Wednesday, 27 February 2013

Krisis Di Lahad Datu....


Sabah..Oh Sabah.....bilo dah dekat nak PRU ini Sabah pulak mempaparkan satu lagi krisis yang penuh kontravesi berkaitan dengan isu keselamatan negara.  Dalam pada tu mamat-mamat  opurtunis  terutamonya dari pihak orang sebelah sana, sibuk menghentam kerajaan dan mengkritik cara pasukan keselamatan menanganinya.  Dan mereko ini mengambil jalan mudah menuduh ini semuo kerja UMNO....Den dah maleh nak melayan kerenah mereka-mereka ini. Secara peribadi Den sikit pun tak ghisau fasal isu kehadiran  anggota tentera Sulu tu. Den lihat kes ini lebih kepada isu politik berbanding isu keselamatan.  Dan Den  berpendapat isu ini adalah isu yang  biasa tetapi memerlukan jalan penyelesaian yang kompleks. Setakat ini Den setuju dengan apa yang dibuat oleh pihak keselamatan. Negotiate and try to solve it peacefully. Isu ini perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin agar penyudahannya nanti tidak akan menimbulkan malapetaka.


Bilo Den mulo-mulo dapat berita mengenai pencerobohan ini, soalan yang pertamo bermain dikepalo Den ialah sobab apo dio orang masuk ke Sabah  ?  Den maleh nak memikirkan bagaimano mereko boleh terlopeh masuk ke sano. Sebabnya Den agak faham dengan situasi perairan Sabah nei.....bukan sonang nak jago sempadan perairan , lobih-lobih lagi kalau kito faham bagaimano pergerakan bot-bot panchung  yang selalu keluar masuk perairan Sabah / Filipina tu. Nak kato pasukan keselamatan tak jago boto-boto pun susah jugak....dan dalam pado tu ado berito yang mengatokan ado sebahagian dikalangan anggota tentera Sulu itu adolah mereko yang menetap di Sabah.

Dari apo yang telah berlaku dan melihatkan keadaan mereko, Den percayo mereko masuk bukan nak menyerang Sabah atau nak membuek huru haro kek sano. Kalau itulah niat mereko, mungkin mereko masuk sekojap ajo dan mungkin pado hari ini mereko dah balik dah, itu pun kalau nasib mereko baik tak di tibai oleh pasukan keselamatan. Selain dari itu dari segi logistik dan kelengkapan yang mereka bawa tak mungkin mereko bercadang nak menyerang  Lahat Datu dan bertahan di situ lamo. Dan satu lagi ketuo mereko tu pun bukan calang-calang orang...Rajo Mudo Kesultanan Sulu. Jadi apo sobabnyo mereko masuk  secara haram ke Sabah. Ini yang Den kato tadi, dari segi rasionalnya mereko mempunyai misi tertentu dan yang pastinyo bukan nak berporang atau nak merompak ....

Pado pandangan Den  kalau pasukan keselamatan nak menyelesaikan perkaro ini dengan cepat dan tidak berhati porut  serta mengabaikan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku selepas itu ....amat mudah.....Arahkan pasukan armor tu  buek lintas hormat kat kampung tu...lopeh tu tembak ajo mano-mano yang enggan menyorah....habis cerito...Tetapi tuan-tuan Den percayo PDRM  telah  memikirkan pelbagai  tindakan yang harus diambil  dan memastikan isu ini tidak akan menjadi isu yang  memburukkan imej Malaysia serta akan bertukar menjadi isu keselamatan yang berpanjang pula nanti.

Anggota yang menceroboh itu adolah askar Kesultanan Sulu yang mano Den difahamkan mereko beragama Islam. Jiko pasukan keselamatan yang telah mengepung mereka, mengambil jalan mudah, terus  menyerang mereka , ini akan merosakan nama baik Malaysia kerana membunuh orang Islam yang  sudah terkepung. Akibatnya ia mungkin akan menimbulkan kemarahan kepada banyak pihak. Selain dari itu, suku sakat mereka yang terkoban dan juga  anggota tentera Kesultanan sulu yang lain tentu akan marah dan menyimpan dendam dengan kerajaan Malaysia....ini akan menyebabkan  keadaaan keselamatan di Sabah atau Malaysia.....akan terdedah kepada sasaran gerila  mereka. Keselamatan Sabah akan terancaman di dalam jangka masa panjang. Masih ingat lagi  perisitiwa tahun  2000,  di mana sekumpulan pengganas dari Selatan Filipina menculik 21 pelancong di Sipadan  dan pada tahun  1985 di mana 11 orang telah terbunuh apa dipercayai pengganas dari Selatan Filipina  membuat rompakan bank di Lahad Datu Sabah .

