Tuesday, 5 March 2013

TOGETHER WE UNITE TO SUPPORTS OUR TROOPS IN SABAH


Salam satu Malaysia. Gendang perang dah berbunyi. Para pahlawan telah bergerak dengan semangat penuh kekentalan menuju ke medan perjuangan. Didoakan pemergiaan mereka membuahkan kejayaan menentang  pengganas di medan perjuang dan kembali dengan selamatnya. Namun jika ada ditakdirkan ada diantara mereka yang  akan gugur maka dipanjangkan doa agar mereka gugur sebagai bunga bangsa dan ditempatkan bersama roh para syuhadah[yang Islam yo!]yang lain tu biarlah ikut kepercayaan agama mereka. Den pasti pemergian para pahlawan tersebut akan tetap dikenang sehingga diakhir zaman…


Sehubungan dengan itu kito semuo rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama mahupun pandangan politik, bersatulah atas nama demi keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta bersama-sama kita  bergabung tenaga untuk menyokong dan membori sokongan morale kepada semua pahlawan negara yang sedang  bertugas di bumi bertuah Malaysia disebuah daerah di Sabah. Marilah kita sama-sama  bergabung tenaga memberi semangat dan sokongan padu kepada mereka ini dalam apa jua bentuk  yang difikirkan sesuai. Dalam konteks ini Den nak menyeru……….apa yang boleh terlitas di kepala Den pada waktu ini……

Kepada  Ahli Keluargo dan Saudaro Para Perwira: Rela dan restukan pemergian mereka. Jika berpeluang berhubung dengan mereka ucapkanlah kata-kata semangat kepada mereka. Buat mereka merasa bangga menjadi perwira negara. Yakinkanlah mereka bahawa supaya mereka tidak mengcurigai keselamatan keluarga yang mereka tinggalkan. Agar mereka dapat berjuang dengan dada yang lapang, semangat yang membara di dalam membenteras pengganas yang cuba merampas Negara.

Kepaada kawan/Kekasih Para Perwira: Hamburkan kata-kata berbunga yang boleh membuatkan semangat para perwira begitu membara untuk menewaskan musuh durjana.

Untuk Rakyat Malaysia yang Berada dan Tinggal di dalam kawasan krisis. Jadilah mata dan telinga kepada pihak keselamatan. Lapurkan dengan segera apa jua perkara yang mencurigakan  yang mungkin berkaitan dengan gerakkan pengganas kepada pihak keselamatan .  Helps Us To Help You !

Kepada Imam-Iman Masjid/Surau dan semuo Ahli kariah serta Ulama dan tokoh agama: Adakan acara sembayang hajat  disetiap surau dan masjid diseluruh Negara seberapa kerap yang mampu. Pohonkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar perjuangan para perwira menghasilkan kejayaan demi keselamatan negaro. Doakankan kesejahteraan dan keselamatan mereka .

Media penyiaran TV, Astro serta Radio. Mainkanlah lagu-lagu patriotic, semangat perjuang dan cintakan Negara kurangkan lagu korea dan cinto anak mudo. Tayangkan klip perjuangan pasukan keselamatan dari masa ke semasa  bagi menaikkan semangat para perwira dan menyatukan rakyat yang telah berpecah akibat fahaman politik.

Syarikat Telecomunikasi Maxis, Celcom, Umobile dan apo juo yang ado dipasaran. Hantarkan burst sms kepado semua pelangganya yang menyatakan sokongan kepada perjuangan para perwira di Sabah. Sebagai contoh: Mesej 0RM , Dari CELCOM :  “ Kami Bangga dengan Pengorbanan Para Perwira di dalam menjaga kedaulatan Negara di Sabah.”

Untuk Para Artis dan Para Selebreti : Buat lah kenyataan umum yang menunjukkan anda semua bangga dan berterima kasih kepada semua perwira yang sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan tanah air di bumi Sabah. Sebarkan di dalam FB, Twitter, Blog , Fan Page ..anda…….

