Thursday, 28 March 2013

When Gorilla's Comments On Guerrilla Warfare

Nampaknyo perang gorilla yang di isytiharkan oleh Kiram masih lagi tak nampak penghujungnyo. Macam dah dijangko, bukan sonang kito nak memusnahkan pengganas ini 100%, lobih-lobih lagi mereko tidak mahu bertempur secaro terbuko dengan pasukan keselamatan . Amalan tektik mereko , hit and run memang menyukarkan pihak keselamatan untuk menghapuskan mereko. Dalam konteks ini Den ghaso pasukan keselamatan kono lobih memperhebatkan lagi misi ‘search and destroy mereka’ dan juga mengambil pelbagai langakah kawalan yang lebih ketat serta meneruskan misi to win heart and minds of the people bagi menjamin kejayaan pasukan keselamatan di dalam situasi sebegini. Ado pembaco mintak Den bori komen dan pandangan tentang peperangan gerilla yang sedang berlaku di Sabah nei…Jawapan Den…


Maaf cakap walaupun Den bokeh komando dan telah berkhitmat lobih 26 tahun dalam askar, sebonarnya Den bukanlah pakar dalam selok belok porang gorilla nei. Walaupun Den ado menghaso terlibat di dalam beberapo operasi di kawasan sempadan Thai dan Sarawak semasa era komunis dulu, tapi Den tak pernah bertempur dengan pihak PKM, yang ado hanyolah terserompak dengan PHT, itu pun dio orang lari lintang pukang sebaik sahajo tembakan dilepaskan..Lain pengalaman sebenar peperangan gerilla memang tak adola…yang ado pengalaman Den menjadi gorilla hehehee [macam laa nei saiz badan dan bontok badan memang dah ado iras-iras gorilla…hahhaa]. Pengalaman yang Den ghaso menjadi anggota gorilla inipun dah cukup mengajar Den betapo sukarnyo dan susahnya nak survive di dalam situasi peperangan sebegini…

Tahunnya awal 1990an, semaso itu di beritakan bahawa pasukan lanunland telah Berjaya mendarat di kawasan Selatan Johor. Pasukan ini dikenali sebagai RED FORCE. Atas semangat kerjasama ASEAN pasukan keselamatan Malaysia telah melaksanokan operasi bersamo dengan Singapore Defence Force untuk menghalang kemaraan tentera lanun tersebut. Pasukan ini dikenali sebagai BLUE FORCE. Pasukan Den telah di aturgerak sebagai unit pengacau@gerilla unit. Pasukan Den telah mendapat arahan untuk bergerak di dalam kumpulan kecil dan membentuk pasukan gerila bagi membantu kemaraan pasukan LanunLand. Yang cantiknyo kehadiran kami tidak diketahui oleh sesiapopun termasukan pasukan Lanunland yang sepatutnyo menjadi friendly forces kami. Den tak ghamai dalam kumpulan gorilla tu. Tugas Den adolah mengumpul maklumat mengenai kemaraan pasukan BLUE FORCE dan juga apo jugo maklumatan perisikan tentera yang boleh membantu pasukan RED FORCE. Selain dari itu tim Den jugak diberi Misi membuat serangan hendap kecil-kecilan, menganggu dan melambatkan kemaraan pasukan ATM dan SDF. 

Mako Den pun diterjunkan di waktu malam golap dikawasan selatan johor . Semaso penerjunan payong kombang dengan baik, kami selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan, maklumlah maso tu keadaan kami yang super fit dan badan masingx ado 6 abs. Klaau laa nei kono terojun balik , Den kono pakai payong kargo laa gamaknyo, baru selamat. Apo pun selopeh mendarat kami berpocah di dalam kumpulan kocik. Dan mulo menuju ke kawasan operasi masing-masing. Maso tu kami memang ghaso anggota gureilla yang sedang menghadapi peperangan sebenar . Pado waktu siang Den menyamar jadi orang kampung dan bergaul dengan penduduk setempat. Satu pagi tu Den maklumkan kepado anggota Den yang Den nak keluar dan nak meninjau kawasan dengan tujuan nak melihat pergerakan pasukan BLUE FORCE yang maso itu sedang berjalan mara menuju ke Mersing. Kemaraan mereka di sokong dengan kenderaan AFV [Armoured Figthing Vehicle] , dan sebagainya. 

Bagi memudahkan dalam melaksanakan tugas tinjauan dan mengumpul maklumat, Den yang pado maso itu mempunyai kulit yg golap ala-ala penduduk di estate getah di kawasan itu telah meminjam motor seorang india yang digunakan untuk memotong getah. Den cubo berlagak seperti anak-anak mudo india disitu dengan menaiki motor kap chai yang mempunyai duo tong di sisi, tanpa berbaju dan baju hanya diletakkan di bahu terus memandu motosikal itu melalui jalan yang sedang diikuti oleh pasukan BLUE FORCE sambil mendedangkan Kucha-kucha hot tai hey…pale tum..palee..tum..tum..tum…seirama dgn bunyi mot khap chai yang Den tunggang, seperti red indian menaiki kudo…!!!!. Den memandu motor itu dengan perlahan, sambil dalam kepalo Den sibuk mengiro, berapo AFV yang ado bersamo kumpulan mara tersebut, unit artileri berado di mano, keadaan askar-askar Malaysia dan SDF yang sedang berjalan dalam kepanasan matahari pagi dan sambil menilai moral mereka dan keadaan fizikal mereko…

