Wednesday, 8 May 2013

At Your Own Free Will : SHOOT ME !!!!!

Kali ini Den bercadang nak menulis topic yang agak sensitif sikit dan mungkin ado pembaco yang tak akan faham atau tak dapek nak menerimo message yang Den sampaikan. Den ghaso perlu untuk membincangkan hal ini kerano Den lihat “ramai dari kito”…telah terperangkap dengan dakyah ini. Apo yang Den nak share kan adolah apo yang Den pelajari dari dunio maya sojak kebelakangan ini. Ia nya berkaitan dengan perang saikologi yang sangat hebat berlaku sekarang, terutamonya di Face Book. Bak kato seorang General China:

“You may not be interested in psychological warfare,

But psychological warfare is interested in you.”

 





Dalam kito sodar tak sodar, terdapat satu puak  yang sedang asyik melaksanakan peperangan ini dan dari pengamatan ia telah berjaya mengubah dan memberi presepsi yang tidak baik kepada satu puak  yang lain. Den tak nafikan yang satu puak lagi tu pun sedang melakukan perkara yang sama. Bezanya puak tersebut tidak di buat secara “organized and well planned” mano kalo di sebelah pihak lagi dibua secara teratur, sistematik dan Den nampak ia nya berjaya…Biarlah Den berterus terang puak yg Den maksukan itu adalah puak Red Beans Army dan rakan sepakatnya manakala puak yg menyokong kerajaan pulak terdiri dari mereka-mereka yg kurang pengetahuan tentang peperangan saikologi ini. Keputusannya kita lihat sendiri…mereka telah Berjaya “…menimbulkan presepsi bahawa Negara kita adalah Negara paling  korup, mengamalkan krooni dan paling banyak menyelewang dan menolak Islam…!.Sabar dulu, jangan tembak Den lagi…biar Den habiskan penulisan Den kemudian tembaklah Den…., kutuklaa Den katolah apo  kau nak kato ….Den redha kerana pada pandangan Den niat Den nak membuka mata hati kita semua untuk melihat sendiri akan kebenarnnya…Selebihnya Den berserah kepada Allah , sama ada anda boleh menerimanya atau tidak. I have nothing to loose.

Dari pandangan Den, Red Bean Army[RBA] yang di biayai oleh sesetengah pihak ini Berjaya memanupilasi dan mengubah presepsi rakyat supaya memandang buruk kepada kerajaan yang memerintah dan seterusnya menghitamkan hati mereka untuk mempercayai bahawa kerjaaan yang memerintah adalah kerajaan yang paling teruk di dunia..sehingga dianggap sebagai kerajaan yang sanggup membunuh bangsanya sekali….RBA ini telah didedahkan tentang ilmu propaganda dan mereka faham bagaimana nak melaksanakannya. Propaganda di sini bermaksud  tindakan psikologi yang dirancang dan  mempunyai tujuan utama untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkah laku kelompok manusia dalam apa-apa cara untuk menyokong pencapaian objektif mereka yang membuat propaganda. Mungkin anda akan lebih faham  lagi dengan definisi ini :

 
"Very frequently propaganda is described as a manipulation for the purpose of changing idea or opinions of making individuals 'believe' some idea or fact, and finally of making they adhere to some beliefs—all matters of the mind. It tries to convince, to bring about a decision, to create a firm adherence to some truth even if it is false.”
Dan kalau mengikut buku yang di tulis oleh Daniel Lerner tentang perang saikologi ia mengatakan :  psychological warfare operations into three categories:

 White [Omissions + Emphasis] Truthful and not strongly biased, where the source of information is acknowledged.

 Grey [Omissions + Emphasis + Racial/Ethnic/Religious Bias] Largely truthful, containing no information that can be proven wrong; the source is not identified.

Black [Commissions of falsification] inherently deceitful, information given in the product is attributed to a source that was not responsible for its creation.

Dari sedikit penerangan dan maklumat di atas Den berharap pembaca semua dapat memahami bagaimana perang saikologi dan propaganda ini di mainkan oleh RBA  @ Groups. 

From here now let we see how the game is played by RBA & grps .  Dengan bermatlamatkan  untuk menjatuhkan sokongan kepada kerajaan mereka memainkan isu RASUAH , KRONI , DAN  RAKANYA PULA DARI PARTI ISLAM…menambahkan lagi bahawa  KERAJAAN BN MENOLAK ISLAM.
 
