Monday, 1 April 2013

BUDAYA BLOGGERS POLITIK :SEPUSAT SEPUSING MACAM GASING ?


Setelah hampir dua jam melayari blog-blog ‘politik’ semalam Den nampak terdapat satu persamaan yang ketara antara blog pro kerajaan dan juga blog pro pembangkang. Kebanyakkan blog-blog tersebut menulis dengan cara menghentam pihak lawan dan menggunakan pendekatan yang sama iaitu melalui pendekatan menimbulkan kemarahan dan kebencian antara pihak yang bertentangan. Pada pihak yang pro kerajaan kebanyakkannya menggunakan pendekatan “membunuh karekter” pemimpin pembangkang dengan mempersoalkan isu maruah, jati diri pemimpin pembangkang. Den rasa perkara ini hanya boleh dibuat untuk kepentingan umum jika benar dan sahih dengan bukti ,kerana sebagai pemimpin, mereka mesti bersih tetapi bukan secara keterlaluan dan sangat mengaibkan:sikit-sikit sudahlaa). Sementara itu kebanyakkan blog pro pembangkang pula menyerang kerajaan dengan mempertikaikan dan menyalahkan segala usaha kerajaan dalam melaksanakan projek untuk membangunkan taraf hidup, social dan ekonomi rakyat. Pada pandangan mereka semua usaha kerana adalah tidak betul.(group ini pun sama juga bila hentam karekter pemimpin kerajaan).


Selain dari itu isu yang selalu diutarakan oleh pihak pembangkang adalah isu kroni, rasuah dan penyelewangan disamping isu-isu yang dah basi dan tak masuk akal seperti kes Altantuya. Yang Den hairanya, apa bila si Saiful dan , Dato Eskay membuat sumpah lakhanat dengan menjunjung AL Quran, ramai pro pembangkang yang beragama Islam tidak mempercayai mereka. TETAPI BILA SI BALA BERSUMPAH DENGAN KITAB SUCI MAHABARTHA DIA.ERHHH RAMAI PULAK YANG PRO PEMBANGKANG MENGAKU ISLAM PERCAYA DENGAN SUMPAH DENGAN SI BALA ITU DAN MENGATAKAN BAHAWA AJIB GOR TERLIBAT DI DALAM KEMATIAN ALTANTUYA…Dan bila Si Bala dah mati mungkin balaa sumpahnya, ramai pulak yang menganggap dia sebagai hero Negara, sedangkan rakan-rakan Islam dari pasukan keselamatan yang terkorban dan mengadai nyawa di Lahad Datu, dijadikan sindawara pulak…

Kroni,  croyism…? Part ini malas Den nak sentuh sebab, ia sebenarnya terpulang kepada diri seseorang pemimpin itu. Kalau ditakdirkan pembangkang mengambil alih kuasa nanti ada sesiapa berani memberi jaminan bahawa cronyism  tidak akan berlaku , Apakah projek berjuta-juta yang akan di buat oleh kerajaan memerentah pada masa itu akan di beri kepada pihak lain yang tidak rapat , tidak kenal dan tidak ada hubungan dengan pemerintah pada masa itu. ? Bila PKR memerintah di Selangor berapa ramai kontraktor yang menyokong BN selama ini gulung tikar dan mengeluh kerana tidak dapat projek, dan dalam pada itu timbul pula syarikat-syarikat baru yang mendapat projek dan semuanya ada kenal sama orang atas masa itu...? Bagi Den siapa juga memerintah amalan cronyism pasti  berlaku….Lu sapa gua mahu bagi projek , gua tak kenal lu, baik gua bagi saudara dan kawan gua…ada jugak faedah.

Penyelewangan ? Ini memang isu yang paling digemari oleh pembangkang. Main tabor dan tuduh sahaja, tapi bukti taka da. Asal orang tu kaya , mesti dia makan rasuah. Kan Islam melarang kita buruk sangka. Kata memperjuangkan Islam, mengikut Sunnah Nabi , tapi kenapa suruhan Islam yang semudah itu …JANGANLAH KAMU BERBURUK SANGKA…. Pun tak boleh nak ikut dan amalkan. …? Malas Den nak berhujah pangjang pasal isu ini. Sebab Den tahu , kalau dah jenis rebus tak empuk ini…buang masa sahaja berhujah…

