Sunday, 3 March 2013

LAHAD DATU : Dont Fear The Armour Is Here


Salam Takziah buat keluargo dan sanak saudara wira-wira anggota PDRM yang terkorban  semasa insiden di Lahad Datu dan Semporna.   Semoga Allah menempatkan roh arwah-arwah tersebut  bersama para syuhada. Nampaknya insiden yang bermula di Lahad Datu ini telah menjadi isu keselamatan yang agak kompleks. Isu yang pada mulanya cuba diselesaikan oleh pihak PDRM secara diplomasi dan aman tidak kessampaian , apabila pihak penceroboh telah terlebih dahulu bertindak  dengan lebih agresif hingga menyebabkan  beberapa wira PDRM telah gugur. Situasi ini telah menyebabkan ruang penyelesaian  yang sepatutnya dapat ditamatkan tanpa sebarang pertumpahan darah telah tertutup sama sekali. Kesabaran dan kesungguhan pihak PDRM untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin telah tidak dipedulikan oleh pihak pemberontak. Justeru itu Den bersetuju sangat sekiranya pihak keselamatan menamatkan konflik ini secara kekerasan . Kesabaran kita ada hadnya…


Den tahu ada beberapa pihak tidak berpuashati dan tertanya-tanya kenapa pihak ATM tidak dilibatkan sepenuhnya di dalam peringkat permulaan  bagi mencari penyelesaian kepada isu ini. Mungkn mereka ini tidak mengetahui bahawa pihak PDRM dan ATM mempunyai “jurisdiction” dan tanggungjawab  tertentu di dalam  aspek keselamatan Negara. Dalam kes ini, pencerobohan puak asing ini mungkin dilihat lebih kepada bidang kuasa dan tanggungjawab PDRM dan KDN. Ancaman itu datangnya dari segerombolan puak tertentu dan bukannya datang dari sebuah Negara berdaulat. Justeru itu tidak  hairanlah dalam konteks ini, isu ini harus ditangani oleh PDRM dari segi perundangan dan apabila keadaan memerlukan ATM memang bersedia membantu. Justeru itu Den berharap pembaca faham situasi ini dan tidak menuduh tanpa usul periksa tentang penglibatan ATM sebelum ini atau membuat sebarang baseless speculation……or spekulasi basi..

Melihat kepada perkembangan kes ini, serta mandat yang telah dikeluarkan oleh PM, maka Den bersetuju sangat pihak PDRM dan ATM diberi penugasan bersama bagi menangani konflik ini. Penubuhan Joint Task Force [JTF] antara PDRM dan ATM memang sesuai pada situasi ini .Ini adalah kerana’pencerobohan ini melibatkan suatu kumpulan yang agak besar dan tidak mustahil ada diantara mereka telah biasa dan mempunyai pengalaman di dalam peperangan hutan.  Justeru itu penglibatan  pihak ATM yang mempunyai “man power” yang mencukupi dan terlatih dengan peperangan gerilya serta mempunyai asset yang lebih lengkap untuk menghadapi situasi begini  adalah sangat dialu-alukan dan ianya mungkin akan  dapat membantu menyelesaikan isu ini dengan lebih berkesan dan berjaya.


Den secara peribadi tidak berani nak memandang rendah “underestimate’ keupayaan  anggota yang mendakwa tentera sulu ini.  Tidak mustahil ada di antara mereka yang pernah mempunyai pengalaman berjuang  di dalam peperangan hutan dan mahir di dalam taktik dan teknik peperangan gerilya. Apatah lagi motif mereka yang ingin mengembalikan kedudukan Kesultanan Sulu mungkin dilihat oleh mereka sebagai satu usaha yang perlukan pengorbanan. Dalam konteks ini adalah tidak mustahil jika mereka berani bertindak agresif. Walau bagaimanapun Den yakin bahawa gabungan pasukan ATM dan PDRM ini , InsyAllah akan Berjaya menangani konflik ini dengan sebaik mungkin.  Apa yang Den harapkan kepada wira-wira kita sama ada dari PDRM maupun ATM akan sentiasa berhati-hati dan bertindak dengan penuh waspada didalam melaksanakan gerakkan bagi membentras pencerobohan ini. Den kalau keadaan mengizinkan memang nak sangat bersama –sama saudara di dalam situasi ini,laa nei Den ghaso terkilan lak kerano  berhenti awal dari yang sepatutnya. Walau bagaimanapun Den sentiasa mendoakan agar wira-wira kito itu selamat dan Berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi itu…Den salute ull all..Komando ! Komando ! Komando!