KERAJAAN BN RASUAH..? .Perkara ini dilaungkan berulang kali ,pada setiap masa, setiap tempat dan setiap keadaan. Didunia Maya,  pentas ceramah, risalah, poster, banner…TAPI MEREKA TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN BUKTI YANG KERAJAAN INI BENAR-BENAR SEPERTI APA YANG DI DAKWA. YANG MEREKA ADA SEBAGAI BUKTI ADALAH UNGKAPKAN  YANG MENGATAKAN BAHAWA MEREKA ADALAH BERMORAL RENDAH, KAYA DISEBABKAN RASUAH, KAYA DISEBABKAN KRONI DAN FAKTA DAN STATISTIK  UMUM TANPA MEMAHAMI SERTA TAHU FAKTA SEBENAR DISEBALIK FAKTA ITU SEPERTI HUTANG NEGARA, PERBELANJAAN PEMBELIAN PERALATAN TENTERA DAN SEBAGAINYA.  Perkara ini diulang acap kali sehingga menimbulkan presepsi negative kepada kerajaan dan akhirnya sudah menjadi kepercayaan kepada rakyat jelata bahawa kerajaan inmemang KORUP.!!. Perkara ini lebih dipercayai oleh mereka apabila ianya diungkapkan oleh tokoh-tokoh agama.

Bagi Den, secara peribadi merasakan perkara ini  sebenarnya amat mudah ditolak jika kita membuka mata hati kita dan berfikir secara rasional tanpa sebarang rasa prejudice di dalam hal ini. Isu RASUAH yang di laung-laungkan itu…, Masalahnya mereka meraung dan melaungkan Rasuah dan kononya tahu perkara itu berlaku..persoalannya kenapa diorang tidak membuat laporan, kalau ada kenapa mereka tidak tunjukkan. Asal org politik BN kaya dan berduit…terus di cap rasuah  tanpa sebarang bukti. Ia  ibarat menuduh orang tanpa bukti  yang sahih. Kalau cerita pasal keperluan di dalam Islam supaya  JANGAN BERBUROK SANGKA, MENUDUH HENDAKLAH DENGAN BUKTI, AGAR TIDAK TIMBUL FITNAH…pandai mereka jaja  siap dengan nas dan hadis lagi…Tapi bila tuduhan begitu dibuat kepada puak BN, tiada pulak buktinya..Den pernah BEKERJA DENGAN SPRM @MACC SELAMA SETAHUN LEBIH  DEN TAHU BAGAIMANA TEGASNYA MEREKA MEMERANGI RASUAH , MEREKA BEKERJA SIANG MALAM UNTUK MEMASTIKAN SIPERASUAH DI HUKUM...MALANGNYA ADA BANYAK KES YANG MEREKA TIDAK MAMPU LAKSANAKAN SEBAB KEKURANGAN BUKTI...TUDUHAN DI MAHKAMAH TIDAK SAMA DENGAN TUDUHAN YANG DIBUAT DI WARONG KOPI...BOLEH MAIN BOH  TANPA BUKTI.....! DIMAHKAMAH MESTI  CUKUP BUKTI BARU BERSALAH.DAN INI FAKTA..DI WARONG KOPI DAN DI DUNIA MAYA,HANYA DAKWAAN TANPA BUKTI PRESEPSI, RAKYAT PERCAYA YANG DITUDUH BERSALAH RASUAH....!..YANG SEDIHNYA MEREKA TAK BERANI NAK MENAMAKAN INDIVIDU YG TERLIBAT ITU, TUDUH SECARA UMUM SAHAJA..BN TIDAK SPESIFIK..SEBAB TAKUT KENA SAMAN BALIK....!  tulah strategi perang pysikologi  yang dimainkan oleh pihak pembangkang....Iroinnya....rakyat  PERCAYA ..!!!!!!

