Saturday, 6 October 2012

...Sayang Malaya....


Artikel yang den tulis kali ini bukan berniat nak memburuk-burukan atau menjatuhkan jiran kito semasa konfrantasi tetapi sekadar nak bercerito kisah yang diungkapkan oleh mereko yang pernah terlibat semasa era itu. Jadi kalau ado yang pro negaro jiran sebelah tu jangan lak nak mengambil kesempatan nak mulokan porang medio yo....Sebonarnyo dah agak Lamo jugak Den nak menulis kisah berkaitan cerito yang diceritakan oleh seorang  Pak Jeneral Komando kepada Den tentang salah satu kisah yang dilalui oleh beliau semasa era konfrantasi. Sebolom nei den banyak mengetahui kisah-kisah dan punco berlakunyo konfrantasi dari dokumen-dokumen rasmi ajo dan dan itu pun tak banyak mano serta amat kurang mendengar cerita atau membaco pengamalan yang orang-orang lamo. Di sini Den ghaso ado banyak kerugiannyo kerano pengalaman-pengalaman orang lamo nei amat susah nak di jumpo dalam bentuk penulisan dan kebanyakkannyo hilang begitu sahajo...dari situ apo yang mulonyo dianggap pengalaman realiti yang berhargo ,ia beransur  menjadi lagenda..dan akhirnya di anggap sebagai mitos sahajo.

Tuesday, 2 October 2012

....NOT IN THE LEAGUE....


Seminggu duo yang lalu Saluran History Channel Astro telah menanyangkan beberapo rancangan dokumenteri menarik berkaitan dengan beberapa pasukan khusus negara jiran dan juga Malaysia. The Malaysian GGK, Philippines Special Units, Thailand Marines dan sebagainya. Malah beberapa bulan yang lalu terdapat juga rancangan khas pasukan US Marine, Surviving the Cut dan juga Tentera Singapura...Dari situ telah timbul banyak persoalan dan perbandingan yang berkaitan dengan kebolehan, keberanian dan tahap profesionalisme antara pasukan tersebut dengan pasukan GGK Malaysia. Dalam pada itu Den pun ado di ajukan persoalan tentang perbandingan latihan dan keterroran pasukan GGK Malaysian dengan pasukan komando dari negara serantau.