Bagi masyarakat umum, Den harap janganlah kito mengkritik dan menghomen tak tentu pasal tentang pendekatan yang diambil oleh pihak berkuaso. ...Den tahu mereko pun macam kito jugak mahukan konflik ini diselesai secepat mungkin dan membuahkan kejayaan. Janganlah kito yang berado diluar gelanggang ini menjadi langau dan nyamuk……dok menghontam ajo….!!!Semasa didalam perkhidmatan Den pernah jugak menghadapi krisis besar seperti ini…Den dapat bayangkan tekanan yang mereka hadapi di dalam usaha untuk menyelesaikan konflik sebegini.  Den teringat satu kes dimano salah sebuah  tuck boat kito yang telah ditawan oleh pihak lanun, waktu tu Den adolah satu-satunyo pegawai yang dilantik sebagai liason  antara BSPP, MKN  dan Tim di Somalia….Kalau nak cerito boleh dibuek buku baru….Setelah beberapo hari Den memantau usaho untuk menyelamatkan tug boat tu, Den memang tak tidur siang malam….kojap Den telefon MKN, kojap Den telefon Big  Boss Den nak memberitahu perkembangan kes…..masuk hari keompek, dalam pukol 4 pagi Den baru balik dari pejabat, sampai kek ghumah tibo-tibo dado Den ghaso sosak , susah nak bernafas, duduk tak boleh, berdiri tak boleh, Den kojut orang ghumah Den dan terus bawak ke hospital Sungai Buloh, Dr syak Den kono heart attack….terus buat E.C.G, dalam pukul 5 pagi semaso doctor tengah buek E.C.G, dengan wayer berselirat kat badan Den, Telefon berbunyi  dari Somalia….Den kato dengan doctor maaf doctor ini hal keselamatan negaro, Den kono jawab…dapek berito pasal….orang kito ke sano kono tangkap dek  lanun, nak mintak kebenaran MKN untuk buat sesuatu..dan….sebagainya…….xxxxxxx  boleh cerito maso TTS…Nasib baik lopeh E.C.G ..Doktor kato Den ok, cumo mungkin stressss..apo tak stressnyo  dah ompek hari tido tak menontu…..!

Jadi bilo situasi yang berlaku di Sabah ini, Den dapat bayangkan bagaimono bertungkus lumuhnyo pasukan keselamatan.  Mungkin kito ghaso terdapat beberapo kelemahan di dalam caro pasukan keselamatan mengendalikaknyo…Tapi sebonarnya, percayolah cakap Den, sebonanyo kito tak mengetahui secara keseluruhan konflik tersebut, kalau kito berado di dalam situasi mereko barulah kito fahaman kenapo dan mengapo sesuatu tindakan itu diambil….Bagi Den “they are on the ground…lets the commander on ground take the appropriate action’….we are outsider…..just shut up and have faith with them…..!

Akhir sekali Den harap marilah kito samo-samo mendoakan agar konflik ini dapat diselesai segera tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah lagi. Pado hero-hero dan wira-wira Den disano, terimo kasih kerano sanggup berjuang untuk keselesoan dan keselamatan negaro…hinggo ghamai dari kito yang dapek tido leno. Den harap tuan-tuan sentiaso berwaspado dan Den mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudaro. Pado orang Sabah, Den harap bersabar dan percayolah, InsyAllah Pasukan keselamatan kito akan berjayo menamatkan krisis ini dengan jayonyo…DONT FEAR THE ARMOUR IS HERE..!!!!