Dan sedihnya..ramai  rakyat yang percaya bulat-bulat… Tapi bila perkara itu terkena kepada batang hidung mereka..pandai pulak mereka keluar nas la quran..untuk siasat dahulu tentang berita yang di terima. Kita tengok dalan sejarah kerajaan BN berapa tokoh mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan masalah  moral yang telah disenarai  hitamkam..Pasal kes suaminya, Shahrizat diketepikan, , Khir Toyo, Lee Liong Sik dgn PKFZ , Vijadran dan Chua Soi Lek kes moral, Datuk Rahim Tambhy Chik , Mike Tyson ( Mat Taib) , Dato Hassan MB Selangor..dan banyak lagi senarainya. Walaupun ada diantara mereka yg telah  diheret ke Mahkamah dan di dapati tidak bersalah..tetapi BN tetap mengambil tindakan pentadbiran sebagai nak membuktikan kerajaan amat bersih. Kalau diseberang sana tu, pelbagai kes melibatkan masalah moral, siap dengan bukti  yg sahih, sampai mahkamah dah menyatakan “ bahawa berlakunya hubungan sonsang itu”…erhemmmm masih lagi tidak boleh diterima oleh mereka dan diangkat sebagai pemimpin pulak.  Bilo org keluar video perilaku seks mereka..mereka jaja kata fitnah , konspirasi...TAPI TAK BERANI NAK REPORT POLIS ATAU SAMAN PULAK...Walhal mereka  golong yg suka menyaman orang...maleh nak ulang nanti Den pulak kono saman.....huhuhuuh

KERAJAAN BN TOLAK ISLAM ? …isu in malas Den nak sembang…Cuba fikirkan berapa banyak projek dan rancangan yang dibuat  atas nama Islam di Malaysia ini . Pengurusan Kewangan, Pelajaran, Perniagaan, Tabung Haji, Kutipan Zakat..dan bermacam-macam lagi. Jangan kata pulak pasal BN tidak mampu melaksanakan hudud  dan sebab itu dianggap sebagai BN menolak Islam. Hadi pun kata hudud tu 0.001% dari Islam, mereka pun mengakui belum mampu nak menegakkan hudud . Lesen arak , judi , karaoke…ia dibenarkan bukan untuk kemudahan orang Islam , ia untuk org bangsa dan agama lain. Dan natijah Negara kita mempunyai ramai kafir, kata nak jaga hak mereka dan kebebasan mereka. Tapi dalam pada itu kita masih ada penguat kuasa Agama yang memantau  supaya orang Islam tidak turut terlibat..Mana yg terlibat nasib tidak baik akan di tangkap…mana yang lepas,,ya laa dia lepas dari hukuman dunia…Akhirat,..dia akan jawablaah dengan Allah. Apa yang kerajaan BN boleh buat sekarang sebagai penambahbaikan adalah menguatkuasakan undang-undang syariah yang sedia …ramaikan kaki tangan penguat kuasa, buat spot check kat tempat –tempat tersebut, larang dari orang Islam dari memasukinya. Den nak Tanya kalau PK perintah Malaysia ini, bolehkan dia tutup semua tempat-tempat maksiat tu….dengan situasi masyarakat sekarang…tutup kedai 4 digit, tarik lessen arak…Dan kalau kerajaan PK yang PAS adalah gabungannya tidak mampu pada masa itu , adakah bermakna PAS juga tolak ISLAM…..? Lesen judi, arak, tempat hiburan..dikeluarkan oleh PBT, kenapa PAS tak buat begitu semasa memerintah  dinegeri yg sudah diperintah ? , haa  laa nei pegang majorit 15 kerusi kat Selangor, awat tak nak jadi MB pulak, kan elok boleh menghentikan pengeluaran lesen arak dan judi di Selangor…Dulu bukan main berkempen nak menang , Allah dah bagi menang takut lak menjadi ketua….Mungkin sekarang mereka baru faham peribahasa Melayu baru CAKAP SENANG NAK BUAT TAK TAHU..!

