Thursday, 7 March 2013

U ULANG ...I SAMAN U..!!!!!!!


Dalam kesibukkan para pahlawan kito mengangkat senjato berjuang menentang pengganas Sulu  di Sabah, tanpo kito sedari  ramai lak orang kito berporang sesame sendiri di media internet dengan menulis menghomen dan mengkritik  secaro torang-torangan “menontang” pasukan keselamatan dan kerajaan .Kalau perkaro itu di lakukan oleh suku sakat penyokong  Kiram dari luar negaro, Den tak berapo kisah, TAPI  io dilakukan oleh rakyat kito sendiri dan mengaku begitu patrioktik. Akibatnyo…kesian kekawan kito yang sedang berjuang di Sabah sobab menghadapi ancaman dan serangan dari duo pihak yang berkategori kawan dan lawan.. Pertamo  lawan dari geng KIRAM AL TIRAM  yang  mengancam dari sogi keselamatan dan keduonyo dari  kawan dan rakyat sendiri yang sedang menyerang untuk melomahkan morale  mereko….Sodih jugak Den dengan tindakan rakyat Malaysia yang menyerang dan cubo melomahkan semangat pasukan keselamatan kito…Jadi  nak merodokan kemarahan dan kekesalan Den ini….Den  nak masuk ke “time machine Den”…nak rehatkan otak……maleh nak tulis pasal isu itu laei……..


Entering …time machine capsule :Tweeet..tweeet.. ..Jeng..Jeng…Jeng………..ALkisahnyo…..Hari ini 13 Feb 2063…..Ulangtahun ke 50 Pencerobohan  kumpulan Kiram di Lahad Datu. Suasana penduduk Malaysia terutamanya di Sabah mengadakan perlbagai program  bagi mengingati hari hitam itu . Sementara itu disebuah sekolah di kawasan Bandaraya Kunak, seorang  cikgu bercadang untuk memberi satu kuiz kepado anak  muridnyo untuk melihat dan mengetahui adokah mereko mengetahui apo yang berlaku pada masa sejarah pencerobohan itu dan sejauh mano pengetahuan dan pemikiran mereko….

Che gu Fart : Ok murid-murid, sepertimana kamu ketahui hari ini adalah merupakan hari ulangtahun ke 50 kita memperingati  pencerobohan kumpulan Pengganaas KIRAM di  Sabah. Untuk itu saya akan mengadakan satu kuiz.  Maka Che Gu Fart pun mulalah meng’send’ soalan melalui group  email kepada semua muridnya yg membawa tablet . Sebaik sahaja email diterima semua murid dengan tekun melihat tablet masingx untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan yang berbunyi  begini.. { Pembaca juga digalakkan menjawab kuiz ini dan akan juga dapat menguji tahap pengetahuan dan kecenderungan pemiran anda selepas menjawab kuiz ini}

SI
Bagaimana pengganas boleh melepasi perairan Negara yang dikawal ketat ?

a. Pasukan keselamatan tidak perasan dan lemah walaupun mereka masuk seracara beramaix  dan membawa senja seperti red indian .

b. Penyusupan dibuat secara terancang dalam masa yang lama, dan ramai dikalangan mereka mmg sudah berada lama di sabah dan hanya menunggu masa untuk uprising..dan masanya adalah pada hari itu

c. Tidak Pasti  dan Tak tahu.  
S2
Kenapa pihak keselamatan lambat  mengarahkan pihak ATM untuk  bertindak menangani  ancaman tersebut di peringkat permulaan krisis itu ?.

a. Kerana  pasukan keselamatan takut dan tidak tahu apa  yang harus dibuat.

b. Kerana ia dilihat lebih kepada  isu yang  terletak dibawah bidang kuasa polis [jurisdiction] dan kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan secara diplomasi tanpa melibatkan pertumpahan darah

c. Tidak Pasti  tetapi bersetuju dengan tindakan pihak PDRM itu.
S3
Kenapa ATM menggunakan pesawat awam bagi menganngkut anggotanya dari  Semenanjung ke Sabah  ?.

a. Kerana pesawat ATM tidak mencukupi dan banyak yang  tidak boleh diterbangkan.

b. Menjimatkan Masa, Lebih Ramai anggota boleh dibawa dan memberi keselesaan kepada anggota yang akan berjuang.

c. Tidak Pasti  tetapi bersetuju dengan tindakan pihak ATM  itu.

