Sunday, 10 March 2013

Helps Our Troops To Help Us


Allhamdulilah, sejak pelancaran Ops Daulat sudah kelihatan beberapa tanda yang insiden di Sabah ini dalam keadaaan terkawal dan ia juga telah memberikan petunjuk bahawa, InsyAllah ia akan Berjaya di tangani oleh pihak Keselamatan. Walau bagaimanapun mengikut firasat Den, Ops Daulat ini mungkin akan mengambil masa yang agak  lama untuk di selesaikan. Ini adalah kerana nampak gayonyo pihak pengganas dah mulo berpecah dan mereka dah mula melaksanakan gerakkan secara peperangan gerilya. Apo pun ini hanyo andaian Den. Jika benarlah itu yang berlaku nampaknya tugas yang menanti pasukan kelselamatan akan menjadi agak rumit. Walau bagaimanapun dalam konteks ini Den yakin pihak keselamatan tahu apa yang patut dilaksanakannya . Mereka mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan serta mengetahui situasi di ground zero. Justeru itu Den rasa eloklah kita biarkan kepada yang pakar untuk mengendalikannnya. Bagi kito yang tidak bertugas di kawasan operasi  dan hanya menjadi pemerhati eloklah kita mendoakan kejayaan diperolehi oleh pasukan keselamatan disamping melakukan apa yang termampu oleh kita sebagai menyokong usaha pasukan keselamatan di dalam menangani insiden ini.


Guerrilla warfare is the irregular warfare and combat in which a small group of combatants use mobile military tactics in the form of ambushes and raids to combat a larger and less mobile formal army.


"Wherever we arrived, they disappeared, whenever we left, they arrived — they were everywhere and nowhere, they had no tangible center which could be attacked."

— Prussian officer during the Peninsular War, while fighting with French regulars against Spanish guerrillas

Dalam posting Den kali ini Den tidak berhajat nak memberi ceramah tentang apa itu peperangan gerilya dan bagaimana pasukan pasukan keselamatan kita harus menghadapinya dengan situasi di Sabah ini. Den raso biarlah perkaro itu difikir dan dilaksanokan oleh mereka-mereka yang bertanggunjawab melaksanakan operasi itu. Den yakin pasukan keselamatan kita berpengetahuan, berpengalaman dan tahu apa yang harus dilakukan di dalam situasi begini. Bagi Den  eloklah kita” Leave it to the experts..to handle it”. Kalau nak cerito sejarah dan kejayaan kito  di dalam melaksanankan operasi peperangan gerila ini memang tak sesuai disini . The world had known about it. Tak perlu  Den huraikan konsep KESBAN, Briggs Plan yang diperkenalkan semasa era tersebut .Cukuplah Den kato  “We had experienced it, dealt with it with a great success. Lagipun dunia pernah mengiktiraf pengalaman, kemahiran dan kejayaan pasukan kita di dalam menangani peperangan gerilya ini.


Tetapi apo yang Den nak kongsikan bersamo disini adolah, bagaimana kito, “mass of people” terutamonyo mereko-mereko yang berada di dalam kawasan keselamatan Sabah boleh laksanakan di dalam membantu pihak keselamatan di dalam operasi membenteras pengganas Sulu. Disini elok rasonyo  den sentuh sikit berkaitan dengan scenario yang biaso diamalkan oleh penggadas yang berperang secara gerila. Strategi dan taktik perang gerila cenderung untuk melibatkan penggunaan kuasa yang kecil, mudah alih terhadap satu besar, dikawal. Pasukan gerila sebahagian besarnya atau keseluruhannya dianjurkan dalam unit-unit kecil yang BERGANTUNG KEPADA SOKONGAN DARIPADA PENDUDUK TEMPATAN. Taktikal, tentera gerila membuat serangan kecil, serangan berulang jauh dari pusat graviti lawan dengan tujuan untuk menjaga mangsa sendiri pada tahap minimum dan mengenakan tekanan berterusan bagi melemahkan musuh.

Classic guidelines of Counter Guerrilla Warfare
The widely distributed and influential work of Sir Robert Thompson, counter-insurgency expert of the Malayan Emergency, offers several such guidelines. Thompson's underlying assumption is that of a country minimally committed to the rule of law and better governance.