KERAJAAN BN AMALKAN KRONISME .? Den maleh nak argue panjang…Cumo Den nak tanyo  kalau anda ado kuaso memerintah dan ado projek yg nak dilaksanakan siapokah yang anda pilih…dan bori projek tu a. Adik anda  b. kawan sekolah anda c. orang kampong sebolah anda d. entah orang mano anda tak konar.. Jawab dengan ikhlas...Dan kalau masa tu sorang datang bawak bendero UMNO, sorang bawak bendero PAS , sorang lagi bawak bendero PKR dan satu laei tu bendero DAP..mereka nak mintak projek...anda pemegang bendero PKR..siapo yg anda bori ..? Dalam BN yg ado parti anak beranak  yg Den tahu setakat nei MAC ajo…yg lain tu tak Nampak.. Itu pun bapak dio tak bertanding ...Dalam PKR ? Dalam DAP ? Dalam PAS ?...So jangan bicara pasal kronisme dalam hal ini....!
Cumo yang buek Den marah dan terkilan, apo bilo namo Syed Albukhary ..lak yg di jajo sebagai krooni bosa….Oii sahabat ! dio ajo melayu yg begitu menonjol kek dunio koperat, itu pun jatuh no ompek. Pasal apo ghamai yg Melayu  meraung melihat kejayaan dio, kenapo Nurul izzah meroyan. Cubo tengok statistic orang kayo kek Malaysia…siapo yg ghamai…Itupun nasib baik si Syed tu control boreh, gulo , minyak, gas….stabil jugak hargo barang tu sekarang..Apo cerito pulak siapo yg control ayam, lombu, sayuran-sayuran..dan bermacam-macam lagi barang  yg boleh  dimakan tak boleh dimakan kek Malaysia…pasal tu kerajaan sukar nak control harga barang tu..bilo barang naik semua salah kerajaan..study dulu siapo belakang yang mengawal barang-barang terebut. Kito perlukan lebih ramai lagi usahawan seperti Syed tu..dio kayo dan dalam maso yg samo dio banyak menyumbangkan untuk kemajuan umat islam/Melayu Malaysia…ini pun melayu nak cantas ko…?

Dan begitulah perang pysikologi yang berlaku di dunia maya Malaysia hari ini, isu memburukkan kerajaan adalah RASUAH, KRONI. TOLAK ISLAM..Ianya dilaungkan berulang kali dan acap kali sehinggakan TIDAK SEMPAT PARA PENDENGARNYA YANG KEBANYAKKANYA GOLONGAN PERTENGAHAN YANG EDUCATED BERPELAJARAN LUAR NEGERA UNTUK BERTANYA MANA BUKTINYA,ATAU MENYEMAK AKAN KEBENARANNYA, SEBALIKNYA MEREKA HANYA MENERIMA TOMAHAN ITU BULAT-BULAT...DAN MEREKA MENGELARKAN DIRI MEREKA GOLONGAN MELAYU BARU, EDUCATED, BELAJAR LUAR NEGARA.ATAU MEREKA INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEPATUTNYA MEREKA MENYIASAT DAN MELIHAT BUKTI DAHULU SEBELUM MEMPERCAYAI TOMAHAN ITU ..?..Tapi disebaliknya isu yang di mainkan oleh sebelah pihak pasal isu moral siap dengan Video lagi sebagai bukti, Isu akidah tentang penggunaan nama Allah dan ia terpampang di kebanyakan media mereka tolak mentah-mentah…sikitpun tak dipercayai waalupun bukti di depan mata..dan tidak berkesan untuk menyedari rakyat malah mereka di angkat sebagai pemimpin mereka…? ...Dah tahu dalam sungai tu ado buayo ganeh, erhh dio nak terojun jugak...! .Akhirnya satu-satu nya kuasa Melayu yang ada di Tanah Melayu ini nampaknya dah mula terhakis…ia itu Kuasa Politik…! Mungkin pandangan Den ini tidak dipersetujui dan tidak disukai ramai..tak apa..Cuma Den mintak supaya kita cuba  mengubah corak dan polar pemikiran kita supaya berfikir dengan cara yang lebih rasional dan tanpa perasaan prejudice dan jangan bulat-bulat percayo apo yang dimainkan di media..kerana kita sedang menghadapi peperangan  physikologi sekarang ini.

Ayuh bangsa ku Bangkit, Kita pernah di jajah dari segi fizikal, jangan pula kita dijajah dari segi pemikiran…Demi untuk kelangsungan dan kejayaan  Islam/Melayu di bumi Malaysia ini. Now you all can shoot me…..!!!! Tapi janganlah komen pasal ejaan Den yo...sobab Den tidak educated dan orang kampung.ajo ..lobih kurang ajo laa pasal tu.....!