Friday, 22 March 2013

Hatred Politics : A Wake Up Call For Politicians and Supporters.


Salam Satu Malaysia…Maklumlah PRU dah doket, orang-orang politik tak kiro dari  puak mano sibuk sedang mempromosikan diri di dalam pelbagai caro. Sementara itu puak-puak penyokong sibuk pula bertogang leher mempertahankan parti politik masing-masing. Pertelagahan, perdebatan dan penghujahan memang banyak berlaku  iantara kedua belah pihak. Yang pastinya TIDAK AKAN PIHAK YANG BERPUASHATI,TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG KALAH  DAN TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG AKAN DIANGKAT SEBAGAI PEMENANG. Akhirnya apo yg dapat dikutip dari perdebatan mempertahankan parti politik masing-masing itu hanyalah DOSA bagi mereka yang mungkin telah terkasar kata, menuduh tanpa bukti dan mungkin Juga PAHALA kepada mereka yang cuba menyampaikan kebenaran secara berhemah dan yang lainya …hanya melakukan perdebatan yang sia-sia.. sahaja. Itu lah scenario politik yang dapat kita lihat yang sedang berleluasa di media dan juga dunia cyber hari ini. Salah siapakah bila perkara ini berlaku?


Den tidak berani untuk menuding jari dan menyalahkan sesiapa di dalam hal ini. Tapi Den rasa terpanggil untuk  memaklumkan secara berhemah kepada “pemimpin politik “ di Negara ini.  Ia itu Pemimpin dan jurucakap tidak rasmi parti politik tak kira dari puak pembangkang atau kerajaan. Den bukan nak menasihati,  jauh sekali nak mengajar para pemimpin politik di Negara dan juru cakap tidak rasmi parti politik ini tentang cara nak berpolitik, tak kira anda berada di pihak  atau parti mana,Den Cuma nak memberi pandangan dan pendapat Den cara ikhlas, kalau  ghaso pandangan Den ini baik …ambilah dan kalau ghaso pandangan Den ini tidak membawa sebarang makna…abaikan lah…

Maaf cakap secara umum Den berpendapat masih ada lagi pemimpin-pemimpin politik di Negara ini di tahap kurang professional dan tidak mencapai taraf kematangan yang sebenarnya. Mereka berpengetahuan tetapi tidak tidak mampu berfikir  secara rasional, tidak bijak dan di dalam bertindak atau memberi buah fikiran di dalam banyak hal. Ada juga diantara mereka yang berfikiran seperti kebudak-budakan dan tidak Berjaya menyampaikan buah fikiran dan mesej yang jelas kepada masyarakat. Ada jugak yang terlalu sensitive dan pantang di kritik  dan ada juga yang terlalu tunjuk  hero dan paneh baran dan menunjukkan kedegebean mereka secara melampau. Ada juga yang tidah faham akan isu-isu sensitif dan adap dan maruah di dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Ada juga yang suka memberi pandangan, pendapat dan ulasan terhadap sesuatu isu tanpa memahami isu itu secara mendalam. Pendekata kalau nak disenaraikan kekurangan, kelemahan dan ketidak professionalan sekumpulan ahli-ahli  politik di Malaysia masakini tidak kira dari puak mana , memang berjelo-jelo. Ini tidak termasuk pasal isu-isu peribadi , keluarga , moral dan sebagainya lagi. Den ghaso elok Den senaraikan setakat ini sahajo dulu, takut nanti adolah yang akan luku kepalo Den.

Apo yang Den nak sorukan di sini adolah supayo pemimpin-pemimpin politik ini bertindaklah secara matang , bijaksana dan profesiolisma di dalam tugas anda sebagai pemimpin politik. Bermuhasabah diri, belajarlah dan perbaiki diri sendiri dari maso ke semaso untuk menjadi orang politik yang baik dan berhemah. Cubo jadi jadi pemimpin yang boleh dihormati oleh semuo lapisan rakyat tak kiro bangso dan agamo. Jika anda berpolitik dan berselisihan pendapat dengan puak yang lain, cubalah berhujah secara berhemah dan jangan sekali cuba menyerang keperibadian dan maruah serta jati diri lawan anda itu. Bagi tahulah rakyat sebagai seorang pemimpin  apakah visi dan misi anda , apakah route plan map anda dan bagaimana anda nak laksanakannya untuk mencapai misi dan visi  tersebut. Ini bukan sukar untuk dilakukan dan ianya bukan rocket science ini adalah perkara biasa dan lumrah yang harus dilakukan sesorang ahli politik sebelum diangkat sebagai pemimpin. Kami sebagai rakyat nak tahu how you can best served us, then barulah kita orang  boleh sokong anda. Sebagai ahli  politik anda tak perlu menceritakan kelemahan, keburukan dan kekurangan pihak lawan anda, apa yang rakyat mahu tahu apakah yang anda mampu dan boleh buat untuk memajukan Negara, bangsa dan agama .Bukanya kepandaian bermain kata, mengutuk dan mengkritik dan menipu rakyat. Perkara itu  biarlah rakyat sendiri yang menilaikannya sendiri.

