Thursday, 21 March 2013

We Have Won The Battle..But The War Still Goes On.


Bila Kiram mengistiharkan yang pengganas mereka tidak akan menyerahkan diri dan akan  meneruskkan peperangan secara gerilla, itu menandakan bahawa, We have won the battle but the war is still going on. Dengan deklarasi peperangan gerila ini sebenarnya ia memberi cabaran kepada pasukan keselamatan dan untuk menyelesaikannya. Dan ia tidak semudah seperti yang dijangkakan. Ini bermakna zon pertempuran tidak akan terhad kepada satu kawasan sahaja dan ianya tidak akan berakhir di dalam satu –satu masa yang boleh di jangkakan. Semuanya bergantung kepada banyak factor yang antara lainnya sejauh manakah pengganas ini mendapat sokongan dari penduduk tempatan atau, adakah kegiatan pengganas ini dibantu dan disokong oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersendiri dan sejauh mana keberhasilan pasukan keselamatan menggunakan pendekatan memerangai pengganas ini.

Kalau mengikut pandangan Mao Tse Tong di dalam bukunyo Mao Tse-tung on Guerrilla Warfare , beliau mengatakan dengan yakin bahawa peperangan counter atau menetang gerrila adalah sesatu yang mustahil berjaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat seorang yang dikenali sebagai pakar di dalam strategi peperangan gerilla pada tahun 1940an dulu. Tetapi sekarang pada hakikatnya, sejarah telah membuktikan bahawa peperangan gerila boleh di tumpaskan. Dan kita juga patut berasa bangga kerana sejarah dan dunia juga telah mengakui bahawa Malaysia andalah antara Negara yang mempunyai rekod yang baik di dalam sejarah peperangan gerila . Sungguhpun begitu kita mesti ingat ia tidak mudah seperti yang dijangkakkan , kita mengambil masa kira-kira hampir 40 tahun untuk berjaya. Dan pendekatan yang kita ambil pula bukanlah semata-mata dengan hanya perjuangan bersenjata, not only through the barrel of the guns,tetapi  ia lebih komprehensif dan merangkumi beberapa tindakan lain secara kolektif seperti perlaksanaan Rancangan Briggs, Program Keselamatan dan Pembangunan atau lebih di kenali sebagai KESBAN dan sebagainya . Tak perlu Den huraikan apa dan bagaimana ia telah dilaksanakan, kerana Den percaya tuan-tuan pernah membaca atau mengetahui mengenainya.

Ap yang Den nak ulaskan disini, mungkin bentuk peperangan yang dinamakan sebagai peperangan gerila oleh Kiram itu adalah berlainan sedikit dari segi  konsep dan perlaksanaannya.Kalau konsep peperangan gerila klasiklah yang kiram maksudkan..Den ghaso ramai pengganas tersebut akan mati kebuluran atau mati berlawan dengan gorila dihutan kerana nak mencari makan belum lagi bertempur dengan pasukan keselamatan..hahahaa. Bagi Den di dalam situasi ini , terdapat kemungkinan besar mereka akan menggunakan konsep “taktik dan teknik pengganas modern” dan tidak mustahil mereka akan melaksanakan doktrik keganasan pengganas atau terrorist…dengan cara membuat bising di timur dan menyerang di barat.  "Uproar [in the] East; Strike [in the] West."  Ini adalah kerana pengganas tidak akan berani bertempur dengan pihak keselamatan pada masa kini walaupun badan mereka berselirat dengan tangkal. Kalau dulu dalam scenario peperangan gerila klasik, para perjuangan gerila ini amat bergantung kepada sokongan masyarakat tempatan , tetapi dalam doktrik keganasan penganas hari ini mereka mungkin tidak memerlukan sokongan demikian secara meluas. Apa yang mereka perlukan adalah satu sokongan yang datangnya dari mereka-mereka yang mungkin tidak berada di dalam kawasan konflik dan ia di buat secara berterusan. Para pengganas ini mungkin juga hanyalah ibarat  “pawn” di dalam permainan catur oleh pihak-pihak tertentu. Justeru itu kita jangan tertipu dengan scenario sebegini, yang mana kita jangan hanya mencari penyokong pengganas di kalangan dan di kawasan kita sahaja, tetapi kita juga harus memperluaskan carian kita dan mungkin ianya tidak berada di Malaysia…tentang siapakah yang membantu mereka….dan apa kah tujuan mereka berbuat demikian.