S4
Apa pandangan anda mengenai  tindakan mengunakan pesawat pengebom , mortar dan kelengkapan asset ATM yang lain semasa permulaan offensive menentang  pengganaas ?

a. Satu pembaziran asset .sebab satu bom 2 juta , kalau 8 bom kita  dah rugi 16 juta.

b. Memang patut kerana inilah masanya kita menggunakan asset yang ketenteraan dibeli selama ini.

c. Tidak Pasti  tetapi bersetuju dengan tindakan itu.
S5
Apakah pandangan anda tentang  anggota-anggota yang terkorban di dalam operasi itu

a. Matinya sia-sia…

b. Mereka adalah bunga bangsa, pahlawan Negara.

c. Tidak Pasti  tetapi bersetuju dengan tindakan fatwa  Majlis Fatwa…..mereka mati syahid akhirat…
S6
Pada sidang media hari kedua selepas offensive pihak keselamatan telah menunjukkan gambar  pengganas yg telah terkorban . Adakah anda percaya bahawa ia adalah gambar itu benar ?

a. Tidak itu gambar pasukan keselamatan, kerana mereka berbaju hitam sama warna dengan anggota PDRM.

b. Sudah tentu , kerana pada masa itu hanya 8 orang sahaja pasukan keselamatan yg telah disahkan terkorban dah di dua tempat kejadian yg agak jauh dah sudah dikebumikan.

c. Tidak Pasti  tetapi percaya ia mungkin mayat pengganas.
S7
Adakah insiden tersebut merupakan satu sindawara kerajaan yang memerintah pada waktu itu?

a.  Ya seperti yang didakwa oleh ahli politik yang memang peminat tegar  opera cina .

b. Tidka mungkin kerana ia melibatkan nyawa, maruah, keselamatan negara…

c. Tidak Pasti  .
S8
Adakah KIRAM mempunyai asas yang kukuh dan bernas untuk menceroboh Sabah ?

a. Ya sebab itu asalnya tanah nenek moyang mereka.

b. Tidak kerana haknya telah hilang setelah nenek moyangnya menyerahkan kepada British pada tahun 1874 .

c. Tidak Pasti 
S9
Adakah anda berani untuk ULANG< ULANG Dakwaan bahawa insiden ini didalangi oleh pihak pembangkang pada waktu itu ?

A. TIDAK ! TAKUT NANTI KENA SAMAN

B. TIDAK ! TAKU TNANTI KENAN SAMAN.

C. TIDAK ! TAKUT NANTI KENA SAMAN.
S10
Adakah saya patut mengulangi soalan diatas ?

a. JANGAN! NANTI CIKGU KENA SAMAN !

b. JANGAN! NANTI CIKGU KENA SAMAN !

c. JANGAN! NANTI CIKGU KENA SAMAN !

AMARAN SEORANG PEMIMPIN POLITIK KEPADA WARTAWAN APABILA  MENGULANGI PERTANYAAN KEPADA  BELIAU TENTANG SOALAN YANG ENGGAN DIJAWABNYA....HUHUHU



Kira –kira lima minit selepas masa menjawab soalan tamat. Semua murid-murid telah menerima keputusan kuiz yang baru dibuek sebentar tadi..maklumlah tahun 2063, zaman serba canggih. Tiba-tiba seorang murid bangun lagi bertanya.

Cikgu :  Hampir kesemua jawapan yang saya beri adalah  B . Saya seronok kerana semuanya betul tetapi saya tak faham masuk K & RT and VP yang ditulis di bahagian Kesimpulan Keputusan itu .?
Cikgu Fart : Oh itu bermaksud  anda seorang yang

K –Konwledgeable About history ,
RT – Rational Thinker – Seorang yang berfikir dengan WARAS
VP – Very Patrioktic , dan sangat patriotic…

Kemudian Murid kedua bangun dan bertanya , Bagaiman dengan saya pula cikgu , Hampir kesemua jawapan yang saya beri adalah  C. Saya seronok kerana semuanya betul tetapi saya tak faham masuk K & PS and P yang ditulis di bahagian Kesimpulan Keputusan itu .?
Cikgu Fart : Oh itu bermaksud  anda seorang yang

K -Konwledgeable About history ,
PST- Play Safe Thinker - Seorang yang suka berfikir secara selamat
BP -  But Patrioktic , Tetapi bersemangat  patriotic…

Kemudian Murid ketiga bangun dan bertanya , Bagaiman dengan saya pula cikgu , Hampir kesemua jawapan yang saya beri adalah  A . Saya seronok kerana semuanya betul tetapi saya tak faham masuk K & IRT and VUP yang ditulis di bahagian Kesimpulan Keputusan itu .?
Cikgu Fart : Oh itu bermaksud  anda seorang yang

K –Konwledgeable About history ,
IRT – Irrational Thinker – Seorang yang berfikiran TIDAK WARAS.
VUP – Very  UnPatrioktic , dan sangat TIDAK patriotic…
Lalu pelajar itu bertanya sekali lagi…Jadi mana keputusan yang terbaik cikgu….?

Cikgu Fart. Yang maleh nak layan murid yang cakap banyak, banyak soalan, sentiaso tidak puashati tu…terus berkato : ….Kamu jangan ulang lagi soalan  itu, NANTI I SAMAN  U….LU Fikirlahaa Sendiri…..


P/S: Tolong share supaya ramai lagi rakyat malaysia yg boleh ambik kuiz ini dan tahu tahap pemikiran mereko....! Lobih ramai buek kuiz ini lobih baik...Den tak  untung sesen pun....!