Saturday, 27 April 2013

When Comes to Physical Security Management ; It's a Secondary Task!


 Sebelum Den meneruskan penulisan ini, Den nak maklumkan dan mintak maaf kalau-kalau penulisan Den ini dianggap seolah-olah Den nak tunjuk pandai pasal isu-isu keselamatan perlindungan fizikal/peribadi. Anggaplah ini sebagai satu pengetahuan TIPS DAN PENGETAHUAN AM TENTANG KESELAMATAN jika anda bekerja di agensi yang mempunyai risiko keselamatan peribadi yang tinggi  dan ia merupakan satu pengalaman yg Den nak SHARE bersamo…...


Kiro-kiro jam 10 pagi semalam Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan seorang Pegawai Tinggi Kastam di kawasan Perscint 8 di PUTRAJAYA. Kejadian ini telah mengejutkan ramai pihak dan dari situ telah timbul pelbagai presepsi dan  pandangan yang datangnya dari serata pelusuk masayarakat. Den secara peribadi merasa sedih tetapi tidak terkejut bila mendengar berita tersebut. Den merasa sedih kerana cuba membayangkan bagaimana perasaan keluarga arwah bila mengetahui bahawa arwah telah tiada di dalam suatu situasi yang tidak disangka-sangka. Den secara peribadi ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh beliau di tempatkan bersama-sama dengan orang beriman…Al Fatihah…Amin. Den tidak terkejut kerana perkara sebegini terjadi kerana  pernah mengjangkakan perkara sebegini akan berlaku  pada suatu masa dahulu . Mungkin Tingkat 3 D6 boleh mengesahkan kenyataan Den ini.

Den ghaso elok Den nak sharekan sedikit maklumat mengenai perlindungan keselamatan peribadi ini. Satu ketika dahulu, semasa menjalani latihan peralihan sebelum bersara sehinggalah Den bersara , Den telah di lantik sebagai seorang Physical Security Consultant disebuah agensi penguatkuasaan  di Putrajaya untuk tempoh selama setahun. Diawal mula penugasan Den setelah membuat kajian keselamatan berdasarkan ancaman semasa dan sebagainya, Den telah siapkan satu lapuran bersama dengan 12 langkah-langkah yang perlu diambil bagi menaiktarafkan pengurusan keselamatan pelindungan agensi tersebut. Didalam salah satu langkah-langkah penambahbaikan yang Den syorkan adalah untuk mempertingkatkan TAHAP PERLINDUNGAN KESELAMATAN PERIBADI KEPADA SEMUA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN/ PENGARAH AGENSI PENGUAT KUASAAN TERSEBUT. Di bawah para tindakan terebut Den telah  gariskan pelbagai langkah-langkah  yang perlu diambil bagi melindungi Pegawai-pegawai kanan agensi tersebut. Den juga turut menerangkan tahap ancaman yang sedang di hadapi oleh dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan. Selain dari itu Den juga membuat garis paduan  langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap anggota agensi itu bagi menjamin keselamatan mereka . Secara ringkasnya garis panduan adalah seperti berikut:





Selain dari itu, Den juga telah membuat saranan  kepada pihak atasan supaya setiap pegawai kanan sekurang-kurang  Gred 54 atau Pengarah Negeri  diberi perlindungan khas. Den sarankan agar mereka di berikan kelayakkan untuk  mempunyai pemandu peribadi dan pemandu peribadi itu hendaklah di latih dan mengetahui tentang tugas-tugas sebagai pegawal peribadi.  In adalah kerana dari analisa ancaman keselamatan  yang telah dibuat , telah dikenal pasti bahawa ancaman dan risiko keselamatan peribadi untuk beberapa agensi penguatkuasaan di Malaysia hari ini seperti SPAD, JPJ, KASTAM, MACC, IMEGRESEN adalah berada di tahap yang lebih tinggi dan bahaya. Pada hari ini menjadi pegawai penguatkuasa untuk agensi yang Den sebutkan itu lebih berbahaya dan berisiko dari menjadi anggota Polis dan PDRM, kerana ancaman ke atas mereka adalah agak sukar untuk dikenalpasti dan boleh berlaku pda bila-bila masa dana dimana-mana…tanpa di duga..

