Thursday, 11 April 2013

Wind Of Change : PK PK 21 21



Salam diam tak diam , dah masuk tahun keduo hayat blog KKK ini. Alhamdulilah, walaupun ia tak mendatangkan sebarang keuntungan dari sogi kewangan, tetapi ia sekurang-kurangnyo buek Den ghaso seronok nak menulis, walaupun io berunsur seronok sendiri. Dalam pado itu dah hamper 1.4 juta kali Den dah diluku, erhemm, Den tak boleh nak bayangkan bagaimano sebonarnyo keadaan fizikal kepalo Den kalau dah diluku sebanyak itu. Apo pun Den nak mengucapkan terimo kasih kepado mereko-mereko yg singgah dan membaco blog KKK ini. Sokongan anda semuo sangat Den hargai dan diucapkan terimo kasih. 


Bilo tibo musim porang macam kes kat Lahad Datu, Den memang seronok nak menulis pasal isu-isu keselamatan. Maklumlah baru pencen,walaupun badan dah tak Nampak macam sojar laei, tapi semangat masih tinggi lagi, hinggokan Den ponah termimpi-mimpi, menelefon bos lamo Den dan mintak Den masuk sebagai askar kontrak untuk turut terlibat di dalam Ops Daulat . Den bukan nak berporang dengan senjato , itu mungkin Deh dah tak mampu tetapi Den nak berporang dan terlibat melalui PYSOPS AND INFORMATION WARFARE. Resume dah siap untuk dihantar Ketuo Pengarah ESSCOM, cumo bolom poskan ajo laei …

Apo-apo  sekarang nei di Malaysia musim dah berubah, laa ini musim politik, kalau di negaro barat politik dibicarokan hanyo 5 tahun sekali, tetapi di Malaysia hari ini io dah menyamoi dengan jumlah sembahyang limo waktu lak…limo kali sehari..Dalam pado tu ado yg bergitu taksub akan membincangkan pasal politik ini sepanjang hari ..Begitulah keadaan politik di Malaysia hari ini. Den secaro peribadi ,minat dan nak ambil tau pasal politik ini hanyo timbul semonjak pencen nei ajo. Dalam askar dulu tak ado maso  atau memang tak minat nak ceirto pasal politik..bukan sobab ionyo dilarang atau sebagainyo, cumo tumpuan itu dibori lobih kepado kerja dan keluargo, dan jarang menghadiri siri TTS dan bersembang  pasal politik..Tapi bilo dah pencen nei, dan tak ado kojo pulak, mako minat untuk membincangkan pasal politik ini bergitu mudah bercambah.

Bilo sobut ajo bokeh askar, memang ghamai akan berpandangan bahawa mereko ini kebanyakkannyo adolah penyokong kerajaan. Bab itu memang Den bersetuju. Pada pandangan dan berdasarkan kepada pengalaman Den yang bergaul dengan askar-askar pencen ini, perkara ini berlaku  kerana, kita tau apa  yang sebenarnya berlaku di dalam Negara ini, lebih-lebih lagi mengenai isu keselamatan dan kepentingan mewujudkan semangat kerjasama diantara  kaum. Dan sebagai anggota tentera kito sentiasa ditanamkan dengan semangat patriotic yang tinggi. Dan kenapo pulak ado jugak askar yang pencen itu menentang kerajaan yang sedio ado dah Den dah ulaskan dalam artikel Den terdahulu.

Kita mesti ingat bahawa Malaysia terdiri dari pelbagai puak, Cina, India, Bumiputera, dan bawah bumiputera pulak ia dipecahkan lagi kepada beberapa puak seperti Melayu, Iban, Kadahzan, Murut, Melanau dan sebagainya…sehingga ke Kaum Orang Asli  yang juga boleh dipecahkan lagi kepada beberapa puak. Justeru itu bukan senang mana-mana kerajaan yang memerintah pada hari ini nak memuaskan hati semua pihak. Usah kato kerajaan, Den yang mempunyai anak limo nei pun susah nak memuaskan hati kelimo-limo anak Den. Bilo nak masak ayam pun dah banyak masalah, sorang nak lauk ayam masak kicap, sorang nak lauk ayam masak merah, sorang nak ayam goring , sorang nak ayam masak khurma, orang ghumah Den suko ayam masak kari, Den suko ayam masak sambal .Itu baru isu nak masak ayam bolom isu n ak bercuti, nak tengok siaran TV dan sebagainyo…Dari situ Den baru dapat fahami bahawa bukan sonang nak jadi pemerintah yg adil ke bumi Malaysia ini yang dapat memuaskan hati semuo kaum.

