Friday, 26 April 2013

Either James Bond or Jebon...!


Semenjak Den pencen ini, bermacam-macam sikap  manusio yang Den dah jumpo. Ado diantara mereka yang Den ghaso amat pelik dan amat sukar untuk Den mempercayai bahawa ado jugak orang yang macam ini hidup di dunio ini. Nak kato dio con artis pun tidak, kalau con artis Den tahulah sobab niat dio orang nak menipu dan nak perghabis duit orang ajo, tapi species yang Den jumpo satu ini lain sikit pada kategori con artis , dan dio nei lobih kurang macam kes anggota komando yang lebih komando dari komando dulu. Cumo bezonya kepakaran dio lobih kepado perisikan dan berkorjo sebagai jebon. Tapi yang pastinyo unit perisikan yang dio katokan dio korjo itu sebenarnya tak wujud. Bilo di tanyo lobih detail , jawapannya….dio sonyum ajo, seolah-olah tak boleh nak bori tahu Den sobab ia adolah unit perisikan rahsio kerajaan katonyo…Masalahnyo dio kelentong salah orang….Alkisahnya…..

Den mengenali pemudo ini semaso Den baru –baru pencen dulu. Maklumlah maso tu semangat nak meniago bergitu tinggi dan peluang nak  kono tipu pun memang tinggi . Satu hari tu Den dipanggil oleh kawan Den untuk berjumpo dio di sebuah hotel 5 bintang di KL. Semasa Den sampai, Den lihat kawan Den tu sedang berborak dengan beberapo kenalan beliau yang mano seorang pun Den tak konali. Sebaik sahajo duduk, kawan Den tu perkenalkan kepada rakan-rakan beliau itu. Pada maso itu, salah seorang dari mamat tu, terus berkato kepado Den”Saya kenal Tuan tapi Tuan tak kenal saya ..” Dalam hati Den berdotik bilo pulak Den ponah jumpo mamat ini ,mungkin Den lupo kot. Selepas itu mamat ini kato, dio tahu Den adolah penulis blog KKK, dio tahu Den bekas RMC  dan sebagainyo. Kawan Den yang memangil Den datang itu, mengatokan bahawa si Mamat ini somebody  dari unit perisikan khas. Menurutnya Mamat ini pernah bekerja di BSPP special unit……JPM…Bukit Aman.  Hati Den berdotik …Apo BSPP Special Unit..? Den sonyum dan mengiyokan ajo. Sejak dari itu Den mulolah berkawan rapat dengan si Mamat ini.

 
Dari pertemuan dan perbualan kami, Dio maklumkan Den bahawa dio adalah bekas  pegawai ATM, tetapi BERHENTI atas sebab-sebab tertentu. Dia memberitahu Den bahawa walau bagaimanpun Den tidak akan dapat mengesan atau mengetahui rekod perkhidmatannya kerana telah “DIHILANGKAN” atas sebab-sebab tertentu. Dia mengaku bahawa dia juga adalah bekas pelajar RMC. Menurut ceritanya lagi dia merupakan salah seorang “yang di tugaskan oleh Tun Mahathir” berkaitan dengan perakaunan untuk tugas khas di New York  dan telah berhenti di zaman Pak Lah. Kalau sebut nama-nama pengarah di kebanyakkan jabatan kerajaan semua di kenalinya. Dan antara yang menarik sekali ia mempunyai asset sebanyak USD 2 Billion, tetapi telah di freeze oleh US Federal Reserve. Dia mengakui bahawa sepanjang kariernya dia banyak membuat kerja-kerja “under cover” dan perisikan. Sehinggakan dia mengakui bahawa dia mempunyai “connection” dengan Bahagian Staff Perisikan Pertahanan [BSPP] dan dia memberithau Den bahawa kereta yang dipakainya juga adalah kereta dari BSPP yang disewa khas. Perrrghhh ….sampai macam itu sekali dia “kelentong “ Den. Selain dari itu pelbagai cerita perisikan yang pelik-pelik dan ajaib yg Den dengar dari nya dan juga kawan Den mengenai kepakaran si Mamat ini. Maso tu ghaso kocik sangat diri Den dengan dio [walapun badan Den dengan nyo hampir samo kombang] bilo mengetahui pengalaman dio sebagai anggota perisik jiko nak dibandingkan dengan Den.,tentang penugasnya yang ala-ala James Bond dan sebagainya..Pada masa itu Den tak pasti  sama ada dia “betul-betul” mengenali Den atau tidak….Walau bagaimanpun Den tidak duduk diam.

Dalam hati Den , kalau benarlah dia dulu merupakan orang kepercayaan Tun dan pernah membuat tugas rahsia di New York , Amerika  tak kan sekarang hidup dio sengkek macam Den jugak .? Kalau dio boleh ado duit USD 2 B di dalam accaount di New York, takkan dio tak ado harto langsung atau duit lagi di dalam account lain. Lalu Den pun pemeriksaan DD [Due Diligence] . Den mintak no tentera dio, dio tak beri, Den check dengan bebudak OP yang samo bayo dengan umurnyo, tak seorang pun kona dio sebagai budak boi. Den tahu dan pasti dio tak pernah sekolah di RMC dan bekerja di ATM sebab kalau dio askar dan bekerja dengan unit perisikan….dalam era ini…Inn Syaa Allah rekod perkhidmatan dio mesti ado. Kojo-kojo perisikan yang dio ceritokan kek Den tu banyak keraguannyo  dan ado yang Den pasti tidak bonar langsung. Tang dio dapat guno kereto sewo khas dari pasukan risik tu, itu memang sah penipu  sobab Den pernah kojo kek cawangan itu Den tahulah , bagaimano semuo kereto di kendalikan penggunaanya.