Semalam  Presiden  Filipina telah pula mengeluarkan satu  peringatan  yang menyuruh puak askar Sulu tu menyerah atau mereka akan berhadapan dengan tindakan tegas. Ini Den lihat sebagai satu usaha campur tangan pihak luar....mungkin juga atas nasihat Uncle sam.  Situasi ini pada pandangan Den akan menyukarkan lagi kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan kes ini dengan aman. Jika mereka dihantar  pulang , sudah tentu kerajaan filipina tidak akan berdiam diri. Sekurang-kurangnya mereka , mungkin atas desakan  Uncle  Sam , akan menahan dan menyiasat anggota-anggota  ini untuk mendapat maklumat perisikan yang mungkin berguna untuk mereka memerangi pengganas di Filipina  itu sendiri. Paling tidak mereka mesti nak tahu DARIMANA DAN BAGAIMANA  MEREKA [ASKAR SULU] BOLEH MEMPEROLEH PELBAGAI SENJATA DAN PELURU]. Situasi ini  membuatkan askar Sulu itu lagi di dalam keadaan tersepit. Dan apa kemungkinan yang boleh berlaku selepas ini tak perlulah Den nak mengulasnya....Dan mungkin juga sebab ini mereka  TIDAK BOLEH UNTUK KEMBALI KE FILIPINA...

Setelah Den menolak  MOTIVE kehadiran mereka adalah untuk membuat serangan/keganasan di bumi Sabah Den berpendapat  terdapat kemungkinan besar ia adalah berkaitan politik. Den tahu ghamai yang tak bersetuju dengan pandangan Den  dan ada yang mungkin beranggapan itu adalah hanya teori  “patuk  ayam”....tak tahu  lagi akan kebenaranya, nasib baik dipatuk cacing, nasib tak baik, termakan pasir ajo. Sebenarnya Den tidak berseorangan di dalam mengemukakan teori ini kerana ia secara tidak langsung di sokong  oleh  berita yang dilapurkan oleh REUTER..dan kalau  ada yang berpendapat  yang berita ini juga direka  seperti berita TV3.....terpulanglah...

Reuter di laman sesawangnya melapurkan ........

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.






Persoalannya sekarang , siapakah pihak pembangkang yang dimaksudkan oleh laporan berita itu. Den maleh nak menuduh...tapi Den nak beritahu, sebaik  sahaja berita  di atas disebarkan......Den terbaca pula berita ini

Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu 

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 


SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang. 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters. 


"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. 

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen." 


Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah. 


Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan. 


Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.


Dengan maklumat di atas, Den maleh nak berhujah panjang lagi berkaitan dengan isu di Lahat Datu ini. Tuan-tuan ada akal baca dah cubalah buat kesimpulan sendiri. Dan sebagai mana Den kata di permulaan tulisan tadi....kes di Lahad Datu bukan isu keselamatan sebenarnya..ia adalah isu politik..tetapi  jika tidak ditangani atau diselesaikanya dengan baik akan menjadi isu keselamatan.  Biarlah PDRM menyelesaikan isu ini dengan sebaik mungkin  tanpa  memburukkan lagi keadaaan ibarat ......menarik rambut di dalam tepung...rambut tidak putus, tepung tidak bertarbur.....!!! Bagi Den isu ini sebenarnya masih lagi di tahap isu politik, tetapi jika tidak ditangani dengan betul maka ia akan menjadi isu keselamatan pula. Oleh itu Den berpendapat buat masa ini kita janganlah gelabah tak tentu fasal tentang isu ini, kerana jauh dihati Den , Den percaya pasukan keselamatan akan  InsyAllah berjaya menanganinya....jom kita teruskan hidup kito macam biasao.....................zzzzzz