KURSUS TERBARU

KURSUS TERBARU

Pages

KENGKAWAN SIBER DEN

Saturday, 28 July 2012

Hye Mike , Never Underestimate..Our Capabilities


Untuk sesiapo yg tak berkonan fasal blog nei dok menceritokan fasal komando...tak payah lah nak buek porang saraf dengan Den yo...Dan cerito Den fasal komando ini memang tak habis-habis...Insyallah sehinggolah Den habis nyawo. Maleh Den nak layan atau nak sembang fasal isu ini lagi.  Kali ini Den nak cerito fasal  hal perilaku dan kepenakutan askar Australian SAS yang pernah buek latihan bersamo. Maaf cakap bukan Den nak memburukan mereko atau mano-mano askar-askar pasukan khusus orang putih nei yo. Selamo nie dalam perlbagai media,mereko ini selalu menceritokan akan kegahan dan keprofesionalan  askar mereko. Jarang kito dongar cerito-cerito negatif fasal mereko. Perkaro ini menyebabkan mereko  menjadi lobeh gah dan ia secara tidak langsung melotakkan minda askar kito pado kelas inferiority complex bilo bergaul dengan mereko...sogan tak tontu fasal dengan mereko. Perkaro ini tidak sepatutnyo berlaku. Sebenarnya dari sogi perasan, naluri dan citorasa mereko adolah manusio jugak macam kito, cumo kelobihan mereko mungkin dari sogi kelongkapan  peralatan dan logistiknyo ajo .

Tuesday, 17 July 2012

A Messsage To Ex Pak Jeneral


Salam ..ampun dan maaf pada semuo Pak-Pak Jeneral dan Pegawai Kanan samo ado yang berkhidmat atau yang telah bersaro.  Hari  Ini Den nak bersembang  fasal pemerhatian dan pendongaran Den berkaitan dengan situasi Pak-Pak Jeneral yang telah bersaro. Mano-Mano yang sedang berkhidmat Den tak nak sontuh. Bukan takut atau apo-apo, cumo Den ghaso apo yang Den nak sembangkan ini adolah isu..apo pandangan orang bawah macam Den pado  Pak Jeneral setelah mereko bersaro. Den tidak  akan memberi contoh spesifik seperti Jeneral anu tu, Jeneral siPolan tu dan sebagainyo. Apo yang Den sembangkan adolah berdasarkan kepado pemerhatian Den.Mungkin sebagai  Mejar cabok pencen macam Den tak patut nak  “mengajar atau menogor”  bokeh-bokeh Jeneral, tetapi Den ghaso terpanggil bukan nak mengajar atau nak menogo mereko cumo nak memberitahu apo presepsi ghamai askar yang Den konali terhadap Pak Jeneral Pencen.

Sunday, 15 July 2012

USA ARMY Center of Gravity


Dulu Den ponah bercerito  pasal keangkuhan tentera SAS British semaso membuek joint excercise dengan komando kito. Hari ini Den nak bersembang fasal semangat spritual/kerohanian anggota US Special Forces pulak. Maso dulu-dulu komando kito  memang selalu buek latihan bersamo dengan tentera US SF. Dan konsep latihan bersamo dilaksanokan adolah latihan timbal balik  .Maksud Den, pihak US SF akan mengajar kito latihan yang menjadi kepakaran mereko seperti Figthing In Built Up Area [FIBUA}  dan kito pulak akan mengajar dio orang jungle warfare teknik dan jungle survival. Dan diakhir latihan biasonya kami akan membuat latihan seperti raid dengan melibatkan keduo-duo belah pihak.

ASKAR PENCEN : BE A MAN !!


Notes : Recruiting Followers Campaign . Planning  to restrict the blog access to My Followers.Only ..Pliz add as my follower.. just in case  I decided to give access to my followers only in the future. It's Free. No Hidden Charge ..At least i know who is reading my blog...huhuhu

Hari-hari cerito fasal Pak Jeneral , tak elok jugak nanti ado yang akan hontam Den. Kali ini den nak ubah topik sikit, yang mano mungkin akan buek ado Pak Mamat  Askar Pencen yang tak bersetuju dengan isu ini dan hontam Den jugak..huhuhu. Kali ini Den nak menyembang fasal askar pencen lak. Semenjak Den pencen nei dan dah masuk tahun keduo , Den mulo ghaso pelbagai masalah untuk menyesuaikan diri  menjadi orang awam nie. Maklumlah  dalam askar dulu, Den umpamo mahkluk yang diceritokan oleh Abg Jamal, Di hujung sebuah kampung, ado sebuah teratak, di dalam teratak ado sebuah bilik, di dalam bilik ado sebuah almari , di dalam almari ado sebuah kotak, di dalam kotak ado  sebuah tenpurung dan di dalam tempurng adolah seekor katak !. Den dan duni a askar Denajo...Pergh.. itulah yang Den bayangkan DIRI Den semaso di dalam ATM dulu dan ini adolah perasaan Den sorang yo..mungkin anggota ATM lain tida meraso begitu. Jadi bilo Den dah pencen baru lah Den nampak dunio sebonar, dan unpomo lombu yang sodang  meragut ghumput berkato kepada rakan selembunyo :..“the grass on the other field is always greener, but once you get there it is not really so”.

Friday, 13 July 2012

Kisah Beruk dan Bapak Beruknya....