KEPADA SEMUO TOWKAY BALAK, UPPER CLASS, GOLONGAN KAYO : Berilah sumbangan kepada tabung-tabung khas yang disediakan untuk mereka yang terkorban/tercedera ketika menjalankan tugas membenteras pengganas di Sabah  seperti tabung Media Prima dan sebagainya.

KEPADA AHLI POLITIK TANPA MENGIRA  DARI PARI MANO. Buatlah kenyataan terbuka tentang sokongan dan penghargaan anda kepada para perajurit kita. Lupakan sementara sentiment politik, hentikan tabiak buruk nak mempolitikan apa jua isu berkaitan dengan operasi membenteras pengganas di Sabah. Kalau anda dari pihak pembangkang pun, Den pasti anda tidak akan mahu kedaulatan dan keselamatan Negara dicabar sebegitu lantang oleh pihak pengganas.

SYARIKAT –SYARIKAT  BOSA, .  Buek projek CSR dengan memberikan bekalan-bekalan tambahan dan juga bantuan logistic kepada pihak keselamatan yang boleh digunakan untuk operasi pembasmian pengganas di Sabah, seperti kemudahan pengangkut pesawat yang di tawarkan oleh Tan Sri Tony, makanan dan ubatan-ubatan tambahan, buah-buahan ko..potai , joring, makjun pak tani, phamaton, minyak urut akar putih….dllll agar mereka lebih berselera makan dan lebih gah untuk berjuang. Ini lah masa nak menunjukkan bahawa kita semua prihatin dan menyokong usaha untuk mengegalkan keamanan dibumi Malaysia.

PARA PEMILIK BLOGGER TAK KIRO DARI PUAK MANO, FB, TWITTER : . Nyatakan sokongan dan penghargaan anda secara terbuka terhadap usaha para perwira yang sedang berjuang menentang petualang Negara. JANGAN LAYAN , REPLY, RESPONSE TERHADAP MANA-NAMA STATEMENT NEGATIVE YANG DIKELUARKAN KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

….AHLI DAGGER N SLING….

Adakan satu page….kumpulkan indenti mana-mana individu yang MEMBUAT KOMEN MELAMPAU, SEHINGGA TAHAP GABAN, DAN BOLEH DIKIRA TAHAP PENGKHIANAT NEGARA dan kumpulkan  indentiti mereka di dalam satu page…kemudian kita akan remarks TBDSL [To Be Dealt Separately Later] . Tidak perlu kita memaki menjawab , response  atau komen statement mereka yang busuk , jijik lagi menjijikan terhadap usaha pihak keselamatan di dalam memerangi pengganas . Lets “somebody” akan dealt dengan mereka setelah krisis di Sabah ini selesai. Adalah anggota simamat yang akan melaksanakannya nanti….

SEMUA RAKYAT JELATA……KIBARKAN BENDERA MALAYSIA ATAU BENDERA PASUKAN KESELAMATAN, TAK  KIRO , POLIS KO, ASKAR DARI UNIT MANO…..KEK GHUMAH KITO. TANDO SOKONG KITO SEKUARGO KEPADA PEJUANG BANGSO!

Dan kalau nak disenaraikan memang  tak dapat nak disenaraikan sepenuhnya. Pendek kato, kito semua rakyat Malaysia tanpa mengiro bangsa  agamo, fahaman politik, kedudukan, kayo atau miskin , sehat atau OKU….bersatulah nyatakan sokongan kito semua terhadap perjuangan pewira negaro  dalam menjago keaman dan kedaulatan negaro. Seperti kato kawan Den yang ponah jadi Presiden ke Amerika yang telah dibuat penambahbaikan
JANGAN TANYO, APO NEGARO BOLEH TOLONG KITO…
TANYOLAH APO YANG KITO BOLEH TOLONG NEGARO!
TOGETHER WE UNITE TO SUPPORTS OUR TROOPS IN SABAH

PALING TIDAK TUAN-TUAN BOLEH TOLONG SEBAR DAN SHAREKAN ARTIKEL INI UNTUK TATAPAN SERAMAI MANO YG BOLEH RAKYAT MALAYSIA...HUHUHHUUU