Setelah Den pasti bahawa dio ini kelentong pasal diri dio sebagai seorang anggota persikian khas. Den dalam dilemma samo ado nak “confront” dio atau tidak. Dalam hati Den raso tak sodap nak “confront” dio pasal isu itu. Sebab Den maleh nak memalukan dio  dopan kawan-kawannya. Sobab maso itu kami berhubung agak baik dan rapat, sehingga kami hampir menubuhkan sebuah company untuk membuat perniagaan bersama. Akhirnya dengan kuaso tuhan, entah macamano, Den dan seorang lagi kawan rapat Den  secara tanpa disedari telah “disingkirkan” dari menyertai company yang baru di buat oleh Mamat ini . Alasan yang di bori  Den telau banyak “check dan bertanyo” tentang urusan yang dibuek mengenai syarikat kami. Mungkin itu salah Den jugak banyak bertanyo…yo lah duit dah banyak habis nanggung dio orang kito nak tahu jugak apo yg dibueknyo…maso berjalan, hasil tak do langsung..takkan diam ajo..! Walau pun begitu, Den masih lagi tidak menceritakan perkara yang sebenarnya mengenai sejarah Mamat ini sebagai anggota perisik dan kehebatannya semaso dio didunio perisikan. Den maleh nak malukan dio…

Mako Den dan sahabat baik Den yang satu laei tu, mulolah menjauhkan diri dari group si Mamat ini, dan kami membawo hala tuju kami.Dan dari situ bermulolah kehidupan Den sebagai penjual nasik lomak di gerai pacak payong… Entah macam mano , beberapo bulan kemudian, Den di hubungi oleh rakan kongsi Mamat ini dan mintak kalau boleh nak berjumpo Den berduo dengan kawan Den yg satu laei. Bilo Den tanyo kenapo , rakan si Mamat ini kato nak mintka nasihat. Setelah berbincang dengan kawan baik Den, mako kami pun berjumpo laah dengan tigo rakan kongsi Mamat ini. Menurut mereko Mamat ini telah pergi ke Hong Kong  kerano  nak menguruskan satu contract jual beli minyak melibatkan kos USD 2Billion. Walau bagaimanpun menurut rakan kongsi itu pelbagai masalah telah timbul dan keadaan di sana agak kecoh kerana urusan tersebut tidak dapat dibuat, dan sehingga hari ini , setelah hampir 2 bulan lebih Mamat itu berada disana , urusan tersebut masih tidak selesai. Bila Den Tanya bagaimana Mamat ini boleh pergi  kesana dan tinggal disana hingga hampir dua bulan sedang kan dia tu tak berapo ado duit…? Jawapan rakan kongsi nya..dio dah ado rakan kongsi baru dan mereko lah yang menanggung segalo kos disana…

Dan Den tanyo macamano dengan rakan kongsi sekarang, jawapan yang mereko beri …..KAMI DAH DISINGKIR JUGAK SECARA DIPLOMASI…huhuhu..kito senasib kato hati Den. Mako dari  situ macam-macam cerito yang keluar pasal “sifat tidak baik mamat ini”. Akhirnya Den pun terpaksa membuko tembelang akan siapakah si Mamat ini yang sebenarnya dan beliau bukanlah bekas ajen persikan atau petugas khas Tun Mahatir  sebagaimana yang di dakwa nya selamo ini. Den bagi tahu kito semuo dah tertipu, tetapi yang bezonyo Den tahu lobih awal dan dio orang kono tipu lamo sikit….Kami tergolak…semuonyo.

Dan sehingga cerito ini ditulis  si Mamat itu masih lagi berado di Hong Kong walau pun dah nak masuk bulan ketigo mereko disano, kerana nak menyelesaikan urusan jual beli  minyaknya yang melibatkan kos USD 2 Billion. Den tak tahu samo ado urusan itu boleh berjayo atau tidak. Kalau ado itu adolah rezeki mereko…dan akan menambahkan lagi statistic orang melayu menjadi  billioner, Den totap jual nasik lomak jugak….huhuhu. Tapi apo yang Den nak ceritokan ini  adolah tentang kepelikan peranghainyo yang suku bercerito dan mengaku sebagai seorang anggota perisikan khas. Adokah motifnyo  untuk memberi “impression” yang dio tu somebody atau nak menunjukkan bahawa dio tu bagus sangat. Atau motifnyo nak kelentong orang supayo orang yakin dan percayo cakap dio. Entahlah Den sendiri tak pasti. Tapi yang Den pasti kalau seseorang itu pernah menjadi anggota perisik , biasonya dio akan faham tentang etika dan peradaban sebagi seorang perisik dan tidak akan mudah mencanangkannya kepado orang lain…
Apo pun moral of the story, kalau kito berjumpo dengan orang-orang yang suko menceritkokan hal-hal sebegini, kito berhati-hati lah dan bueklah DD, agar kito tak tertipu dan kalau berjumpo dengan mereko, saranan Den iyo kan kato mereko, cubo pengaruh mereko bercerito dengan panjang lebar lagi tentang pengalaman mereko, lebih banyak dio cerito  lebih mudah anda mengesan dan dari situ anda akan mudah mengetahui samo ado dio bercakap benar atau dio berbohong…..samo ado dio benar –benar suku sakat JAMES BOND atau JEBON  suku sakat anak CHE EMBON….huhuhu..