Sementara itu pada pendapat Den bagi blog-blog yang pro pembangkang sepatutnya, mereka boleh menulis mengenai isu-isu berkaitan dengan kelemahan dan kekurangan yang dapat dilihat di dalam pemerintahan kerajaan sekarang. Kelemahan dan kekurangan tersebut mestilah sesuatu kelemahan yang telah dikenalpasti dan bukannya sesuatu yang sengaja  diada-adakan hanya kerana nak menghentam kerajaan. Mereka boleh mengupas isu-isu tersebut dan memberikan satu cadangan penyeselsaian yang boleh dilaksanakan jika mereka memerintah. Tapi janganlah buat janji dan memberi penjelasan yang tidak logik dan memang sukar untuk dilaksanakan, kerana rakyat sekarang bukannya mudah untuk diperbodoh-bodohkan. Jika perkara ini dilaksanakan sekurang-kurangnya pihak pembangkang telah melaksanakan tugas mereka dan ini akan  menjadikan pihak pembangkang popular dan kuat serta disukai ramai. Untuk menjadikan urusan pertadbiran negara ini dengan lebih baik, kita memang mememerlukan satu pakatan pembangkang yang kuat. Ini adalah penting, kerana ia boleh bertindak sebagai “check and balance’ dalam isu-isu berkaitan pentadbiran negara. Sekiranya pihak pembangkang akan terus berpolitik sebagaimana cara sekarang ini, Den percaya pakatan pembangkang akan lebih banyak kehilangan kerusi di dalam PRU yang akan datang. 

Bagi blog-blog pro kerajaan kenapa tak menulis berkaitan dengan kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang telah dibuat oleh kerajaan semenjak mentadbir negara ini. Kenapa tak menggunakn isu –isu pembangunan dan usaha-usaha kerajaan yang telah dilaksanakan, dalam perancangan dan akan dilaksanakan sebagai usaha untuk menarik sokongan rakyat. Dalam pada itu, kenapa tak menulis tentang kelemahan-kelemahan yang kini telah dikenal pasti dan terangkan kepada rakyat apakah tindakan yang sedang dibuat untuk membaiki kelemahan itu. Sebagai contoh, para bloggers pro kerajaan boleh menganalisa dan mengupas tentang Rancangan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme),  NKRA( National Key Result Area), KPI (Keys Performance Index) dan Blue Ocean Strategy..dan bagaimana perkara ini memberi kesan dan mempengaruhi kehidupan harian mereka. Apa yang Den lihat usaha untuk memaklumkan perkara-perkara tersebut hanya dibuat melalui saluran rasmi kerajaan sahaja dan kurang dilakukan oleh blog-blog yang pro kerajaan. Den rasa dengan pendekatan ini, ramai rakyat akan faham dan nampak tentang usaha kerajaaan untuk membangunkan negara ini.

Dalam pada itu berbalik pasal isu bloggers tadi. Jika dilihat dari sudut moral, penyokong kedua-dua belah pihak mengambil pendekatan yang sama untuk mendapat sokong rakyat/pembaca iaitu mengujudkan perasaan marah dan benci hanya kerana untuk meraih simpati rakyat supaya menyokong perjuangan mereka. Agaknya inilah yang dikatakan ‘politik kotor atau politik kebencian’ yang sering diamalkan oleh para ahli dan penyokong  politik. Dalam hal ini Den berpendapat kebanyakkan penyokong  (tidak semua) kedua-dua belah pihak baik yang  pro kerajaan atau pro pembangkang adalah sama aje. Sepusat-sepusing, tidur lainx, makan asingx, tapi niatnya sama hanya untuk mengeksploitasi dan menimbulkan rasa kemarahan dan kebencian para pembaca terhadap pihak lawan demi untuk meraih sokongan. 

Persoalannya kenapa mereka ini tidak menggunakan pendekatan lain yang rasa-rasanya lebih berhemah dalam usaha untuk meraih sokongan dari orangramai atas perjuangan mereka.? Sebab mereka tahu dengan mengutarakan isu  kemarahan, kebencian dan hasutan manusia akan mudah melenting dan ini secara tidak langsung akan menambahkan hit blog mereka. Pasal tu  sekarang ada hits blog yang sampai puluhan jutaan hits, tapi bila baca isnya, dari segi ilmiah, akedmik dan hujahan….malas nak sembang..Ado tu pulak main suko upload, video songsang, video ghairah..dan sebagainya semata-mata nak popular dan nak hits kasi sampai jutaan .

Jadi pada pandangan Den, bloggers kedua-dua belah pihak sama ada pro kerajaan atau pro pembangkang harus mengubah cara pendekatan mereka dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat. Pendekatan kotor seperti kutuk mengutuk, caci mencaci, hina menghina, aib dan mengaibkan bukanlah satu budaya yang baik dan tidak sesuai dijadikan budaya rakyat Malaysia….tak tahulah kalau budaya tu adalah budaya yang sesuai  untuk para bloggers…