Kito kono belajar apo yang berlaku di Bosnia,  yang dulunyo Yugoslavia, sebuah negaro kominis yang dulunyo agak maju yang terdiri dari tigo kaum utamo, Bosnian Muslim, Serb dan Croats . Bilo berlaku peperangan habis negaro itu berpocah dan banyak berlaku kemusnahan dan kemalangan jiwa, Kito kono tengok apo yang berlaku di Iraq, yang terdiri dari tigo puak utamo, Syiah, Sunnah dan Khurds.Bilo Saddam tumbang, sampai sekarang ketigo-tigo puak tu susah  nak diletakkan semulo dibawah satu negaro. Kito kono tengok apo implikasi Arab Spring, Mesir, jatuh kerajaan yang dikatokan courrpt, naik parti Islam, dah…Islam dan Kristian pulak bergaduh. Den tahu ado ramai dikalangan pembaco yang bijak pandai akan mengatokan anaology Den ini salah , tidak tepat dan  tidak sesuai. Itu Den tak kisah , apo yang nak Den bagitahu bahawa sebenarnya, Malaysia ini adaolah sebuah Negara yang amat rapuh, apobilo kito membincangkan dari segi perpaduan kaum dan keselamatan. Ini disebabkan kito mempunyai pelbagai puak yang menganut pelbagai agama dan mempunyai budaya dan amat berlainan antara satu samo lain. Justeru itu perpaduan dan keselamatan kito amat mudah tergugat dengan hanya menggunakan satu isu sahaja . Nak Den bagi contoh jugak  ko ?....ISU YANG TERBARU  NAK MEMOCAHKAN KAUM MELAYU HARI INI ADOLAH ISU KERAJAAN /UMNO MENOLAK AGAMO ISLAM.Yang sodihnyo ia berasal dari orang kito jugak yang pakar dalam agamo dan bertaraf Ulama...Apo motifnyo ? yang terlintas dikepalo Den adolah POLITIK. Maaf bab ini memang Den tak bersetuju dengan ulamak itu.


Cubo kito fikirkan apokah yang kerajaan sekarang nei menolak Islam seperti yang di dakwakan. Kito ado system dan pusat pembelajaran dan perkembangan Islam dari  peringkat tadika hingga ke university , kita ada sistem kewangan Islam di dalam perdagangan, jual beli, perbankan, kita ada pusat tahfiz,pembelajaran Al Quran dari sekolah pondok sampai ke tahap universiti, Diadakan sistem pungutan  zakat yang teratur untuk semua orang Islam, kita ada system mahkamah syariah dan dari segi precendence nyo ia tidak boleh di challange oleh Mahkamah Sivil, walaupun kita tak dapat lagi nak melaksanakan hukum hudud atas sebab-sebab tertentu ,umat Islam kita bebas beribadat, berdakwah sehingga ada yang membawa  ajaran songsang, kita ado Tabung Haji yan gmembantu dan menguruskan umat Islam yg ingin menunaikan haji dan umrah yang jauh lebih baik dari mana Negara Islam yang lain. Dalam system pelajaran kita selain dari kewujudkan sekolah agama Rakyat, di sekolah biasa pun diakan subjek ISLAM dan BAHASA ARAB, Berapa ramai kerajaan memberi bantuan untuk pelajar kita melanjutkan pelajaran berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam samada di dalam maupun diluar Negara. Dan kalau nak disenaraikan produk-produk Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang nei , memang beratus sama ada ia melibatkan kepentingan individu Islam itu, masyarakat ataupun agama. Sehinggakan kita nak bergolok bergadai pun ado disediakon mengikut caro Islam.

Disamping itu Den juga tidak menafikan kito ado juga membenarkan penjualan arak, judi dan sebagainyo,
TETAPI KITO HANYO MEMBENARKAN HANYO UNTUK ORANG YANG BUKAN ISLAM, Dah ghamai jugak penduduk bukan islam  dsini, kito pun nak jago  kecenderungan mereko supayo mereko tidak raso dinafikan hak mereko. Untuk itu kito ado pihak penguaso agamo yang memantau nyo bagi mencegah oran gIslam turut samo terlibat. Dalam pado tu memang ado jugak orang Islam yang terlopeh, ,justeru itu mungkin kito boleh memperkasokan lagi agensi ini supayo lobih berkosan. Pendek kato, secar umumnyo kerajaan memang TIDAK MENOLAK Islam malah sedang berusaha untuk meninggikan syair Islam, hatta kito pun ado siaran TV dan RADIO yang khusus untuk itu. Mungkin kerajaan masih ado banyak kelomahan dna kekurangan lagi di dalam membentuk negaro islam sejati, ini perlu mengambil maso dan perlu perancangan yang teliti. TETAPI UNTUK MENGATOKAN BAHWA KERAJAAN TOLAK ISLAM ADOLAH TIDAK BENAR DAN HARUS DISANGKAL..