Berdasarkan kepada kajian ini tersebut Den telah masukkan di dalam rancangan penambahbaikan dan telah di persembahkan kepada Ketu Pengarah dan semua Pegawai Kanan Agensi tersebut. Semasa persembahan itu, Alhamdulilah KP telah mempersetujui dengan cadang-cadangan penambah baikan  yang telah diutarakan. Tetapi selepas peninggalan Den tidak pasti  sama ada perkara itu terlaksana atau hanya sekadar tinggal sebagai satu cadangan sahaja. Dengan kejadian terbaru ini , Den harap agensi tersebut dapat  membuka semula kertas cadangan itu dan laksanakan langkah-langkah yg telah dikenal pasti bagi menjamin keselamatan pegawai dan anggota agensi tersebut selamat. Kita tidak mahu sindrom SUDAH TERANTUK BARU NAK TERGADAH…berlaku….

Tetapi satu perkara yang Den pasti  mengenai isu keselamatan di Malaysia pada hari ini adalah, ia selalu dipandang ringan dan mudah oleh banyak pihak. Itu sebabnya kalau kita tengok mutu pengawal keselamatan yang ada pada hari ini...sungguh memalukan. Perkara ini terjadi kerana sikap kurang perihatian banyak pihak terhadap keperluan dan kepentingan keselamatan. Mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak apabila membabitkan keperluan keselamatan. Profesion "security"..sama ada dari peringkat jaga , pengawal, pegawai dan pengurus keselamatan di pandang rendah dan di bayar  rendah jika dibandingkan dengan profession yang lain. Melalui pengalaman Den, Pegawai Keselamatna Jabatan, yang wujud si kementerian -kementerian sekarang pun ramai yg tidak terlatih, tidak mahir dan menganggap perlindungan keselamatan  adalah sebagai tugas sampingan. Itu sebabnya banyak pembocoran maklumat, kehilangan barang-barang  yang berlaku di pejabat kerajaan.Maaf kalau kenyataan saya ini akan menyinggung Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. Tetapi ini adalah perkara sebenar...

.Tanyalah 10 orang Pegawai Keselamatan Jabatan hari ini , berapa ramai diantara mereka yang benar-benar memahami Pengurusan Keselamtan Fizikal, Tahu membuat Analisa Ancaman dan Risiko Keselamtan Fizikal, Audit Keselamatan Fizikal . Jika ditanya dari 10 orang pegawai tersebut, 11 orang akan menjawab  tidak tahu, tidak mahir, tidak pasti, tidak dilatih tidak didedah. 11 orang ini adlah termasuk yang bertanya perkara itu sekali . Ini adalah kerana kebanyakkan dari mereka adalah yang bergred 41/44/48, ditugaskan sebagai Pegawai Keselamatan Jabatan sebagai tugas sekunder, tidak diberi latihan yang mencukupi , tidak mempunyai anggota keselamatan yang mencukupi dan terlatih .Apa bila isu pengurusan keselamatan di beri keutamaan kedua 'sekunder'/secondary...maka tidak mustahillah tahap keselamtan kita jugak akan turuk terjejas. Tetapi kita amat mengambil berat tentang isu SAFETY AND HEALTH di tempat kerja ...Kenapa ...? Kerana ia merupakan ciri utama yang diperlukan di dalam dunia cooperate, kerana ia melibatkan insurance, kualiti produk dan sebagainya...Bagaimana dengan Physical Security ...? Anda jugak yang confuse antara Safety and Health dan juga Physical Security Management...! Cuma yang pasti di Malaysia ini, jika telah berlaku satu-satu "isu breaching of security"...baru lah kita akan bertindak. SINDAROM SUDAH TERANTUK BARU NAK TERGADAH…  adalah sesuatu perkara yang biasa bila melibatkan isu keselamatan  perlindungan fizikal, dokumen dan manklumat di Malaysia. 

Dan  tengoklah apo kata pegawai Kanan KASTAM selepas kejadian tersebut bahawa…”Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan membabitkan pegawai kanan Kastam akan dikaji semula berikutan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam .”  Den secara peribadi TIDAK MAHU MEMPERTIKAIKAN kewujudan SOP tersebut . Persoalan sekarang adakah pemandu tersebut telah  “..MELANGGAR PERINTAH OPERASI STANDARD YANG TELAH DIGARISKANI ?”…Atau adakah cukup kita katakan bahawa…”KEJADIAN INI ADALAH TAKDIR DAN KETENTUAN ALLAH, KITA HARUS TERIMA SAHAJA….?”. Den berpendapat ramai rakyat biasa diluar sana ingin mengetahui perkara ini. Apakah kerajaan dan agensi penguatkuasan telah mengambil langkah yang cukup dan sepatutnya untuk melindungi para anggota dan kakitangannya yang bertugas di agensi yang mempunyai risiko keselamatan peribadi yang tinggi. ….SATU SOALAN YANG SUKAR TETAPI PERLU DI JAWAB…OLEH AGENSI BERKAITAN!