Monday, 18 March 2013

Kiram's Goes For Guerrilla War ..We Observe and Report !


Tiada Lagi Gencatan Senjata, Perang Secara Gerila - KIRAM III Itu adalah kenyataan terkini Kiram sepertimana yang dilapurkan oleh akhbar Filipina. Kenyataan ini sebenarnya bukanlah satu kejutan bagi Den . Kalau cakap orang kampung Den…Dah agak dah. Ini adalah kerana mereka sebenarnya di dalam keadaan desperate dan tersepit. Ini berikutan nasib yang telah diterima oleh pengganas-pengganas yang telah Berjaya melarikan diri dan kemudiannya di tahan oleh pihak keselamatan Filipina. Dengar khabarnya mereka-mereka itu akan di dakwa dan dibawa kemuka pengadilan Filipina. Dalam pada itu pihak keselamatan Malaysia , telah memperhebatkan lagi buruan keatas saki baki pengganas yang masih berada di Sabah. Situasi ini membuatkan mereka tersepit, dimana jika mereka terus berada di bumi Sabah , mereka akan diburu, jika mereka kembali ke sarang mereka di Filipina , mereka juga akan diburu dan di tangkap oleh pihak keselamatan Filipina. Justeru itu tidak hairanlah kiram membuat kenyataan tersebut. For them ...There is no others option for the terrorist…the bridge has been burned..!!!


Apa yang penting sekarang pasukan keselamatan mesti lebih berhati-hati  dan meningkatkan usaha untuk memburu dan memusnakan para pengganas ini. Kalau kiram mengatakan bahawa pengganasnya akan meneruskan peperangan gerila, maka Den berharap pasukan keselamatan MESTI MENJANGKAKAN LEBIH dari itu, sehingga terdapat  berkemungkinan mereka melaksanakan “ancaman keganasan dalam bentuk yang lain”’ dan Den percaya kemumungkinan battle zone akan bertambah luas dan TIDAK SEMESTINYA hanya di sesatu “region’ sahaja. Den pasti dan yakin serta berharap sangatlaa agar Pasukan Keselamatan telah mempertimbangkan perkara dan mengambil tindakan yan gsewajarnya bagi menangani perkara ini. Apa-apa pun Den rasa pihak keselamatan lebih memahami bentuk ancaman ini dan sudah bersedia untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. No further comment on this issue.

Den nak mengimbas kembali saranan Den kepada semua penduduk Sabah dan juga rakyat Malaysia, samaada di kawasan konflik atau dimana juga anda berada . Beware , We Have A Very Clear And Identified Enemy Now. Pengganas ini kebanyakkan mempunyai susuh tubuh dan rupa seperti kebanyakkan kita, mereka boleh bercakap dan bergaul dengan kita tanpa kita sedari..justeru itu amat sukar untuk di kenalpasti between Friend or Foe.. Justeru itu kita semua hendaklah sentiasa berhati-hati dan berusahalah membantu pasukan keselamatan dengan menjadi “eyes and ears” kepada mereka. Jika kita nampak apa juga yang mencurigakan yang boleh mengancam keselamatan sama ada di hutan atau diladang, di kampung atau di pekan atau dibandar maupun di Bandar raya  atau dimana sekalipun di bumi Malaysia ini…lapurkan segera perkara itu kepada pasukan keselamatan terdekat. Remember national security is not to be compromised! 

FALSE ALARM IS BETTER THAN NO ALARMS AT ALL IN A SITUATION WHERE THE DANGER IS KNOCKING AT OUR DOOR.

Ini laa masonyo nak jadi hero

Kadang-kadang kita tak sangka dan tak pernah menduga bahawa, sesuatu perkara yang kita Nampak mencurigakan itu sebenarnya sangat bahaya jika kita biarkan. Sebenarnya Den TIDAK berniat untuk membincangkan secara panjang lebar tentang ancaman yang mungkin kita hadapi ini ekoran dari krisis di Sabah ini, takut disalah tafsirkan dan disangkakan Den nak membuat propaganda dan menyebarkan rumor dan khabar angin. Tetapi bagi Den ini soalan keselamatan Negara yang kitas emua mesti kongsi bersama mesti dibawa ke pengetahuan rakyat jelata. Ini secara tidak langsung kita sebagai rakyat jelata dapat membantu pasukan keselamatan di dalam memastikan keamanan dan keharmonian Negara sentiasa tepelihara..

Apa yang Den harapkan mulai sekarang rakyat Malaysia…Have a high sense of Security Alertness, Security Conscious ….report to Security Forces on any suspicious movements, persons immediately. In short 

OBSERVE AND REPORT.