Sebagai pemimpin politik anda juga mesti mempunyai tuan penasihat yang bijak sana. Dalam konteks ini anda hendaklah memilih dengan teliti orang-orang yang akan bekerja rapat dan membantu anda didalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin politik. Kalau boleh pilihlah mereka-mereka yang berpengetahuan luas tentang communications skils, etika kewartawanan, mempunyai ilmu agama yang mendalam, faham dan tahu isu–isu berkaitan dengan propaganda, pysop, dan yang penting yang lkhlas untuk berkhidmat. Kerana jika anda salah memilih orang-orang yang bekerja rapat dengan anda sebagai penasihat , maka Den pasti reputasi dan kredibiliti anda akan turut tercemar. Kalau boleh cari mereka yang berani menegur dan mengatakan yang hak dan benar dan bukannya yang suka memberi lips service, menyampaikan berita yang baik dan mengampu sahaja.

Den dan mungkin rakyat jelata mengharapkan kemunculan pemimpin-pemimpin parti politik yang matang dan professional untuk berada di persada politik Malasyia. Hanya dengan cara ini sahajalah kita akan dapat memperbaiki tahap kepolitikan di Malaysia ini. Tanpa disediri disebabkan kekurangan, kelemahan dan keangkuhan segelintir para pemimpin politik ini menyebabkan, ia nya merebak ke masyarakat umum. Berlanjutan dari itu akan timbulah beribu-ribu jurucakap politik tidak rasmi yang kini lebih dikenali sebagai pencacai dari kedua- dua belah pihak. Mereka inilah  yang hebat bertegang leher dan bertikam lidah dalam mempertahanakan fahaman politik masing-masing. Senario ini semakin menjadi-jadi sehingga ada  yang sanggup kafir mengkafiri, kufur mengkufuri,sesat menyesatkan, memaki hamun dan bermacam-macam lagi  antara kedua belah pihak. Ini lah yang berlaku di Malaysia sekarang…malah mereka ini kadang-kadang lebih hebat dari ahli politik itu sendiri, lebih hebat dari ustaz dan lebih ulama dari  ulama di dalam menjatuhkan hukum dan memberikan nas dan dalil didalam hujah-hujah mereka.

Den merasakan jika perkara ini tidak dikawal dan dibendung dengan sewajarnya maka ia pasti akan menjadi lebih teruk lagi dan tidak mustahil sehingga kepada peringkat perpecahan perkauman dan masyarakat. Dan yang paling menyedihkan perkara ini telah hampir memecah belahkan kaum Melayu yang beragama Islam. Justeru itu di dalam hal ini, Den berharap sangat agar para jurucakap politik tidak rasmi dan tidak kira dari mana jua parti perjuangan anda….beradap dan berpada-pada di dalam hal-hal dan memberi hujah anda untuk menegakkan pegangan politik masing-masing. Kalau anda bertemu dengan mana-mana juru cakap tidak rasmi dari mana-mana juga parti politik, pandai-pandailah anda berhujah dengan berhemah di dalam menyampaikan hujah anda, dan jika anda lihat yang mereka itu dah dari jenis rebus tak empuk ,masuk peti ais tak boku, tak perlulah akan meneruskan debat anda…ia hanya membuang masa sahaja. Satu lagi Den berharap tak kira dari mana anda  datang dan parti apa yang anda sokong kalau nak menggunakan hadis, AL Quran, sebagai nas dan dalil anda, selidik dan fahamilahnya dengan betul terlebih dahulu dan jangan gunakannya secara semborono sahajo. Den berpesan ini untuk diri Den yang memang minat jugak menjadi jurucakap tak rasmi parti  dan juga sebagai ingatan bersama untuk semuo saudaro maro Islam Den tak kito di pihak mano anda berado.

Pado firasat Den laah , kalau lah para pemimpin politik kito sodar akan kekurangan mereko dan sentiaso memperbaiki ini mereko untuk menjadi pemimpin  politik yang baik beretika dan berhemah dan dalam maso yang samo para jurucakap tak rasmi parti politik, eremm macam kito nei, tak kirolah dari parti mano, cubo mengamalkan caro memberi pendapat , mengkritik bondo yang bonar, berhujah secara berhemah.barulah aman sikit dunio cyber Malaysia. Jiko ini berlaku...mako barulah kito boleh panggil  Malaysia  sebagai sebuah Negara yang mana pemimpin dan rakyat nya matang dan berhemah didalam berpolitiking. Tak ado lagi kato-kato koji, kutuk mengutuk, hino menghino yang akan terpapar di FB-FB, blog dan sebagainya..dan pado maso itu barulah Den ghaso seleso  untuk menjadi jurucakap tak rasmi parti  politik..dan bukannya seperti didalam keadaan sekarang….Samo-samo kito fikirkan bagaimana kito boleh  memperbaiki dunio politik di Malaysia hari ini..ini pun dah kiro sumbangan untuk kebaikan bersamo dan  juga untuk negaro….!