Den tak berhajat nak mengulas panjang lebar bagaimanao pasukan keselamatan nak menghadapi ancaman ini. Tapi yang nak sembangkan adolah bagaimano rakyat terutamonya yang berada di dalam kawasan keselamatan di Sabah boleh MEMBANTU PASUKAN KESELAMATAN DI DALAM MEMBENTERAS PENGGANAS. Elemen penting survivaliti di dalam satu-satu gerakan pasukan gerila ialah MEREKA BERGANTUNG KEPADA SOKONGAN DARIPADA PENDUDUK TEMPATAN. Kalau nak bagi analogi yang mudah, kumpulan gerila adalah merupakan sekumpulan ikan-ikan yang mana kehidupan , jangka hayat dan kejayaan mereka bergantung kepada persekitaran air yang mereka diami. Ikan-ikan itu memerlukan  oksigen dan makan di dalam persekitaran perairan yang mereka tinggal. Kalau air tersebut beracun, kurang oksigen dan kurang plankton makanan maka sudah tentu ikan-ikan itu tidak akan dapat hidup selesa dan mungkin akan membuatkan mereka timbul dan menjadi bangkai-bangkai. Begitu juga di dalam sesuatu gerakan melawan anggota gerila. Air-air itu adalah ibarat masyarakat dan juga penduduk setempat di mana operasi menentang gerila itu dilaksanakan. Sekiranya masyarakt setempat tidak menyokong, tidak membantu mereka dengan memberi perlindungan, makanan dan maklumat berkaitan pasukan keselamatan nescaya gerakan anggota gerila itu tidak akan dapat bertahan lama. Sebaliknya jika air itu menjadi beracun, dimana di dalam situasi ini masyarakat setempat membantu  pihak keselamatan seperti menjadi “eyes and ears” atau sumber pemberi maklumat kepada pasukan keselamatan nescaya akan lebih cepat dan mudah gerakkan gerila itu dapat di hapuskan.

Konsep sebegini telah lama pasukan keselamatan dan rakyat  Malaysia amalkan semasa era konfrantasi dan dharurat dahulu. Kaedah ini jugalah menyebabkan banyak penempatan kampung-kampung baru  yang mana masih kekal sehingga hari ini. Matlamatnya untuk memastikan bahawa semua pengganas-pengganas tersebut dapat dipsahkan dari memperolehi sebarang bantuan dari segi logistic, makanan mahupun maklumat berkaitan usaha pasukan keselamatan memerangi mereka. Tidak perlu rasanya Den memberi penerangan lanjut berkaitan dengan konsep pengasingan bagaimana memastikan pengganas tidak  mendapat bantuan dari masyarakat umum. Tetapi jika ini Berjaya dilaksanakan oleh masyarakat setempat, Den pasti tugas para anggota keselamatan akan menjadi lebih mudah  untuk menghapuskan pihak pengganas ini.

Justeru itu Den menyeru semua rakyat Sabah yang berada di dalam kawasan konflik ini, marilah kita sama-sama berusaha membantu pihak keselamatan di dalam usaha memerangi pengganas tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jika ada apa-apa jua perkara yang mencurigai berkaitan isu keselamatan tak kira sama ada kecil atau besar, kehadiran orang-orang yang tidak dikenali dan mencurigakan di kawasan anda, nasihat Den, SEGERALAH LAPUR KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN. Jadi mata dan telinga pasukan keselamatan pada setiap masa. BANTULAH PASUKAN KESELAMATAN YANG SEDANG MEMBANTU KITA MEMULIHKAN KEAMANAN SEPERTI SEDIA KALA.

Dan akhir sekali Den berharap sangat agar konflik ini dapat di selesaikan dengan seberapa segera yang boleh dan jayanya. Kepada semua anggota pasukan keselamatan di sana Den mendoakan agar jasa dan pengorbanan saudara mendapat pembalasan setimpal dari Allah SWT yang Maha Berkuasa. Bagi rakyat Malaysia yang hanya menjadi pemerhati-pmerhati luar marilah kita sama-sama mendokan kejayaan mereka. Bagi Den disini..life must goes on…Esok Den dah kono menoreh semulo setelah terhenti sojak minggu lopeh..kalau tak alamat tak berghasap lak dapur Den nanti…tak pasal-pasal Den pulak berporang ke ghumah nei nanti huhuhuhu…..!!!!