Den memang tak dinafikan memang banyak kekurangan dan beberapo langkah penambahbaikan yang boleh dibuat untuk memertabatkan Islam sebagai agama rasmi dan juga diamalkan di dalam system pemerintahan negaro. Kito mesti ingek perkaro ini perlu dilakukan secara berhemah dan beperingkat-peringkat. Kito mesti ingek walapun negaro ini kepunyoaan Melayu yang beragomo Islam, tetapi pada dasarnyo kito bukanlah penduduk Melayu /Islam yang memerupokan majority paling bosar di negaro ini  Berapo ramaikah kaum, Cina, India , Orang Asli dan kaum bumiputera seperti Iban dan sebagainyo beragamo Islam?  Justeru itu penerapan nilai-nilai islam di dalam system pemerintahn negaro perlu dilaksanokan dengan berhati-hati dan berhemah. When the times come Inn Sya Allah Allah akan membantu kito  menegakkan syiar Islam sepenuhnya dibumi  Malaysia ini. 

Apo yang Den nak canangkan kek sini adolah supayo kito tidak mudah mengambil jalan singkat dan tidak berfikir panjang untuk menukar kerajaan. Kito tidak boleh menukar kerajaan seperti kito bertukar baju. Banyak perkaro yang mesti kito fikir dan pertimbangkan secaro jujur sebelum kito membuat keputusan. Persoalan yang pertamo kito kono fahami keadaan semaso di negaro kito ini. Apo teruk sangat ko kito ditindas  oleh kerajaan .Susah sangat ko kito nak beramal sebagai seorang Islam di negaro ini. Miskin sangatkah kito dibumi sendiri sedangkan pendatang asing boleh mencari rezeki belimpah ruah di sini. Ado koh negaro ini melampaui ajaran Islam secaro terbuko . Alasan kito nak menukar kerajaan kerano rasuah,penyelewanengan, krooni dan nepotism  dan sebaginyo , ini harus dikaji , difikirkan secara terliti dan dihalusi akan kebenarnnya. Adakah ia benar-benar berlaku dan apakah tahap keseriusannya ? Kalau setakat apa yang berlaku seperti di dakwa sekarang, Den ghaso tak payahlah kito termakan umpan itu. Kalau kito nak tukar kerajaan pasal isu ekonomi.., nanti Den sembang pasal tu di artikel lain.

Den akui berlakunyo rasuah, cronyism ,nepotism tetapi tahap manokah keseriusnyao, adokah ia boleh dihapuskan jiko diganti dengan pemerintah yang baru ? Apokah selepas pertukaran kerajaan, MACC boleh gulong tikar kerano tiado lagi  rasuah, Jabatan Audit Negaro tidak perlu di membuat sebarang audit lagi kerano smeuonya adolah tulus, benar dan transparent ? ADakaoh tidak akan berlaku sebarang kemaksiatan dan jenayah selepas bertukarnya kerajaan ? MASALAH ITU TETAP WUJUD SELAGI KEWUJUDAN MANUSIO DIMUKO BUMI INI …! Bagi Den isu-isu itu adolah lebih kepado indvidu dan  bukannyo  dipersalahkan oleh kerajaan secaro total. Setiap individu akan diuji oleh Allah samada melalui kuasa, harta, rupa, kesihatan dan sebagainyo, Kalau mereko benar-benar beriman Inn  Syaa Allah ia akan selamat. Macam Den pun Den tak berani nak cakap yang Den tidak akan makan rasuah, sekarang nei ok laa, tapi bilo dah ado kedudukan dan duit dan disogok didopan mato,  boleh golap jugak dibueknyo. Lopeh tu bilo ado kedudukan, adik , saudaro , kawan dan orang yang tak dikenali mintak projek, agak-agaknyo siapo calon yang sesuai kito nak bagi ?...Kalau ikut sodap memanglah adik kito, tapi kalau ikut hukum kono buek pemilihan secaro adil ,berapo ramaikah yang berani berjanji yang mereko akan bertindak adil dalam situasi begitu ?Alaaa macam tok lobai Nampak perempuan pakai seksi, ado yang boleh berpaling dan beristighfar dan ado jugak yang tak berpaling dan ,,,terus merenung macam nak terghokam. Pendek kato itu ketahanan diri dan keimanan masing-masing. 

Justeru itu, Den nak mencanangkan sekali lagi, sebolom kito membuat keputusan untuk memilih kerajaan baru, fikirlah secara rasional dan berhemah , ketepikan elemen kebencian, ketaksuban dan emosi. Cuba jujur pado diri sendiri dan kemudian pangkahlah calon yang dikehendaki …!