Maso tu Den ghaso seronk jugak sobab, misi Den mudah dan dalam pado tu semaso melaksanakan misi Den sompek melambai-lambai dan mempamerkan gigi Den yang putih kepado askar-askar yang sedang berjalan di dalam keletihan itu..sambil berkato…..dalam loghat English indian in estat…Goood Army..Good Army…Peace..Peace.. dan menunjukkan tanda peace. Mereko kelihatan tersenyum tawar dan tidak begitu mempedulikan kerenah Den pado waktu itu. Mungkin Den terlobih acting ……Tibo- tibo Den terdengar jeritan seorang askar memanggil Den “…Tuan..Tuan…Tuan Nazar kan ..? Bilo Den berpaling ajo , ruponyo salah seorang dari askar Melayu tu adolah pegawai kenalan Den yang turut berjalan mara pado waktu itu. Den yang pado maso itu menyedari yang tembolang Den dah pocah, terus pandang hadapan , tidak membalas sapaan tadi…dan terus memorah minyak moto sekuat mampu untuk meninggalkan mereko. Tapi moto kap chai estate, laju manolaa pick upnyo..bunyi berdorummm, lajunyo tak kemano…..Den terus memocot dan tidak menoleh kebelakang lagi….. 

Bila Den sampai semulo ke tempat base Den , Den mulo menghantar maklumat yang Den dapat semaso tinjauan tadi. Dan kemudiannyo kami diarahkan supaya mengharasss , mengharu, mengganggu pasukan BLUE FORCE sewaktu mereko berehat di waktu malam. Part ini yang paling Den ghoma. Potang tu sesudah maghrib Den bertigo menaiki sebuah moto sikal dan bergerak menghampir kawasn night base pasukan BLUE FORCE .Setelah mengenal pasti kedudukan mereko, kami pun parkir moto kiro-kiro 2 km dari lokasi tersebut. Keadaan hujan yang renyai-renyai memudahkan kami menghampiri kawasan rehat Blue Force. Sebaik sahajo menghampiri kawasan tersebut, Den berduo mulo merangkak menghampiri kawasn khemah anggota yang terdekat. Seorang lagi Den tinggalkan di tempat motor. Mungkin kerano mereko terlalu keletihan dan sesuai dengan keadaan hujan yg renyai renyai mako ghamai yang sodang membungkang.[tidor].. Kehadiran Den di khemah itu tidak disedari oleh askar-askar yang kebanyakkan nya tidur dengan diiringi bunyi dengkuran yang panjang dan pelbagai bunyi. Tak ubah seperti bulldozer naik bukit…Sebaik sahaja menghampir salah satu basha [khemah ], Den telah berjaya mencapai senjata M16 M2o3 , kemudian Den ambil pulak senjata LMG 7.62mm, Dari situ Den merangkak keluar dan kira-kira 100 meter dari kawasan Den baling thunder flash [Bom Latihan ] beberapo biji. Keadaan itu membuatkan mereko semuo tersedar dan mulo menjerit-menjerit seolah-olah kem mereka di serang. Den lopeh tu terus menuju ke parking kap chai Den dan kami bertiga terus memecut menuju ke base kami. Esoknya kami membuat laporan mengenai rampasan yang Berjaya kami buat. Pado maso tu Den dapat bayangkan bagaimana marahnya pasukan Blue Force terhadap gorilla macam kami. 

Boleh dikatakan sepanjang kemaraan mereko itu kami sering menggangu mereka dengan perlbagai teknik da taktik. Terutamonya semaso waktu mereko berhenti rehat atau bermalam.Semuonyo guno kaedah hit and run dan “roar at the west , hit at the east.”. Lopeh tu Kami golak dan golak kerano berjayo mengharubirukan pasukan BLUE FORCE.. Den dapek bayangkan bagaimano perasan paneh dan goram askar-askar itu bilo diperbuat begitu… 

Selain dari operasi sebenar di perbatasan samada di Thailand atau di Sarawak ,serta latihan-latihan yangg dijalankan , pengetahuan dan ilmu peperingan gerilla Den hanya dapat melalui pembacaan . Justeru itu pengalaman dan pengetahuan Den menengani peperingan gerrila ini tidak lah sebanyak mano. Justeru itu Den tidak berani nak mengkritik atau menunjuk ajar tentang bagaimana pendekatan yang harus di ambil didalam suasano perang gerilla yang disytiharkan oleh kiram di Sabah sekarang. Den hanyo berdoa dan mengharapkan yang Pasukan Keselamatan mengambil jalan penyelsesaian yang terbaik dan sesuai dalam menangani krisis ini. Kito yang tidak terlibat ini kalau dah tak pandai dan tak mampu untuk membantu mereko , tak payah laah jadi tukang kritik dan mencadangkan sebarang tindakan pasukan keselamatan. 

Cerito ..…When I was…During those Days…dari mereko yang ku nunyo berpengalaman mengenai isu ini dahulu dalam memberi komen terhadap pasukan keselamatan tidak perlulah di canang lagi..because..When you were and During those Days, and the present situation and the threat is not the same. Seperti bak kato pepatah melayu…Lain Ulu Lain Parang, Lain Dulu Lain Sekarang…Jadi harapan Den pado semuo pengkritik tentang usaha pihak keselamatan menangani maslaah di Sabah hontikan lah… .Just be a good supporter to our troops and pray for their success…Rather than be a criticizer in a field where you know and understand nothing..!