boys Wing MTD] , kami telah dapat membayangkan bentuk latihan dan liku-liku kehidupan yang bakal kami lalui sebagai Pegawai Kadet. Ini adalah kerana ,semasa di Cawangan Putera , kami  memang selalu melihat bagaimana pegawai-pegawai kadet melaksanakan latihan dan menjalani kehidupan harian mereka. Secara rengkas apa yang Den boleh katakan adalah bahawa latihan pegawai kadet pada masa itu agak "dasyat, teruk, sicking dan amat memboringkan". Setelah dua tahun di awal usia belasan tahun Den mengharungi kehidupan sebagai "budak boi" yang di latih sebagai "askar remaja" yang penuh dengan suka duka, Den seterusnya akan mengharungi latihan Pegawai Kadet selama dua tahun lagi...dan kami dah dapat bayangkan suasana kehidupan yang agak "keras" sehinggalah kami ditauliahkan.

Hari pertama semasa melapur pada jam kira-kira 8:30 pagi kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Tun Templer untuk urusan dokumentasi. Setelah selesai dokumentasi, kami diarahkan untuk pergi ke bilik penginapan masing-masing untuk meletakkan "luggage" yang kami bawa. Selepas itu kami diarahkan pergi ke  kedai Abang  Samah (Arwah) . Bilo nampak ajo kelibat Den , Abg Samah terus tergolak besar dan berkata .." Haa..haah Lahabau kau Nazar.., ingat kau tak akan masuk Kadet..!"  Den sonyum ajo dan maleh nak cakap banyak, sobab maso itu ado senior kadet disitu, Den tak nak " kepopularan" Den terserlah dan takut abis temberang dan peranghai Den di Cawangan Putera diketahui oleh senior Cadet tersebut...kalau dio orang tahu pasti "masak" Den dikojokan . Abg Samah mengenali  Den semaso di Cawangan Putera lagi. Sebenarnya dia bertugas sebagai cook di sana dan pada sebelah petang dia selalu buat 'part time" jadi hair dresser kat Cawangan Kadet. Tetiba senior kadet tu tanya Abg Samah, ".Awat Abang kenal ke dia ini ?. Di ini 'boi' ke dulu. abg Samah respond .." Apo tak kenal pulak , hero dia ini dulu kat boys Wing.Lalu Abg Samah pun mula membuka cerit ashibul hikayatnya.."..Dia ini dulu, berapa kali saya tangkap curi 'ration" kat stor , mee Besta, susu kotak dan roti'..Ada sekali tu saya pernah tangkap dia waktu subuh hari minggu, , masak nasi goreng..dan bla..bla...Dia ini yang curik mangga rumah komandan Munip dulu..bla.."..Pergh perlbagai kes jenayah lampau Den semasa di Cawangan Putera telah di ceritakan oleh Abg Samah. Maso tu Den buek muk seposen ajo, diam, buek muko "confuse badak" sambil sesekali tersongeh macam korang busuk.

Selepas dari tu , kami telah pergi ke pejabat Quarter Master untuk mengambil pakaian dan kelengkapan tentera. Kam beratur.  Bagi mereka-mereka yang pernah menjadi budak boi, perkara itu amat membosankan. tetap bagi mereka yang fresh dari sekolah luar, wahh bukan main seronok lagi. Bilo dapek mess tin sepasang , diketuk-ketuknya, bila dapat pouches dan belt 70 , terus di pasang dan di  pakai dengan megah dan bergaya. Bila dapek pack tak abis di belek-beleknya....bagi mereka mungkin itu pengalaman pertama mereka di bekalkan dengan peralatan tentera.  Pendek kata suasana di pejabat QM itu sungguh meriah. tapi bagi orang macam Den...Boring..!Setelah selesai kami semua balik ke bilik masing-masin g dengan peralatan di bawa. Sampai dibilik, Den campakkan aje peralatan tersebut dan terus turun kebawah semula untuk berbaris kerana terpaksa mengikuti jadual seterusnya. Selepas berbaris pada masa itu baru Den tahu kekuatan Pegawai Kadet Pengambilan tersebut adalah sekitar 40 orang. Kami diberikan kepada tiga Kompeni ., ia itu Alam Shah, Syed Putera dan Abdul Rahman. Den dimasukkan kedalam Kompeni Alam Shah.  Kami diarahkan untuk makan tengahri. Semasa di Dewan makan, maka kelihatlah ramai senior-senior cadet yang menunjukkan "color sebenar" diri masing-masing dan menggangu kami. Itu perkara biasa. Den tak ambil pot langsung. tapi suasana itu telah menimbulkan rasa tidak selesa dan 'takut" kepada sesetengah kadet baru.