Den berharap sangat selain dari kita  selalu membaca Al Quran, membaca buku karangan Ibnu Muslim, Buhkary dan sebagainya, cuba-cuba ambil kesempatan sekali sekala kita membaca buku –buku tentang New World Orders, The Rouge States, Charlie Wilson’s War , dan sebagainya, dan kita mungkin akan Nampak bagaimana pihak-pihak tertentu memainkan peranannya di dalam sesebuah Negara demi untuk menguasi Negara tersebut secara tidak langsung. Contoh depan mata kita , adalah apa yang berlaku pada Syria sekarang, bagaimana pemberontakkan itu berlaku , bagaimana pihak pemberontak dapat mengalahkan tentera kerajaaan dan mereka mempunyai kelengkapan peperangan yang canggih dalam sekelip mata sehingga boleh menjatuhkan pesawat pejuang dan terakhir sekali siapakah yang telah di lantik sebagai presiden baru Syria di kawasan yang telah dikuasi oleh mereka.  Puak pembangkang Syria telah memilih Ghassan Hitto, seorang  natruslitasi  rakyat Amerika kelahiran Syria  untuk menjadi president sementara bagi mengantikan Bashar Al Assad. Bagaimana di Libya, Afghan, Iraq ? Ini menunjukkan tidak mustahil adanya campurtangan pihak asing terutamanya Amerika di dalam hal ini. Kenapa jadi begini, jawapan mudah Den, ia dinyatakan didalam doktrin New World Order, pihak Amerika  yang di kuasai oleh Yahudi mahu menguasi dunia dari segi ekonomi , ketenteraan dan politiks. Bagi mereka adalah mudah , “Either you are with us or against Us .” Jadi untuk memastikan kejayaan doktrin new world order itu , mereka akan memastikan bahawa sebanyak mana yang mungkin ketua-ketua negara itu adalah “orang –orang mereka” supaya mudah mereka dijadikan puppet on the string. Den tahu ramai pembaca yang akan mengatakan bahawa Den melalut,bagi Den tak kisah…kerana ini adalah reality sebenarya di dalam dunia ini sekarang.

Den tak kisah apa juga pandangan negative dan kritikan negative terhadap penulisan kali ini. Sebab ia tidak membawa sebarang keuntungan atau kerugian pada Den pun. Tapi Den rasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini kepada semua rakyat Malaysia, berhati-hati dan cuba fahami situasi yang berlaku di Malaysia hari ini. Kalau mengikut teori ini, orang untuk geng yang memperjuangkan New World Order meletakkan calon sebagai ketuo negaro kita dah ada, Cuma mungkin maso dan cara nak meletakkannya sahaja belum dijumpai dan mereka mungkin sedang berusaha. Bommmm!  Den dah agak ghamai yang akan gelakkan dan tembak Den pasal hal ini..tak poo , Den bangun dan nyatakan sekali lagi calon dan ado, tapi caro nak melotakkannya ajo bolom kono. Jadi Den menyeru supaya kito cubo fahami scenario yang berlaku di negaro kita ini dan cuba amatinya…Dan kalau –tuan dah buek pembacaan atau glance through buku-buku yg Den sebutkan diatas, In Syaa Allah Tuan –tuan akan Nampak sedikit sebanyak kebenarnnya.

Den cuba menulis isu ini dengan panjang lebar kerana Den nak kita semua berhati-hati dengan situasi sekarang. Mano yang nak donga laa yang tak nak..tiado paksaan . Ingat kita rakyat Malaysia lah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk menghalang campur tangan pihak NEW World Order ini, mereka tidak akan menyerang terus kepada kita dengan kekuatan ketenteraan mereka, sebaliknya mereka akan menggunakan kita rakyat Malaysia sendiri untuk meletakkan calon pilihan mereka sebagai ketua Negara ini. Caronyo….MACAM –MACAM CARO ADO…Jadi berhati-hati supaya kita tidak menjadi orang suruhan mereka dan tidak menyesal di kemudian hari. Jadi apa yang menjadi kerisauan sekarang ini adakah  terdapat kemungkinan bahawa insiden sabah yang bermula dengan niat untuk merampas kembali bumi Sabah boleh diguna dan di ekplotasikan untuk tujuan group New World Order ini .? Adakah  dengan tersadainya Kapal perang kapal USS Guardian di perairan Taman Laut Nasional Tubbataha di Laut Sulu, sekitar 640 kilometer sebelah tenggara Manila, Rabu (16/01/2013) ia nya memberi satu petunjuk kepada kita bahawa pihak tertentu turut terlibat dengan insiden di Sabah.  Tidak termasuk maklumat-maklumat risikan yang kita dengar, Den maleh nak higligthkan, nanti org kato fitnah pulak..maklumlah tak ado bukti…hanya risikan …!!! Adakah dengan kelengkapan dan persenjataan yang digunakan oleh pihak pengganas itu datangnya dari pihak tertentu. Adakah pihak pengganas akan melaksanakan prolong war dan mampukah mereka bertahan dari segi kelengkapan dan logistic tanpa bantuan pihak ketiga ? Den berpendapat kalau benar ada penglibatan pihak ketiga di dalam krisis di Sabah, maka terdapat kemungkinan ia akan berlarutan.

 Walau bagaimanapun Den rasa biarlah pihak keselamatan menangani permasalahan itu. Bagi Den , eloklah kita melihat isu yang berlaku di Malaysia dan insiden di Sabah pada hari ini  di dalam konteks  yang lebih luas .Jangan kita lihat permasalahan ini dari segi dalaman sahaja. Bukalaa mata, perbanyakkan membaca mengenai apa yang berlaku di dunia luar sekarang, kaji dan selidik  tentang situasi di negara-negara Arab dan apa sebab dan kesudahanya dengan perisitiwa Arab Spring itu. Dari situ kita mungkin akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku  di Negara kita sekarang. Den  percaya dan yakin kalau kita dapat melihat dan memahami perkara ini dari segi prespektif yang luas.. dan mengambl tindakkan yang betul.. Inn Syaa Allah Malaysia akan terselamat dari disenaraikan sebagai Negara-negara boneka di bawah New World Order…! Kuasa Di tangan Anda…Gunakkanlah Dengan Sebaik Mungkin Demi untuk Kebaikan agama, bangsa dan Negara kita .