Wednesday, 17 April 2013

Lebih Komando dari Komando...


NAK KONGSI CERITA BOLEH PASAL KOMANDO YANG ENTAH BILA NAK PENCEN DAN TAK BERGAJI DARI UMUR 18 TAHUN LAGI??? “

Ini adolah salah satu msg yang Den terimo dari seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada  seorang anggota komando.Sebenanrya Den tidak berapo minat nak tulis artikel ini , tetapi disebabkan rasa kesian Den mako Den pun mengambil keputusan untuk memberi pandangan dan ulasan Den mengenai isu ini. Mako di dalam ceritonya  dio mengatokan bahawa komando yang menjadi suaminya ini telah berkhidmat sejak umur  18 tahun dan tidak pernah  dibayar gaji. Katonyo

sebab dorang dah sign agreement 1993 tu sebelum g bosnia dorang mmg tkdibayar
apapon tkde pangkat yg akan naek .


 Katanya  mereka itu kumpulan yang terpilih semasa berumur 18 dan ditugaskan ke bosnia dan dari beribu orang cuma diorang jer 30 org yang terpilih .Mereka ini telah berjanji dan menandatangani satu surat aku janji bahawa mereka sanggup berbakti menjago kedaulatan negaro tanpa memerlukan gaji dan akan berkhidmat sampai pencen. Selain dari itu macam-macam laa cerito polik yang diberitahu….mereko pernah bertugas di Syria, di Somalia, di Bosnia dan terbaru di Lahat Datu, Sabah. Dan bermacam-macam lagi cerita polik yang diceritakan, sampai kan mereka di bayar zakat oleh pihak tertentu. Tapi mereka tidak di bayar gaji, tidak mempunyai sebarang elaun dan sebagainya.

Den pado mulonya agak kesian dengan wanita ini, dio menceritakan pelbagai perkaro mengenai kehebatan suaminyo dan kumpulan 30 orang ini. Katonyo ada diantara mereko yang telah terkorban di bumi bosnia dan jenazahnya tidak dapat di bawa ballik kerano telah hancur. TETAPI YANG PELIKNYA KERANDA NYA DI BAWAK BALIK, TETAPI KERANDA KOSONG. Alkisahnya sepanjang hayat suaminya sehingga kini  DI BERKHDIMAT UNTUK NEGARA DAN SENTIASA  DI AUTRGERAKKAN UNTUK MISI-MISI KHAS DAN TIDAK SIAPA PUN YANG MENGETAHUI KEWUJUDAN MEREKA. Bilo ditanyo bagaimano mereko boleh mulo menjalankan misi semaso berumur 18 tahun , siapo yang melatih mereko dan di mano mereko di latih….jawapannya…tidak seorangpun mengetahui kerano mereko adalah  INVISIBLE.!!!! Dan yang paling Den nak tergolak dio kato, Den tidak terpilih itu sobab Den tak tahu…Hatta MINDEF pun tak tahu kewujudan mereko.

Kalau Den nak tulis apo yang kami sembangkan memang panjang lebar maklumah hampir tigo hari kami bersembang antara 2-3 jam. Jadi Den pendekkan cerito, si wanita ini banyak menceritokan perkaro-perkaro amat sukar Den percayo berdasarkan pengalaman Den selamo 27 yang pernah berkhidmat di dalam unit komando, perundangan TD dan BSPP. Banyak cerito-cerito tentang kehebatan suaminya sebagai seorang anggota komando yang diceritakan…sehinggokan den merasokan yang dio tu bukan sebarangan komando. Bilo Den tanyo balik siapo namo suaminyo dan check tak ado pulak yang bernamo sedemikian. Bilo di tanyo bilo dio ambil kursus komando, apo no badan  dio, katonyo , tidak diketahui sebob mereko adalah INVISIBLE. Bilo ditanyo bagaimano mereko menyaro hidup kalau dah tidak bergaji dan sebagainya, katonyo mereko survival cari kerja sendiri dan bila diperlukan mereko akan berkhidmat tanpa sebarang gaji dan elaun. Menurutnya semasa di Somalia mereko telah diaturgerakkan, bilo di tanyo untuk tugas apo siapo yang menghantar  dengan pasukan mano mereko tinggal, jawabnya invicible…

Apo yang Den tahu mamat “komando” itu sekarang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan di tanggung oleh isterinya. Den pun nasihatkan bahawa, sebenarnya suami beliau bukanlah seorang anggota komando atau anggota risik atau mana-mana agensi kerajaan. Dia tak percayo dan mengatokan Den tak faham dan tak tahu dan Den  cumo orang biaso yang tak tahu pasal hal ehwal keselamatan dan unit khas ini. Den pun malas nak bersembang. Tapi yang menariknya menurut isterinya kalau perkara ini diceritakan kepada orang lain ,maka isterinya akan diceraikannya….dan isterinya serta orang yang mengetahui rahsia ini akan disoal siasat dan disumbat di dalam penjara….dalam kes ini Den laa.Lopeh ini kalau Den tak muncul-muncul kat FB atau blog faham-faham ajolah...