Di satu era yang lain ada pula kisah zaman di mano ..setiap hari komando akan di label sebagai  BERUK  oleh seorang Pak Jeneral.. Entah  apo ketulah nyo, ..Pak Jeneral nie suko sangat memarahi..pegawai  dengan stafnyo dengan perkataan BERUK. Walau bagaimanopun  ..biasonyo pegawai/staf yang menerimo  labelkling “beruk” itu biasonyo tidak marah..malah kekadang ado jugak yang sonyum. Ini adolah disebabkan tindakan dilabel sebagai beruk  dan memberuk ini telah menjadi perkara biasa. Oleh sebab telah terlalu banyak kekerapan yang Pak Jeneral ini melabel pegawai/stafnyo sebagai BERUK...ia telah  menukar presepsi  penerima label beruk itu dari Malu, Marah atau kecewa...kepada suatu benda yang melucukan. Anda diantara mereka yang diajukan soalan pertama   sebaik sahaja keluar dari pejabat Jeneral tu dengan kata “...Kau  kena diberukkan tak ?..” Berapa kali kau diberukkan dan sebagainyo. Tetapi Den ghaso kalau perkara ini berlaku kepada staf awam..dah lamo Pak Jeneral itu  dijadikan tugu Bapak Beruk. Itulah keunikan  unit komando...Tak kirolaa, garang mano sekali jeneral tu...biasonyo...situasi yang garang, tense itu akan diubahkan sebagai satu isu yang lucu..oleh para anggota komando...

PAK JENERAL KDO.. "TAK TAHU MACAM MANA ?"


Ini ado satu lagi kisah fasal seorang Pak Jeneral dalam komando. Macam biaso namonyo tak boleh didodahkan atas soba-sobab kesihatan. Maklumlah Pak Jeneral nie dah agak berumor dan kesihatan pun tak berapo baik. Nanti takut lak dio terkojut dan akan memudaratkan kesihatannyo. Den mulo mengonalinyo semasa dio tu berpangkat Major dan Den waktu itu masih lagi anggota Green Jacko. . Maso tu dio adolah Penolong pegawai Memerintah. Dio nie maso memudo dulu memang hebat bersukan dan sukan kegomarannyo adaloh main kayu hoki.  Maso itu Team GGK memang terkona dengan  Team hokinyo wlaaupn tak samo standard dengan team Hoki askar Melayu pado waktu itu. apo pun pado waktu ini...baik komando,  baik Askar Melayu akan unit semboyan, team hoki mereko semuo dah tinggal sejarah..tiado  lagi zaman kegahannyo.

Tuesday, 10 July 2012

Commando's General and The Reds [ants] Army


Selalunyo bilo Den menulis, Den pilih kisah yang melibatkan rakan-rakan dan juga angota kumpulan Lain-lain Peringkat. Jarang sekali pengkisahan yang melibat pihak atasan atau pegawi kanan atau jeneral. Apo fasal yea?. Den ponah jugak terbaco ado beberapo blog yang menulis fasal pegawai atasan dengan niat nak menjatuhkan namo baik pegawai tu. Ado juga Den peghasan  yang menulis kisah pegawai atasan atas sobab nak membodek pegawai tersebut. Pendek kato kisah-kisah pegawai atasan di dalam ATM in jarang ditulis  dan kalau ditulis hanya disebabkan satu di antara duo sobab. Pertamo sobab si penulis marah sangat dengan pegawai tu dan nak malukan pegawai tersebut  atau sebab nak bodek pegawai tersebut atas alasan sipenulis itu sendiri yang mengetahuinyo.

Saturday, 7 July 2012

SUMPAH KE 12 KOMANDO


Maklumat ini Den peroleh semalam dari salah seorang Cdo Cyber REJIMEN GERAKHAS  yang menceritakan bahawa pada hari Khamis yang lepas di sebuah Bandar bernama Mersing, telah berlaku satu lagi peristiwa  yang memaparkan keberanian  seorang anggota Cdo .   Menurut yang empunya cerita, REJIMEN GERAK KHAS:

Kejadian itu melibatkan seorang anggota Gerak Khas dari Kem Mersing yang telah menyelamatkan nyawa seorang kanak2 walaupun pada ketika itu beliau tidak bertugas dan sedang menunggu sebuah kenderaan tentera untuk menjemputnya kembali ke Kem Iskandar (kalau tak salah).

Wednesday, 4 July 2012

Cerito Hero : REKOD DAN SIMPAN

PW II Azman bin Mohd Tahir
18JULY  1994 UNOSOM  -SOMALIA

Den mulo mengonali arwah PW II Azman bin Mohd Tahir pado tahun 1990 lagi. Pado maso itu Den mengenali beliau disebabkan beliau adalah antaro geng Tim Menembak GGK yang boleh dikatokan termasuk dalam kategori lagenda GGK. Dio berkelayakkan sebagai seorang anggota sniper. Walau bagaimanapun Den tidaklah begitu rapat atau intim dengan beliau kerano kalau tak silap Den dio pado tu masih lagi berkhidmat di Kem Slim , Cameroon Highland Pahang di dalam unit 22 Komando. Dari sogi perwatakkan apo yang boleh katokan adolah dio seorang yang lomah lombut. Dan dari sogi rupo paras dio dikateogrikan sebagai antaro komando yang hensem. Biasonyo dalam komando ini kalau ado sepuloh anggota yang berbaris, sembilan daripadonyo muko macam “nak pocah pintu” punyo geng. Hehehee Den pun termasuk dalam kategori tu jugak laa. Apo-apo dari segi pergaulan, Arwah ini seorang yang agak peramah, dan sangat mudah tersenyum.