Monday, 4 March 2013

OPSEC: SILENCE MEANS SECURITY


Sehingga saat penulisan artikel ini, kito bolom nampak lagi sebarang gerakkan offensive yang dilakukan oleh pihak keselamatan.  Ado ghamai yang mulo tertanyo-tanyo apokah bentuk tindakan yang bakal dilaksanakan. Dalam pado itu banyak pulak maklumat-maklumat yang mempunyai nilai tactical yang boleh mempengaruhi operasi yang bakal dilaksanakan telah tersebar secara disedari atau tidak di media internet. Mungkin ado diantaro mereko-mereko yang mendapat maklumat melalui kawan-kawan atau saudaro maro di kawasan Sabah mengenai  situasi semasa , pergerakkan anggota , dan pelbagai perkara lagi berkaitan pergerakan dan kegiatan pihak keselamatan di Sabah. Dan kemudianya Maklumat tersebut  disebarkan di dalam facebook, twitter dan blog. Mako tanpo disedari  maklumat-maklumat tersebut telah dikutip dan dianalisa puak penceroboh dan mereko secara tidak langsung berkemungkinan boleh  menjangka apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh pihak keselamatan . Perkara ini secara tidak langsung akan menggangu kelancaran dan mendatangkan bahaya kepada operasi yang bakal dilaksanakan oleh pihak keselamatan. Akibatnya akan hilang element of surprise dan mungkin juga akan membawa padah yang tidak  baik apabila operasi keselamatan itu dilancarkan.


Kalau dalam istilah tentera pengawalan maklumat-maklumat sebegini memang telah ada dan dikenali sebagai OPSEC[Operation Security/Keselamatan Operasi].  Di operasi keselamatan (OPSEC) adalah satu proses yang mengenal pasti maklumat penting untuk menentukan sama ada apa jua tindakan kita boleh diperhatikan atau diketahui  oleh musuh, yang kemudianya menentukan jika maklumat yang diperolehi oleh musuh boleh ditafsirkan untuk menjadi berguna kepada mereka. Kita hendaklah membantu pihak keselamatan dengan melaksanakan langkah-langkah yang dipilih bagi menghapuskan atau mengurangkan kemungkinan pihak musuh mengeksploitasi maklumat tactical tersebut yang kita telah berikan secara tidak sengaja. OPSEC ini adolah tanggungjawab dan tugas semuo anggota tentera yang terlibat  di dalam sesuatu operasi. Usaha berterusan akan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan bagi menentukan bahawa OPSEC dilaksanakan dengan sepenuh. Pada dasarnya konsep ini tidak sepatutnya terhad hanya kepada pihak keselamatan sahaja tetapi ia hendaklah diterangkan dan diterapkan kepada semua ahli keluarga anggota keselamatan dan semua rakyat jelata.

Dalam konteks  sekarang dimana peralatan komunikasi begitu canggih seperti internet, telefon bimbit dan sebagainya, konsep OPSEC ini juga Den rasokan perlu diterangkan kepada masyarakt umum dan rakyat jelata agar mereka dapat membantu di dalam menjaga OPSEC bagi menjamin kejayaan operasi yang bakal dilancarkan . Dengan situasi yang sedang melanda Sabah ini Den rasakan seluruh rakyat Malaysia hendaklah bersatu dan berusaha untuk memahami kosep OPSEC ini bagi memastikan operasi yang bakal dilaksanakan nanti Berjaya dilaksanakan. Kita hendaklah bersatu tanpa mengira pandangan politik, perbezaaan bangsa dan agama demi untuk kebaikan Negara.

Justeru itu Den merayu kepada mereko tak kiro siapo sahaja yang mengetahui mengenai maklumat pergerakan anggota, persiapan pihak keselamatan,kehadiran asset-aset keselamatan atau apa jua maklumat berkaitan pasukan keselamatan hendaklah TIDAK MENYEBARKANNYA KEPADA SESIAPA PUN HATTA KAWAN ATAU KELUARGO SEKALI. Tujuannyo adalah untuk memastikan bahawa TIDAK AKAN TERLEPAS WALAU SATU PUN MAKLUMAT  yang berkaitan dengan pasukan keselamatan ketangan pihak penceroboh yang mano mungkin berguno kepada pihak penceroboh. Mungkin maklumat itu kito lihat kocik dan tidak bermakno seperti kito kato, bahawa  terdapat banyak anggota keselamatan dari unit sianu tu dah berada dikawasan sinun, dari sini pihak penceoboh mungkin dah dapat membaco peranan dan kepkaran unit tersebut dan akan beroperasi di kawasan mano. Dari maklumat  ini pihak penceroboh mungkin akan dapat menjangko tentang kepakaran pasukan keselamatan yang akan mereka hadapi di sesuatu lokasi tersebut dan mungkin telah bersedia untuk menghadapi situasi seperti itu. Akibatnya bila operasi dilancarkan mereka telah bersedia….dan ini mungkin akan membahayakan operasi tersebut.
Den nak menorangkan secara akademik tentang keperluan OPSEC ni adalah agak sukar. Kalau ikut caro orang kampung Den….

usaho dicerito apo yang engkau Nampak mengenai apo juo perkara yang melibatkan pergerakan, unit, tindakan, lokasi atau apo juo yang sodang dikojokan oleh pasukan keselamatan kepado sesiapo juo….sobab  tanpo disodari maklumat itu amat berguno untuki pihak penceroboh.

Justeru itu Den sekali lagi merayu dan mengharap agar kito cubo fahami konsep OPSEC ini dan amalkan ia di dalam keadaaan sekarang dimano ini juga salah satu peranan yang boleh kito mainkan di dalam membantu pasukan keselamatan menyelesaikan krisis di Sabah dengan jayanya.


“OPSEC is a vital element in protecting the Army’s soldiers and missions, and I want to stress how vital a role every member of the team ,  family, friends and people at large plays in ensuring that we deny our adversaries potentially useful information. “Whether we are on duty or off duty, we cannot afford to let our guard down. Your diligence in OPSEC is key to ensuring our effectiveness in operations and our collective safety. Together, we will succeed.”

Maj. Gen. Keith B. Alexander
Commanding General U.S. Army Intelligence and Security Command