Den malas nak berhujah panjang dengan dia. Den Cuma nak maklumkan bahawa dia sebenarnya mungkin telah di tipu dan telah di war-warkan tentang kegahan seorang anggota komando pada tahap yang melampau. Den nak berpesan kepada beliau dan juga kepada orang ramai jika anda di datangi oleh orang-orang sebegini dan menceritakan bahawa mereka adalah dari unit/pasukan khas dan selalu membuat operasi-operasi covert….maka nasihat Den …layan ajolah, jangan percayo bulat-bulat, siasat dulu….Den nak cakap biasanya operasi-operasi khas yang dibuat oleh pasukan khusus tidak disebarkan begitu sewenang-wenangnya.  

Pasukan khusus Malaysia baik polis maupun ATM biasanya tidak suka memukul canang dan membuat publisiti besar-beasaran mengenai kejayaan mereka. Sebagai contoh semasa operasi pembebasan dua buah kapal Malaysia yang di tawan oleh lanun somalia di perairan Aden dulu. Surat  Khabar hanya menyatakan kejayaan pasukan TLDM di dalam Ops Fajar. Tahukah anda siapakah yang sebenarnya berjumpa, berunding semasa saat kapal-kapal tersebut di bebaskan . Siapa yang memberi bantuan keselamatan dan sebagainya dan berjaya menangkap bebeapo orang lanun yang cuba merampas sebuah kapal lain lagi ..?....Mereka adalah terdiri dari kumpulan Harimau  Berjuang dan anak buah Panglima Hitam. Semasa isu di Sabah menyelamatkan anggota keselamatan dan ops body recovery di kampung air itu, geng-geng Panglima Hitam jugak lah yang melaksanakannya. Dan Den percaya semasa tindakan mengempur  pasukan pengganas yang berlaku di Sabah sekarang berkemungkinan besar ia dilaksanakan oleh kawanan Harimau Berjuang dan anak buah Panglima Hitam. tetapi memang sudah menjadi adat dan  kebiasaan mereka...mereka adalah men behind the veil, selalu di aturgerakkan kehadapan tetapi amat jarang di panggil kehadapan untuk menerima anugerah. the are the real "wira yang tidak di dendang"....Dan itu tidak menjadi masalah kepada mereka....kerana itu lah sepatutnya berlaku....SENYAP DAN BERKESAN....itu yang penting....

Tapi dalam kes yang Den jumpa kali ini lain sikit, dah masuk unit tersebut semasa berumur 18 dan terus melaksanakan misi-misi covert, bila dia mendapat latihan , siapa yg melatih mereka dan yang sedapnya mereka tidak di bayar satu sen pun dan siap sign agreement tak nak bayaran dan tak nak naik pangkah....! Dah tu kerja-kerja yang dio orang buat semuanya tak masuk  akal, sebab ATM , PDRM pun tak tahu kewujudan mereka. Bila tiada penugasan mereka akan cari makan sendiri , tu yang ada di antara mereka yang claim sampai terpaksa tinggal bawah jambatan kerana hidup melarat  demi untuk memperjuangkan kedaulatan negara...memang tak masuk akal. Itu sebabnya Den katakan pada isterinya bahawa ia merupakan satu pembohongan tahap gaban. Tapi beliau tetap percaya dan mengatakan Den tak cukup gila untuk mempercayai akan kewujudan unit tersebut..Betul jugak cakap dio tu ..HANYO ORANG GILO AJO AKAN MEMPERCAYAI KEWUJUDAN UNIT SEBEGINI....Bagi Den malas nak dengar ceirta itu lagi..biarlah MEREKA LEBIH KOMANDO DARI KOMANDO ...SOBAB JIKO DEN PERCAYO BERMAKNO DEN CUKUP GILO...!!! Den memang gilo-gilo..tapi Den tak gilo  laei yo hahahhaaa...