Pada petangnya kami di baw berarak, berlari di dalam kumpulan dan melalui kawasan-kawasan penempatan utama dan lokasi penting di dalam kompleks MTD Sungai Besi.. Ia adalah bertujuan sebagai orentasi kawasan kepada junioor cadets. Kami di bawa ke Lapangan Sasar dan Kawasan Merempuh Halang, Kawasan Kolam Renang , Padang , Pejabat pentadbiran, Cawangan Putera dan pelbagai tempat lagi. Kami juga dimaklumkan dimana kawasan larangan seperti di kawasan Married Quaters [MQ] dan sebagainya. Bagi Den orentasi kawasan itu adalah satu aktiviti yang memboringkan serta memenatkan. Bila sampai di satu satu tempat , kami akan diarahkan berhenti, kemudian mendengar taklimat daripada jurulatih/senior cadet, tentang apa nama tempat itu, kegunaanya, samada kami boleh pergi atau tidak dan sebagainya. Sungguh memboringkan bagi Den kerana Den dah duduk di kawasan itu hampir 2 tahun 6 bulan sebelum itu, tetapi ia amat berguno bagi mereka-mereka yang fresh dari sekolah luar...

Malamnya sebelum waktu makan kami terpaksa berbaris. Pakaian yang kami pakai waktu tiga bulan pertama ada PD Green. Sebelum bergerak masuk ke Denwan Makan kami akan berbaris dan pakaian kami akan diperiksan, kasut , rambut, samada kami ada membawa pen dan buku  nota atau tidak, sapu tangan dan sebagainya. Pada peringkat permulaan memang ramai yang tidak lulus pemeriksaan tersebut . Maklumlah baru lagi, otak pun tak berapa set lagi. Justeru itu kami akan dihukum dengan pelbagai hukuman...sehingga kami berpeluh-peluh.dan "peawai"..selepas itu baru lah kami di benarkan masuk ke Dewan  Makan. Dan semasa di Dewan Makan , senior-senior Cadet, tak lepas peluang untuk menganggu kami. Bagi Den situasi itu tidak menjadi masalah kerana Den dah biasa, .Bila ada senior Cadet yang nak menggangu Den, biasnya Den akan padang dan tenung mata dia..dan peliknya kebanyakkan dari mereka tak berapa berani nak kacau atau nak mempermainkan Den. Mungkin dio orang tahu Den dari budak boi,dan mungkin juga rupo Den yan gagak ganeh dan tak banyak bercakap membuatkan mereko cuak untuk menggangu Den. Pendek kata Den tidak berapo di kacau oleh senior Den..atas sebab-sebab Den sendiri tak pasti.

Selepas makan , kami ada kelas malam  dan biasanya dari pukul 8:30  sehingga 10.30 mlm . Di kelas di  malam  pertama tersebut kami banyak bersembang dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Ada yan g muram dan rasa menyesal kerana memasuki kadet , ada yang seronok dan bangga. Bagi Den, just another boring life in RMC...Tak sabar bila lah nak jadi senior. Selepas kelas malam itu , kami diarahkan berbaris dengan berpakaian PT BODOH[ Seluar PT biru pendek dan baju T Shirt inner hijau (jaring)} Dan pada ketika itu kami memang kelihatan sangat hodoh dan macam orang bodoh. dah kepala kami botak, pakai seluar pendek biru, T shirt  hijau, setokin kelabu dan kasut..putih  yang dihitamkan dengan kiwi...tak ke bodoh namanya tu. Kami seterusnya diarahkan membuat pembersihan kawasan. Ada group yang mengilat lantai marble , mengunakan pengilat , kain buruk dan tangan tanpa mesin, Ada yang mengilatkan 'batang komandan ," ..pemegang pintu utama Wisma Kadet yang diperbuat dari Tembaga dengan menggunakan brasso dan kain, ada yang menyapu dan membersihkan longkang dan tandas, di sekitar kawasan wisma. Setelah pukul 1145 kami akan berbaris semula, duty senior kadet kan membuat pemeriksaan  kawasan . Sekiranya beliau tidak berpuas hati , kami akan di beri hukuman lagi..dan biasnya ia akan berlanjutan sehingga jam 12 30 malam...Selepas itu barulah kami  dilepaskan untuk balik ke kompeni line masing-masing....Sebaik di kompeni line , bukannya kami akan terus tidur, tetapi , Aktivit phase II baru bermula.......Nanti lah Den akan sambung pada siri kedua nanti.....!!!